SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu untuk Umi tercinta. Kasih sayang, kesabaran, kepayahan dan segala segalanya pengorbanan Umi dalam membesarkan saya amat dihargai dan kenang sampai bila bila. Jasa Umi tak mungkin dapat saya balas walaupun dengan hadiah dan wang ringgit. Terima kasih Umi membesarkan saya yang penuh kerenah dengan penuh sabar.


Selamat Hari Ibu pada Ibu Mertua yang dihormati. Mama melahirkan dan membesarkan seorang manusia yang saya amat cintai hari ini. Jutaan terima kasih, kerana saya tahu tanpa Mama saya tidak memiliki beliau.


Selamat Hari Ibu pada semua ibu ibu. Semoga anda semua dimuliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Insya Allah.


Setelah jadi ibu, baru lah saya tahu betapa susahnya jadi seorang ibu. Baru lah saya mengerti kepayahan dan hati yang sentiasa gundah gelana dalam merencanakan masa depan anak. Baru lah saya mengerti betapa bahagianya menatap mata anak.


Marilah sama sama kita mengenang kasih seorang Ibu, bukan saja di Hari Ibu tapi setiap masa. Hargailah masa yang kita ada bersama mereka sebelum terlambat.


Selamat Hari Ibu.



Di Hari Ibu kami berbelanja di The Curve.
Tak sabar nak tunggu Hari Bapa pulak ;)


No comments: