SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Saturday, July 31, 2010

Bila Mama Kena Jadi Pelakon

Seminggu dua ni, Likha dah tak pakai rocker dia, TOTALLY. Boleh simpan masuk peti khazanah dah. Terima kasih Ciklonggg, banyak sungguh jasa rocker tu ^_______ ^



Cara tidur sekarang, lepas je atas katil PapaMama, bergolek situ sini, lontar badan ke sana ke sini, sembam sana sembam sini, sampai tertidur sendiri. Tapi yang tak tahan, bila Likha taknak bergolek sorang sorang. Kena Mama ada. Terpaksa la Mama berlakon pura pura nak tidur jugak. Golek la jugak macam drama Hindustan sama dengan dia.



Aduyaiii, penat berlakon pura pura tidur ni. Dah la siang 2 kali sehari tidur, 2 kali jugak la Mama kena berlakon. Habis kerja kena tinggal kejap. Kadang kadang Mama pulak yang tertidur. Penat layan dia yang jadi pengarah pilem ni. Hahaha.



Kalau Mama pura pura tidur dengan spekmata, dia akan tarik spek Mama dengan rakus ''Mama, nak tidur bukak dulu spek''... ''Yelah Likha Mama nak mimpi dalam tidur, kalau bukak mana la Mama nampak''.... Kuiii kuikuiii... Pastu spek masuk mulut dia..! Haha.. Lawak anak beranak ok.







Ahernya tergolek dokkk sendiri atah bolster. Ikut Likha la, janji jangan terserbam tergolekk dokk bawah katil...sudeyyy.. Tapi serius seronok tengok dia cari feel nak tidur... Sampai atas muka Mama pun disembamnya!



Bulan ke bulan ada saja perubahan Likha. Now macam ni. Then, rasa dia makin manja. Suka take attention Mama Papa. Dah nak makin besar ni, ada saja la yang dia nak buat. Mesti macam macam lagi la perubahan dia nanti. Hemmm, Masa masa... Cepat sungguh berpusing.



Sekian..!

Friday, July 30, 2010

Gigi Susu Pertama



Her first tooth. Was teethe on 9th July 2010.






Sekian..!

Selamat Balik Kampung!

Malam ni kami akan berfireflying back to Kota Bharu. Macamtu lah bila kampung halaman jauh dan ada anak kecil.. Kecil sangat lah, hahaha. Tah bila boleh balik dengan kereta ni, best skit boleh bawak barang banyak dari KB. Tambah tambah stok beras siam! Haha.



Tunggu la Likha besar sikit, baru boleh balik ngan kereta. Eh, kang ada adik Malikha lak nanti? Huhuhu... Likha ni kan, naik jer kereta.... Gostan jer sikit, trus mula membuas! Kalau atas riba Mama, dia sibuk nak duduk bawah. Kalau dalam car seat dia, semua barang dia campak bawah, pastu menjerit. Tapi situasi lain kalau dia dalam khayalan hahaha nak tidur la tu..



So, how come nak balik KB dengan kereta kalau macam ni? Tu pun nasib baik belum pandai lagi nak cuit radio, cuit aircond... Aduhaiii... Penat mulut Mama membising dalam kereta.



Lorrr.. Membebel lak Mama ni.



Oklah, weols balik KB sebab urusan pernikahan Maryam dan Arif tak setel lagi. Ni pulak adalah untuk majlis bertandang, jangan tak tahu pengantin lelaki pun asal Kota Bharu. So this Sabtu majlis menghantar menantu. Pastu ada lagi sedara kawen..... ;)



Sambil sambil tu boleh la balik makan makan kan, sempena Ramadhan tak lama lagi hehehe. Makan lagi! Lagipun dah dua bulan tak lik ni... TokNek Wea pun dah rindu nak tengok cicit dia, Malikha =)



So, yuols yang balik kampung jugak SELAMAT BALIK KAMPUNG...!! Jaga diri, kalau drive, drive la carefully ya, semoga selamat tiba di destinasi masing masing... Dan kita jumpa lagi!!!



Last but not least.....





Sekian..!

Import Dari Jepun


Master Chef dari Jepun yang di jemput untuk
Asian Food Channel AFC kat Astro 713.
Hahahahaha.




Tak caya aku chef ni.

Ntah masak apa ntah tak tahu laa.



Jahat Mama khenat Likha.
Haha!



Sekian..!

Thursday, July 29, 2010

Part II : Projek Birthday Party Untuk Malikha

Aku rasa dah jumpa tempat nak buat birthday bash Likha nanti. Ok tak if buat kat padang macam ni? Nanti kita buat la sikit backdrobe and provide chairs n tables, or mebi just bentangkan kain besar besar so sume boleh pakat bersila...! Hah.. Ada orang pernah buat tak macam ni? Pelik pelik jer idea aku ni.





Macam nak picnic pulak. Tapi serius mesti best! Anak anak sambil makan sambil lari keliling padang, mak pak for sure letih mengejar pulak kan?? Fun la!





Yang best dan penting untuk important peoples in this world - anak anak kita, bile ada playground untuk mereka. Lepas dah siap makan n kenyang boleh main kat sini. Mak pak boleh lepak lepak makan and sembang.





Best jugak bila ada swimming pool. Tapi im not allow used for birthday Likha ni, cehhh macam aku lak tuan punya kolam, kang tak concentrate lak time nak cake cutting hahaha, ada yang sibuk nak terjun kolam. No la, i taknak takut ada apa apa jadi kan, but if they can responsible on their own for any risk, sila kan!





Then yang paling best...!! Bila ada tempat exercise, ok bila dah kenyang buncit perut, ramai ramai boleh beratur buat sit-up untuk flatkan perut anda kembali ya tuan tuan puan puan... Hahaaha..!






Location : Bawah apartment weols saja.... =)



Ni adalah angan angan Mat Jenin dulu. Confirm ke tak, updet later. Kalau confirm, can stick with the plan. Lagi satu, depending on weather that day la kan?? If hujan??? Tak menjadi laa alamatnya! Kena ada Plan B iaitu kat bawah lobi sajo...! =]



Till now for Likha birthday planning..



Sekian..!

Her First Ride

Lets watch the video!
Seperti biasa, macam tiada perasaan!
Hahahaha..!







Sekian..!

Urusan di The Curve

Tengahari tadi, saya dan Malikha ke The Curve.



Otw to The Curve



Urusan yang penting adalah nak ke Fitness First untuk setelkan hal saya. Oklah kut, tunggu minggu depan dorang call saya balik. Dah alang sampai sana, saya bawak lah Likha pusing pusing melenguhkan kaki saya dulu. Ke Ikano jugak. Oh nanti Toy r Us nak bukak soon kat sana.



Here some photos taken.





















Puasa pun tak hari ni, gara gara keluar berjalan . Hahaha.




Otw back home



Sekian..!

Shawl Yang Exclusive

Tak pasal pasal, fall in luv pulak dengan shawl yang ada kat ZyraCollection ni. Die jual bukan takat tudung dan shawl, tapi anak tudung, jubah dan segala benda yang menutup aurat ada. Tips pun ada. Baguslah, sapa kata orang menutup aurat takleh berfesyen fesyen kan..? Ke rimas nak berfesyen sambil menutup aurat? Huhu.



Design kat Zyra memang exclusive dan lain dari yang lain. Cantik dan kreatif. Ada yang handmade, tu harga agak mahal. Mahal, kalau berkualiti takpe.. Klau kualiti tarak, memang hampeh la! Beli sambil pejam mata ya ^________^ baru tak kisah harga tu hahahaha..



Yelah, kadang kadang perlu gak yang mahal macam ni untuk majlis penting macam Hari Raya ke, nak pergi nikah kahwin ke dinner ke kan..? Eh, dinner mana aku nak gi?? Kalau nak pakai hari hari, aku tak kisah 8, 10 hengget jer ke! Hihihi..


Sekian..!

Wednesday, July 28, 2010

Peneman Setia


Tina The Tiger in the house!
Setia menemani ke mana-mana saja.






Sekian..!

Praktis Puasa Bersama Likha

Semalam puasa, hari ni pun puasa. Kalo rajin, nak puasa jer sampai minggu depan... Its like a training untuk bulan Ramadhan soon la. 1st time berpuasa dengan ada Malikha, tahun lepas Papa Malikha jer. Tak susah nak urus.



Tahun ni macam mana ya? Was thinking how to manage Likha while nak masak lagi untuk berbuka and prepare meals for sahur. Likha kejutkan bangun sahur ke nanti? Puasa mungkin lain sikit kerenah Mama ni nak melayan Likha... However, Mama amatlah bernasib baik, as a housewife masa lebih teratur kan..? So tkde nak rushing ke mana mana... ;)



Semua yang Mama buat ni ada hikmah di sebaliknya...



Oh ya, yesterday Fareha datang.. Menjenguk Likha dan membagi hadiah untuk Likha. Terima hadiah lagi. Murah rezeki Likha... Tq Auntie Fareha. Nanti Likha boleh pakai Raya nanti kan..?






Sekian..!

Monday, July 26, 2010

Sama Ke Haaa?


Sebulan yang lepas dah ni, tertengok pic dan terbaca komen di wall kawan baik ku KakJah, one of her officemate post kat FB dia..... ''Macam anak En Syahmi''... Huhuhu.






Haahahah! Serupa Malikha ke? Tah anak Jepun mana ni haaa...



Sekian..!

Selamat Tiba Di Rumah

Ni adalah 1st parcel yang di buka. Parcel parcel lain sila la abaikan, tu adalah baju baju dna dress untuk My Likha saja. Euwwww... renteten peristiwa CUCI MATA ini, saya telah terjebak ok. Payah la untuk tidak terjebak. Rakus hahaha. Ownernya, Kak Hanita amat lah friendly, macam dah lama kenal bila borak kat YM. Tu yang makin lemah tu hahaha.





Materialnya amat la soft. Best best! Simpan dulu, nanti kita hantar tempah untuk pakai Raya Haji kut. Huh!


Sekian..!

Berdua Pun Baik

Hari ni keluar berdua dengan Likha. Oleh kerana benda ni, Mama pun tak sabar sangat macam tak leh call PosLaju for 2nd delivery haha. Ala, post office kat Giant kat rumah ni jer. Sib baik dekat, tu yang gediks nak pergi collect sndiri tu... Klau jauh nau, takde nak pergi pong...





1st tyme Likha mencuba ini. Ok jugak, dah jadi macam baby kanggaroo duk dalam ni! Chayook! Actly, dah lama membeli Papa pun belum tengok lagi. Hari tu macam tk confident jer nak pakaikan benda ni utk Likha, tapi alih alih so good la... ;) Sebab tk confident, tu yang sorok dari Papa tu hahaha.







Ni mak kangaroo, tkmau kalah bergambar. Drive safely ye Mama, dun drink and smoke! Sokmo Mama kalut tak zip handbag huhu







Yihaa..! Safely arrived at home as Mama and Likha also..! Yebba.. Yebba!






Jap tadi, Pos Laju antar parcel yang ni lak. Mak aiii, macam Pak Pandir lak Mama jadi nya. Main hide n seek ngan orang orang Pos ni. Ok now ada 2 parcel lagi yang ditunggu tunggu....



Sekian..!

Shopping Day Of Us

Hari ni, walaupun masih sok sek sok sek berhingus tetap jugak nak keluar. Tak jadi la kempen ''SILA BERADA DIRUMAH JIKA ANDA SELSEMA''. Macam tulah lebih kurang kempen aku Kementerian Kesihatan Malaysia berkaitan H1N1 kan.






Planned nak ke Sunway Pyramid untuk .... Biar lah untuk apa apa pun....! Kuikuikuii... Habiskan duit la, ape lagi. Bukan setakat online, offline pun kena jugak!







Sebelum tu jom isi perut dulu! Terjah ke Taipan USJ cari kedai nasi Ayam Kampung lagi hahaha. Yang ni cawangan dia la. Sama kat Sec 13 Shah Alam dan kat Kg Baru tu. Hahaha gelak la lagi! Tapi Mama memang la tak expert sungguh USJ ni, cuba kalau campak sini uhhhhh menggeletik la cari jalan keluar. Pening ahhh sini..






Ok, ni nama kedai dia. Tapi kat sini amatlah sesak, kedainya kecik orangnya ramai. I tengok sampai ada Black, Cina pun makan lauk kampung ni hahaha. Steady!






Likha bosan menunggu Papa tengah shopping baju kerja kat G2000. Kan sana sinun tengah Mega Sales, so amek la peluang sekali. Haha, yang tak plan nak shoping pun jadi tershopping gak.. Duit ooo duit...






Mama pun menambahkan koleksi Mama yang dah mula repeat balik hobi yang lama tu. Uishhh... Apa ya? Biarkan rahsia dulu.... Likha? Mama tambahkan segala jenis hair accesorries. Geram, rambut dah mula panjang!






Sandaran hati Mama



Tapi cuba lah tengok belakang sandaran hati Mama ni, tah sapa la pakai snowcap zaman tokku tonggek tu ya! Hahahah, orang Eskimo ke apa!




Ok sekian untuk hari ini. Terima kasih pada cinta hati yang spent tyme dengan Mama yang selsema ni dan berbuat baik pada saya untuk menggembirakan hati saya. Yu both Mama sayangsampai dah tak tahu nak cakap macam mana.



Sekian..!!

Notis Di Pintu Rumah

Seminggu dua ni, hari yang amat lah bizi bagi aku berurusniaga. Bukan orang beli barang aku, tapi aku beli barang orang. Cit! Tak leh tahan nafsu la. Kalau kat FB tu, macam macam la dorang jual. Tag sana tag sini. Yang tukang berkenan macam aku pun laju jer mengorder.



Senang sungguh cari duit sekarang ni kan? Macam2 jer channel ada nak cari customer.



Membeli belah secara online ni dah jadi macam hobby aku lak lately. Ada saja lah yang nak dibeli. Dah la baju baju baby girl macam untuk My Likha cantik cantik! Tak tahu la sampai bila ni boleh bertahan. Sampai duit dalam akaun Maybank2u kering la kot. Bila tiada hari yang tiada duit mengalir keluar, tak mustahil lama lama kering gak nanti! Topup plis, topup!



Oh, aku bukan seorang pengguna kad kredit ya? Nasib amat la baik! Kalau tak, hutang keliling pinggang, sapa nak tanggung??? Hutang wajib di bayar, jangan dibuat main!



Tup tup Sabtu bila lewat petang sampai rumah, ada lak notis dari Pos Laju nahhhh tempek kat pintu rumah. Lahaiiii.. Ingatkan Sabtu, Pos Laju tak kerja? Dah la tak sabar tunggu barang sampai, ni kena gi self pick up lak kat Post Office. Tah bila pulak nak gi meng'ik up'nya??? Dah la dua parcel ni... Ayoo!







As my reminder... Jum teman!!


Sekian..!



On Saturday Weekend

Masih lagi dengan aktiviti di kedai nasi ayam kampung. Hahaha! Kan puasa dah nak dekat? So time belum puasa ni, jom makan sampai lebam. Uikkss.






Keluar pun dah dekat jam 3. Mama Likha demam selsema, terpeleokk jer melayan hingus kat rumah hahaha. Nasib baik Likha dapat selsema sekejap jer. Mama yang terlebih lebih sampai hari ni pun masih tak baik.






Kemudian, ambil masa jap menjenguk bakal rumah weols. Nak tengok how progress so far then nampaknya dah ramai yang mula buat renovation. Weols ni aja belum tahu lagi bilanya... Sabar erk, slow slow... Dan jugak rumah kat Bukit Raja, Klang... Alhamdulillah, everything was fine!





Iklan Mentos jap!
Aummm bekengnya baby ni!




Sekian..!

Kedatangan TokBah Ke KL

Memang lah angin bertiup kencang pasal kedatangan TokBah ke Shah Alam last Friday untuk teman Pakcik Damanhuri yang balik berubat kat Kelantan. Tapi kisah perjalan TokBah ke Shah Alam amatlah penjang dah sungguh complicated. Hanya family yang mengerti. Titik.



Dah selamat sampai Shah Alam, jangan tak tahu TokBah takkan lepaskan peluang untuk bertemu cucu yang memang menjadi kesayangan sesiapa buat masa ni. Mama dan Maksu Ja planned bawak TokBah santai santai lepak kat Marche, The Curve.






Anyone yang pernah kat Marche, so can know well la how does this market's work. Mama order Chicken Chop for Mama and Maksu Ja and Seafood Platter for TokBah.





Dan Mama mengorder sweet crepe ni untuk membasuh mulut. Basuh mulut sangat la, nak basuh, basuh la kat toilet! Huhuhu..







Dari dalam kereta sampai lah weols tengah makan dan borak borak, budak kecik ni tidur jer sedap dalam stroller dia. Ni TokBah la kenat ni...






Tapi TokBah mana senang Likha tidurkan? Dikacau kacaunya sampai la terjaga. Bukan setakat mulut Likha nak sememeh, tapi dengan baju pun abis bila TokBah suap aiskrim dan macam macam. Biasalah tu....







Maksu Ja la sibuk nak melayan Likha. Mama nya takut Likha hilang dari pandangan hahaha.







Ok, walaupun sekejap Likha enjoy dengan TokBah.. Semoga TokBah sentiasa dalam lindungan Allah swt walau di mana saja berada. Last but not least... Muahhh!! From Likha to TokBah... Kim salam dan peluk cium Tokmi untuk Likha yaaa, TokBah!






Sekian..!

Terima Kasih Pada Orang Jauh

Sabtu malam, Likha terima segerombolan bala tentera tetamu yang ingin menengok dia lah.



Actly, my kezen yang study kat London, UK balik bercuti nak sangat tengok Likha. Asyik ari ari tengok kat FB jer, so dah alang alang menyeluk perkasam balik Malaysia ni, nak tengok Malikha live la jugak.






Suky and the geng, bawak la si Nurul datang. Nurul yang tudung putih bercardigan hitam. Ain yang bertudung putih berkemeja kotak pun 1st time datang tengok Likha. Malam tu, Mama Likha hidang Nasi Ayam Penyet sebab dorang yang request. Nasib baik, boleh je beli kat kedai nun.





Nurul jugak la yang menghadiahkan wedding gift paling gedix on my wedding day, tu lah berkat that gift terus dapat Malikha. Hahaha. Syhhh...



This tyme, untuk Malikha pun dia bawakkan hadiah. Terima kasih banyak banyak, walaupun jauh beribu batu, tetap ingat kat anak sepupu yang sorang ni. Yang dekat, belum tentu lagi ada yang ingat kan? Opppsss terlaser sikit.





Dress and sock by mothercare, tapi ni konfirm from London. Smell that dress pun lain macam. So sangat lah ceria, Mama suka Likha pun suka ;)





Untuk Mama, dia bagi Famous Japanese style - Green Tea Sencha from 184 Kings Road London. Ni tak tahu bila akan start minum, sebab tak berapa suka sangat tea. Tapi mana tahu meletupp sedap? Belum cuba kan..? But anyhow, tetap berterima kasihhh pada beliau!!



Sekian..!

Malam Nisfu Syaaban

Sekadar berkongsi, 26 Julai 2010 bersamaan 14 Syaaban adalah Nisfu Syabaan.


Boleh la ambil masa untuk berjemaah bersama suami, keluarga dan anak anak kemudian membaca Surah Yassin sebanyak 3 kali, dimana bacaan pertama adalah untuk mohon panjang umur dan mendapat keberkatan Allah swt, bacaan kedua untuk dimurahkan rezeki dan bacaan ketiga adalah untuk minta dimatikan dalam iman.


Explanation ringkas dari Mr Papa untuk saya berkenaan malam Nifsu Syaaban.


Alhamdulillah untuk tahun lepas, insya Allah untuk tahun ini. Untuk details, saya sharekan serba sedikit sekadar untuk menambahkan ilmu kita. Boleh klik LINK ini.


Terima kasih.

Friday, July 23, 2010

Berani La Pulak

We know well, Malikha kan agak penakut sikit. Terutama dengan benda pertama kali yang dia tengok dan pelik bagi dia. But not with her stroller fan. Tak takut pulak!



Mama yang terlebih gerun at the first, tapi bila dia boleh capai macamtu, memang she obvious betul la! Hahaha.











Kalau lepa lama, memang patah riuk la fan tu dikerja kan dia. Huhuhu. Bis0 bonar!




Sekian..!

Thursday, July 22, 2010

Sehari Bersama Maksu Ja

Last day, had a happy time with Maksu Ja. Turn Ciklonggg bila lak ni???? Tapi, Maksu Ja was late..., always late actly..., bosan Likha tunggu sampai ngantuk then mengamuk dalam kereta. Haaa Maksu Ja la ni! Im a big baby, mana leh panas dan rimas rimas ni. Hehehehe.







Banyak pit stop dengan Maksu Ja, last sekali lepak minum Orange + Banana Jumbo size dan Banana Split Ice Cream. Yummy!







Kalau Ciklonggg ni suka sangat zaman muda muda makan banana split. Memang tkleh dipisahkan. Tengok banana split je pun terus nampak muka ciklonggg. Eh, Likha tahu ke kisah zaman muda ciklonggg ni?








Likha no more banana! So mamam jer lah coins purse Mama.... Toys sume campak bawah, dah ni yang berkenan di hati? Layan la sekejap.






Ok, picture tyme! Smile Likha..!!








And the result is jeng jeng jeng...!!






*

*

*

*

*

*

*

*

*

*










Hahaha! Dah la rambut ala ala Oasis. Dengan muka kelat ketatnya. Sory, pic tk brapa ada quality, henset Maksu Ja ntah papa, niwey bru hilang henset so pakai henset murah je dulu. Tah brapa kali dah hilang henset Maksu Ja ni, how careless u!






Malikha... Malikha.. pun nak try jumbo drinks!!



Today, Likha ngan Mama got a sick of flu and running nose. Tak tahu la jangkit dari mana. Sian Likha sok sek sok sek berhingus... Hidung pun tersumbat. Hope tak lama.



Sekian..!!