SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Saturday, July 31, 2010

Bila Mama Kena Jadi Pelakon

Seminggu dua ni, Likha dah tak pakai rocker dia, TOTALLY. Boleh simpan masuk peti khazanah dah. Terima kasih Ciklonggg, banyak sungguh jasa rocker tu ^_______ ^



Cara tidur sekarang, lepas je atas katil PapaMama, bergolek situ sini, lontar badan ke sana ke sini, sembam sana sembam sini, sampai tertidur sendiri. Tapi yang tak tahan, bila Likha taknak bergolek sorang sorang. Kena Mama ada. Terpaksa la Mama berlakon pura pura nak tidur jugak. Golek la jugak macam drama Hindustan sama dengan dia.



Aduyaiii, penat berlakon pura pura tidur ni. Dah la siang 2 kali sehari tidur, 2 kali jugak la Mama kena berlakon. Habis kerja kena tinggal kejap. Kadang kadang Mama pulak yang tertidur. Penat layan dia yang jadi pengarah pilem ni. Hahaha.



Kalau Mama pura pura tidur dengan spekmata, dia akan tarik spek Mama dengan rakus ''Mama, nak tidur bukak dulu spek''... ''Yelah Likha Mama nak mimpi dalam tidur, kalau bukak mana la Mama nampak''.... Kuiii kuikuiii... Pastu spek masuk mulut dia..! Haha.. Lawak anak beranak ok.







Ahernya tergolek dokkk sendiri atah bolster. Ikut Likha la, janji jangan terserbam tergolekk dokk bawah katil...sudeyyy.. Tapi serius seronok tengok dia cari feel nak tidur... Sampai atas muka Mama pun disembamnya!



Bulan ke bulan ada saja perubahan Likha. Now macam ni. Then, rasa dia makin manja. Suka take attention Mama Papa. Dah nak makin besar ni, ada saja la yang dia nak buat. Mesti macam macam lagi la perubahan dia nanti. Hemmm, Masa masa... Cepat sungguh berpusing.



Sekian..!

No comments: