SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, July 9, 2010

Dari Bangladesh ke Malaysia


Hahaha, kisah lama muncul kembali..


Flashback to 2006.


Aku dengan Eiza - adik aku paling bongsu - kat KbMall ada blind date dengan En Azwa Bank Rakyat. Cit! Apa la Ciklonggg lagakan aku dengan orang yang langsung bukan taste aku! Hahaha.


Singgah masuk Guardian jap, Eiza sibuk nak tengok hair color. En Azwa dah tunggu time tu kat McD sebelah Guardian. Boleh pulak order minum untuk dia sorang! Citpodah! Tak gentle langsung!



Macam mana aku nak jatuh hati??



Dalam Guardian, aku tengah kalut sebab fikir macam mana nak lari dari En Azwa. Eiza pun speechless. Tetiba. Ada sorang macam pakcik gelap gelap gitu kulitnya gigi mancung sedikit jalan heret rolling bag. Bag isi baju la. Pakai pun smart macam smartshop berkemeja, berseluar slack bagai.


Orang tu : Ehem ehem, excuse me!
Eiza : Tempat lain luas litar lagi, sibuk nak lalu kokni lah!


So, orang itu yang tarik bag tu perkenalkan diri dan bagi bisnes kad dia. Oh, Bangla rupanya dan dia adalah Pharmacist. Tapi bukan bangla sebarang bangla, memang came from Dhaka, Bangladesh. Datang Kelantan coz jadi buruh buat rumah batu ada seminar kat HUSM . Then tengah tunggu bas dia bertolak ke KL, so naik pusing pusing KbMall dulu. Bas station next to KbMall aja. Tulah cerita dia.


Aku pun bagi la email address aku gak, sambil sambil nak hilangkan gundah gelana fikirkan En Azwa sambil cepat cepat nak larikan diri dari Bangla yang banyak cakap ni. Malas nak layan, coz tak sangka dia akan bersungguh contact aku. Eiza dah gelak sakan dalam perut.






Malam semalam bukak FB tup tup ada msg dalan inbox aku! Lahai mamat Bangla ni! Ingat lagi kat aku rupanya. Dah la sibuk ajak aku pergi Dhaka dulu. Aku tergelak beruk. Terus kol Eiza tanya ingat lagi tak mamat tu. Nape lak tak ingat! Hahaha, tambah tambah tang Excuse Me dia tu....! Ehem ehem tu adalah ayat untuk mengorat! Heee.



Yang paling tak sesuai, bila nama dia dekat dekat jer ngan nama Papa...! Haiiih, jodohku dengan Papa akhirnya. Bye ya En Shamim Alam Khan!



Papa tahu kisah ini. En Azwa pun dah selamat kahwin dengan jodoh dia.


Hahaha! Sekian...!

No comments: