SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, August 25, 2010

Semalam Semua Homemade


Dah 15 hari berpuasa, takde lagi saya jaja juadah berbuka yang saya masak kan..? Bukan tk masak, masak eiii, tp bulan bulan pose ni malas aja nak share n snap pic masakan... Oklah, dis tyme baru nak share ni.


Semalam, semua homemade, dari sirap cincau, popia goreng, ikan bawal sweet sour, telur dadar ulam kacang panjang dan of cos la nasi putih kan.. Telur dadar last minit baru terfikir... ;) Kira semalam tkde beli apa apa dari PARAM ceh, dah pandai sebut PARAM =p. Kalau tak biasanya Papa lik kerja singgah je beli samosa ke, roti john ke...






Untuk Papa, saya gorengkan ikan bawal dan asingkan khas unttk dia. Sebab dia lebih suka yang bergoreng garing. Simple je la kan. Penat masak pun tak kisah lah janji puas hati masak apa yang kita nak makan.







Tapi yang penting, bulan puasa ni kiteorang dah tukar selera makan ikan ikan saja. Betul lah, dah bosan makan ayam tulah asyik makan ayam kg rasa. Ahad lepas pergi Giant, tengok ada ikan Siakap, rm7.99 je seekor. Murah sangat, kalau makan kat kedai mau jadi 30-40-50 seekor kan. Beli la dua ekor. Satu dah goreng garing garing, tengok satu lagi nak try buat siakap stim ke ;)



Kelmarin dulu masak sup daging, bagi kamceng ngn siakap goreng garing tu. Pastu set ngn sambal belacan, ulam kacang dan terung... Hari ni nak masak daging masak kicap la pulak ;)



Sekian..!

No comments: