SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Monday, October 4, 2010

Bila Asyik Tak Sihat



Kalau buat blogwalking, situ sini baca kisah orang pergi open house kan. Kat fb lak, jap open house sana, jap open house sini... Yelah, kita masih dalam mood raya.


Tapi saya dan asben tak dapek lah nak pergi. Minggu sudah, dah skip rumah sedara. Sebab saya sendiri yang tak sihat. Minggu lepas ada 3 invitation, pun tak dapat sebab mektok Likha pulak yang tak berapa sihat. Maaflah ye pada yang mengajak hope paham, bukan bermaksud anti sosial ke sombong ke apa.. Tapi keadaan tidak mengizinkan.. Memang Syawal ni bulan tak sihat lah, duk collect bil klinik je ni hehehe.

Semalam, misi pencarian kat Taman Tun failed lagi.. Another 2 weeks boleh pergi lagi. Semua dah fully booked. Takpe, sabar sabar lah ya. Tak berapa penting sangat, tapi centulah saya ni. Slow n steady, time orang kalut wat donno je.. Alah lepas ni benda tu ada je kat market...


 
Lepas tu terus ke Klinik. Likha dapat ubat selsema and ubat batuk n cairkan kahak. Tapi comellah bila Likha batuk n bersin. Cute.. Tapi kesian lah, bila tidur je, batuk batuk sebab kahak naik keatas. Mujur kahak bukan dalam paru paru.


Then, isi perut kat Restoran Ikan Laga, hajatnya Papa nak makan asam pedas, tapi oleh kerana order jugak sup tulang.. langsung asam pedas ikan tenggiri tak terusik. Bungkus jer buat makan dinner... Order jugak ayam goreng kunyit, dengan kangkung goreng belacan. Bedal yang lain, tak ingat dah asam pedas. Wohhooo ayat!


Tunggu lah pergi Melaka makan asam pedas terbaikkk punya!



Boleh tahan jugak makanan kat sini... ;)



Mektokk ni paling terbaik. Chew timun lah yer. Oppss Mama dah suap kenyang kenyang kat rumah. Tapi kan lately ni, Likha tak nak berapa makan dah. Lebih suka nestum dari bubur nasi yang Mama masak. Aiii... tak boleh jadi ni...! Penat Mama buat, Likha taknak makan... Sian Mama tau.. Nilah dia bila straight je makan nestum masa musim raya kat kampung hari tu... ;(


Sekian..!






No comments: