SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, November 30, 2010

Likha's 1st B-day Bash!

 A sneak peak preview and lets the picture do speak!


 
 




 
 












 
  










Alhamdullilah, hari tu seperti yang dirancangkan.
Cuma makanan lambat smpai, wpun tetamu dah mula datang jam 12 lebih.
Menu: Nasi Ayam, Spagetti, Mihun Singapore, Chicken Sausage, Cocktail Sausage,  Koi Ubi, Fruit Punch dan macam2 lagi lah untuk kanak kanak ribena.
:)
Hujan pun nampaknya bagi ruang pada kami.
Budak budak dengan puas bermain kejar kejar dan berplayground.


Thanks pada semua yang sudi menghadirkan diri pada majlis yang biasa biasa saja sempena 1st year Likha.
Pictures of cos lah banyak kan!
Tempek yang mana sempat dulu.



Thanks again from Mama Likha, Papa Likha & Likha!

:)


Sunday, November 28, 2010

Likha's Birthday Invitation !!



STICKY MODE!
till 28/11/2010




Assalamualaikum wbt...
Dear all.... my blogger frens yang biasa berbalas balas komen, blogger frens yang ada kat bloglist saya, yang blog saya ada kat bloglist yuols, yang jadi follower secara sah, yang follow secara tidak sah, my beloved family members yang baca this blog secara lagsung, family members yang baca blog ni secara tidak langsung, kawan kawan lama dan baru, jauh dan dekat, pengkritik, dan semua yang tidak dapat saya sebut lagi......


SILALAH JANGAN MALU MALU JEMPUT DATANG.
ke


1ST BIRTHDAY PARTY
MALIKHA.

Date : 28.11.2010


Bawak pasangan masing masing dan anak anak ya.
All the food semua nanti, saya pakai catering.
Semua details dah ada mentioned kat atas tu.
Apa apa sebarang pertanyaan, nak no fon ke nak map ker,
sila lah leave comment kat entry ni or
email me at
just4taz_ever@yahoo.com.



Thank You!



Perjalanan 13 Bulan...

Syukur rahmat ke hadrat Ilahi.. Malikha dah 13 bulan.Wah! Macam cepat pulak rasanya dari 12 ke 13 bulan. Rasa macam baru jer Papa Mama celebret dgn Choc Strawberry kek..., macam baru jer Mama belikan Singing Barney as bday gift... Hishhh Masa cepatkan berdetik!


 Eh ni baby Malikha ke ni..?
Hihihi.
Taklah. Ni baby umur 13bulan dah.
Kesejukan lepas shower!



 Meh tengok baby Malikha 13 bulan yang lepas.
Yuhhuuuu... bibir sexy merah jambu sejemput.
Lepas 12jam met Papa Mama.
Tapi kan, tengok blanket tu macam dah used kan.
Nak buat cam mana, tu KBMC punya!
Mama bawak satu jer.
Huhuhu.
Dengan barut perut pun tak bawak.
Cian Likha. Macam ni lah jadi kakak sulung ni.
Mama takde experience lagi.
Checklist punyalah berjela panjang, sekali itu lupa ini lupa.
Huh.
Lesson learn!
:)



Apa apa pun takpe, Likha tetap cool.




Dua hari lepas dikeluarkan.
Kembang semangkuk nyerrr kan.
:)
Gara gara pic ni lah Likha dapat gelaran TokWan Astro.
Alah... tahu kan iklan Macam Macam Ada Astro tu...
Haaaah TokWan yang melatah tu lah.
:)


Ok, ni dah lepas 13 bulan.
Sekarang ni makin lasak dan ganas.
Tapi cepat sensitif.
Bila Mama marah sikit then nangis... Cara nangis pun dah macam budak besar.
Sian Likha kalau Mama termarah... 


 Merahnya Makngah!
Makngah tu Mama lah.



Seminggu ni Mama tengok Likha dah mula pandai nak pakai baju sendiri.
Huhuhu...
Apa apa lah Likha, janji rock tengok nampak Pampers tu!




Ok dah.. 
Bye..!

Friday, November 26, 2010

Keberkesanannya!

Ada hari tu, saya mendobi all the pants lah. Saya tak campur pants dengan baju, kalau pants, pants saja lah. Baju, baju sajalah.... 


Sekali bila dah kering n nak lipat, nahhhh rupanya jeans dengan slack kerja Papa penuh dengan bintik bintik putih. Means saya dah terbasuh dengan tisu sekali. 
Tak sure lah sapa yang simpan tisu dalam poket ni....
Hihihi.
Macam nilah kalau buat kerja dengan cepat dan laju. Cek bukan tak cek poket, tapi tak jumpa semua apa lagi barang yang tinggal.




Ku tak tahu nak buat macam mana, geram tau tengok...Putih putih macam tu.
Ingat nak cuci lagi sekali without sabun...
Kalau yuols, ada tak petua untuk kejadian seperti ni...
Macam mana ehhh nak buat....??



Then, tetiba jer malam tu....
Idea datang zaaassssssssssssssssss kat kepala.
6 helai pants, termasuk jeans dan slack tu jadi sebersih sebersihnya....
Sebab ku guna ni haaaaa...
Pernah dengar tak Bartis..?
Pernah nampak tak benda tang alah ni...?




Olohlolo, IKEA punya lorhh.
Mesti ramai yang pernah tertengok benda ni kan..?
Dan tahu jugak function this thing..
:)



Ku beli satu jer aritu.
Saja nak guna untuk cleankan sofa or karpet terbang ku ni.
Ohhh rupanya boleh jugak guna time time emergency cam ni yer.
Then stickers tu ada banyak lapis.
Boleh di tanggalkan lepas satu lapis dah tak boleh melekat lagi..
Berlapis lapis sampai nahhh clean benda yang korang nak bersihkan.


* Saya promot IKEA ni, mentang mentang lah baru tahu hishhhh*
Pergi beli buat stok kat rumah yer.
Harga tk sure lah, rasanya tak sampai suploh hengget.
:)



***********************************


Oh ya.
Ni pun nak story pasal keberkesanan ni.
:)


Seperti yang di idamkan.... ayam masak merah sudah siap!
Taraaaaa..
Not lah pagi ni.
Ni semalam punyer.
Walaupun ni adalah bukan Mommy mereka punya, mehlah rasa Makngah nya style pulak..
:)


Fresh from kuali.
Hahaha.
Makan dengan nasi panas panas, then salad.
Tu jer.
Syyedappp bebeh!
:)
Layanan berbelas belas bintang lagi untuk mereka.
:)
Apa apa pun, masakan ibu tetap terbaik.
:)



Nak resepi ke.
Bukan tak nak share, rasanya sume orang tahu kan how to cook Ayam Masak Merah ni kan?
Simple jer...
Like makan kacang.
:)



Ok dah sekian...!
Bye bye!

Tuesday, November 23, 2010

Sekarang Ada Kawan


Ok, at now kat rumah ada Ain Nabila ngn Yasmin Nabila a.k.a sepupu Malikha. Sekolah dah cuti kan...  Menghabiskan masa kat sini lah. Bolehlah babysit Likha kan.. Hehehe..! Poooooo dah Mama! Likha pun tak berapa nakkkkk lagi dengan dorang. Nope lah, at least... Likha ada kawan kan..?



Semalam sampai jer dari epot, ohhh suka lah Likha balik rumah.  Hug Tabby, hug Tina, hug toys yang mana dia tinggalkan.. Berjalan terkedek kedek.... Suka Mama nengoknya. Dulu, merangkak ke sana ke sini. Ohh sekarang dok lagi... Nk buat macam mana, anak baru berjalan katakan... :D



Jap tu, tengok tengok ada orang lain sampai. Dorang bertolak dari KB dengan kereta with my double sisters tu. Bertolak kul 12 tghari sampai dekat jam 10. Jem membesarkan bontot dalam kereta. Lama wohhh, sebab ramai kan orang Kelantan nak balik KL semula lepas beraya haji sakan kat kampung.



Dah sedang elok, kitaorng sampai kat epot dorang pun terus otw ke rumah kami. Tu yang Likha pelik tu. Ada pulak strangers dalam rumah aku, agaknya dia cakap.. Baru nak senang sikit... Hehehe.



Hari ni tak sempat ke mana lagi.
Berkemas rumah, mengadap lappy, mendobi serba sedikit.
Petang tido!
Bag pun belum unloading lagi.
Huh. Aduiii dui duii...


Bangun jer dari tidur bawak dorang just lepak kat bawah.
Ngam ngam lah, kat playground takde orang lagi, tapi kat swimming pool 
ramainya berendam!
Agaknya sebab cuaca panas.
Mintak mintaklah panas sampai ke minggu depan.
Amin.



Tengok Malikha tu.
Refused dengan dorang.
Berpakaian macam tu sebab dorang nak buuuusshhhhhhhhhhhhhh!!




Yes! Swimming..!
Likha bila tah Mama nak bawak swimming sekali.
Swimsuit dah beli hari tu.
Konon lah Mama ni teruja.
:)



Malam tadi, ke Giant. Without Papa.
Shopping groceries.
Frigde kosong haruslah di isi.
Tambah tambah dorang ada kat rumah ni.
Btw, Yasmin dah request nak makan ayam masak merah.
Dia memang hantu ayam masak merah.
Kenalah Makngah ni jadi hantu sekali masak ayam merah nanti.
:)


Then lepak jap kat J.Co Donuts.



Likha.. Likha.
Orang tengah posing, dia cuit cuit curik Yogurt J.Cool tu.
Hih makan budak!




Yogurt J.Cool Sharing + Nata De Coco + Peach + Strawberry + Crunchy Coco
untuk Yasmin n Makngah.


 
Yogurt J.Cool Couple + Kiwi + Strawberry + Coco Caviar
untuk Ain dan Malikha.
Padanlah korang.
:)

Best ni.... Cool betul!


Murah rezeki, dapat free J.Pops Baby Donuts ni.
:)


Ok tu jer.
Bye!
Nity nites...!
:)