SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, December 30, 2010

Operasi Baru Bermula..


Ahad lepas, pagi pagi lagi dah bertemujanji dengan 'pakar rumah' untuk hal hal
renovation rumah baru nanti.


Baru sketch sikit skit hal kitchen cabinet, wardrobe, extension untuk wet kitchen, extension untuk car porch, plaster ceiling. Kira ni macam big renovation jugaklah bila Papa decided nak buat wet kitchen, dan sambungkan porch. Dah pesan siap siap, jangan lupa green area untuk Mama Likha bercucuk tanam nanti.
Nak tanam pokok lada, bunga bunga.
Ni kena import Tokmi ni jadi gardener ni.
Hehehe.





Baru jer start enjin, hemmm estimated untuk siap smua renovation ni dalam 45 day up to 2months... 
Memang lah 2 bulan, tapi ni bab bab nak pilih design semua ni belum lagi ni.
Mau drag ke 3 bulan...?!
Warrghhhh!!!
Banyak lagi benda yang nak di buat.
Memang banyak benda, sebab satu pun belum buat lagi.
Belum lagi tengok design design yang ID tu nak buat.
Belum lagi buat final decision untuk pemilihan cabinet tu, cabinet ni, wardrobe tu wardrobe ni, jenis gate, jenis grill, pintu depan pun nak tukar, mana nak pilih lagi.
Sebelum buat keputusan tu fighting2 dulu.
Mama nak macamni, Papa nak macam tu.
Hahaha.



Hurrmmm.
Nak gi pilih n beli lampu lampu, kepala paip, kipas, ekon.
Nak pilih color untuk cat dinding, nak pilih tempat nak tempek wall paper. Nak pilih wallpaper lagi.
Tu belum masuk hal furnitures, barang2 kitchen, barang keperluan lain lagi yang nak disumbat masuk nanti.
Pendek kata, dari hal sekecil kuman sampailah ke besar gajah gong lah yang nak kena pikir ni.



Ilmu hal rumah ni pun tak berapa nak ada.
Ni geram ni.
Asek duk belek Anjung Seri, Dapur, Impiana, jer hari hari.
Lama lama makin pening.
:)

Yang penting, kena buat CHECKLIST!!



Jawabnya berlama lamaan lagi lah di sini.
;p




Meh tengok budak ni.
Sekali jenguk, dua kali jenguk, tiga kali jenguk.
Geram nak kobek bag ID tu.
Hahaha.




Well.... Malikha kan suka sangat part kobek kobek bag ni...

Hihihi...



Tengok rumah sebelah pun dah ramai yang mula buat hal renovation.
Agaknya semua tunggu new year 2011 ni nak pindah masuk ni...
:)


Sekian bye!

Monday, December 27, 2010

14 Bulan Oledi...!!

Ok now... Likha kesayangan Papa Mama dah pun 14 bulan... Bila dah mula masuk belas belas bulan ni, kekadang macam boleh lupa kira... Eh, brapa bulan dah eh... Lebih kurang gitu lah... Baru ni 13 bulan, ni 14 bulan, bulan depan 15 bulan.. Haaah gitu lah kiranya Mama Papa belajar count the numbers balik... :)






Apa apa pun, Malikha masih sama Malikha dulu, eventho dah sah sah lah makin membesar kan..? Sekarang, berlari pun laju jer... Rumah pun dah kenal yang mana satu. Menyanyi suka, berjoget pun suka.... :) Bila dengar jer lagu pape jer tambah tambah macam Timmy Time ker, hamboi... kaki tu macam berlari setempat.. Terlonjak lonjak sebab nak jump tak boleh lagi, dengan kepalanya. Hishh geram... Mama nengok.. :) Memang bebudak suka sangat kan bila dengar music.







*****************************


Its just because 14 bulan tu, Mama tak boleh lagi nak kasi lesen untuk Likha masuk dapur.
Terpaksa lah buat macam ni...
Dekat drawer n cabinet... 
Yang selalu Likha main sorong keluar masuk.
Yang selalu Likha bukak tutup, pastu bukak tinggal tak tutup tutup.





Hih.
Really...!
Likha anti balloon...!!!
Hahaha.
Just letak macam ni pun, dah cuak yaaa amat nak masuk dekat.



Since we all bukan owner sebenar rumah ni, rasanya malas nk pasang safety gate bagai... 
Tunggu besar sikiiiiit lagi, Mama kasi lesen besar punya masuk dapur..!
Hehehe...





Ok, Malikha.. Teruskan membesar jadi anak yang baik, solehah dan bijak yer.
Tiada hadiah yang lebih baik melainkan doa dan harapan untuk dia.
Amin.
Sayang makin bertambah sayang!
Welebiu Sayang!


Bye bye!
:)


Friday, December 24, 2010

Coti Coti Msia Ke Melaka





Cuti cuti ke Melaka, tak lain tak bukan hanyalah untuk makan asam pedas...! Whooottt whooottt... :)



Malam pertama kat Hjh Mona Asam Pedas.




Likha dengan anak sepupu, Adam Dani.
Anak sepupu lah sebab Mummy Dani tu anak buah Papa Likha juga Mama Likha atau dengan kata lain Mummy Dani tu sepupu Likha... Hishhh.
Jauhnya beza kan!



 We r happy family...
:D



 Muahhhh..muahhh..
Nak bercinta sampai hujung nyawa!




Likha dengan Dani & Dady...
:)
Kalau kat Playhouse Disney, Likha suka sangat dengan lagu theme Dany & Daddy...,
Kalau dengar, terhangguk hangguk pale :)




 Malam kedua asam pedas kat Berkat Salam Bukit Katil....




Sampai Melaka, mana lagi nak check in kalau tak kat Banglo Abg Man & Kakyah kat Ozana Villas... kan..? Tq to Abg Man satu family... :)


 
Likha dengan Makcik Yah nya.
:)

 


Dah cakap dah kat Likha, nanti Papa kaya esok esok, buat rumah besar padang luas macam ni yer.
Baru Likha sonok nak main kejar kejar ngn adik adik Likha nanti.
Berangan salah ker..?
Hahaha.


Ok babai Melaka, tak tahu lah tahun bila lak sampai Melaka. Melaka yang kecik, tapi macam macam dah benda nak buat kat sana.. So rasa tersangatlah pack.... Nak gi Bandar Melaka dari Bukit Katil pun letih dalam kereta. Jem manjang, traffic lite banyak dah lah lama satu satu traffic lite tu.. Huuuuuuhu.... Jangan marah orang Melaka! Dulupun Melaka 'rumah' saya dekat 4 tahun tauuuu... ;)


Sempat ke Jusco terbesar tu... Tapi tak menarek tertarek daaaa boom pun.... :)





 Dari Melaka,singgah lak rumah Adam Dani.... Sebab nak antar Onny nye KLIA, 
kebetulan kami pun ada hal kat KLIA... :)


 Ok itu saja.
:)


Yihuuu....
:)


Bye bye..!

Coti Coti Msia Ke PD

Sebenarnya bukan cuti cuti tapi temankan Papa untuk kerja dia. Sepatutnya Rabu dah check in kat sana, tapi oleh kerana Papa just nak attend dinner PERSIDANGAN ANGKASA khamis malam, so he decided to go on Khamis lah. Papa pun tak boleh simply tinggalkan ofis lelama. We all bertolak pun dah petang, sebab pagi tu ke DEMC dulu jumpa Dr untuk demam selsema Likha.


Kat PD, dorang ofis Papa dah booked COCOBAY RESORT kat Teluk Kemang.  We all sampai pun dah jam 7, Papa kena ada kat dinner before 8....Tapi sungguh lah menyedihkan lagi menyayat hati RESORT tu. Serius... Im not mengada ngada, tapi environment so scary dengan keadaan parking yang kosong, dengan blok blok bangunan yang tampak kosong dengan cat yang dah merekah sana sini.... Macam tempat orang 'tinggal'.... Tapi saya diam jer.. . Dah masuk dalam, Papa terus cakap... ''Ahhh tak tidur sini kot malam ni...''.. Macam tk ok jer..  Sedih tau....dapat tempat cenggitu :(


Papa bersiap nak ke dinner dgn baju batik dia, saya pula terus siap siap connect Broadband, bukak youtube, bukak Yassin... Takut lah, dah tinggal ngn Likha jer kan...? Intai kat luar, blok blok belakang ada lah yang cerah... Macam hujung ni ada orang....pastu hujung sana lah pulak ada orang nya... Kira jauh jauh.. Huhu seram! Nasib baik Likha takde meragam tak tentu pasal...


Dah lepas satu session, Papa called suruh bersiap keluar. Papa singgah amek, then ke Ancasa Resort & Spa, dalam 3km jer kut dari Cococbay. Papa dah siap check in, sebelum amek saya dan Likha. Wah...! Dah sampai situ, terus best! Haahahaha. Baru lah ok, Papa pun senang hati nak tinggal anak bini walaupun gi dinner tu sejam dua jer...kan..? Kesian Papa tau, aniway Tq sangat Papa sebab susah susah cari tempat yang lagi baik untuk saya dan Likha...


Terus lah amek gambar bagai kan.. Haha.. Tempat yang tak best, tak sempat nak snap gambar.. Sebab tak best punya pasal... Huhuhu.. Kat Ansaca ni, tak tahu berapa satu malam, tak tanya Papa, rasa macam kat rumah sendiri jer... Lalalalalala~~~ Hahaha.


 Tak kul 12 lagi, Papa dah balik bilik.
Persidangan Angkasa tu kat hotal apa tah, tak jauh pun dari sini.
Tapi kat hotel tu dh penuh.
Ada 2,3orang geng Ofis Papa masih stay kat Cocobay.
Dorang takpe, datang sefamily yang besar.
Takde lah sangat rasa sunyi nyer duk situ.
Huhu.


Nak salahkan sapa, walaupun jauh
beratus batu dari Ofis pun ada jugak cek cek 
yang datang mengejar untuk disign!
Sory, sign i tak laku nak tolong By.
:)
Sebelum kul1, ada yang datang collect balik cek cek tu.


Esoknya tengahari terus check out.
Masa kiteorang nak check out, hujan lebat dengan angin ributnya.
Hishh takut!



View from bilik apartment.
Teluk Kemang.





 Muka best dapat kena angin pantai.
Tengok rambut tu.
Macam kena potong jer kat depan kan?



Tunggu Papa check out.
Kali ni bawak Minnie pergi holiday...
:)

Tengok lobby dia pun oklah, boleh tahan. Sikit pun jangan compare dengan the previous one k!
Huhuhu...
Otw balik nak ke Melaka, singgah balik Cocobay untuk check out.
Ni jer sempat di snap dari kereta.


Hahaha.
Raindrops jer lah jawab dia nampaknya...

: D
Pastu terus ke Melaka, so takde story best kat PD ye.
Bye bye...


Happy Xmas and Wikend....


Hi oke. Happy weekend semua and Merry Xmas.. Biarlah tak best pun sebab PH falls on Saturday kan...? Tapi masa tetap bernilai bila bersama family tercinta... :)





And happy new year..... Welcome 2011.... :)


**Yeaa yeaaa!! Esok jemput Papa kat epot....

Dinner Date Wit BFF - III

Oleh kerana minggu lepas tu Likha demam selsema, so dinner date hanya berjalan dirumah ku.. Hehehe. Kebetulan hari tu masak spesel sikit, untuk upgradekan lagi skill menyediakan NASI AYAM MADU yang dah sedia ada skillnya... So nah...., berdinner date lah dengan Nasi Ayam ku... :)




Siang hari, tukang rasa Suky dah datang. Petang lak, sudah semestinya Papa lak menjadi tukang rasa. Nak tahu dah lulus or tidak Nasi Ayam ku, boleh lah interview ketiga tiga tukang rasa ni yer... 
:)


 
 
Budak tak berapa sihat dengan CikJah dia.
Tengok, Likha ikat tocang.
Sekarang ni kemain susah nak ikat rambut, nak pakai sepit bagai.
Gatal ajer tangan ada.
Kalau ada yang boleh tu, die lupa lah tu ada benda kat kepala dia.
Tapi kejap jer lah leh tahan.
Mama serabut dah tengok rambut Likha sampai dah masuk masuk mata.
Bagi dia, ok jer rambut berserabai gitu.
Hih.
 
 
 *Kalau nak hitung, berapa minggu lagi ku dan family kecitku akan meninggalkan Kota Damansara. Nanti dah takde nak berdinner date lagi...ya.
 


 Pasni nak belajar buat laksa penang lak..
Dah lah tengah kemaruk nak makan laksa penang.
Balik KB masa last raya haji, tak sempat jumpa laksa penang versi Kelantan.
Pergi Penang, pun tak dapek nak merasa.
:(
Orang kata buat sendiri lagi sedap dan puas hati!
Ye lah, memang kalau Umi masak ker..., Nekwan buat ker.
Alangkah heaven!
Ku...? Dah umur nak masuk 28, tak pernah lagi buat laksa Penang.
Malu oke!
:(

 


Bila dah post kemengidaman kat FB, ramai yang nak membantu.
Ibu mengundang yang comel tu, sangat baik hati siap bagi resepi suruh buat sendiri. Nak merasa dia punya tak dapat lah...!
Hahaha.
Hem. Tapi bila tah nak cuba buat ni.
Tambah2 Papa tak gemar pun Laksa Penang. Tu yang jadi lambat sikit lah nak mencuba.
Takde geng nak merasa nanti!
Tapi tak kira, dia suka ke tak nak jugak belajar buat satu hari nanti.
:)




Meh nak tempek sekali ilmu yang di share oleh beliau kat FB..
Terima Kasih, Normas!


bahan2 untuk 4 org mkn
  1. 5 ikan selayang/ikan kembung - disiang n dicuci bersih kemudian direbus bersama air,garam n asam keping (air byk sket xpe..sbb nk guna untuk buat kuah)
  2. 1 ulas bawang merah besar
  3. 4 ulas bawang merah
  4. 8 tangkai cili kering (direbus/rendam air panas)
  5. 4 keping asam keping (bajet sdri la..takut terlebih masam)
  6. daun kesum
  7. bunga kantan
  8. laksa
  9. timun (ulam)
  10. cabai (ulam)
  11. salad (ulam)
  12. bawang besar dimayam halus)(ulam)
  13. telur rebus(hiasan)
  14. limau kasturi (penambah masam)

cara memasak kuah

  1. asingkan isi ikan yg dh direbus drp tulangnya dan blend
  2. blend ciling kering yg dh direbus bersama bawang besar n bawang merah (suka belacan leh letak belacan sket) bersama air rebusan ikan
  3. blend tulang ikan dan tapis (ambik air sahaja)
  4. masakkan bahan (2) blend atas api (biarkan seketika)dlm 5 minit + asam yg diguna masa rebus ikan n lg sekeping asam yg baru
  5. masukkan air tulang ikan
  6. masukkan isi ikan
  7. selepas menggelegak,masukkan daun kesum n bunga kantan
  8. masukkan bahan garam n cikit ajinomoto jika perlu
  9. biarkan mendidih lama sket
  10. sedia utk dihidang bersama ulam2

SELAMAT MENCUBA...KALO X SEDAP,BKN SALAH CHEF...HAHA <---------- kalau tak sedap salah orang yang bagi resepi lah...! Hahaha... :D




Ok dah...!
Tu saja.
Lalalalalalala...
Mengidamnya laksa penang!
Huh!




 Slurrrrppppeee!!!


Thursday, December 23, 2010

Tak Jadi Jab Pneumococcal 4th Dose!

Likha tak jadi jap pneumococcal dia minggu lepas, sebabnya masa tu tengah demam! Aah, Likha bru jer baik dari demam actly... Masa baru balik Penang, Likha selsema. Selsema jer lah, running nose. Tak demam, tak batuk pun.




Pastu Selasa lepas, malam tu mula panas badan dan muntah. Appoinment yang sepatutnya untuk final jap Pneumococcal tak jadi, sebab dia demam agak panas. Dr Roliza masukkan ubat kut bontot, again... n bagi segala macam ubat.. and for the first time Likha dapat antibiotik... So untuk Pneumococcal 4th Jab, next month visit....lah.




Memang sekarang musim demam batuk selsema kata Dr Roliza. Yelah tengok cuaca pun tak menentu kan sekarang ni. Yang paling tak bestnya, sebab dah lah Likha selsema... Papa Mama sibuk arakk Likha memalam ke sana ke sinun... berembun... Tu yang melarat jadi demam tu... Huhuhu...


Pergi Uptown Shah Alam.... Wah! Mama ni boleh kira dengan jari bape kali jer pergi Uptown. Macam macam kan ada rupanya..? Kasut Crocs yang Mama suka tu pun, bertimbun timbun... Suploh hengget jer! Huhuhu... Yang best jugak, ada keropok lekor, air kelapa.. :)


 
 

Lepak Mamak Kayu... Wohhoo.. Kekonon nak makan nasi lemak panas, tapi indah khabar dari rupe yer..!
Nasi lemak cejukkkk...  :c





Pastu lepak McD... Wah! Sebetul betulnya, memang dah lama tak lepak McD. Ni sebab nak pekena Prosperity lah ni. Lepak lak kat McD Section 6 KD, wohh yess terus ingat zaman berdating ngan Papa dulu kat sini lah.. Yang lepas teraweh, sampai kul 11,12,1 tak balik balik. Papa duk sibuk pautt kat kaki Mama Likha kat sini lah.. Hahaha. Konon zaman bercinta, time nak balik tu lah berat kaki sangat. Dah kawen, takde nya nak lepak lagi... Sikit sikit home delivery hokeyy..! Terus automatik jadi homey type person! :D


Wohooo...Prosperity dengan Mc Fizz yang di tunggu2 hehe!
Tapi curly fries yang berkerinting macam wayar tepon rumah, macam wayar hairdryer tu i tak suka!
Tak besh pong!




Wajib untuk tuan cik puan kecik!
Sekarang kemain lagi suka dengan ciken poridge McD!



Muka tak puas hati.
Macamni lah kalau weekend.
Sebab ke situ ke mari.
Sleeptime pun tak menentu, kang tertidur jap dalam kereta.
Pastu bila kejutkan macamni lah ropenya.
Macam nak telan satu McD.
:D


Pastu terus demam.
Huhuhu.

Kena Tinggal Dengan Papa... Hukhuk..

EMO dan MOOD melayang...!!


Hemmm...! Cedih ah! Mama Likha dengan Likha kena tinggal dengan Papa... :( Papa pergi Pulau Langkawi, taknak bawak kiteorang. Menci menci!!! Hamboiii mak enon, tepuk tangan yer, sebab Mama Likha takleh menggediks pergi makan angin hahahaha.


Papa pergi kerja, bukan makan angin. Tak dapek lah Mama ngn Likha ikut, sebab schedule meeting Papa tight sampai ke tengah malam. Supposed pergi Rabu, tapi tu pun Papa dah postpone to pagi tadi... Pa...... Indu...sangat! Dah lama, Papa tak tinggalkan macam ni, rasanya last mase bulan 5 aritu... :(




Macam tak caya, arini kul 830 dah bangun, siap2 mandi. Macam tahu nak hantar Papa pergi epot.
She's a big girl now...! Suddenly, i missed my lil baby Malikha :(



********************************



Likha pun dah pandai n paham sangat.. Lepas jer tadi epot, terus terbatuk batuk, siap muntah dan nangis yang tak tahan dalam kereta. Bukan mengamuk...tapi nangis. Macam tetiba jer... konon tahu Papa tinggalkan dia untuk 2malam...! Mama pun apa lagi...!! Adoyaiiiii jauh sangat rasa Epot Subang tu nak balik rumah... :(




 

Papa pun sikit sikit msg, ok ke tak, risauuuu lah, cedih lah sayang, indulah Mama ngn Ikha.... Habis, sapa suruh tinggal Mama dengan Likha... :C


Uwaaaa tamo tamo cerita lagi....Sedih rindu semua ada, biar baru sekejap jer.. Macamtu lah, orang yang tak pernah kena tinggal... Dulu, hidup 26tahun tanpa Papa takpe jer...? Hoh! Tu dulu...! Malamni nak tdo kena spray parfume Armani Code Papa lah jawabnya...



Oklah Papa, selamat berBAGET MEETING kat sana yer. Elok elok lah wat bajet yer, so that tahun depan masukkan Mama n Likha sekali dalam bajet untuk pergi ikut sekaki dengan Papa ehehehe.. pasni dah balik sini pandai pandai lah bajet.... Papa dah janji nak bagi segala baru untuk Mama n Likha sebagai upah kena tinggal..! Hihihihi....Yea! Terus tak sedey!




Selain Mama dan Likha yang Papa dah bawak tersemat kemas dalam hati..... Papa juga tak lupa...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



 Hahahah.
Kenapa? Rokok kat Langkawi  tak sedap eh..??


Ok, Papa cepat balik! Likha rinduuuuuuuuuuuuuu Papa... Asek Appah! appah! Papppa! Paaa! jer... Mamanya idokkk di panggilll...!
Jangan lupa ole ole dari sana yer Appa...!
:)



Miss Yu sooooooooooooo Much Papa Sayang....
:*


Bye, nak nangis senyap2 jap.
:)

Jom, Type Balik..!

Mood sangat lah emo skrg ni, so terus tak pikir panjang nak tulis blog balik. Hahaha. Wei, wei... konon konon taknak tulis blog bukan majuk, bukan nak bawa diri, bukan ada nyamuk nyamuk pembawa denggi, lalat pembawa taun or mak enon ker apa yang menggatal kat blog Mama Likha ni....Sumpah takde sume tu! Walaupun sebenarnya kat belakang banyak sangatlah nyamuk, lalat, or mak enon sekelian yang cuba menggatal...Mama Likha tahu smua tu. Kampeni ituuuu, kampeni iniiiii, kampeni nunnnn walaupun banyak membaca blog Mama Likha dan mengikuti kisah likha secara senyap senyap... Haaaaa tahu ok! But, Mama Likha dont care smua tu.Ikut suka hangpa lah smua yer... Mama Likha nak kutip pahala jer banyak banyak! :)


Tapi sesaja jer, sebab nya takde kisah yang nak dishare! Ok nah,.... terketar ketar ni nak type.. Banyak cerita nak backdated haahaha. (ada pulak kisahnya..) Mesti ada yang cakap, ada aku kisah..? Hahahaha.




Jangan mengumpat, Tuhan marah!


Pasal emo, next story yer..
Bye!