SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, December 9, 2010

Coti Coti Msia Ke Penang Day 3

Ok yeah. Dah masuk hari ketiga. Now turn we all bekpes kat cafe. Budak Likha memang lah payah nak bangun pagi sama macam Papa, sampai kena geletek tapak kaki dulu barulah tergeliat geliat.. Tu pun kena tengok mood, kalao tak oke... haruslah memekak dulu...



Pagi ni pun cerah jer.. Celik mata jer Mama terus dokong tengok laut. Tu yang tercengang molek tu!





Yea! Boleh duk depan swimming pool... Jasmin pun tumpang datang, dah siap siap dengan swimsuit dia..




Bekpes Mama.. Aiii Mama takkan makan ni jer...! Huhuhu. Ni kira starter jer lah!



 
Bekpes Likha... Chicken sosej dengan roti... Ni memula jer nampak eloknya...





Pastu...??

*
*
*
*
*




Kui kui kui kui...




Papa Brazil yang suka makan salad dan takkan miss makan salad kalau check in kat mana mana hotel.





Likha dengan Tokcek.... aka MIL ku...
Hobi Likha mengkobek handbag diteruskan yer.
Tengok Likha kobek handbag Tokchek.
Apa ni tak elok perangai ni sayang oiii..!




Jumpa tissue!
Tokchek simpan tissue ke dalam bag hehehe.


Mama suapkan Likha chicken porridge lak.





Dah lepas kenyang semua, time tooooooooo
 BUSHHHH!!!!


Oh ya, TQ Papa untuk swimsuit Mama ala ala muslimah sejati tu.
:)
Now time cannot lagi pakai pakai yang ala bikini.
Ceh! Tak penah pakai pun bikini.
Tengok dorang dorang yang lain bertudung litup semua, terus Papa belikan yang baru untuk Mama.
:)
TQVM Papa Sayang!





 
 
 



Lepas puas bergumpal dalam air, kul 11 terus naik.. Bersiap nak pergi rumah Toksu kat Bayan Lepas.. Dia memang duk Penang, dah alang alang sampai kalau tak bgtahu die kita datang, marah dia.. So, die jemput makan tengahari rumah dia. Alhamdulillah... rezeki makan makan sambil kenal kenal rumah dia.. 





Beliau jamu Kari Ikan, Ayam Goreng, Sayur Taucu, Ulam Ulam, Daging Masak Sambal dan segala jenis macam pembasuh mulut. Terima Kasih Su!

***************************************

Budak yang senang hati happy go lucky..... kalau dok ngan Mama Papa dia jer.
Huh!
Tak berapa nak mesra rakyat yer.
Kena pandai amek hati dia, baru lah dapat kamceng!
:D




Sebelum maghrib, kami satu family berkumpul kat room 1424 untuk bacaan doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun Baru Hijrah 1432.. Dan kemudian sesama berjemaah jamak Qasar..
Walaupun di tempat holidays, kami tidak lupa pada amalan yang satu itu.
InsyaAllah.
Doaku di tahun baru ini, semoga menjadi isteri, ibu dan anak menantu yang lebih baik dari tahun sebelum nya..
Amin!




Malam plak, kuar konon konon nak makan ikan bakar kat Teluk Bahang, atas sikit dari Batu Feringgi ni. Bawaklah sekali Balqis, Aisyah dgan Jasmin. 
Tapi kedai yang nak di tuju tu tutup lak malam Isnin. Die suh datang malam esok, malam esok apanya dah esok nak lik KL dah.
Hihihi. Dah! Maknanya takde rezeki lah.



So kami singgah jer kat Riverside Cafe, macam ala warung gitu depan jer Hard Rock Hotel. Order jugak Ikan Siakap Bakar tapi nampaknya macam version lain. Dan lauk lauk yang lain...




Dah siap tu, singgah pekan Batu Feringgi dan pasar malamnya yang femes dengan jual jual handbag... kata orang lah... So nampak lah berderet deret kedai jual Coach lah, LV lah, GUCCI lah... Beli lah kalau nak beli hehehehe.


Bawak budak budak ni pusing.... sekejap... Abiskan masa :) Memang pekan Batu Ferringgi ni ala ala kat pulau gitu... 







Dan ku cuma membeli ini jer. Sesaja cenderamata untuk orang yang di ingati... Fridge magnet dengan cermin muka... Tu jerkkk..! Buat kenangan.. :)




Sekian....... 
Bersambung lagi next entry yer... :)


Terima kasih kerana setia menunggu.. 
:D


2 comments:

Natasha Farina Arifin said...

nak jugakkkk gift from penang!!!!! nak..nak!

Mama Qiestina said...

weeeeeeeeeee nampak sonok je g penang..baru je tadi ckp kat papa qies jom g penang :D

likha so syomelsss.macam anak jepun!