SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, December 24, 2010

Dinner Date Wit BFF - III

Oleh kerana minggu lepas tu Likha demam selsema, so dinner date hanya berjalan dirumah ku.. Hehehe. Kebetulan hari tu masak spesel sikit, untuk upgradekan lagi skill menyediakan NASI AYAM MADU yang dah sedia ada skillnya... So nah...., berdinner date lah dengan Nasi Ayam ku... :)




Siang hari, tukang rasa Suky dah datang. Petang lak, sudah semestinya Papa lak menjadi tukang rasa. Nak tahu dah lulus or tidak Nasi Ayam ku, boleh lah interview ketiga tiga tukang rasa ni yer... 
:)


 
 
Budak tak berapa sihat dengan CikJah dia.
Tengok, Likha ikat tocang.
Sekarang ni kemain susah nak ikat rambut, nak pakai sepit bagai.
Gatal ajer tangan ada.
Kalau ada yang boleh tu, die lupa lah tu ada benda kat kepala dia.
Tapi kejap jer lah leh tahan.
Mama serabut dah tengok rambut Likha sampai dah masuk masuk mata.
Bagi dia, ok jer rambut berserabai gitu.
Hih.
 
 
 *Kalau nak hitung, berapa minggu lagi ku dan family kecitku akan meninggalkan Kota Damansara. Nanti dah takde nak berdinner date lagi...ya.
 


 Pasni nak belajar buat laksa penang lak..
Dah lah tengah kemaruk nak makan laksa penang.
Balik KB masa last raya haji, tak sempat jumpa laksa penang versi Kelantan.
Pergi Penang, pun tak dapek nak merasa.
:(
Orang kata buat sendiri lagi sedap dan puas hati!
Ye lah, memang kalau Umi masak ker..., Nekwan buat ker.
Alangkah heaven!
Ku...? Dah umur nak masuk 28, tak pernah lagi buat laksa Penang.
Malu oke!
:(

 


Bila dah post kemengidaman kat FB, ramai yang nak membantu.
Ibu mengundang yang comel tu, sangat baik hati siap bagi resepi suruh buat sendiri. Nak merasa dia punya tak dapat lah...!
Hahaha.
Hem. Tapi bila tah nak cuba buat ni.
Tambah2 Papa tak gemar pun Laksa Penang. Tu yang jadi lambat sikit lah nak mencuba.
Takde geng nak merasa nanti!
Tapi tak kira, dia suka ke tak nak jugak belajar buat satu hari nanti.
:)




Meh nak tempek sekali ilmu yang di share oleh beliau kat FB..
Terima Kasih, Normas!


bahan2 untuk 4 org mkn
  1. 5 ikan selayang/ikan kembung - disiang n dicuci bersih kemudian direbus bersama air,garam n asam keping (air byk sket xpe..sbb nk guna untuk buat kuah)
  2. 1 ulas bawang merah besar
  3. 4 ulas bawang merah
  4. 8 tangkai cili kering (direbus/rendam air panas)
  5. 4 keping asam keping (bajet sdri la..takut terlebih masam)
  6. daun kesum
  7. bunga kantan
  8. laksa
  9. timun (ulam)
  10. cabai (ulam)
  11. salad (ulam)
  12. bawang besar dimayam halus)(ulam)
  13. telur rebus(hiasan)
  14. limau kasturi (penambah masam)

cara memasak kuah

  1. asingkan isi ikan yg dh direbus drp tulangnya dan blend
  2. blend ciling kering yg dh direbus bersama bawang besar n bawang merah (suka belacan leh letak belacan sket) bersama air rebusan ikan
  3. blend tulang ikan dan tapis (ambik air sahaja)
  4. masakkan bahan (2) blend atas api (biarkan seketika)dlm 5 minit + asam yg diguna masa rebus ikan n lg sekeping asam yg baru
  5. masukkan air tulang ikan
  6. masukkan isi ikan
  7. selepas menggelegak,masukkan daun kesum n bunga kantan
  8. masukkan bahan garam n cikit ajinomoto jika perlu
  9. biarkan mendidih lama sket
  10. sedia utk dihidang bersama ulam2

SELAMAT MENCUBA...KALO X SEDAP,BKN SALAH CHEF...HAHA <---------- kalau tak sedap salah orang yang bagi resepi lah...! Hahaha... :D




Ok dah...!
Tu saja.
Lalalalalalala...
Mengidamnya laksa penang!
Huh!




 Slurrrrppppeee!!!


No comments: