SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, June 30, 2010

Bila Saya Tidur dan Bangun Dari Tidur

Dua tiga hari ni, asal petang je hujan. Teduh dan mendung jer. Tapi walaupun anak tidur, walaupun agak sleepy, saya jarang dapat lelap mata. Ada saja fikirkan benda. Ada saja benda nak buat dengan business partner saya tu. Jadi bila dah menahan rasa mengantuk dan penat, lama lama boleh jadi macam biol gak.


So, petang tadi dah Papa sampai rumah, Likha pun dah siap siap mandi dan bersih, saya serahkan Likha ke Papa. Bahagianya dalam hati bila tengok orang orang tersayang kita main bergurau senda sampai gelak mengekek ngekek. Yang sorang tukang geletek, yang sorang tukang mengekek.


Saya pun baru lah dapat layan tidur dengan hati senang. Macam tak ingat ada anak. Tidur dari senja masuk ke waktu Maghrib sampai nak masuk waktu Isya' memang buat saya jadi bengong. Bangun bangun terus rasa badan kebah macam nak demam. Terus bangun mandi cepat cepat. Malas berlama lama sakit pale macam ni.


Lepas dah refresh bagai, saya pulak ambil turn main dengan Likha. Papa tertidur plak. Bila keluar bilik, tengok tengok... Oh, hi chair dah siap pasang, walker dah pasang battery, barang barang atas side table dah kemas dan sabun basuh pun Papa dah ganti baru.


Nilah kerja anak beranak ni time saya tidur yer. Thanks Papa! Apa lagi Papa buat yang saya tak sedar ye??


Mama mendemo Likha dalam hi chair ni.






Jap tu, Ciklonggg dan puteri puterinya menvideo call Malikha. Rindu nak bersiaran secara langsung la pulak kan..? Hi Ciklongggg sayang..... Muahhh muahhhh... Likha memang pandai berinteraksi dengan diorang. Tersengih, bertempik, pastu garu kepala... Pelik, kat mana la manusia manusia yang menjerit jerit panggil nama dia ni.. Hihihi.





Pastu mencuba walker yang dah bermusic. Bila Papa angkat jer cam nak snap pic, hah! Terus selitkan lidah keluar macam ni. Ada ada aje Likha ni kan.. Pandai sungguh menghiburkan hati Papa Mama. Likha la objek hiburan sekarang ni.





Ok dah, nak iron baju kerja Papa. Bye!

Ni Lah Yang Duk Sibuk Ni

Rupanya aku ngan makcik Miri ni berkongsi minat yang sama. Buat duit, buat duit dan buat duit! Berbisnes partner la ni kiteorang. Hehehe. So far, bukan takat makcik Miri ni jer... aku dah jumpa a fews cenel lagi untuk kembangkan serba sedikit. Alhamdulillah, boleh la for starting.


Lepas 5 bulan bersara daripada jadi kuli orang, aku jadi pengurus rumah then dalam masa yang sama, aku sibuk sibukkan diri buat bisnes kecil kecil ni. Kecil kecil lama jadi besar macam bukit. Lani pun dah nampak hasilnya. Alhamdulillah lagi...



Ohh ya, ada yang memberitahu saya ''Sedap la ko duk rumah, pastu gi makan angin sana sini. Asben kerja, ko perabiskan duit laki ko. Hahahaa''.. Memang lawak, aku tak ambil hati pun, sebab tu lah cara bestfren aku bergurau senda dengan aku. Sumpah! Tak ambil hati. Cuma saya doa, rezeki Mr Asben saya sentiasa bertambah.



So now tak nampak la sangat aku sedap membesarkan badan saja kat rumah sekarang ni. Penat wei ke sana ke sini, buat tu buat ni, ambil tu ambil ni. Rumah pun walaupun berkecah dengan barang barang ni tapi berbau harum sebab VS punya pasal. Masa pun tak cukup. Part tak cukup masa tu, sebab sekarang musim bola kut. Berjaga lagi nak tengok bola. Games yang best best lak mesti jer kul 2pagi. Huh!



Ni adalah batch ke3 kurier order VS ke Miri. Nak start yang ni memang agak perit, sebab semua stok memang direct ambil dr US. Shipping from US memang la banyak songeh. Tapi now boleh dah sengih, semuanya dah dalam tangan... Yea!!






Dan secara tak sengaja pulak, telah menjadi tokei shawl. Hari ni dah selamat hantar 40 pcs shawl ke Miri. Bermacam jenis material, janji cantik dan cute macam tokei tokei ini. Hahahaha.






Cik Puan Azziera sila sabar tunggu ya~~Insya Allah, esok mesti sampai punya. Yebba Yebba!! Esok boleh la belek puas puas ;)






Ok, now.. Sesiapa yang berminat nak jadi bisnes partner saya boleh la contact. Bolehlah sama sama kita tambah side income, walaupun anda dah bergaji saya tahu gaji belum cukup untuk urusan hari ni yang macam macam kan. OK? Ke K.O ? Hehehe, Saya ikhlas tolong kawan so nanti sama sama kita dapat pahala. Tak caya tanya Makcik Iera.


Bye!

Tuesday, June 29, 2010

Day2:Wedding Siti Maryam&Masymul Arif

Sambungan.


Ahad, hari persandingan Maryam dan Arif kat rumah bapa pengantin. Majlis bermula untuk kaum kerabat keluarga jam pagi pagi lagi. Tapi saya sekeluarga sampai dekat dekat nak Zohor. Nak buat cam mana, saya bukak pakai baju dekat 4 kali! Ntah macam tak kena jer baju batik ni. Tak sedap pakai, bukan sebab jahitan tapi sebab kain agak keras. Hemmm.





Masa kiteorang sampai, pihak perempuan tengah menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki. Klau lambat sikit, memang dah msuk rombongan pengantin lelaki lah. Deco meja makan beradab, khemah, meja makan, pelamin semua warna merah putih dan banyak roses yang fresh. Semua nampak luxury but simple. Nice. Pencak silat dan kumpulan gamelan pun ada.





Menu macam biasa lah. Nasi minyak, tapi puas hati. Sedap. Ada jugak setengah tu tak sedap kan. Ni memang sedap tambah tambah bila ada butter prawn. Sampai anak anak buah, ratah makan saja udang butter tu. Nama lagi kaum kerabat tuan rumah kan! Hihihi.






Makan dengan gumbira. Likha, ramai babysitter yang menjaga. Hehe, Bagus la! Langsung tak buat ragam. Asalkan perut kenyang. Hati pun senang. Bila Mama Papa kenyang, baru pass ya.






Likha muka tak puas hati, tercekik setotet watermelon. Hihihi. Mama mama. Apa la.., sibuk bercakap tak sedar suap Likha sebesar tu. Likha kan takde gigi lagi. Nasib baik takda pape.





Kemudian bergambar kenangan. Ambil peluang bergambar ramai ramai satu family without pengantin. Pinjam pelamin jap, sampai nak roboh. Ni lah my family in law. MIL wit her anak menantu. Ok, let me introduce serba sedikit about family in law.





Anak menantu lelaki MIL. Mr Papa paling muda. Kat tengah berkopiah bapa pengantin perempuan, Dr. Mazlam. Abang Faizal, sebelah kanan Mr Papa pun seorang doktor pakar kat sebuah hospital swasta kat Melaka. Pastu dari kanan, mula dengan Abg Man - abg no 2, Abg Faizul - abg no 6, Abg Yi - Abg Ipar - birasku lah, Abg Lan, Abg Faizal, Abg Syahmi - eh eh laki aku oke hihi dan last Abg Hasni - Abg Ipar - birasku jugak lah.





Anak menantu perempuan MIL. Saya paling muda. Seorang menantu MIL, kak Anis biras saya la tuh paling hujung berbaju pepel, Dr. Anis isteri pada Abang Faizal. Segan rasa, saya ni hanyalah Home Manager huhuhu. Oh ya, Kaktie bertudung kuning yang baru baru ni pun dah selamat menamatkan Phd, pun Dr. la. Dari kanan, aku la tu, kemudian Kakza - birasku wife Abg Faizul, Kakyah - birasku wife Abg Man, kakyah selalu gi Jakarta-Bandung, sapa nak gi,jom ikut!, Kaknor, ibu pengantin perempuan - birasku, MIL, Kak Eni wife Abang Hasni, kakak atas Papa, Kakna wife Abg Yi - kakak ipar ku, Kaktie, single mum dan Kak Anis, wife Abg Faizal- birasku. Letih buat family chart. Hehehe, sapa suruh!






Paksu ngan Maksu bergambar dengan pengantin.






Likha di bilik pengantin. Tersengih macam kerang busuk tengok bunga.







Jom tengok muka orang gediks geli kat bunga, ok.






Macam hari sebelum, Likha hari ni pun tetap menjadi pujaan hati semua. Dikerumun orang sini sana. Suka tengok bila anak kesayangan di gemari dan di sayangi semua orang. Alhamdulillah, biarlah berterusan sampai bila bila. Tapi saya percaya, sebab hubungan kekeluargaan belah sini memang rapat. Insya Allah.





Selamat pengantin baru buat pengantin. Selamat melayari alam rumahtangga dan bersabar dengan setiap dugaan dan ujian dari Nya. Semoga kekal bahagia ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang comel dan solehah. Insya Allah... Ameen.


Sekian, terima kasih kerana membaca!

Day1:Wedding Siti Maryam&Masymul Arif

Sory lah. Kebizian melanda, sampai mood nak hapdet blog pun tertangguh. Macam takda idea nak mula.


Ok, idea dah datang. Mood pun dah ok.


Hari Sabtu, Maryam akad nikah kat Masjid Negeri Shah Alam. Kul 3, kami semua berkumpul kat rumah bapa pengantin dulu kat Seks 6 Shah Alam. Kul 430 semua bergerak ke Masjid Negeri. Kira rombongan pengantin la ni.



Likha di kelilingi sepupu sepapat. Jap orang tu ambik, jap orang ni ambik.
Papa ngn Mama jadi single berdua je.
Hehehe.
Likha is the youngest among them.





Dah sampai masji, berkumpul sana sini lak. Ramai ni. Belah ayah pengantin ramai adik beradik, belah mak pengantin ramai adik beradik. Tapi untuk akad nikah ni tetamu adalah keluarga terdekat saja lah. Kemudian, tunggu plak, sebab baru masuk Waktu Asar.





Dalam pukul 5lebih, majlis akad bermula dalam dewan perkahwinan. Saya kejap kejap kat dalam, kejap kejap kat luar. Layan Likha, sepupu sepapatnya sibuk main lari sana lari sini. Dengan sekali lafaz, Maryam secara automatik telah menjadi Puan. Alhamdulillah..






Dah, selamat semua.. Apa lagi, sesi isi perut dan bergambar dengan pengantin baru la. Makanan hi-tea boleh tahan la. Yang best, ada mihun sup my feveret! Ada roti jala dan kari ayam, ada nasi goreng dan kuih muih.






Likha allergic dengan fresh roses. Dekat skit, mula mula konfius tu benda apa, pastu tak lama acchhooom! Hihihi.





Apa apa pun, Likha tetap menjadi hot cake petang tu. Sampai Mama pun dah pening, Eh sapa yang ambik? Eh, sapa yang dukung tadi. Papa lak cakap Mama dah macam kucing hilang anak kalau cari Likha. Haaa! Kan dah jadi mak kucing.





Sekali sekala berjumpa waris sedara belah Papa, oklah. Seronok. Time macam macam ni lah semua pakat berkumpul. Yang lagi best, setiap kali dorang ambil Likha untuk di dukung mesti akan tanya nama siapa, biar pun dah tahu or mebi lupa.. Then everytime tu Mama akan ulang balik tanpa jemu nama Likha, coz ada yang selalu sebut Malisa or Maliha. Sampai ada masa kena mengeja M.A.L.I.K.H.A .... Then ada lak sebut MALIKA. Tu yang kena eja tu, siap bagi maksud lagi MALIKHA is PERMAISURI, PERMAISURI is QUEEN. Yes...!


Ok dah.


Sambung hari kedua lak. Stay tuned ;)

Monday, June 28, 2010

Hadiah Sempena 8 Bulan

Pagi semalam pergi Warehouse Sales brand My Dear kat Puchong. Dapat info from one of mommy. Tq for sharing ;)


Oleh kerana 2,3 hari bizi dengan macam macam urusan, saya ajak Papa pergi pagi Isnin. Lagipun nak cari walker untuk Malikha. Dah sampai masanya kena naik walker unless saya masih nak suruh Likha menyapu satu rumah. Kang sekarang tengah merangkak laju, abis satu rumah di explore. Lagi satu, tengah memanjat.


So, pergi ngan Papa, beliau tak pergi kerja. Yea! Petang baru dia masuk kerja. Sib baik pergi weekdays, on weekend i tak tahu how pack orang. Tadi pergi boleh main goyang punggung jer sebab orang tk ramai pun. Best.


Then, yang plng best. Memang murah murah sungguh barangnya. Gila murah. 1st time pergi warehouse sale untuk baby macam ni. Oklah tengok walker, stroller, carseat, hi chair, bouncer, toys, mattress sets.. dan macam macam lagi la.


Likha tengah pilih mana yang dia nak.




Tak kisah la brand apa, murah ke.
Pakai pun tak lama.
Range price no music rm 30 above. Yang ada music rm40 above.
Yg dalam gambar with My Likha rm60 ++.





Push car.
Likha belum lagi boleh naik benda ni.
Harga masih dalam puluh2 ringgih saja.






Car seat. Akhirnya beli satu untuk Likha. Tapi blue color.
Percaya atau tidak, umur dah 8 bulan baru nak ada car seat. Ni tak tahu la boleh ke tak boleh duk dalam ni. Dah lama nak beli , tapi asyik tertangguh jer. Now, rasa dah perlukan carseat ni, asyik bizi jer sekarang ni, mana tahu Mama kena keluar sendiri bawak Likha kan??
Hopefully Likha can seat behavely dalam ni nanti.





Ni hanya lah testing sahaja.
Sampai tertenyeh tenyeh muka.






Membeli jugak hi chair untuk Likha. So pasni Likha boleh join
Mama Papa makan kat meja ya.
Oppsss Mama Papa sekarang dalam misi diet sakan. Nak makan nasi only on weekend.
Yelah, bukan saja Likha... Papa n Mama pun membesar like champion.
Sebab tu kena diet ni.
Ok, juz selingan sahaja.






Gambar model ngan mak model yang selekeh harus ada.
Ni bahagian toys. Macam macam ada, harga pun sume jadi separuh.
50% diskaun la tu.







Ni antara barang yang dibeli.
Puzzle ABC playmat, fan untuk stroller dan hook pun untuk stroller.






Membeli jugak jumper, baju dan socks Disney untuk beliau.
Oh yaaa, baju baju pun murah. Bermula harga RM5 sahaja.






Dan terakhir membeli ini untuk Likha. Musical Carpet.
Boleh Likha belajar ABC sampai Z sambil sambil goyang bontot dengar music.
Tekan A bunyi A, tekan B bunyi B.. Tekan C bunyi Z... Hahahaah.
Ok, ni adalah gambar masa mula mula dapat benda berbunyi suara dan lagu macam ni.







Gambar selepas petang.
Dah...! Haru biru dah jadinya. Malikha biasa la, mula mula tak berapa
nak friendly dengan benda benda yang mengeluarkan bunyi.
Penakut! Haihhh ikut perangai sapa la ni yer...??







Pagi tadi Mama dan Likha bergabung tenaga membuat puzzle ini.
Nah! Terhampar kat bilik dia.
Pasni boleh la bergolek golek kat atas ni ye, tayangggg.






So, mommies mommies yang nak beli barang barang baby or yang tengah peknen tengah membuat persiapan untuk sambut baby boleh la ke warehouse ni kat Puchong sampai 4th July ni. Baby cot pun ada, bermacam macam jenis.


Lagi satu, ada seorang yang berbaik hati telah share INI dengan saya. So pasni boleh la selalu updet mana mana warehouse lagi dalam Malaysia ni. Terima kasih.




Happy 8 Months Birthday Sayang...

Bukan setakat walker Papa Mama belikan untuk Likha. Hah ambik lah semua semua yang beli semalam tu. Kira ni hadiah sempena 8 bulan kelahiran sayang dalam hidup Papa n Mama.. Semoga Likha akan terus membesar dengan sihat, bijak dan menjadi baby yang paling comelll..Muaaxx.


Ok itu saja, babai...!

Sunday, June 27, 2010

Melepaskan Penat Dulu

Penat sungguh. Walaupn aku bukan pengantin, walaupun aku bukan tuan rumah... tapi memang penat dan letih. Hari sabtu, 1st day wedding Maryam balik malam, terus flat... Tapi masih boleh la slow slow buat kerja lain sambil layan lenguh lenguh badan.


2nd day, tadi lah... Alhamdulillah.. Semua ok. Balik sebelum maghrib dah sampai rumah. Likha pun dua2 hari dengan orang ramai, langsung tidak buat perangai. Jap tadi. sebelum Isya' keluar balik ke Giant, sebab ada urusan aku dan Papa. Ada la... untuk hal part time job aku hehehehe.


So, sebelum aku dengan gigih nak menampal gambar gambar sekitar perkahwinan dan persandingan Maryam, biar aku lepaskan lelah dan penat dulu ye. Esok esok aku sambung la cerita.


Layan dulu gambar manusia kesayangan kami, di Giant tadi. Dah alang alang ke sana, membeli la sedikit benda untuk di makan esok lusa. Kan hidup untuk makan. Eh, ke makan untuk hidup?
Tah lah. Nak cepat ni, malas hurai panjang panjang.






Bz sangat lately ni. Nati aku updet later la, apa benda yang aku bizi sangat ni. Tapi aku memang sibuk la. Nak ke sana, ke sini. So, now im not only home manager la..., Alhamdulillah... Semakin menjadi dan murah rezeki. Insya Allah...


Nanti nanti lah aku cerita ya.


Ok bai. Aku ada hal nak di uruskan dengan Papa.


Oh ya, Germany dah menang 4 -1. Balik Giant tadi ngam ngam bola dah start. Gundah gulana jugak sebab dua dua lawan best. Papa tanya aku nak sokong mana ni, hati berat nak sokong hitam putih. Germany la tuh. Tapi sebab konfius dua dua macam best, tak bagi jawapan kat Papa. Papa pun suggest macam ni, 1st half round Sayang sokong Germany, pastu 2nd half round sokong England. Eh, ada ke macam tu Pa?? Aku tanya... Ha... takde la tapi kita buat... Hehehe!!


So.. yebba yebba!! Germany menang... Pagi kang 2.30 Argentina lak lawan Mexico! Takyah pk panjang... ARGENTINA oke! Go Messi go!! Tapi penat dah nak tunggu bola ni.



Ok, dah babai. Ada kerja ngan Papa ni.. Masa macam tak cukup now. Ahhh letihnya, nak tidurrrr rasa!!

Saturday, June 26, 2010

Tak Menggegar Rupanya

Ingat kan malam tadi duk la depan tv layan Brazil vs Portugal. Rupanya kami mengukur jalan ke Shah Alam. Banyak hal. Jumpa orang amek barang, Papa gi gunting rambut dan akhirnya berlabuh kat rumah SIL, Kaktie kat TTDI Jaya, Shah Alam.


Nanti tengok repeat la kalau rajin. Tu untung pasang Astro, boleh tengok siaran ulang berulang kali.


Oh, Kaktie dah pun selamat menamatkan pengajian peringkat paling tinggi dan sudah pun bergelar DR. Berbaloi dengan segala penat lelah selama ni. Tahniah! Bukan calang calang orang boleh melakukannya, Tapi bila anda yakin anda boleh, anda akan boleh.


Kami berlabuh kat rumah kaktie, Kak Eni pun ada sambil sambil tunggu MIL dan Kakna sekeluarga dari Melaka. Dorang dah bertolak dari KB petang Rabu dan ke Melaka dulu sebab ada hal kat sana. Dan dorang dah pun selamat sampai kat Shah Alam. Esok kan hari bersejarah untuk Maryam.


Dah sibuk bercakap itu ini dengan kakak ipar dan anak sedara, tak terfikir langsung pasal bola. Bila MIL semua dah sampai lagi lah terus lupa pasal bola. Tapi ada lah kejap kejap terkeluar, eh.. bola ni sapa menang? Tapi tak ambil berat sangat pasal bola. Hihihi. Tak teruja la pulak.


Lepak dengan dorang best walaupun aku hanya jadi seorang pendengar dan mencelah la bila perlu. Cerita yang best best, berbahas pun benda benda yang bermanfaat dan ada isi. Semua akan kerumun MIL dengar cerita dan bertukar cerita, hubungan yang sungguh rapat dan begitu memuliakan martabat seorang ibu. Terselit dalam hati, betapa baiknya mereka mereka. MIL, aku nak jadikan contoh terbaik dalam mendidik anak anak selain umi ku sendiri.


Sambung lagi.


Tak lupa juga, sebab nak ambil baju Melayu Papa la yang ditempah kat KB. Ala kedai jahit depan rumah MIL je.


Jap tadi aku bersusah payah iron baju Melayu. Jarang sekali aku iron baju Melayu ysng berkain licin dan berat macam ni. Sebab tu sebelum ni aku belikan Papa kain SB Line yang macam cotton tu, senang nak iron dan pakai pun sedapi. Mengomel aku sambil mengiron. Mulut sama laju dengan iron. Tambah2 tang seluar. Hissshh.


Esok dan lusa hari yang sibuk. Pagi esok, keluar pagi pagi untuk setelkan urusan kerja kerja aku kat KL. Dan after Zohor terus rush ke Shah Alam. Maryam dan Arif akan bernikah di Masjid Shah Alam lepas waktu asar. Mudah2an, Likha sporting macam selalu. Ramai ni esok sepupu sepapat nak jumpa dan mengkerenyek Likha macam ayam penyet esok ni.
So, get ready ya!


Oh, dua dua Brazil dengan Portugal dapat telur ayam. Nasib baik.


Bai, nak tidur dah. Nanti dah siap majlis semua, saya akan tempek gambar gambar pengantin, bukan pengantin, dan semua semua lah.


Terima kasih kerana membaca, tata!

Mekapkan Blog

Akhirnya buat masa ini, saya berpuas dengan diari harian saya ini. Biarlah berlama lama sikit macam ini. Saya suka dengan color terang terang macam ni.


Semalam, bisik slow slow kat Papa.


''Papa, tolong jap adjust blog Mama ni''... Zastt dalam masa tak sampai 20minit, nah semua siap. Dia pakar dalam semua. Dia kan hero saya.


Terima kasih Papa.


Eh, macam dah lama tak tengok muka Likha dalam diari ni kan. Ok, ni gambar terbaru kesayangan saya.



Mamah remote astro dengan geram.



Lagi Kisah Pasal Madu

Saya rasa ada kesilapan DISINI.


Ok, cuba kita letak diri kita dalam situasi berkenaan. Sebenarnya tiada siapa yang ingin dimadukan, bermadu dan menjadi madu.


Semuanya dalam tangan Allah swt. Percaya pada qada dan qadar.


Cuma saya ingin menyelami hati seseorang yang paling rapat dengan saya akibat madu itulah. Sebab itu teremosi sikit buat entry tu.


Dahla cakap pasal madu, kang tempias kang naya!

Friday, June 25, 2010

Malam Ni Gegar Lagi


Malam ni Astro Supersport Channel 805 sampai 810 rumah saya dan rumah orang lain lain jugak dan di kedai kedai mamak dan di mana mana saja, bergegar lagi.


.Alamak.


Payah sikit nampak nya malam ni. Bila dua dua wira ni bertembung.


Merah hijau masuk gol, bertempik. Kuning hijau masuk gol, bertempik.


Mana satu?



Kuasa Mutlak SUAMI dan IBU

Sekadar renungan.
Terima kasih sangat pada Wanie yang sudi berkongsi.



Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati ... suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya


Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?


Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi.


Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Kedua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.


Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.


Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.


Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.



Kongsi renungan macam ni takpa.
Jangan kongsi benda lain.


Oleh itu, renung renung kan ya.

Bercakap Pasal Suami Orang

Untuk kesekian kali saya bertanya dia,


Saya
Sory, i nak tanya. Macam mana u boleh berkawan dengan laki orang.


Dia
Soalan u susah i nak jawab. Benda melibatkan perasaan. Sbb tu jgn pnah trlps cakap. b4 ni pnah la cakap ..i tak kan jatuh cnta ngan suami org n serius so kna kat diri sdiri...kalu dah ada suami satu jer i nak cakap..even i tak pernah kahwin...tapi i amat2 paham prangai suami orang ni. jgn 100% trust to ur husband. i bukan nak ajar u. tapi ni pengalaman i. terlalu paham sangat dengan perangai married man. dia akan ada 2 karakter, tu perangai orang laki. percayalah i. sekurang2nya i ada pngalaman n blh baca gerak geri orang laki nih.


Jawapan saya
I doakan u dapat orang yang baik baik. Then bahagia sampai bila bila. Tak sabar i nak tggu hari bahagia yu nanti.


Ok, macam tu rupanya judgement dia pada all the married man...? Lalu dia pun mengambil kesempatan la ke atas married man yang dah tua beristeri dan ada anak yang ramai?


Saya kesian sangat dengan dia ni. Mencari cinta di mana mana, mencari seorang lelaki untuk diangkat sebagai seorang suami, tapi Allah swt masih belum berkata ''Kunfayakun'' kat dia. Dan saya amat kecewa bila dia ada masa dia terjebak dengan suami orang dengan sengaja. Dengan sengaja dan dengan sengaja. Sampai dia dah mengenali peel suami orang dan membuat andaian macam yang dia cakap tu.


Saya tak pasti la korang semua setuju dengan jawapan dia. Sebab saya tak setuju. Saya pun sebelum kahwin dulu selalu cakap dengan diri saya, saya takkan jatuh cinta dengan suami orang dan tak pernah pasang impian nak kahwin dengan suami orang. Saya tak pernah berkenan dengan suami orang. Takde selera.


Perempuan dan isteri mana dalam dunia ni nak bermadu? Walaupun madu tu manis dan sedap untuk orang lelaki. Belum ada perempuan yang betul betul kuat untuk bermadu. Jadi, perempuan yang cuba untuk merasa kemanisan bermadu sebagai no dua, tolong dan harap la paham perasaan madu no satu. Madu boleh jadi racun dalam hidup orang lain. Saya pelik sangat, macam mana ada orang yang sanggup masuk lubang dalam rumahtangga orang lain dengan sengaja.


Macam mana boleh dia senyum dengan cinta pada suami orang? Senang ke berkongsi barang yang kita sayang?


So walaupun agak keliru dengan jawapan dia dan tak pernah paham kenapa ada yang nak menganggu gugat kebahagiaan orang lain - even laki orang tu cakap kat dia ''i tak bahagia la ngan isteri i'' -, dan lepas ni saya tak kan tanya lagi soalan bodoh tu pada dia. Sebab fikiran dia tak sama dengan fikiran saya.


Haiih. Pelik yang tak habis habis saya fikir ni.


Jodoh tu sudah ditulis untuk kita oleh Allah swt sebelum kita di jadikan lagi. Cuma tunggu bila masanya akan sampai.


Tapi, sumpah! Untuk kawan saya tadi, saya sentiasa berdoa untuk dia, ingin sangat lihat dia bahagia dan akhirnya menemui cinta sejati dia. Seorang lelaki bujang yang tulus mencintai dia dan akan bahagia ke sana ke mari, berdua tanpa perlu ada pihak lain yang berasa hati. Saya pun tak sabar tunggu masa dia tu.


Insya Allah, Amin...


About Love Story

Walaupun dah berulang kali tayang kat Astro, walaupun dah berulang kali aku tengok, tapi nak tengok lagi dan lagi.



Sedih-sangat bila orang tercinta pergi masa tengah bahagia. Rindu, cuma dapat called handset orang tu dan dengar voicemail dia berulang kali. Rindu, tapi tidur bertemankan abu mayat orang tu kat sebelah. Macam mana nak dapatkan balik orang yang dah takde, kalau dia dah pergi selama lamanya. Macam mana???


Cerita cerita gini suka la aku layan. Pastu perasan pulak layan aku.


Novel P/S I Love You tak sempat habis baca bila Eiza ambil dan tak pulang pulang. *Fareha, pinjam awak punya boleh?



*****************************************************


Yang ni pun paling suka. Love Actually. Dah lama dah citer ni. Enjoy sangat bila tengok! Tapi takde any DVD or copy movie ni now.



Jom cari kat Speedy, selain dari menambahkan koleksi Volume Naruto tu... Tengok cerita cerita macam ni lah best. Aman je jiwa, walaupun sad story.


Oh, lamanya tak tengok wayang. Kaki wayang dah letak jawatan ni. Citer kat panggung sekarang best best! Banyak yang aku terlepas. Malikha ada, mana boleh bawak dia masuk panggung. Apa, kecik kecik lagi nak ajar anak masuk wayang?? Lain la kalau nak tengok Toy Story kan or Shrek ke!

Bergaduh Pasal Bola

Malam tadi, betul betul layan Itali vs Slovakia.


Tapi bila start balik lepas half time, rupanya baru tahu kami tak satu kapal. Takda angin takde ribut Papa sokong Slovakia tanpa alasan kukuh.


Ok, jum gaduh ah gini!


Dah dekat dekat minit nak habis, Italy nak hentam habis habis tapi kenapa si Kopunek tu di bawak masuk!


Cit! Italy kalah 1 gol.


Ni result yang latest!

Thursday, June 24, 2010

Masih Style Yang Sama

Godek lagi, godek lagi. Jumpa gambar abah pulak. Yang buat saya nak tempek kat sini, sebab tengok Abah posing dengan cara yang sama dengan pic yang NI.


Abah! Ooo Abah tersayang.





Macamtu Abah berinteraksi dengan kamera ya? Takda pesen lain dah ya? Abah lambai ke sapa tu? Huhuhuhu.


Ok,pasni nak tempek pic Umi terchenta lak! Godek lagi...

Mary In The House

Macam baru berjumpa kekasih baru dengan hard disk ku yang lama. Pagi ni sibuk la menggodek godek isi dalam, tengok gambar gambar lama yang ada kat dalam tu. Ni kes goggle gambar Cupid malam tadi la ni.





Saya nak share satu gambar saya dengan orang jauh yang saya sebut sebut dalam mimpi selalu. Mary yang now kat Manch. Ni gambar hari terakhir saya kat Uniten, Muadzam Shah Pahang. Mary berbasikal biru, saya berbasikal kuning. Curi basikal sapa ntah kat bawah apartment hostel saya pastu pusing satu Uniten.


Mary, Suky ngan Ida datang mai ke Uniten nak jemput saya dan barang barang saya lik ke KB. Pastu kami pun membawa kereta ikut jalan pantai Kuala Terengganu sampai Kota Bharu. Best!


Momen momen masa zaman muda, memang best best!


Mary hujung tahun depan baru lik Malaysia. Likha dah pun umur 2 tahun 2 bulan nanti. Hemm, lambat lagi rasa.. Macam mana Likha masa umur 2 tahun nanti erk?


Pasni mesti banyak lagi gambar gambar lama yang nak di tempek ni. Eh, buat watermark besar macamni pun oke gak kan?

Cerita Pasal Kucing

Saya memang pencinta kucing. Pantang nampak tepi jalan, mesti nak sentuh nak belai, mesti sibuk nak bawak balik rumah. Tapi tu dulu. Sejak ada manusia manusia kesayangan dalam hidup saya, kucing terpaksa saya tengok sebelah mata saja.


Saya peliklah pada orang orang yang gelikan kucing ni. Takut tengok kucing like kucing tu seekor harimau. Kucing tu kan manja, suka di manjakan. So, sesiapa yang tak suka kucing, buat buat geli dengan kucing maknanya dia tak suka dibelai dan dimanja lah tu! Tett!


Kucing pun binatang kesayangan Rasul kita. So tak salah kita menyayangi kucing macam mana jugak kita menyayangi manusia. Kucing pun ada hati dan perasaan. Kucing pun makhluk Allah swt yang sentiasa berzikir padanNya.


Sedih, teringat lagi momen momen manis pahit masam kelat dengan CUPID dulu dulu. Rindu!


Lepas pada Cupid, bermacam macam lagi jenis kucing yang saya dan family bela. Ada yang ok, ada yang tak, ada yang suka datang dekat pastu kentut busuk, ya betul tak tipu, nama dia Kopi adik beradik dengan Tiger, ada yang berpenyakit, ada bulu lebat, ada tak lebat, ada kucing kampung jer dan macam macam lagi.


Ni Chica.



Tapi semua tak leh lawan Cupid.


Bila dah mula kerja dan duduk sendiri, saya pun rajin dan berani la bela kucing sendiri. Yang ni pakcik saya kat Seksyen 11 Shah Alam tu bagi. Saya bagi dia nama Niknak. Hehehe. Tapi bila dia mula menggatal, termengandung dan sakit.. Saya abaikan dia macam tu je. Kesian jugak.




Dan yang ni paling last sekali kucing yang wujud dalam family saya. Kakyen beli RM300 masa baby lagi dan saya sibuk yang nak menjaganya, bawak ke situ ke sini, sampai lah dah kahwin dan dah ada Malikha dalam perut, saya terpaksa hantar balik kampung. Sebab lagi bimbangkan Malikha dalam perut.


Comel Junior, sebab mak dia nama Comel so dia Comel Jr. la.. - CJ ni sangat comel, manja, tak banyak kerenah dan pendiam exactly like Cupid.





Dan sekarang, taktahu dah mana CJ pergi. Dengar kata, Afiq dah ambil bawak pergi sekolah dia.Btw, percaya tak kucing ada 9 nyawa? Sebab benda ni pernah jadi pada CJ, yang dah beberapa kali tanda tanda nak mati sebab sakit, pastu kena pulak penyakittapi masih hidup sampai ke hari ni. Allahualam!


Akhirnya, habislah riwayat kucing bersama saya. Now, Malikha dan Mr Papa lagi penting. Saya takut tak terurus nanti kalau kalau at the same time pun bela kucing. Mana nak belek kucing lagi, mana nak belek suami dan anak lagi. So buat masa, tak terbuka lagi hati nak bela kucing macam dulu dulu.


Nanti nanti tak tahu la kan..?

Mati Hidup Semula Ke

Hari ni saya curik curik bukak FB guna Nokia E71 saya - yang saya dah mula rasa bosan nak memakainya- tengok tengok ada gambar kucing kat wall.


Sambung balik cerita kucing kat wall FB saya.


Rupanya adik saya, yang pakai nama Suky Tevster, dengan rajin telah menempek gambar kucing meow meow yang sungguh tampan. Yang ajaibnya, kucing ini adalah jelmaan kucing kesayangan kami semua dulu. Nama dia, CUPID. Saya tak tahu Mek Suky dapat kat mana mana ntah gambar tu.




Wow. Naik stroller then ada handbag coach lah cik meow ni.




Dan ini adalah CUPID kami.



Sama kan? Sama. Tolong lah setuju.


Nasib baik ada sekeping gambar ni dalam harddisk ku. Yang lain lain dah takde, sebab dalam lappy lama yang hilang masa kereta kena pecah kat Tesco Mutiara Damansara yang macam saks tu.


Dan dan tu jugak rasa, rindunyaaaaaaaaaaa kat CUPID walaupun dah ada Likha sekarang. CUPID dah balik ke Allah swt pada 8 Jan 2007. Masa CUPID berangkat pergi, saya kat Uniten. Tak tengok dia buat kali terakhir.


CUPID, kucing yang paling menyenangkan dan membahagiakan saya. Saya boleh tidur malam peluk dia kuat kuat, boleh mandi dalam toilet sambil dia teman, boleh bawak pergi mana naik kereta dengan dia dan setiap kali buat BBQ kat pantai kami tak pernah tak bawak CUPID - tahun 2006 - 2007 paling kuat buat BBQ kami satu family-. CUPID tak pernah menyusahkan.


CUPID pun glemer zaman dia hidup. Semua kawan kawan kami kenal CUPID. Takda sapa yang tak kenal CUPID. Bila ada buat majlis apa apa, mesti yang datang akan tanya ''mana CUPID?'' or '' CUPID mana?''


CUPID pernah kahwin dan melahirkan anak anak yang comel macam dia jugak. Tapi dia tak reti jaga anak. Semua anak dia, mamp**... Yang dia tahu, berkepit dengan manusia je. Anak di abaikan, ishhh tahu buat jer! Tapi ada satu keturunan yang dia tinggalkan, Conet. Pun comel macam dia, berbulu yang sangat cantik tapi kaler hitam legam.



Gambar kenangan dengan Arwah Conet. Pun dah jadi arwah. Saya pun taktahu gambar ni tahun bila. Ni dah bape kali ditransfer. Tengoklah sama hitam dengan tudung saya pakai.




Oh, now.. Cupid dah hidup balik ke??? Datang la sini, rindu sangat nak ciummmmmmmm kucing tambah tambah CUPID...!


Takpe lah... Cupid takkan hidup balik. Tak mungkin. Semoga CUPID bersemadi dengan aman. Sob seb sob seb. Cupiddd~~~ -merintih dalam hati sekejap.


Bai!