SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Saturday, December 31, 2011

Hello 2012 !


Rasa berdebar - debar nak masuk 2012... Macam - macam andaian untuk tahun 2012. Ada pernah keluar cerita, kiamat akan berlaku 2012. Macam mana manusia boleh tahu bila kiamat akan berlaku? Sedangkan itu semua rahsia Allah swt....




2011, kita tinggalkan dengan macam - macam cerita. Ada suka, ada duka. Ada manis, ada pahit.... Semua rencah dan rasa yang mematangkan kita. Kalau hidup, suka dan manis sepanjang masa rasanya tidak seronok jugak kan? Apa - apapun yang berlaku, dan yang telah berlaku... Life must go on.


2012.... Semoga kedatangan 2012 memberikan kita lebih kebahagiaan dan kemurahan rezeki dalam serba serbi. 2012, bakal makan angin ke sana ke sinun.  2012, jugak merancang untuk membesarkan keluarga. 2012, jugak ada satu projek mega menanti. Tak sabar pulak.


InsyaAllah..., semoga semuanya berjalan dengan lancar. Semoga hidup kami sentiasa dirahmati. Dan kami menyambut tahun baru 2012, di kampung halaman tercinta :)


Happy New Year 2012 !

Bertempiaran Lari Bila Tengok Durian


Itulah dia M A L I K H A. Yang ketakutan bila tengok durian dikopek oleh Papanya.. Alahai.. Ni ikut perangai sapa lagi kalau bukan Papa dia.. Papanya tukang kopek jer, bukan tukang makan.... Nasib lah anak beranak tak suka makan durian...... Bukan saja durian, malah rambutan, manggis, langsat, apa saja nama buah tempatan yang memang tidak digemari Papanya turut tidak digemari Malikha.


* skema ok !


Mama hanya gigit jari, telan air liur gluppp gluppp bila tengok gerai durian tepi jalan. Susah sangat Papa nak berhentikan kereta belikan durian ke Mama.. Nanti ada lah alasan kereta bau busuk takpun duk buat tanya berulang - ulang..'' nak ke? nak ke... ?'' pastu terlajak gerai durian.... =P. Mama biasa boleh layan durian kalau tetamu datang rumah. Let say macam Tokbah datang. Beliau belikanlah durian dua -tiga biji, so bolehlah tumpang makan hahaha. Kesian.... 



Ni ada sebijik durian peninggalan dorang baru - baru ni.


Nak buat sesuatu dengan durian ni.


Kena paksa. Nak bagi rasa sikitpun, siap bersilat.
Alah, tukang yang memaksa tu pun sama jugak pong ;p


Bertempiaran lari !
Hahaa :D



*
*
*
*
*
*
*
*







The rahsia is, Papa cuma makan durian kalau dibuat cekodok atau jemput - jemput. 

Ohhhh, jadi itulah syaratnya kalau Mama nak makan durian... Hehehe.... Bahagian Papa kena ada jemput durian.... :)




Jemput pun jemput lah. Jemput makan ! Tapi Mama only boleh makan durian mentah macam tu, tambah - tambah yang mengkal dengan jemput durian jer tau. Kalau pulut durian ke, pengat durian yer...., plueaseee ! Tak sukeeeeeeeeeeeeeee .....  Hehehehe :)


Okbai !
:)

Thursday, December 29, 2011

Projek Kedua - Apam Polkadot Dot Dot Ku......


Assalamualaikum...


Dalam duk sibuk berjalan ke sana ke mari, sempat buat apampolka dot bersama anak - anak buah yang ada kat rumah ni. Yang Makngah dorang ni, tolong buatkan adunan... yang sorang tu tukang bubuh adunan, yang sornag tukang buh filling, nak sorang tukang buat dot dot dot.


Kerja pun jadi lagi mudah dengan periuk kukusan dua tingkat baru yang di import dari Kota Bharu dan acuan apam (warna merah)  yang baru jugak diorder khas dari As Mama R.A. Hati pun happy dapat menunaikan permintaan anak buah yang nak merasa belajar buat apam polkadot ni.... Lalalalalallalalalalalaaa :)






Dan hasilnya lagi menarik dari yang pertama kali buat. Hehehe.




Buat sekadar untuk dimakan dirumah.. So far takde niat berhajat nak berbisnes apam yer.. Ku tabik lah dengan orang yang berbisnes apam yang maha leceh sangat nak membuatnya hihihi..... Leceh lah jugakkk main color - color ni.... Kena tekun dan teliti jugak  ;p


Apa - apapun, at least skill dah ada :)
Ok bye !
:)

Wednesday, December 28, 2011

Lawak Tahun Baru 2012



PERINGATAN PENTING!!!


Jangan masuk toilet jam 23:59pm pada 31/12/2011 kerana anda akan keluar dari
toilet pada tahun depan...


Wakakakkakaka !


* tak lawak eh..... 
=P

Buddy Bear di Pavilion KL


Cuti Krismas, weols tiga beranak dan yang lain ke Bukit Bintang. Saja untuk lihat kemeriahan disana. Sehari suntuk kat sana !



Dan harus tuju ke Pavilion. Demi nak bertemu dengan United Buddy Bear. Sebelum ni ku tak tahu kewujudan Buddy Bear ni, tapi lepas google... baru paham...  Boleh klik [ SINI ] untuk lihat sejarah United Buddy Bear :). So good info... 





Couple Bear




Netherland Buddy Bear.
Motip amek yang ni ?
;p







 

Gila banyak buddy bear ni ! Comel - pelik - unik - cantik sangat designnya.. Ada lebih kurang 140 kot buddy bear ni mewakili setiap negara di dunia ni.


Malaysia Buddy Bear :)


United Buddy Bear from Dec till Feb 2012.
Still have a time to those yang nak sama bergambar dengan Buddy Bear.
Just go straight to Pavi :)

Dan selebihnya adalah aktiviti shopping :)



Dan akibatnya...., sakit belakang makin menyucuk - nyucuk jiwa ragaku :(


Okbai !
:)

Tuesday, December 27, 2011

#OmbakRindu


Assalamualaikum...


Cuti panjang banyak sangat aktiviti. Berjalan ke sana ke mari, bak kata kawan aku..., aku ni jadi tourist guide. Hahhh tourist guide lah sangat ;p... Akibat tak henti rehat since birthday Malikha last month lagi, now aku dah menanggung backpain ! Apa related agaknya backpain dengan tak cukup rehat dan kuat berjalan yer.. Lupakan lah dulu.. 


Malam minggu lepas, girls day outing to TGV... *girls lah sangat, padahal ada jugak mak budak dalam golongan ni hehehe. Semata - mata untuk menonton filem yang semua dan kebanyakan orang dah review. Gila lambat nak tengok Ombak Rindu kan. Sanggup tunggu rombongan dari Kelate dulu. Hehehe. Menonton ramai - ramailah baru meriah kan. Haaaah meriah lah sangat. Tersokseksoksek di balik shawl ada lah !! Hahaha !




Takpelah lambat, janji at last dapat jugak tengok muvee ni kat big screen. Bestnyerrrr popcorn ni,  teringat - ingat pulak. Christmas eve punya. 





Erkk..., ada terselit disitu girl yang berumur 10 tahun. Nak menonton Alvin & The Chipmunk takde geng..., geng tua semua nak tengok Ombak Rindu hahaha... Ombak Rindu  bolehlah dia tengok, lainlah kalau Songlap 18 tahun ke atas. Kehkehkeh....




Review Mama Likha : Novel Ombak Rindu dalam koleksi, walaupun lari sikit dari penulisan dalam novel, story linenya tak jauh beza dari novel...Yelah sebab nak tayang 2 jam jer bukannya berepisod - episod. Berbaloi tinggal Malikha lebih kurang 4 jam. Hahaha ke situ plak erk. Muvee Ombak Rindu ni memang menyentuh jiwa. Tambah - tambah dengan Soundtrack dia. Mak aiii..... Fuh....Kalau nak dibandingkan dengan Nur Kasih the Movie, boleh kasi Ombak Rindu 10/10 gitu. Hah.... Pada sesiapa yang dah menonton pasti tahu lah... Pada yang belum menonton, cepat - cepat terjah cinema yer. Kalau berminat lah... Tak minat takpe = P ... Cuma ku tak paham bila baca ada seorang dua review, ada yang mengatakan '' eh... kenapa tak nangis pun tengok Ombak Rindu....???'' Bagi aku, pada sesiapa yang bagi komen macamni, memang hati batu kot. No feeling as a human. Tak pun saja nak kondem cerita Melayu.




Agak - agak Ombak Rindu ada tak kat Astro First nanti ? Kalau ada, mau aku langgan 4 hari 4 malam. Kahkahkah. Encik Kanda puas cebik mulut....., kita tengok reaksi dia nanti yer ! :D

Okbai !
:)

Saturday, December 24, 2011

Wedding K & L di Bukit Jelutong


Assalamualaikum...


This weekend on Saturday pagi hanya berkilam ribut dirumah. Memandangkan my kakak sulung sekeluarga dari Kota Bharu ada disini datang bercuti. See..., memang every weekend rumah sentiasa didatangi tetamu. Tetamu datang tak putus tambah - tambah masih dalam mode school holiday ni. Insya Allah setiap tetamu datang membawa rezeki... :)



Petang lepas Zohor, terus shoot ke Bukit Jelutong. Untuk menghadiri wedding anak sulung femes blogger, Kak Nani Rostam, Liana Ezzana. Berdua saja dengan Ain Nabila. Kak Nani mengundang kami suami isteri masa beliau datang ke majlis Harijadi Malikha baru - baru ini dan im felt so honoured... Tapi Papa dan Malikha tak ikut pulak. Dua - dua berehat zzZZZZzzzz di rumah =p







Dengan Alisya a.k.a Yaya Boboiboy





Mama pengantin perempuan yang sangat peramah dan sangat cantik, Kak Nani.


Kakchik, antara orang kuat majlis :)


Ain Nabila happy dapat bergambar dengan KekNis.


The comelsss bride & groom :)


The sweet loli - candy.



Kad yang dipass oleh Kak Nani, terkejut juga bila dapat jemputan dari beliau. Tq - tq sangat. Tapi namaku memang salah disitu... Kalau hello Kak Nani, laju ajer beliau called me Izzatie :p


Terima kasih Kak Nani dan keluarga. Pengantin sangat cantik, makanan pun sedap. Ain pun puas disana, dapat jumpa Kak Hanis dan yang lain - lain yang selalu di admire :)


Sekian, terima kasih.
:)


P/S : Cant wait for ladies outing tonite. Lalalallalaalala ~~