SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Saturday, January 29, 2011

Jalan Jalan Date Ke KL

Semalam, jalan jalan date ngan Maksu Ja. Nak ke KL, sesaja cuci mata nak upgrade collection shawl. Lama sudah weh tak membeli shawl. Rasa macam ketinggalan sangat dah ngan design shawl terbaru-termurah-lagi terhangat di pasaran haha. Sekarang main rembat jer, jap shawl, jap syria, jap berbawal, belasah je lah, asalkan menutupi aurat.


Dah alang ke KL, nak singgah Sogo dulu. Boleh kira dengan jari berapa kali jer lam hidup ni jejak Sogo. Kalau Maksu Ja Likha, this is the 2nd time for her, Haha... Me? Rasa tak sampai 10 kali kot. Hihihi. Risau jugak ke sana tambah tambah bila ada anak ni, orang ramaiii ya amat, sale kat Sogo pulak memang tak kira musim. Sale je manjang, dah kalau sale orang memang akan tersumbat sumbat. Sogo, memang dah femes dengan gelaran, lautan manusia. Hishh.. Tapi alhamdulillah lah, kami selamat di sana, dan selamat pun tiba kat rumah.




Cuma mencabar sikit lah bab bila nak shopping. Nak tunggu Likha tidor, adoyaiii kena melayan dia lari ke lari ke sini. Dokong nanak, duk dalam stroller nanak. Klau Papa ada, takpelah Papa melayan dia. Bila dia tidur sedap dalam stroller dia, barulah aman. Hati pun lega dan senang, takde nak risau sangat.



Tukang tolak stroller pun terus hiipp horray!


Oh, memula harus isi tangki minyak dulu.. Lunch kat Fish Manhattan. Ni juadah untuk orang dewasa, budak kecik layan fries dengan bubur ayam. Alhamdulillah, kenyang gila untuk dua orang ni. Sampai termuak muak haha. Len kali jangan order rerakus sangat ya!





Hasil penerokaan dan rembatan Mama kat Sogo untuk puteri kesayangan. Oh, ada bakul ala ala nak ke pasar. Patutlah nampak orang menggendong bakul, ingatkan bawak dari rumah. Hahaha! Dah comel sngat bakulnya, color merah lagi..! Mama pun  sama lah berlenggang dengan bakul, if takde bakul memang payah jugaklah. Hihhihi.




Likha dapat tiga pasang sleepwear Minnie Mouse.. Mak aiii, dari jauh nampak laki Minnie Mouse, Mickey Mouse dah hotjock hotjock. Hahaha. Bijak bijak! Quadroy 3 Quater Miki Kids, 2 helai tee Miki Kids, bekas bekas Bento Barney dan Sip Cup Avent. Total semua, Maksu Ja juling mata kejap. Hahaha, Untuk Likha saje ke ni! Hihihi... Then Mama ada belikan 2,3pasang baju untuk newborn baby Aliya.


Dah setel kat Sogo, terus ke sebelah jalan nun. Tapi berkereta lah. Paking jer memana tah, tapi parking nya cun jer. Tak block orang, tak usik jalan sesapa.. Sekali bila balik, dapat surat cinta DBKL...! Dem! Sapa nak bayarkan ni..???!!


Tangkap shawl berhelai helai, frust jugak sebab pesen lama yang simple kebanyakkan dah takde, now mostly berpesen ala ala gipsi lah apa lah... Jangok sangat style tu! Ala ala Timur Tengah gitu. Sempat jugak memborong kain pasang, murah murah jer, untuk buahtangan nanti bebila balik kampung nanti untuk orang orang tua kat kampung...



Dan yang paling best, at last Mama ada jugak telekung untuk travel punya. Macam travel kit telekung sembahyang lah. Ni actly, azam 2011 Mama Likha nak bawak telekung yang kiut tinonet dalam handbag, So that, nextyme kalau pegi memana, takdelah nak kilam kabut pasal telekung. Kadang kadang telekung kat mana mana surau, kalau bersih, bersih lah, tapi ada gak yang kotok lekat bertempek bedak lah, gincu lah. Kekadang pulak terpaksa berebut dengan orang. But, now Mama tak perlu risau lagi. Dah jumpa satu color peach lagi RM30 jer beli kat Jalan TAR tu.


Ni model dah mula dah.





Alhamdulillah, sampai rumah dengan selamat.
Cuma Mama tersangatlah tak suka.
Tak suka, menci menci bila anak kita dicubit-cubit, dipicit-picit pipi kat peniaga peniaga kat Jalan TAR tu.
Yelah, tercomel sangat sampai smua orang geram kat dia.
Mama Likha bukan sombong, bukan tak kasi tapi jangan lah terlampau over the border sampai ada satu Indian ni duk bagi bagi flyers then hulurkan satu kat Mama, pastu laju jer cubit pipi Likha.
Adoiii! Mama terus automatik cakap, Heee dont touch her!
Please ok!





Tu jerlah cerita hari ini.
Happy weekend to all.
Bye!


Ulangtahun Ke 2.....

Quick one!

29 January
Happy 2nd Anniversary to Us


Wohhlai ehh..., nak jiwang jiwang memang tak reti sebab tak sekolah masuk kelas Sastera. Lately ni pun jarang dengar lagu tangkap leleh. So takleh nak berlebih lebih...

Just to say, selamat ulangtahun perkahwinan kedua buat diri sendiri dan suami. Hehehe. Baru 2 tahun woh, lama lagi nak capai target jubli perak, mahupun emas! 2 Tahun ni pun sudah cukup mencabar bagaikan dah 10tahun.. Huh... Baru 2 tahun erk..? Hehehe.

Apa apa pun, hope kita sama samalah kuat dalam menempuh segala dugaan berumahtangga dan sabar dalam melayan kerenah masing masing dan anak, yang sorang tu. Appa sabar layan amma, amma sabar layan appa. dan appa amma sentiasa sabar melayan teletah mektok Likha tu... kan..? Selamanya... Biarlah kita sentiasa bersatu dan sepakat.. Yang penting kerjasama dalam semua hal. Sebab takde sapa yang lebih berhak dalam rumahtangga kita, melainkan kita yang menguruskan dengan aturan yang ditetapkan. Insya Allah... Semoga kita dipermudahkan hendaknya.

Terima kasih by, untuk 2 tahun yang serba serbi lengkap dalam hidup Mama... Sukar untuk dicari ganti, dan sukar untuk dibandingkan dengan sesapa. Sayang lah kita selama mana kita ditakdirkan untuk bersama.


 *Terrrrjiwang lah puloppp*


Maghrib tadi, ingat Papa dah balik tapi takmo masuk rumah. Rupanya orang Blooming Florist mai antar bunga.. Oh, unexpected ada roses lagi since Mama mengadu taknak 'makan bunga' lagi. Hehe. Bunge jer? takde benda lain akan mnyusul..? Hehehe.. Apa apa pun, terima kasih sangat Papa! Im really, taktahu nak bagi apa kat Papa sebab dah ada semuanya...  Huk alohh lah, baru 2 tahun dah tak tahu nak buat suprise eh...?




Takpe, akan ada yang menyusul nanti... Tk gempak pun takpe, asalkan ikhlas dan Papa suka! Cuma Mama lambat sikit jer.... Sibuk gn anak!


 :)
:)
:)
:)
:*
:*
:*
:*



Love yu so much... till the end.... 
Sayang kat somi toksah cakap.



Quick entry, banyak hal tak setel lagi ni. Esok nak gi coti coti oberriber.... Bag tak packing lagi, now dah 105am wahhhaaaiiiiilohhh eh!

Bye bye all...
Doakan kebahagiaan kami yer...!
Tq!!!

Thursday, January 27, 2011

Hampa Hati


Hampa hatiku, terus rasanya nak nyanyi lagu Ungu tu.
Hihihi.
OK.
Dah kali ke berapa, nak dinner kat Big Brother asek tak kesampaian.
Banyak kali dah weols pergi, tapi hampeh.
Bukan main lagi sekarang Big Brother, tak kira weekend ke weekdays ke, orang ramai sungguh
sampai Q ke luar!
Alahai...!
Meletopp!


Malam tadi, pergi ingatkan OK lah kan..?
Bukan malam minggu pun, tapi hadoiii jugak.

So taknak dah lepak lepak mamak, sebab aritu pernah sekali Big Brother penuh, 
weols ker Mamak Kayu lah.
Hemmm.
Jadi malam tadi, bawak hati yang frust ke Kenny Rogers saja lah!
Boleh lah, tak lari jauh konsepnya.
Hahaha.
Kan..?



Ni jerlah rezeki yang menjadi santapan malam tadi.
Alhamdulillah.




Mama frust dah berapa kali Papa nak merasa makan kat situ.
Tak sampai sampai lagi hajatnya.
Nanti kita try gi siang hari lah!
Tapi siang tak berapa best layan western.
Hahaha boleh lak gtu.


Or better call dulu wat reservation yer..?!



Wednesday, January 26, 2011

Urusan Bapak Dan Anak


Hari ni, hari setelkan hal yang dah lama tak setel setel lagi.
Buat pasport untuk dua beranak ni.
Dah makin dekat hari nak pergi, baru makin kalut!
Hihihi.
So semuanya dah setel lah.
Takyah pening pening agik.


Ok prosedurnya untuk buat pasport ni, memula korang kena pergi lah memana jabatan Imigresen yang terdekat.
Tadi weols ke Cawangan Subang, bersebelahan saja area Ofis Papa.
Dulunya Imigresen ni kat Epot Subang, now dah pindah ke sini.


Kemudian, isi borang. 


Then, dokumen yang diperlukan:

*Surat beranak oringinal dan copy 2 keping
*Mykad / Mykid original dan copy 2 keping
*Gambar pasport 2 keping
*Duit untuk bayaran buat pastport - ingat free ke.
Bagi dewasa - RM300 untuk 5tahun, RM150 untuk 2tahun.
Bagi kanak kanak bawah 12 tahun, RM150 untuk 5tahun.


For more info, boleh refer to http://www.imi.gov.my/ .


Kat sana ada jugak perkhidmatan photostat dan studio untuk amek gambar.
Contohlah lenkali, korang urgent tk sempat amek gambar, takyah ribut dong boleh ajer tangkap gambar kat sana.
:)




Weols dah siap siap bawak gambar pastport.
Cuma bab potostat jer buat kat sana.
*Susah ok nak amek gambar pasport cik minah tu.
Tu Mama pegang dari belakang*




Ukur ketinggian.
Malikha dah 76cm!
Cutenya!





Akhirnya, lepas 2jam siap. Terus collect dan setel.
Urusan kat kaunter pun sekejap jer.
Senang sangat.
Mama punya takyah dah ada, tahun depan nak expired dah pun.
Papa ngan Malikha lagi 5 tahun lama lah baru nak expired.




 Sementara tunggu pasport siap, pergi lunch dekat area Ofis Papa.
Excited kat situ banyak sangat kucing.
Mama tengok semua bersih bersih jer.
Cam nak amek sekor buh dalam bag wat balik rumah.
Hehehe.
Puas hati Likha tengok cat depan mata.




Ok dah.
Insya Allah, hope planning weekend ni berjalan dengan lancar dan mudah.
Bye bye!
:)



Tuesday, January 25, 2011

Ayam Penyet Wong Solo


Dah lama dah kisah ni.
Saja baru ingat nak tempek.
Dah basi pun.
Haha.


Ada lah one time tu, ke Shah Alam sebab nak jumpa TokNek Wan.
Masa tu, beliau ada datang Shah Alam jumpa anak cucu beliau kat sini.
Walaupun tak berapa sihat, berani dan gagah jugak Nekwan mai sini.
Chayokkk Nek!
Apa apapun, Nekwan dah pun selamat balik ke KB dah pun.
Sihat sejahtera macam biasa.
:)


Masa tu gi jumpa beliau kat rumah Seksyen 7, Jalan Paladium, Shah Alam, gi ngan Suky jer. Hari tu hari kerja. Papa just hantar ke rumah Suky.
Lepas dah jumpa ToknekWan dan lepaskan rindu kat cicit dia Malikha *pic takde lah pulak*...
weols gi lunch kat Wong Solo Ayam Penyet kat Seksyen 7 baru tu...
Waaaaaa, kat tempat tu macam macam ada sekarang ni.
Dah jadi macam bandar mini.
Yang paling top, I-City lah.
Tapi ku tak sempat lagi jejak kat sana.
Dengar citer nak masuk dah kena bayar RM10. Dulu free jerk.



Oklah, berbalik citer ayam penyet tadi.
Heheh.
Kat Wong Solo ni, hemmmmm sedap tu sedap lah.
Bolehlah dimakan, tengok masuk Jalan Jalan Cari Makan tu..
Tapi masih tak boleh lawan dengan ayam penyet yang kat area rumah ku ni.
Hahaha.
Haaa? Nape erk..?
Ke sebab dah selalu makan yang kat sini, tempat lain terus rasa tak sedap..?



Teruja mengorder.



Set Nasi Ayam Penyet.


Cumi Goreng. 


 Yang tak dimakan, syyoohhh sila main jejauh yer.
Haha.Tak suka tempe!


Bagi lelaki bestlah kot datang sini, sebabnya ada JUS POLIGAMI.
Hahaha. Ape mende lahhhh air nama cenggitu kan!



Anak? Tidur...
Kesian! Dah halfway, bangun dia pelik pelik tengok semua makan bersila.
Best best!


Elly pun ada.


Dah kenyang mau baliklah.
Sib baik dorang dapat hantar kiteorang balik Kota Damansara.
Wohhooo, naik kereta baru lagi tu....
Tettt!

Ohya! Kereta kelisa bulat Suky yang dilarikan perompak dulu, Alhamdulillah dah di jumpai
kat highway Sg Besi.
Dorang tinggal kat situ, centu jer.
Huh.
Dah abis manis, sepah dibuang!
Genap 5bulan hilang dan dapat kembali.
Syukur sangat!




Dah sampai kat lobi apartment.
Macam biasa, Likha suka main hide-n-seek dulu sebelum kena kejar ngan Mama masuk lif.
Centu lah dia, tiap kali nak pergi memana. Tiap kali dah sampai rumah.
Lelah dulu Mama Papa pusing tiang main sorok sorok ngan yer!
Hihihi..



Ayam Penyet Wong Solo takde kick!
Tak best sangat.
Hihihi.
Nanti kita terjah ke ayam penyet lain lak yer.
Bye bye!

Yahoo!! Happy 15Months....


Pung pang pung pang...!
Likha arini celebret beday ke 15 bulannyer.
Wohhooo..baru 15bulan tapi Mama rasa bijak yaa amat dah Malikha ni.
Tengok size badan pun macam dah budak umur 2,3 tahun.
Tak kisah lah tu.. janji Likha always sihat dan menghepikan hidup Papa Mama.
Tapi tulah, each time nak masuk bulan baru, demam..  Nak beralih bulan sikit, demam.
Tu yang Mama letih.
Letih nak melayan ketidakbahagiaan hati Mama bila Likha demam demam ni.
Susah hati tau...


 

OK, nak share yang best sikit.
:)


****




Cabaran ang paling besar dalam usia 15bulan ni, bila time nak solat.
Hisssh. Sabar jerlah.
Tetambah, masa Mama only kat rumah jer ngan dia.
Mama nak solat, dia ikut solat.
Even Mama dah hampar dua tikar sejadah, satu sejadah untuk dia, satu untuk Mama solat... 
tapi sejadah Mama jugak yang menjadi pujaan.
Tertonggeng tonggeng sambil mulut cotcetcotcet Owoohhh Owooohhbak ( Allahuakbar )..
Dah puas tonggeng lelama, sibuk nak kutip bijik bijik manik kat telekung Mama,
dah Mama sujud, sibuk nak landing atas belakang Mama.
Dah Mama duduk tahiyyat, sibuk pulak nak duduk sama sambil buat tangan ala ala nak aminkan doa.
Sabar jerlah.
Kusyuk tak kusyuk belakang kira dah sekarang n..
Hahah. 
Boleh tak cenggitu..???



Macam macam lah heh peel nya sekarang.
Ada ada saja yang kita tak expect!




Walau apa pun, Malikha lah kesayangan Papa Mama.
Malikhalah, penyambung kasih sayang antara Papa dan Mama.
Yang mengeratkan Papa dan Mama.
Penyejuk hati kami.
Syukur ke hadrat Ilahi dengan anugerah paling tidak ada nilai ni.





Happy 15m yer, Malikha!
Teruslah membesar jadi anak yang baik baik. 
Mama Papa sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Malikha.
Amin Ya RabbalAlamin..


Monday, January 24, 2011

Tahniah Dan Ucapan Selamat


Mama Likha just nak share.
One of bestfren, Atie masa study kat Melaka dulu dah pun selamat melahirkan second childnya.
Baby girl berat 3.5kg 17 hb yang lepas.
Rasa macam baru jer buat entry ni.



This pic taken masa kat hospital lagi..

Atie, memang ada history lahirkan baby besar.
1st dulu, Danish Haikal dekat 4kg rasanya.
Yang penting, baby girl ni sihat-comel-gebu..
Heeee fresh kan.. 
Geram! Comel. Nak baby jugak.


* All Piccas from MMS*


Ni lepas 4 hari.
Gebu kan.
Kalau tengok pic ni, masih muka mak dia.
Baby ni berubah rubah mukanya.
Nak sampai ke umur setahun, jap muka ayah dia, jap muka mak dia.
Kan..?
Baby girl ni Atie dan suami namakan Nur Danisha Aliya.
Wah sedapppnya nama kan..??
:)




Macam Likha lepas 4 hari jer..



Kembang-sembab-gebu jer.
*Hoh! Nak jugak tempek gambar Likha.
Kuwawawawang!


Cuma pesanan Atie, 
''Atie dah ada sepasang, Ztee bila lagi nak tambah..?'' 
Huhuhu memang camtu lah kalau jadi mak mak ni... Ayat wajib orang cakap, mesti selalu akan dengar .... 
:)
Yelah, nanti ada masa kite gi tengok baby Aliya kat Melaka.
:)


Ok dah.
Then, dalam post ni gak Mama Likha nak wish selamat untuk member member lain lagi yang tengah tunggu nak deliver anytime jer.
Semoga selamat semuanya ya.
Untuk Mummy Zara, Mama Nayli, bestfren Mama masa sekolah dulu - Eilah.
Dan juga yang tengah mengcounting hari, minggu, dan bulan untuk bertemu orang baru macam Lela, Mama Tiya, secret lover Mama Cik Cha , dan geng geng Mama dulu yang wife wife depa tengah mabuk mabuk preggy macam Nik Hazlie, Jukie, Harris... dan sesapa lagi lah yer.
Ramai baby 2011 ni.
:)


Bila kita tahu member preggy, tak sabar rasanya nak tahu bila due...?
Bila dan selamat tu, nak tahu lak baby girl ke boy.
Normal ke c-ser, berapa berat baby.
Baby n mak sehat ke tak..?
Dan yang paling tak sabar nak tahu, baby letak nama apa..?
Hehehe. Centu lah tumpang teruja sama menyambut orang baru.
:)


Insya Allah, selamatlah semua ya...??!!
Amin.

Friday, January 21, 2011

Demammmm Lagi! :(


Takde mak pak yang akan hipp hoorayyy kalau anakyer demam. Takde mak pak yang akan bergumbira sebab anakyer demam. Takde mak pak lam dunia ni yang mintak anakyer sakit demam selalu.
Kan..?
Tabahlah hati.


So minggu ni Likha demam, batuk n sesema lagi. Chuppp, tak minum ais pun...!
Tapi tulah, Malikha rasanya berjangkit batuk selsema dengan Mama ni.
Last weekend Mama batuk batuk n sesema tak lah teruk mana, tak pun makan apa apa ubat.
Alih alih berjangkit ngan dia plak.
Adoyaaai anak!


Bila anak dah demam, mula lah nak tidur malam pun tak lena, makan pun tak lalu.
Mandi pun cepat cepat.
Semalam coti PH pun dok rumah.
Dapat invitation wedding sedara tak dpat nak attend, padahal dekat ni jer.
:(
Semalam Likha buat Mama tensen bila ngamuk takmo makan ubat.
Hari ni lak, dari malam tadi memang crancky habis.
Papa pun pergi work lepas Jumaat pun menangis tak berlagu nak ikut Papa pergi work.
Tak sedap badan lah gamaknya.
Plus, bila demam ni mengada mesti lebih sikit kan.
Alahaiii... Anak..!


Siangnya, bila time aktif.. aktif lah.
Bila ok, mesti masuk dapur melekat kat frigde.
Sekarang suka sangat selongkar frigde.




Time ok, OK.
Time tak ok, moyot manjang.. Adui seriusly tak best!
Malam tadi.. Papa play ball dengan dia.. Dia buat donno jer. Badmood.
Cakap tak, gelak tak, sengih tak.
Tangan jer ligat kutip ball..
:)



Cepatlah baik yer sayang.
Ni makan nanak, syusu nanak.
Semua tak lalu.
Jap lagi turun lah sekilo ni.
Gundah gelana hati Papa Mama selagi Likha tak baik.
Nanti nak gi jalan jalan.
Ok, sayang??!!


Gambaran Hari Kiamat

Tertarik dengan artikel yang dishare mommy-to-be kat blog yer, mintak izin nak copy and share here. TQ TQ... :) *Hutang tag dengan sumone pun tak bayar lagi ni. Adoyaiii :(


''Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


Pemimpin yang adil.

Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah". Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.


'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.


Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :


Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.


Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.


Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.''



Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Wednesday, January 19, 2011

Satu Besar Satu Kecik


Likha dah ada dua keta.
Dua dua color kuning.
Yeyeeye!
Satu leh naik satu lagi dia naik atas keta tu.
Hihhihi..





Yang kecik tu Papa punya.
Fisher Price.
Takde remote pun, just shake menonong lah dia pergi tah mana mana.
Laju lak tu!
:)



Dah tak yah nak tunggu Mama Papa.
Boleh naik, drive sendiri dah.
Yang tukang remotekan Mama lah.
Kalau tak, mana nak gerak kan..?
Tapi bosan gak Mama nak melayan bila ada time Likha asek nak main ni jerk.





Selalulah Likha nak panjat dan berdiri kat seat tu.
Ayoooooyo... Aksi berani betul lah.
Hih...

Berkhitan Bagi Bayi Perempuan

Just to share info dari Pa&Ma bulan ni.



Tahukah anda : Waktu yang sesuai untuk bayi perempuan  dikhitan adalah semasa ibunya masih lagi dalam tempoh berpantang. Ianya dilakukan oleh bidan-bidan di kampung namun kini perkhidmatan berkhitan terdapat di klinik-klinik. Hukum berkhitan pula adalah tidak wajib tetapi digalakkan dilakukan dengan memotong sedikit sahaja sepertt yg disebut dlm hadith:

"Potonglah sedikit dan jangan kau potong yang berlebihan, kerana hal itu akan mencerahkan wajah dan menyenangkan suami."(Yusuf Alqaradhawi, fatwa muasirah)




Likha selamat di khitankan pada hari ke 42 kelahirannya.
Di KBMC.
Nangis kejap jer. Terkejut kut sebab tengah syiokk titon.



Berkenaan nak berkhitan dengan bidan kampung, make sure bidan yang cerah mata kan..?
Mana tahu bidan dah tua, mata tak berapa terang takut 
terpotong tempat lain ke, terpotong banyak ke.
Tapi rasanya ramai yang dah prefer ke klinik2...kan?
Lebih terjamin in terms of hygiene, cepat dan senang.
:)
Kebaikan berkhitan adalah untuk menjaga kebersihan dan untuk masa depan anak anak, 
walaupun tak wajib ia sunat. 
Dan kita sebagai orang Islam dah tentu bertanggungjawab ke atas anak anak dalam part ni kan..?


Semoga amalan berkhitan tak dipandang remeh.
Tambah tambah zaman dah makin moden sekarang ni.
:)



Tuesday, January 18, 2011

Petang Di Hujung Minggu


Oleh kerana, tak membuang masa kat shopping mall, ada lah sedikit masa untuk beriadah bersama anak tercinta dan jiran tetangga.
 Hiks.
Yelah. Cer kalau pergi memana, mesti kul 6 baru nak sampai rumah. 
Dah sampai rumah, mana nak uruskan anak, mandi, makan, solat semua. 
Pastu dah penat. Terjelepok jer lah depan tb. 
Tak gitu..?





 Likha suka main swing, sebab masa on swing die boleh berkhayal dan tengok orang. Masa ni, macam nak tertido pun dah ada. Papa ayun kuat sangat. 
Mama duduk jer bagi arahan, Pa slow sikit.... Pa, lajunya!
 Hahaha..




Main slide sekarang ni pun dah macam budak besar. Everytime Likha pass turun slide, Mama mesti cakap kat Papa, ''Pa, dah besar dah Malikha kan?'' ''Aah kan, dah boleh bagi adik dah kat dia...'' 
Huhuhu.Tu ajer jawapan dia!
:)


Then, balance masa yang ada.....,Jom! Swimming!


Yuhuhuhuuu.
Sparetyre!
Hihihihi...






Hamboi sukanya 2 beranak ni.
Yang kecik sampai tak nak naik naik.
Hihihihi...



  
 
 

Nekwik kita swim lagi hokkay...!
Dah pindah nanti, takde dah nak berswim swim cenni.


Bye bye!!
:)