SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Monday, February 28, 2011

TQ Kak EL - ghmb Facebook!


Pertama-tama kali sejak berblogging 2008 dapat prezzie.
Huhuhu. Ni pun kebetulan, bukannya sebab join contest ke join memana GA ke.
Tapi semua berkat GHMB kat Facabook tu.
Gara GHMB, Mama Likha murah rezeki dapat prezzie from Kak EL.


Kenapa kebetulan sebabnya, Mama Likha adalah follower ke 100 blog kak EL.
Takde janji, takde main taktir kotor yer!
Sekali kat wall GHMB, Kak EL gegak-gegak mintak address untuk hantar hadiah.
Wah!


Harini, hadiah dah selamat sampai.
Hehehe..!
Actly ada dua parcel yang tiba kat pintu rumah arini.
Yang lagi satu, nanti Mama Likha tempek kedian yer.
Yang ni harus gigih cepat-cepat menempek sebab ni adalah entry khas untuk Kak EL.



*For safety reasons, lepas kasik sign Mama suh jer pos-Laju punya orang tinggal kat luar tu hihi.
Bagus tak!



**********




Jeng jeng jeng


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*





Sebelum dibuka, harus share dengan hot-hot mommas yang lain kat FB . *wink



 Wah! Lepas dibuka, ada kad kahwin sekali. Ni bukan kak EL yang nak kawen, tapi adik beliau. Majilis ni ahad nanti di Perak. Terima kasih bebanyak atas undangan, Zte hanya mampu menghantar doa untuk pengantin dari jauh yer kak!



Aussino yuolss...!
Tq sooo much! Dapat queen fitted sheet, dan yang paling best color red....!!! Color peminat Mama Likha! Hehehe. Pandai Kak EL ni...!
I syuke merah membara-bara ni!
Hehehehehe.



Tq tq tq very much for last...!
Mama Likha really loikkkke it...!!



*Mommas lain sila jangan jelesh yer!!
Cer komen, cer komen!
Hehehehe.


Bye!!!


Minah Yang Kepochi


Sapa lagi kalau bukan mektok bermata sepet, bergigi lima ni kan.


*
*
*
*
*
*
*
*





Kalau Papa-Mama berconversed, ada ada aje sekarang ni. Kemahen lagi dia. Mulut cotcetcotcet!


Conversation 1 :

Papa-Mama : Tulah Papa, plaster ceiling kena ada nak tutup piping wire tu.
Minah Kepochi : ........... tuchooop!..... tuchooppp!.... 


Conversation 2 :

Mama-Papa : Oklah kan, kita pun duduk sini dah lebih 2 tahun.
Minah Kepochi : .... jujokk...!....... jujokk..!...


Conversation 3 :

Papa while on d phone : Helo, kawan dah hantar kipas yang dibeli tu kat rumah. (Papa speaking Kelate)
Minah Kepochi : ...... bibah.....!....bibah...!...



Hahahaha! Mektok dah pandai mengajuk apa orang cakap. Memula, terkejut weols dibuatnya. Unexpected!! Hihihi. So at now, watch out lah! Jangan tersilap kata, keluarkan ayat lucah yang bukan bukan sudey....! Haru biru maknyerrrr nanti!
Budak, time ni lah die nak imitate apa yang kita cakapkan...??!




Conversation 4 :

Mama : See your baby, tak pakai baju.
Minah Kepochi : ...... Bebe....! bebe!....


Conversation 5 : 

Mama-Papa : Likha, tengok bird tu!
Minah Kepochi :  .... Bid, bid....! *bukan bed tapi bid. 


Conversation 6 :

Mama : Mana nenek? ( Nenek = toknekwan kat KB)
Minah Kepochi : ...... nenet....! nenet.....! *automatik kepala pusing pandang lappy Mama, sebab pic nenek kat lam lappy...


Conversation 7 :

Mama : Ok, jom! Pakai shoes...
Minah Kepochi : ..... Syyuuuhh...! Syuuhh...! *Mulut harus muncong gitu!


Conversation 8 :

Papa-Mam : Yeeea!! Golll...!
Minah Kepochi : Tak gol lagi dah bising menempik-nempik tengok ball........''bol....bol....!''...... * Comel ok!


Conversation 9 :

Mama : Ok, lets count your cups...! One, two, three....
Minah Kepochi : ..... cakkk... cakkk....! *Macam mana c.a.p = kap boleh jadi c.a.k = cak...? Huhuhu..


Conversation 10 :

Mama-Papa : Ya Allah...! Kenapa ni..?
Minah Kepochi : ....Owwoh!....Owwoh...!


Conversation 11 :

Papa : Likha kenal tak Niknab..?
Minah Kepochi : .....Nyiknyak....Nyiknak...! *Hahahaha..!


Conversation 12 :

Dibo the gift dragon : Helo helo! My name's Dibo...!
Minah Kepochi : ......Biboh...! Biboh...!



********************





Macam tulah... Mama yang 24 jam kat rumah memerhatikan perkembangan anak dan melayan kerenah dia yang panjang akalnya..... Bosan tak bosan lain cerita. Tak caya cuba tanya Mama yang
jadi home Manager macam Mama Likha jugak...!

:)


Terima kasih, Ya Allah!

Friday, February 25, 2011

Yeay! Happy 16m, Malikha!


Tup tap tup tap, dah pun 16 bulan si Malikha ni.
Lagi 8 bulan to go nak 2 tahun.
Heeee. yedda yedda!
Alhamdulillah, dengan nikmat yang Allah swt anugerahkan ni.
Manakan sama dengan nikmat dengan makanan yang bersusun susun itu.
Tidak boleh disamakan sekali.


Hilang nikmat makan, tidak kisah lah. Asalkan nikmat berMALIKHAkan tidak dirampas.



16 bulan, perjalanan yang cukup mencabar menjadi seorang ibu.
Bila dah merasa menjadi seorang ibu, ingin diputar kembali masa lalu.
Tidak ingin sekali, aku melawan arus, tapi apa daya yang kita ada, melainkan lupakan semua kisah lama dan bangkitlah demi sebagai seorang ibu yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak.


*Mood gapo namo rima ni. Happy ok!

 16 bulan = 5 batang gigi.



 Hobi mengkobek handbag masih ada.


 16 bulan, satu perkembangan yang baik dalam hidup Papa Mama.Semoga Malikha terus membesar sebagai insan yang sihat, sempurna dan baik baik saja. Tiada hadiah yang paling bernilai dari mak pak, melainkan doa doa ditiap waktu kerana doa ibubapa lah yang paling mujarab. Amin Ya Rabb.



Banyak dah lesson class yang Likha dah attend dengan Mama, but Mama dengan Likha-Likha sekali berpeluh ketiak *macam dalam gambar* when its comes to colors and shapes...., sungguh mencabar jiwa dan raga ok. Takpe takpe, make it slowly and steady, its still early... Practices make perfect to Malikha kan..! Insya Allah, Malikha cepat catch up, as long Mama yang tak give up...! Huhuhu... Chayook Mama!


*
*
*
*
*



Here, pic of the 16m birthday Malikha :)


From left : Suky Tevez, Kak Emilyn Nabila, Mama n Malikha, Kak Elly.
Location : Depan 'syurga' Tokbah <3 Tokmi. 

:)

Likha tooo excited bila dapat jumping macam ni..



Happy 16m my MALIKHA ketipung payung.
Papa n Mama loves you soooo much!


Bye..!!


Thursday, February 24, 2011

Nikmat Yang Di Dunia


Tipulah kalau cakap, ada yang tak suka makan.
Sapa yang tak suka makan..? Semua manusia dalam dunia suka makan walaupun ada yang tak mampu untuk makan.
Ni lah nikmat yang Allah swt bagi kat kita.
Ramai yang sedar, dan mungkin ramai yang tidak menyedarinya.



 
 *Pic taken at Haryani Restoran Sec 10 Shah Alam



Hurm mengeluh tengok makanan.


Orang yang macam saya, yang makan kena catu memang tidak bernasib baik. Alangkah untung jadi orang yang boleh makan apa saja, makan kunyah telan without nak worried pasal berat badan naik kan....? Alangkah bertuahnya jadi orang yang hi-metabolisme levelnya. Alangkah jelesnya dengan orang yang boleh sumbat makanan tak kira time, waktu dan ketika.


Saya, sebenarnya makan bukannya kuat sangat. Agak tidak terurus bab makan kat rumah kalau Papa pergi kerja. Kadang-kadang sampai pukul 3, saya tak sentuh apa lagi.  Betul, tak tipu. Tapi jangan cakap bab anak, i tak abaikan. Suami pun i tak abaikan.Terukkan, tapi bila saya mula makan selera membuak buak, selera naik bercambah. Biasanya makan yang complete, masa dinner dengan Papa lah. Tapi tu pun bukannya hari hari ada masak. Tengok mood jugaklah.


Toksah lah panjang cerita, shortcut senang cerita. Saya tengah skip makan atau dengan kata diet. Dekat 2 minggu tak makan nasi secara lahap gelojohnya!! walaupun ada lah jugak tiga pat das terbabas ke dalam mulut saya bijik bijik nasik dari suapan si suami.... Dan hari ini saya request dengan Papa nak lunch dengan nasi campur. Saya rasa amat mengidam dengan macam masak sambal or pedas yang ada bendi... Tah mimpi apa..., tapi takde jumpa bendi yang macam tu kat Haryani melainkan bendi celur, bendi dalam kari dan ikan singgang. 




*Inilah hasil '' breaking my diet''.. 


Takleh ah... Kena control sikit makan, kalau tidak badan memang akan terus pam, dipam , terpam dan mengepam. Rasanya belum terlambat, sebab adik saya pernah cakap ''boleh kurus sampai umur 27 jer, pastu takleh kurus dah'' ye ke...? Macam tak munasabah jerk. Fakta mana die hambek tu... Tolong kasi bukti!


So, bila nikmat yang satu ni dah kena potong.. paham pahamlah kan... Takde lagi nikmat nak merasa ikan siakap 3 rasa, nasi goreng bermacam jenis, nasi ayam, ayam ayam ayam.. ' Umi saya selalu pesan, kurang-lah sikit makan ayam tu' sebab ayam sekarang kena cucuk ngan ubat memacam sebab nak suruh gebu.. Tu yang kita pun gebu-sihat-demok-montok macam ayam gak tu.. Baik lah umi, nanti saya makan ayam kampung jer. Huhuhu. Malangnyer ok, bila dah kena cut smua list nikmat ni.. .. Cedihnyer entry kali ni. Hahaha.


Go back to fitrah kejadian manusia, kita MAKAN UNTUK HIDUP, atau HIDUP UNTUK MAKAN..? Wallahualam!


Sekian!


mode : merajuk dengan makanan.. :|


Geng Hot Mama Bloggers


3 hari lepas, ribut giler bila tetiba Mama Tiya invited Mama Likha to Geng Hot Mama Bloggers ( GHMB ) kat Facebook.
GHMB ni strictly only for Mommas yer, Papas takbley join.

Wohh, kecoh ok.
So, lepas dah 3 hari Mama dapat ramai kawan baru dan tengoklah tetiba followers boleh jump sampai ke 99 orang dan blog ini diskodeng sampai 70-80 kali dalam sehari.
Tq Tq all......!!





Sebenarnya, bukan bilangan or no of followers yang Mama kejarkan, or bilangan yang menterjah blog ni.
Hope persahabatan kat GHMB boleh berkekalan, dan pasni bolehlah berplay-dating-date memana kan.., geng!
Hehehhehe.


*Ghmb yang telah dilistkan. Some of them!




Dan di entry ini jugak, Mama Likha nak tempek award yang susah susah dicreate oleh Kakak EL, khas untuk members GHMB ni...
Tq again!
Orang kasi haruslah kita terima dengan rela hokey!
Hahaha.





So, selamat bersembang ye yuols..
Nanti pakat pakat share segala tips ok.
Share tips ok, jangan share ge lain. Heheehhe.


Byee.!


Wednesday, February 23, 2011

Memudahkan Kerja Mama



Bila ada raincot ni senang sikit uruskan hal makan minum Likha.
Yelah, orang dah besar... Makan nak sendiri dah.
Panggil raincot jerlah senang. Hahaha.
Coz masa beli aritu, Papa cakap '' buat apa beli baju hujan kat Likha''.
Sokmooo lah buat lawak antarabangsa oke..!





Nak dan berkenan..?
I tak jual.. IKEA yang jual.
Rasanya RM19 untuk 2, satu blue satu orange color.
Senang kan..? Praktikal dan memudahkan kerja Mama yang memang pemalas ni.
Hahahaha!



Sebelum.. ada raincot.


Siang hari boleh dua kali tukar baju yer.
Sabun mahal, ok.
Satu hari berkali kali kena sapu dan mop.
Letih, ok.
Hahaha.


GA: Saya Nak Hadiah Dari Mummy


Yuhuuu.. Walaupun dah almost 3years berblogging. baru pertama kali kot join GA. Oklah saya nak join ini GA yang telah ditag oleh Siti Darna dan jugak Dda Ly. Dua kali kena tag ok. So jom join.



Senang jer, caranya :







  • kemudian, korang letak nama dan link blog korang kat tempat comment entry blog kasihmommy (senang penganjur nak jejak semula)
  • Tag sekurang-kurangnya 3 orang kawan untuk join sama GA nie
  • Tarikh tutup penyertaan, 28 Februari 2011
  • Apa hadiahnya? jeng3.. rahsia.. Penganjur akan pilih 3 orang pemenang bertuah..
  • Lagi ramai yang sertai, lagi banyak hadiah yang akan dibagi..
  • Join okeyh!! Selamat berGA...!!


Then Mama Likha nak tag:


Sila tempek kat blog anda yer...!

Tq!


Ready Jadi Kakak..?


Okeh.
Entry membunuh jiwa raga, coz pasni dah tentu cakap '' ok, dah boleh kasi adik kat Malikha''..
Hahaha.


Ok jom cerita dulu.


Lately ni kan, Malikha takde kerja lain.
Asik tuang susu, tuang susu.
Dah lah susu mahal ok, Enfagrow.
Then suka nakedkan her 'baby'.. Jap jap Mama tengok telanjang bulat baby tu, dibukaknya baju.


Pastu tak lama, Mama tengok makk aihh dah pandai tuang susu kat 'baby' dia.
Ok, Im thirsty Mummy... said her baby.


Let's watch what she did.

 Taking off baju baby.

Brushing baby's teeth.


 Feeding baby.



Yedda yedda!
Malikha dah ready to be a sister!
Kan..? Nak adik tak..?




***********

Tapi malam tadi, tengok apa dah jadi..?





Hahaha! Dah fully naked.??!
Sebabnya semua satu badan baby ni memang dah melekit habis dengan syusyu yer. Dah siap masuk kat part speaker holes tu. Mama masuk dapur, terkejut Mama tengok baby 
tengah tayang body. Hishh terus teringat Chucky jerkkk!! Heh. Papa lah ni dengan rajinnye mandikan 'baby' Malikha dan jemur kat kitchen hahaha.




*
*
*
*
*





Spender 'baby' Malikha yang cenonet. Yang dengan rajinnya Papa takde kerja tolong siap sidaikan lagi. Haha. Lawak ok, sampai jadi modal Mama untuk tempek kat blog. Hihihi.





Malikha.. Malikha.. Ni bukan boleh mengasuh ni, ni menjahanamkan harta benda ok! 


Bye!
:)

Hutang Tetap Wajib DiBayar

Ohhh kemahenn lagi tajuknye... Kuikuikui..


Actly, Mama Likha nak jawab tag.. Dah makan tahun hutang tag ni dengan Makcik ni sorang, tak berbayorrr lagi. Dari tahun 2010 dah pun masuk 2011, dah pun masuk Feb nak masuk March dah pun.... Tak kira lah, hutang wajib dibayar hokey! Hahaha. Boleh tak straight to the tag terus...???!!


Ok, Tajuk tag 25 perkara tentang Mama Likha. Aiseyyy susah nak jawab ni..., macam revealed myself pun ya kan..? Hiksss.. Wokeyhh, here we go. Bukak rahsia yang mana bleh bukak sajork! :)


1. Nama Wan Zetty Azwanis Wan Abd Aziz. Nama manja Nard atau Nab atau Nad hahahaha. Tak tipu. Haha perlu ke kasi full name..??
2. Anak no 4. Ada satu kakak, 2 abang, 2 adik perempuan. Orang cakap no 4 angin, memang me ada masa angin bertiup kencang. Hahaha, its normal ok! So me angin lawan dengan tanah...., yang memang cool gitu *wink-wink.
3. Sebelum kahwin, takut beranak. Sekali nahhh terus bunting pelamin *blushing hehehe dah rasa macam mana sakit beranak yer..! Yea!
4. Paling tak suka, orang lewat. Janji kul 1, sebelum kul 1 harus ada ok. Me boleh menangis tsk tsk menitik nitik airmata kalau orang lambat... dan trus spoilt my mood, benci oke!
5. Sekarang full housewife, dulu pernah kerja sebelum beranak sorang dan jadi orang HR. Pasni pun kalau kerja nak jadi orang HR jugak.
6. Suka bercakap dengan kalut, susah nak jumpa titik. Bukan kepochi tapi laju sampai bertindih. Hahaha.
7. Kadang kadang me rasa me membosankan sebab me tak banyak cakap dan pemalu. Cakap bila perlu, bukan sombong tau. Me senang masuk dengan orang yang rapat, so tak kenal maka tak cinta ok. Rapat-rapat dan erat-eratkan lah dengan me, me baik hati ok. :)
8. Me suka buat kerja cepat cepat atau nak siap cepat. Let say, time tengah mandi, boleh teringatkan satu benda, terus mandi laju laju sebab excited nak buat kerja tersebut. Kekadang takleh fokus dengan sesuatu benda, sebab semua nak kasi siap cepat.
9. Walaupun dah kawen, me tak pandai nak managed bab kewangan. Failed! Hal hal duit, me rasa suami me lagi bijak uruskan duit. Malu oke??! Boroskah aku??
10. Me kaki shopping tapi me tak gila sangat dengan jenama yang grand-grand. Tak kisah hape pun.
11. Tidak tersangat suka dengan cerita hantu seram.... Yang paling real, hantu Jepun ke hantu Siam ker. Dah serik tengok Dark Water, Ju-On pastu mula bayangkan yang tah pape... Plish oke.. Walaupun cerita hantu Melayu. Hishh. Tamo nengok.
12. Dulu sngat fanatik dengan color pink, hitam n merah. Now sume color dah boleh layan, asalkan sedap mata mandang tambah-tambah purplish. :)
13. Gila kucing toksah cakap, kekadang me rasa lagi gila kucing daripada baby. Huhhuhuuu tu dulu, sekarang baby comes 1st.... Pantang nampak baby, alahh dah jadi mak kan..?
14. Tak suka tengok videoclip dan layan youtube. Ku pelik kenapa orang suka buang masa layan youtube oke?! Hahaha. Sumpah!
15. Tak suka dengar lagu baru, malas sangat nak abiskan satu lagu baru tu. Sebab kekadang lagu baru, kite payah nak jatuh hati kan. Melainkan kalau dah dengar berkali kali, baru jatuh hati kan..? So me malas nak perabihkan lagu tu. Sorry....
16. Suka masakan thai sesangat paling-paling tomyam campur! Hishh. Kalau western, asyik chicken chop jer manjang... Me tak suka nak order yang lain.
17. Masih ada hutang 8kg - 10kg to get back to normal berat yer tuan tuan dan puan puan. Now tengah catu makan ni. Hope dalam tahun ni boleh lah nampak perubahan naik lagi turunnye yer...Huhuhu.
18. Since pakai lens, power mata rabun tak naik naik lagi.
19. Hobi  suka beli bag dan kasut. Tak kisah lah jenama apa, janji best berkenan terus rembat. Sampai tak tahu mane lagi nak sangkut segala anak beranak bag. Kasut lak lebih suka wedges dengan pump or flat shoes. Selesa dan sedapp dipakai.
20. Ku dah lama tak ikut drama bersiri. So taktahu apa drama lani ada, tengok kat tv macam cerita ada, tapi ku tak sempat nak duduk depan tv tengok drama ok, tersangat bz kat rumah ni... except Desperate Housewives dah start minggu lepas dengan new session kat 8tv,... hehehe. Suka suka!
21. Since bersalinkan Malikha, tak pernah lagi tengok wayang kat cinema. Last tengok citer Papadom masa tu lagi 3 minggu nak bersalinkan Malikha. Balik terus takleh baring, lenguh badan 2jam kat kosi Cineplex. Haha. Bile tah boleh start balik tengok muvee ni, Papa taknak ajar anak masuk wayang tengok citer tah pape.
22. Suka melancong dan makan angin. Sebelum kawen, selalu konvoi dengan geng dari Barat ke Timur, Timur ke Barat. Pas kawen kita sambung melancong dengan family and close frens ajo lah kan! Bila nak wat Europe trip ni kan..? Doa2 dimurahkan rezeki selalu :)
23. Sayang dengan Abah Umi dan adik badik yang lain walaupun depa taktahu kot..? Sapa tak sayangkan kuarga kan..? Anak ngan suami toksah cakap lah, tu memang dah wajib. So smua wajib dikasihi.
24. Tak tahulah minat dengan apa, kekadang boleh layan rock macam Search, Wings, kekadang boleh layan indie macam Meet Uncle Hussin, kekadang boleh layan oldies macam Air Supply, Rod Stewart, Roxette, kekadang leh layan nasyid, boleh layan bebudak AF, boleh layan Mariah Carey, Michael Jackson, Sudirman... Kira semua boleh layan lah ni yer. Huuhuhu.
25. Yang paling last dan serious, sentiasa mengharapkan kebahagiaan dalam hidup berkeluarga. Doa tidak putus padaNya, semoga dengan berkat sedikit kesabaran saya dapat reward at the end of the day. Bukan mengharapkan balasan Allah, tetapi saya tetap meminta pada yang Satu itu. Oh... amat dalam kan...? Hehehe.


* Jawab sekadar apa yang boleh dijawab, rasa 25 macam dah banyak sangat tapi bila nak jawab macam tak cukup 25 tu.... So ini sajalah rasanya yang boleh direveal hehehe.





Last but not least
*


*
*

*

*
*


*
*



Ni haaa orang yang menempek tag kat Mama Likha.
Comel kan..? Lawa, menarek, tertarek, memang daaa boom!
Chuppp jangan ngorat, bini orang wokeyh!
:)



Heheh. Jangan marah Iera Aiko.
Molek lah tu sama sepet ngan Malikha :)


Ok, pastu Mama nak tag :

GHMB Facebook ya.

Jawab, jangan tak jawab hokay!
:)


Tatata...!

Tuesday, February 22, 2011

Push dan Kena Push


Supposed Ahad weols kena setelkan bab-bab lighting. Tapi sebab ada orang yang tak sihat, terpaksa semua di cancel lah... :)... Downlight dah selamat di borong last Thus. Sempat dapat grab harga promosi kat Houz Dpeot tu. Cuma tinggal untuk pendant or any type of lampu yang weols decided nak bubuh. Sebab skrang kerja kerja ntuk plaster ceileing dah pun start. Selain lampu, benda yang nak diconcern berkait dengan plaster ceiling adalah kipas dan aircond jugak *ceh, skema giler.


Part ID kitchen pulak, oleh kerana weols dah finalise bab design, colors and accessories...ID p.i.c tu duk push weols untuk dapatkan exact size untuk hob n hod, oven, fridge dan microwave. Now, fridge ngan microwave memang dah ada, cuma benda lain tu belum lagi ado! Huhhhh... Dah survey banyak brand, tapi belum lagi dapat kata putus. Part wardrobe dalam tiga bilik tidur dah settle, cuma bilik untuk Malikha tak usik pape. Tu biar Mama jer yang mengdekoret nanti hehehehe.



Kena push memang lah bagus...., best sangat! Kalau tak, kerja tak jalan tauuu!


So within this week, semua bab cabinet and wardrobe akan mula masuk order ke kilang. Estimated time kat kilang - 2 weeks dan installation estimated about 1 week. So agak-agak sebulan dari sekarang, siap lah. Sambil sambil sekarang, plaster ceiling dah mula jalan, jap lagi nak mula dah.kerja-kerja untuk extension laundry area kat kitchen belakang. Then apa lagi yer..? Hmmm..


Last wikend pun, sambil jaga orang kesayangan tak sihat, sambil belek belek dan belek lagilah segala mak nenek magazine. Ok, now sume dah finalise including wrought iron grill.. Actually, kalau belek banyak banyak pun takleh jugak, muntah darahlah nanti jawabnyer...! Huhuhu. Weols punya bajet takdelah hebat mana, cuma nak kena pandai lah biar semuanya serba molek sesuai dengan bajet yang ada. Walaupun bajet rendah, make sure nanti kita berpuas hati dan also berkualiti... Bajet tinggi pun belum tentu kan, kita dapat hasil yang memuaskan... Toi tak..? Hehehe. Macam tak kena je ayat yang disusun.... Eceecehh.





So far, ini update pasal rumah. Bukan untuk meloyakan tekak uols, tapi as my rujukan for future gak. Senang hehe nak refer nanti. Boleh tak..??!


Bye! Noktah.... !

Macam mana nak handle Paperbag & Eco-bag

Tetiba rasa nak wat survey lah pulak.
Huhuhu.
Layan jer ok.


Macam mana yuols managed paperbag yang korang dapat tiap kali gi shopping..?
Kalau mommas yang kaki shopping like shoppaholik, shopping lak yang brended saja orang cakap...., dah tentu dapat paperbag yang macam macam, lawa lawa dan terasaaaa oh sayanggnya nak buang!
Tul tak..? As me pun yang kaki separuh kaki shopping ni huhuhu, walaupun bukanlah gemar sangat shopping yang branded branded tapi paperbag tu tatap ado! Tatap menyerabutkan rumah, jap tengok ada selonggok bawah katil, jap tu selonggok lak kat tepi bucu sana, jap bucu sini...
Nak buang memang sayang, last last jadi macam simpan sampah ajer lagaknya rumah.
Hahaha.


Boleh lak gitu erk...??!!

  


Sesapa nak paperbag VS, visit me at here ya:
http://www.facebook.com/#!/profile.php?id=100001540509166
:)
Iklan kejap.
Jangan marah!


Kat rumah baru nanti, memang kena ada satu storage khas untuk paperbag ni semua. At now, Mama Likha dah susun cantik cantik, dah kemas dah. Tak nampak macam sampah dah hehehe.
Banyak tul, ni belum lagi campur dengan eco-bag.
Eco-bag pun berlambak, sekarang beli syampoo ke beli losyen ke beli sos ke beli detergen ke mesti ada free eco-bag.
Alah eco-bag yang korang kena bawak tetiap Saturday kalau nak shopping memana sekarang ni.
Tapi setuju tak, senang kan eco-bag ni. Much better dari kita terjinjit-jinjit nak pegang plastik bag yang banyak penuh jari, mana lagi nak time balik rumah nak bukak kunic rumah lagi. Kan..?
Kan..?
So jomlah smabil-sambil tu kita sokong kempen penggunaan eco-bag demi generasi masa depan yang lebih selamat.
Ok, enuff!
:)


So, korang kat rumah berlambak tak paperbag dengan eco-bag ni..?
Hurmmm..
Nak tahu gak.
:)

Tq!


Monday, February 21, 2011

Gara Gara Penangan Futsal



Sabtu lepas, setengah hari sekaki setapak dengan Papa kat futsal anjuran Ofis beliau. Futsal ni kat PJ area jalan 222. Pagi pagi lagi dah bangun, oklah membuang masa weols kat sana daripada duk rumah tunggu Papa balik kan..? Baik Papa depan mata, dah wiken pun takde kat rumah, heehehe tak kira nak ikut gak! Hahaha. Gelak orang jahat!


Jom kita layan pics jer lah yer.



Ketibaan Pn Setiausaha hahaha. Perasan! Sila muntah ok.
Pembetulan, ketibaan Malikha dan Mama Malikha.



Papa kasik tendangan maut!




Likha jumpa one abang, ala ala nak main futsal gaklah eh..



Muka tak-frenly tak-hengat sebab bangun pagi sangat, mood pun ke laut mana tah!


 

Jadi tukang bagi hadiah dengan Papa.



Yedda! 


Walapun Papa main ala ala orang takmain, team Papa tetap juara untuk Lelaki. Hihihi. Tahniah! Kasi anak gigit, gigit gigit nak gigi baru ada 5 batang.



Likha ngan Cikjah dia. Oh, Cikjah kan satu tempat kerja ngan Papa.





************************

Balik jer futsal, Papa terus kiokkk.
Tulah. nak kata teruk sangat main tak jugak. Even dah tetiap minggu dengan badminton, sakit lenguh badan macam dah lama tak bersukan tu tetap ada!
Papa pun tk pernah lagi main futsal sejak kawen, masa bujang dulu ada lah kot!


Petang sempat jap lari ke meeting kat site rumah baru dengan ID dan Project Manager, Wan Azim.
Balik tu, sekali Papa dah kena demam urat.
Plan hari Ahad smua cancel....!!


Since kawin, boleh dikira dengan jari berapa kali jer Papa sakit demam. Alhamdulillah, kesihatan beliau baik sangat. Mc pun rasanya jarang sangatlah! Sampai dah lupa bila last sekali beliau sakit demam.
So, bila dah jarang sakit demam dan bila dah kena ni, Mama mula cuak lah weh.
Paham paham lah bila dah baby besar yang demamnyer pulak.
Huhuhu.
Ragam baby besar takkan sama dengan baby kecik ok!
:)





Semalam lunch masakkan sup daging.
Tapi selera takde, walaupun Mama masak sedap dan boleh blah haha.
Ahernya nasi dengan ayam goreng + kicap selamat untuk tidak mengosongkan perut.

Malam tadi ke klinik, untuk MC Papa hari ini.

Hurmmmm...

Get well soon ye dear Papa.
Walaupun Papa mengaduh ngaduh sakit tang tu sakit tang ni *yelah, orang tak pernah sakit, Mama tetap disisi Papa uruskan segalanya, just to make yu feel more better.
Ok Papa..?




Some of pics at futsal : Credit to Danielle Alexandra FB & Ilham Nur Hafyzah. Tq!

Friday, February 18, 2011

Bapak Borek, Anak ....................

Kesukaan makan maruku, jatuh ke anak sekarang yer.


*
*
*
*
*
*

Malas cakap banyak, tengok jer pics.




Masa ni kat KB, satu balang maruku jadi hak milik dia.



Boleh bergaul dengan sepupu sepapat yang dah besar, asalkan ada maruku.



Tak selalu TokChek dapat peluang macam ini, bila ada maruku terus berjam duk di riba.

*Pic terpaksa dicrop, Tokchek tak bagi permission masuk blog Mama. Muaahaaa.


Since kahwin dah kena ada stock maruku kat rumah, now bukan saja untuk bapaknya tapi anak jugak dah jadi feveret dia.
:)

Anna poringgek mana lah sesat ni.


Hihihi.