SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, June 30, 2011

Kenangan Dengan Rocker

Malam tadi dah mula misi menunggang terbalikkan rumah. Hihi. Dah mula proses untuk berhijrah ok ! Macam tak caya pun yer, nak tinggalkan rumah yang banyak meninggalkan kenangan ni.. Cewwaah ! Baru mula dengan 1 bilik..., tu pun mengah tak hengat dah ! Banyak benda yang nak di let go.


Last - last, keluarkan balik rocker Malikha ni. Since dia besar, ni lah pertama kali dia tengok balik rocker ni. Mestilah dah jadi macam benda baru bagi dia kan... ! Sibuk nak jujok- jujok (duduk ) !


Berangan jadi baby kejap !


Jom kita flash back.


Lepas dah mula meniarap, sibuklah pulak duk menggelupur dalam rocker.




At last, tamatlah riwayat sebuah rocker. Macam tajuk karangan zaman sekolah rendah pulak kan? Hi hi. Yelah, pastu rocker dah tak selamat digunakan lagi.. Actually banyak kenangan manis dan lawak dengan rocker ni. Paling takleh lupa, bila Tokmi letak Likha kut terbalik. Hahaha. Boleh imagine tak ? Kaki Likha kat atas hu hu hu. Kepala kat bawah... Tokmi tokmi ! :D

So rocker ni masih elok..., taknak di let go pun. Sayang ok. Dah lah Ciklong yang kasi...., simpan jer lah dulu.. Mana tahu nanti berguna untuk masa depan kan? ;)


Malam ni sambung lagi kot ! Next room lak..... ! Satu bilik dah clear...., Siang pun Mama kemas sikit - sikit, simpan sikit - sikit yang mana boleh buat dulu.... Tapi tak tahan mata yang kat luar ni..... Haaaaa semput ! Biasalah tu adat orang nak berpindah randah kan !


Ok bye !
:)

Wednesday, June 29, 2011

Cubaan Kali Kedua - Sizzling Yee Mee

Hari ni baru betul - betul buat dengan yee mee..... Dan arini baru berjaya buat kuah yang melimpah ruah. Petuanya : tepung jagung jangan terlebih sangat. Hehehe. Tu yang cubaan pertama tu nampak kering kan ?


Cuma, Mama Likha tak berapa gemar yee mee... Lebih suka mee biasa... Ni just nak try.... Not bad, tapi tak gemar jer.. Hehe Pening tak ayat.... :D


 So... depends pada yuols lah, yuols suka apa kan... ?




Kalau masak sendri, memang kaya dengan segala khazanah lah hehehe..
Ni satu sanggul fatimah yee mee tu, gila banyak !
Bukan rakus, tapi tak reti nak bajet !
:D


Resepi boleh ambil di SINI ye.



P/S : Order sizzling hot plate tu tak sampai -sampai lagi.... 

Monday, June 27, 2011

Konon - Kononnya Nak Sahur

Sekali tak jadi puasa pulak................................. !!! Grrrrrrrrr...... ! Sebabnya paham - paham sendirilah !
Ada dua hari lagi tak ganti ni.
Adoyai !




Grilled chicken chop yang disantap kul1 pagi tadi. Tq Papa... tolong masakkkan tapaukan hehe. Actualy, banyak kerugian akibat tidak jadi berpuasa ganti hari ni. Kehkehkeh... !


Ok bai !

SEPAH Terbaik !!


Yahooo !!
Dah kata dah, SEPAH yang terbaik.
Cuba tengok dari 1st week sampailah ke final....., semua lawaknya menjadi kan !!!
Penangan Manissssnya Kurma Itu...... gila sungguh berjaya !!
Dah jadi macam satu fenomena. 
=D




Source : Youtube : Sepah Final Part I


Sian peminat JOZAN, yakni Papa Likha kihkihkih...
Kenapa JOZAN malam final macam tak seberapa jer kan... ??!


Apa - apapun..... malas cakap banyak, Sepah terbest woooo !
Besttt bro !! Pinjam Nabil punya, jangan marah peminat Nabil pulak yer !


Rumah Baru Hampir Siap !


Update hal rumah. Okey, walaupun banyak hal renovation berjalan tak berapa lancar sebab banyak miscommunication problem, malas nk story panjang - panjang..., akhirnya semua work in progress almost reach the target. Kira hampir 100 % dah. Ni bab renovation saja okeh. Tak termasuk hal deco - deco dalam rumah lagi ni.... Tu takpe, slowly...nanti - nanti.... Yang penting, bigboss, Papa Syahmi, memang dah decided untuk move in to before Ramadhan lah... Hari tu ingat tak sempat, ingat pas raya jer. Tapi bila campur tolak bahagi darab semua, kena pindah jugak sebelum puasa.... 


Some pictures for eye wash kihkih.



Glass mirror yang dipasang di bahagian staircase. Idea dari Papa.
Baguslah.. Boleh Mama tiap masa menilik tiap kali naik-turun tangga, baru sedar diri sikit makin lama makin big-bigger-biggest ni... hehehe.
Ruangan dining hall yang bercat merah, untuk naikkan lagi nafsu makan.
Ha ha ha.
Related tak cermin tu dengan living hall yang merah menyala.
Hi hi hi.



Bilik girl, yang ooomaigosh so pinky !
Pink - Exotic Bloom dari Nippon Paint.
Bilik Likha yang the only one tak buat wardrobe built - in.
Mama plan nak deco - deco sendiri bilik Malikha.
Bolehlah simple - simple kan...?
Lampu Apple, each time tengok Likha mesti nyanyi lagu ABC - Barbara Milnes all - time feveret dia tu.
Hi hi hi.
Good - good !


                 

Wall - light untuk biliknya.
Excited dengan HK. Mama ke Likha ? Hehehe.
Mama beli online di Scent Haventz.
Plan nak sumbat segala jenis stuff HK dalam bilik Likha nanti.
Biarlah orang kata, HK out - dated tapi HK tak hilang dek zaman kan !
Mama loikkee HK even more !



Kalau Mama kaya, bolehlah buat bilik Likha mcam ni kan !!

*
*
*
*
*
Source : Google



Segala hal berkaitan dengan langsir dah setel, after 3 kali meeting. First yang Mama pergi aritu, second di site sekali dengan ukuran diambil dan third time sekali di lagi di kedainya Sabtu lepas. Ingat nak buat pemilihan material, warna dan corak untuk curtaing mudah je ke ? No - no... Pening kepala okeh. Yang penting kena bekerjasama berbincang... So setel.... Bayaran pun dah dah dibuat separuh, dan semua langsir akan siap dipasang more less than 10 days.. Yahooo ! Memang weols laki - bini, lebih suka masuk rumah yang dah siap bertutup lingkup dengan langsir siap - siap...... 



Then... ? Apa lagi yer eh ...? Oh rumput karpet, weols akan buat dan tanam sendiri.. Yuuhuu... tak sabar pulak rasa nak berkebun nanti. He he he.... Bab barang dalam rumah, macam furniture yang nak dibeli baru, slowly dulu...., sebab memang ada 5 - 6 benda yang akan dibeli baru.... Ni tengah survey lah slow - slow ni.. Adoyaii... Masa makin sempit, poket pun dah nak kempis ni..... Macam nilah kan.....? Bila nak masuk rumah baru ni, memang banyak sangatlah duit yang diperlukan.... Serius....!! $$ ___________________$$



So... Minggu ni Mama dan Papa dah kena mulakan packing barang.... masuk kotak. At first, Mama tak tahu nak cuit yang mana dulu..... Help help ! Haaaaaaaaaaaaaaaaaa semputtt !!


Drama Takdir Afina

Siapa tengok Drama Takdir Afina di TV3 malam semalam? Mama layan jugak... Mengisahkan seorang wanita yang pernah alpa dan lalai, berkahwin, bercerai dan bertemu seseorang yang baik, yang telah mengubah dia menjadi seorang wanita muslimah. Selepas berkahwin dengan suami baru, Afina semakin baik..., cuma agak tak paham kenapa hubungan dia dengan ibubapa di kampung agak tidak baik. Sebab ada scene yang ibunya dikampung, menangis rindukan Afina. Samada Afina sudah lama tidak menjenguk mereka dikampung atau sekadar kerinduan ibu terhadap anak yang jauh di mata. Mama tak paham tu, mungkin ada termiss sikit scene, melayan itu ini Malikha kot.


Akhirnya kebahagiaan Afina bersama suami dalam perkahwinan kali kedua, diragut oleh ibu mertua sendiri yang rupanya ada mental problem or psycho akibat masa lalu...., yang tergamak meracun Afina sehingga boleh meragutnya..... Sedih jalan cerita dan endingnya walaupun ada plot yang tak berapa kemas kerana jalan ceritanya adalah flash back...
*Sinopsis yang Mama buat sendiri huks


Cuba imagine.... Kita yang sihat, tetiba lumpuh dan bisu akibat perbuatan orang.. Alangkah sedihnye dengan takdir hidup sebegitu.... Bila abis jer drama tu tetiba Mama teringat kata kata seorang kawan Mama....


'' Risaunya ada anak perempuan, takut esok - esok kena buat jahat dek ibu mertua....''  
Mujur beliau ada dua orang anak lelaki setakat ni he he he.



Mudah - mudahan tak semua ibu mertua sephysco drama tu kan....??? Yelah.. Kot tu kan drama jer kan??!  Teruknye kebimbangan seorang mak, padahal anak baru tak masuk 2 tahun kih kih kih.... :)



Tah merapu apa entry ni kan ??!!


Sunday, June 26, 2011

Seharian Dengan IPhone Mama


Nak marah tak sampai hati.
Tapi Mama tetap geram jugakkk.
Dari pagi sampai ke malamlah dikeleknya phone Mama.


Sebelum tidur malam tadi


Call orang, SMS - MMS orang, tukar pic wallpaper, bukak youtube, layan music, main games, belajar itu ini, delete applications, snap picture sendiri, semua boleh.
Budak sekarang memang terlebih advance !!
Nasib baik bil tak melambung - lambung macam Mail lambung !
Kalau tidak...., sorry yer !!


Sabauu jerrr lah sentiasa.
^________________*

For Papa On Papa's Day


♥ Papa Syahmi.......









Order at : Cakeschocolates Collection

Saturday, June 25, 2011

20 months, now.

Hari ini genap 20 bulan.
Another 4 months more to big no 2.


Happy 20months, my dear Malikha.
Love y0u forever and ever.

Tuesday, June 21, 2011

Fasa Susah Nak Makan


Malikha sekarang susahlah nak makan.
Ada yang dia suka, ada yang tak suka.
Bila anak mula buat perangai macam ni, baru paham iklan kat tv yang menunjukkan anak susah nak makan.
Baru paham kenapa ada vitamin untuk menggalakkan anak makan.




Bila Mama cuba buat kelainan dekat menu dia, yang dingapppnya adalah kungfu panda, giraffe dengan rabbit stick tu haaaaa.


Tapi rasanya Malikha tak perlu vitamin or supplement tambahan apa - apa lagi kot !
Badan masih subur setakat ni !
Hehehe !!


Tapi risau tetap ada ni !
:C
Buah, nak makan pun kena paksa!




Homemade Sizzling Yee Mee !


Singgah di rumah Cik Tina terus terhidu sizzling mee yang beliau buat.
Oh beliau pun mencuba resepi yang dapat dari Kak Risa.
Tengok pada resepi tak payah mana pun.
Mama Likha nekad nak try buat jugak.
Cewaahhh nekad gitu !
He he he .


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Cubaan kali pertama !




Yeye !
Alhamdulillah, menjadi. Walaupun pertama kali try..... Cuma sizzling hot plate tu jelah yang takde. Tapi masa snapped pic ni pun, panas masih meruap - ruap. Best-best tau! Yuols pun boleh try buat kat rumah. So pasni takyah nak gi makan kat foodcourt Jusco dah hehehe.



Ok Mama Likha tempek sekali resepi.


RESEPI SIZZLING MEE
Bahan-bahan ( 2-3 org makan )

* 2-3 sanggul (gulung) yee mee *

* 5 ulas bawang putih *

* 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4 *

* 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa *

* 3 biji cili kering- potong 2 *

* 2 sudu besar sos tiram *

* 3 sudu besar kicap cair *

* 1 sudu besar kicap pekat *

* 1/2 in halia- hiris nipis *

* Serbuk lada hitam *

* garam- secukup rasa *

* Beberapa titik Minyak bijan *

* 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air *

* sedikit minyak utk menumis *


Cara-cara

1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.

2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.

3. Masukkan 2 cawan air.

4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.

5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.

6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.

7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...

8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

#Kredit to Tina & Kak Risa


Minyak bijan Mama tak letak, sebab tak kenal minyak bijan hehehe. Dan ................. Mama actually guna spagetti tu, bukan yee me, pasal apa?  Mama Likha memang nyanyuk ! Geram !



Walaupun tadi gi shopping barang - barang dapur dengan Malikha dah penuh troli macam ni.

*
*
*
*




Mama boleh lupa amek mee or yee mee oke !


Dah tengah siapkan bahan untuk buat sizzling ni, baru teringat yang mee Mama tak ambil kat Giant tadi !! Huwargghhh ! Menangis tak berlagu jap kat kicen. Godek - godek stok, nasib baik ada lebihan spagetti. So sizzling Mama diatas tu adalah spagetti lah bukan mee.... Huhuhu... Kalau kat kedai ada jugak sizzling nasi kan...? Best ker? Tak pernah try, kot tadi kalau takde spagetti tu, mau jadi sizzling nasi hehehe.Tapi takpe, tak jauh larinya pun hehehe. Sama jer rasa !


So nilah lunch untuk hari ni... Now, selamat dah dalam perut. Karang masak lagi panas - panas untuk Mr Papa ... ! Nanti Papa komen yer ! Berapa bintang agaknya beliau nak kasi ni ..................  :)


Ok, selamat mencuba. Bye !
:)

Imunisasi Yang Terakhir !


Ahernya last Sabtu, selesailah antara tugas wajib Mama - Papa untuk Malikha.
Nak tahu tak, injection terakhir untuk Likha terpostpone sampai sebulan.
Sebab sebulan yang lepas, Malikha kena selsema dan demam ringan pada masa tarikh appoinment sepatutnya dia dapat suntikan.
So, untuk tidak mengeruhkan keadaan flu nya, appoinment baru dibuat untuk selepas 2 minggu.
Tapi terlajak sampai dekat sebulan, pasal Papa sibuk sangat.
Mama nak pergi berdua dengan Likha tak dikasinya.


Refer pada table di bawah. Imunisasi wajib yang terakhir adalah masa 18 bulan, tapi Malikha dekat dengan nak masuk 20 bulan.
He he he.

Source : Google



Oleh kerana banyak appointment yang dicancel, Sabtu lepas weols pergi main terjah. Kira walk - in sajalah.
Bila dah berjalan masuk saja, paham - paham lah kan..?
DEMC pun punya ramailah manusia on weekend tu.
Paedictric Clinic kalau Sabtu sampai 1230 tengahari jer.




Malikha yang kebosanan menunggu turn.
Papa Mama as well.
Tapi ok jugaklah dia, sebab baby kiri kanan kat situ.
Sikit - sikit '' Biby......Bibyy.....''


Oh, pas timbang berat Malikha now 11.5 kg.






Alhamdulillah, baik - baik saja. Nangis pun tak. Sebab dia buat sombong dengan Dr sampai cekal tak nangis kena cocok ! Lagipun didukung Papa, tapi dah pandai buat muka ngan Dr. Roliza tau !! Bila Dr cakap, ni dah last dah sebab Mama lupa, Mama pun macam ''eh.... last dah ? Tak jumpa Dr dah ....??" Huhuhu.... Serius ! Tapi Dr cakap kalau ada sakit demam, datang lah hehehehe. Oohhhh ehhh kan ! Tah bila lagi lah jumpa Dr Roliza...... Tunggu ada adik Likha nanti lah kan kot ! :D


Anak - anak yuols macam mana pulak ?? Ada yang terlewat dari jadual imunisasi ? Apa yang kita tahu, jangan pandang remeh suntikan imunisasi berjadual yang wajib untuk anak - anak kita. Kan ? :)


Oklah, Bye !
:)

Monday, June 20, 2011

When Lil' Likha Met Sis Kyra


Tanpa dirancang, Mama - Malikha lepak rumah Mama Eja dan Kyra, Ahad lepas.
Macam tu lah biasa yang short plan lah yang berjaya.
Cer kalau plan panjang berjela - jela, tak menjadi pun.
Tapi tak semua lah macam tu kan...? 






tak strike, spare je kata Kyra 

Likha teach Kyra how to use Iphone

So shuweet, tengok PinPing sesama !


Jom Kyra, tengok Likha buat animal shape ni pulak.


Macam - macam ragam budak berdua ni.
So now baru tahu siapa yang berlemah lembut dan siapa yang ganas skit.
Hahaha. Cer teka cer teka !
Hih macam - macam ragam depa !
Tunggu Kyra datang rumah Likha pulak yer !



Tq to Mama Eja ! Bersusah payah kemas rumah, semata - mata weols nak datang. Siap Likha buat projek dan mandi kat sana lagi :D
Ni kes orang pasang ekon lama sangat lah ni kat rumah baru !
Seriously Mama ingat installation ekon sekejap jer.
Hehe. 
Spoil program hari Ahad tau dah lah father's day !


Bye ! 
:)

Selamat Hari Bapa


Selamat Hari Bapa, untuk Abah terkasih !
Wan Abd Aziz Wan Ahmad.
Semoga Abah, sentiasa sihat, dpanjangkan usia, diberi kesejahteraan dan sentiasa sporting macam selalu !
Sayanggg Abah, selamanya !
Sentiasa dihatiku...... selamanya !




Selamat Hari Papa, untuk Papa Syahmi.
Mama - Malikha always sayang Papa selamanya..
Semoga Papa sentiasa baik - baik dan sabar dalam menjadi seorang Papa.
Muahhh to Papa .....





Sayang dua - dua hero yang tetap melekat di hati ini.


Bye !
:D

Saturday, June 18, 2011

Masa Untuk Sorting Kasut


Antara kerja penting semasa dalam proses pindah rumah, adalah mensortingkan barang - barang yang PERLU atau TIDAK PERLU lagi.
Untuk memnudahkan lagi kerja - kerja dari mengemas, mengangkut dan menyusun atur kembali.


So, antara tugas awal Mama kat rumah ni adalah spring cleaning kasut - kasut yang ada.
Kasut - sandal - selipar Mama Likha bukanlah banyak mana pun, tapi ada lah.
Nak kata baru - baru pun, macam banyak dah yang buruk - buruk.
Yelah, orang tak kerja bukan macam korang kasut mesti sentiasa baru - cantik - mahal kan?
Mama Likha punya kasut biasa - biasa jer.




Ni antara koleksis kasut yang ada sebelum dispring cleaning.
Belum dicampur dengan selipar jamban dan kasut time pregnant dulu.
Rasanya kalau Mama Likha masih bekerja, banyak lagi kot.
Sebab beli kasut memang hobi Mama.
=)
*Pingsan kalau Papa tengok, beliau tak tahu ni.




Antara pump or flat shoes yang ada.
Since zaman single lagi, suka gila dengan flat shoes.
So far, Mama Likha in lurve dengan Crocs yang flat tu.
Comfortable tambah - tambah bila ada Malikha ni kan ?
:)




New wedges shoe yang Mama Likha dapat dari Papa last three weeks.
Tak pakai lagi pun.
Vincci jer :)
Kadang - kadang muak dengan Vincci, tapi kalau belek - belek memang akan adalah 2 - 3 pasang yang akan melekat dihati.


Memang selain dari flat shoes, Mama sooo in luv dengan wedges shoes !
Pilihan Mama no 1 after pump shoes !
Memang tak menahan kalau tengok wedges !




Bila bukak kotak - kotak, rupanya ada lagi dua wedges yang masih belum dipakai.
Bau kedai lagi. 
Lahhh ! Lupa, bila tahlah belinya !
Ni kalau Papa tengok ni, siap sedia tadah telinga.
:D




Ni Clark Shoes - kasut kasih sayang dari Papa untuk Mama.
Kenangan indah ni.
Masih elok sampai sekarang, pakai pun jarang - jarang sebab sayang.
Nasib baik kaki tak membesar macam kaki baby, he he he.




Ni pun antara kasut yang baru.
Papa belikan last minute untuk dinner last month.
Nak pakai nanti raya nanti.


 Ni antara wedges yang memang dah tersangatlah buruk dan expired dah pun.
Malu tempek gambar ni hehek.
Nampak sangat keburukan wedges - wedges ni kan..?



Tapi can you see how Im so luv dengan wedges !

Walaupun dah beranak satu, dan memiliki anak yang makin besar so far wedges tak menjadi masalah untuk Mama Likha.... 
Seriously, takde lagi adegan tergoleekk dok dengan wedges.
Jangan pasni buat kenangan dah lah !


Last but not least, Mama memang minat sangat dengan wedges & flat shoes.
Nak lagi cakap !
Ha ha ha !




Ok, lepas sort sikit adalah yang akan disedekahkan pada orang.
Yang mana masih elok lah, yang tak elok dipandang hajat di hati letak je kat rumah sampah tu kalau ada yang nak amik, amik jerlah kan...? 
Tugas Mama adalah untuk memudahkan kerja - kerja nanti.
Lagipun kasut  - kasut yang taknak tu memang dah tak dipakai.
Terperuk jer dalam cabinetnya.
**Ni bukan lah cerita nak riak, kang tak pasal - pasal lak datang mak anon dengan email tak bertuan ni.
Orang sekarang takleh kira.
Huh !


Pas setel hal kasut, hal segala mak nenek bag pulak !
Slowly lah, masa masih ada.



Ok, bye !
Shishun !
:)



Friday, June 17, 2011

Unplanned Lunch Date


Tadi berlunch date di Centro Klang dengan duta Centro Mama Eja, Kyra, Kak Eliya dan Aziatie tengahari tadi.
Semuanya short - planned.
Tq Aziatie yang sudi jemput MamaLikha di rumah, walaupun berpuluh minit beliau menunggu dibawah sebab tetiba handset beliau no network !
Hish spoilt betul D*** ni !



Lunch ni Ayam Penyet Api


Mem besar open table !
TQ daun keladi !
 :)



After all, anak - anak dua orang ni lah !
Sorang talkative sorang blurry tak habis-habis at the first...



 Yang tak tahan tu, siap ada adegan suap - menyuap lagi tu !
Ha ha ha !
Pastu abis nasi Kyra, dikautnya Likha masuk pinggan dia !
Kih kih kih !
Abis tunggang terbalik kedai tu !
:D


 Mama Eja yang so loving ~~!


Holding hands tak mau lepas - lepas. Kyra ajak Likha balik rumah dia, yang si Likha apa lah tahu.
Sian Kyra...
:(


 Insya Allah, ada masa bawak budak berdua ni playdate.
Baru puas sikit !
Apa - apa pun tetap enjoy hari ni, walaupun tak lama bersama..., sekejap pun dah jadi... !

Sayang yuols semua !
Muahss !!
Hope friendship last forever !
 <3




******************************




Tq to Papa jugak yang bagi green light !
Adoi... berbelit lidah Mama buat ayat nak mintak keluar.
Papa ni susah sikit kalau mintak keluar on the spot !
Beliau, kita kena buat prosposal, 3-4 hari sebelum, baru lulus !
Hehehe ! Tq - tq !


Bye  !
:)