SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Saturday, June 11, 2011

Alkisah Ke Zoo Negara


Dah sekian lama, Mama Likha beratib di telinga Papa nak gi Zoo. Yelah, since ada anak ni kan? Rasa nak jugak lah bawak dia kenal - kenal animals, tengok - tengok animals dari dekat, in real life eventho dah cukup kenal melalui buku - buku dia. Alhamdulillah part tu.


Ahernya, Ahad minggu lepas berjaya jugak jejakkan kaki ke Zoo Negara, for the very first time untuk Papa, Mama dan Likha. Kebetulan, ada geng sepupu sepapat Malikha yang datang bercuti di sini. Memang Zoo Negara dah masuk dalam list ''tempat yang wajar dilawati sempena cuti sekolah ni'' for them. So weols sefamily pun menyendeng sama lah. He he he. Kalau tak, rasanya tak sampai lagi ke Zoo Negara. Nak harapkan Papa Likha tu bawak weols ke Zoo Negara ke Zoo Negara? Rasanya tunggu beranak 4 dulu kot !


Ecececeh, terlebey sudey !



Walaupun dah berjanji, jumpa di Zoo kul 1030 pagi dekat jam 12 jugak baru boleh check in. Nak buat macam mana, Malikha yang drive keta weols dua family datang dari arah berlainan. Weols yang sampai dulu, terus beli tiket siap siap. Dan oleh kerana dah lambat, haruslah kena masuk Gate B, belakanggggg sana. So tiadalah gambar di Gate A yang selalu kita sinonim dengan gambaran di Zoo Negara kan ?


Keadaan di Gate B

Dah masuk kut Gate B, apa yang dijumpai dulu ialah zoo ikan. Huhuhu. Tengoklah ikan yang bermacam jenis, nama dan size tu. Lama jugak buang masa kat situ. Takyah pergi Aquaria dah. 

Antara yang join dalam xpdc ke Zoo Negara

PaMaLikha tumpang bergambar dalam akuarium




Lepas dari akuarium, jumpa Children's World... Macam - macam pets ada, termasuk lah porcuppine or landak. Erk, landak tu pets ker ! Yang Malikha excited sangat tengok Rabbit lah. One of her feveret pets yang dia panggil Bibbit - bibbit :D


Tengok monkey.. Alahai, kalau monkey, kat rumah ni boleh tengok. Takyah gi zoo pun. Hhihi... Tapi kat Zoo ni bermacam jenis baka dan keturunan monkeys lagi ada nya.....


Dengan sepupu dari KB, Ahmad Hakimi

Ni saja buahtangan dari Zoo Negara untuk Malikha.
Tak sempat nak beli yang lain sebab dah ada sejuta 6 kat rumah kata Papa hehehe.


Kenangan di Zoo Negara

Tengok muka Papa & Malikha pun dah tahu tahap penerikan matahari


Masa ni Likha dah macam - macam. Maw tidur, tapi tak boleh. Ramai sepupu sepapat duk menyakat, banyak animals yang nak dijenguk. Pastu kepanasan tak hengat !


Bila dah sampai tempat animals yang penting macam Lion, Tiger, Cipan, Bear, Kangaroo dan bermacam lagi.. Weols decided to get the tram and terus beransur pulang. Jam pun dah 3 petang. So, tak sempatlah nak tengok all animals tu termasuk lah persembahan Penguins yang start kul 3.... Dah rimas dan tensi sangat ! Huhu boleh tak ??! Baru tahu,betapa besar sangat Zoo Negara ni... !


Hemm. Conclusion. Tunggu lah 5,6 tahun lagi kot gi Zoo. Malikha pun macam tak impress sangat ke animals. Maybe kena tunggu dia dah masuk sekolah. Hari tu, nampak dia lebih suka ran here and there dengan cousins like no other business kat Zoo tu sampai kena petpetpet dengan tram yang lalu - lalang. Baik bawak gi theme park jer kan... ? Hehehe, theme park next entry.... Yelah, cuma kat Zoo tu memang tersangatlah berpanas rasa. Mama - Papa lak cepat rimas. Hu hu . Oh! Adakah Mama - Papa selfish ... ?




But, anyhow Zoo Negara adalah antara khazanah negara yang tak dilapuk dek zaman. Sentiasa menerima kunjungan dari sesiapa saja tak kira musim...... Semoga Zoo Negara tidak hilang dek arus pembangunan yang makin pesat di bandar KL..... Ceh.... ! Ni bajet nak gi lagi 5,6 tahun akan datang. He he !


Ok, bye !

1 comment:

Ibu Darwisy Comey-Lotey said...

hehehe..mmg panas yang oii..ai dah pegi sane bawak darwisy dah 3 kali, mase baby sekali, mase 1 1/2 sekali, mase 2 lebih sekali..darwisy mmg suke tgk animals ni..