SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, August 23, 2011

Resepi Biskut Rayaku

Oleh kerana ada jugak yang bertanya tentang resepi, jadi ingin ku kongsikan disini. Resepi all - time - feveret - childhood - biskut - raya ni, serius senang sangat ! Bahan tak banyak, part nak transfromkan dari adunan ke biskut pun tak payah.. Memang simple like a peanut. Budak - budak pun boleh buat. Hehehe.


Biskut Chocolate Chips


Bahan - Bahan :
250g Buttercup
160gm Brown Sugar
60g choco powder (Van Houten)
30gm tepung jagung
250g gandum
1 biji telur
Esen Vanilla (sepenutup botol esen)
Chocolate Chips


Cara - cara :
** Pukul buttercup dan brown sugar sampai kembang
** Masukkan telur dan esen vanilla, then pukul lagi
** Masukkan koko, gandum dan tepung jagung
** Gaul adunan sehingga sebati
** Taburkan chocolate chips (boleh juga guna chocolate rice)
** Terap dengan acuan - ikut suka 
** Bakar dengan suhu 180' selama 18 - 20minit


Biskut Cornflakes / Cornflakes Almond / Cornflakes Honey


Bahan - Bahan :
200gm Buttercup / mentega
300gm Tepung Gandum
160gm Gula Halus
2biji Telur
1 kotak Cornflakes (lagi banyak lagi sedap)
Honey / Almond Nut


Cara - Cara :
** Mentega dan gula dipukul sebati dengan mixer
** Masukkan telur, pukul lagi sehingga sebati
** Masukkan tepung gandum dan cornflakes
**Boleh masukkan sekali honey dan almond nut, jika mahu
** Bila dah ok, pindahkan adunan ke papercup
**Bakar dengan suhu 180' selama 18 - 20 minit.


Ok, selamat mencuba yer~~!


Bye!
 :))

Sunday, August 21, 2011

Happy Shopping di Mid & The Gardens


Finally, settle hal persiapan raya untuk hubby siang tadi di The Garden dan Midvalley.. Well, keadaan semua terkawal lah.. Tak yang macam ku fikirkan... Smooth jer..., Kul 1230 weols sampai sana. Agaknya orang tak ramai lagi kot ehh waktu tu...?


Weols memang tak buang masa. Terus - terus ke kedai , butik dan outlet yang mana weols betul - betul nak masuk. Masuk Isetan, Metrojaya, JJ, Robinson....., settled Papa menggrab berhelai - helai baju kemeja tee idaman dia. Puas hati ! Ku pun jumpa baju cantik di butik G.E.B.... Oh lawa - lawa baju kat situ rupanya, rambang mata sat. Puas hati !



Masa nak keluar dari The Gardens ke Midvalley, kecoh dan suspens sangat bila ada kejadian orang stucked kat eskalator. Weols pun tumpanglah kalut lah sekejap kat situ menengok, tapi tak clear macam mana orang tu tersangkut..... Orang ramai sangat duk berkerumun. Heee gerun rasa, dengan terjerit - jeritnya... Apalah jadi agaknye... Pastu bomba datang.



Ke  Midvalley jugak. Papa bercadang nak hadiahkan kasut raya Clarks dan Crocs untuk anak kesayangan dia tu..., Tapi tak sampai hajat, bila kat Clarks ada satu sandal yang berkenan - comel sangat - dahlah color merah - takde saiz..., memang sandal tu untuk budak umur 4 - 5 tahun.... Frust... ! Singgah pulak Crocs, sebab nak ganti Crocs Likha yang sedia ada ni - dah ketat dengan kaki dia..., pun takde design terbaru.... Design yang lama - dah lah tak menarik sangat. So, tak dapatlah Malikha bergaya dengan kasut tajaan Papa untuk raya ni... biar dah ada 3pasang pun sebenarnya... Conclusion; takde satu barang yang dibeli untuk Malikha today.... Kesian. Eh, awak punya dah penuh satu bag lah Likha ! &____*




Papa pun janji nak belikan purse raya - baru untuk Mama...., pun dah jenguk situ sini takde jugak yang berkenan.... Jadi, 3 perkara ni buat poket Papa save sikit tadi, tapi Mama akan redeem later yer.  Hiks ! Yang penting, ku sempat jugak shopping dan borong bedsheet  raya bersize king !



Happy Mama + Malikha
Opsss ! Budak tak pose !


Tq Papa, make me happy today.


Tapi hal tudung ku tak settle lagi ni. Adoyai..... Nampak gaya pakai tudung saji dipagi raya ni ! Tet tett ~~!! Hiihi... 


Oklah bye !
Nak zzZzzzZZzZzzzz dulu.
Good night ! Jangan lupa sahur yer !
Assalamualaikum :)


2nd Batch Home-made Biskut Raya !


Yahoo ! Happy sangat sebab dah siap Biskut Chocolate Chips. Kira ni yang second batch selepas semalam punya lah. Alhamdulillah... Berjaya jugak siap walaupun badan ni mintak rehat. Adui.. Dah last - last minit ni, no more rehat lebih - lebih. Semua kerja kena pantas dan tangkas. Masa tak boleh dibuang begitu saja.


Ok dah mukadimah yang tak masuk exam pun nak kena ingat.. Weeeee ;p



Bahan yang telah disukat


Bahan digaul laju oleh mixerku


Tara taaaaa taaaaaa
. Oleh kerana kat JJ malam tu, ku takde masa nak belek lama - lama untuk pilih acuan, ku takde acuan khas untuk choc chips ni.
So at first risau jugak, macam mana bentuklah ku nak bikin ni.
At last, ku penyek pakai garfu sajo.
Macam ni jugak biasa orang selalu buat choc chips kan ?



View from hot - oven



Siap !
Ready to serve !
:)


Dapat 2 balang saiz sedang. Esok - lusa kena cari lagi masa untuk tambahkan lagi biskut - biskut ni.... Setakat yang dah siap, tak cukup lagi... Hopefully sempatlah, Khamis dah bertolak balik KB.... Yahoo .... ~~!


Ok, bye jumpa lagi.
Assalamualaikum !
:)

Penatnya Bila Dah Dekat Nak Raya Ni

Ni hal nak merungut lagi lah ni.


Huuuu. Gila penat minggu ni. Ari - ari mengukur jalan, mengukur sopengmall...bertemankan bodigard Suky Tevez.. Takpe tak bayar gaji, upah belanja juadah berbuka dah cukup. Hihihi. Malam pulak macam - macam urusan dengan hubby. Rabu malam lepas, boleh ada urusan urgent ke Melaka. Sebelum Isya' gerak sana, kul 1pagi bertolak balik ke Shah Alam. Tak sempat singgah makan asam pedas. Huks.


Pastu ni wikend, ke hulu hilir lagi. Semalam dah setel bab dining set. Ahernya dining set baru dah selamat tiba dirumah. Abis cerita pasal dining set, tapi dah dapat dining set benda lain pulak dok berlegar dalam kepala hotak. Inilah dia manusia, nafsu macam - macam ! Welll .... :D


Pagi pas Subuh, acara gentel - menggentel biskut raya. Malam tadi, pas berbuka dan Maghrib sambil tengok - tengok Buletin Utama, boleh 3 beranak terbongkang tertidur depan TV.. Penat okeh ! Kul 10 bangun - bangun siap nak keluar ke Uptown Shah Alam, untuk lawat kedai dan ada hal penting jugak disana.. Jem tersumbat - sumbat dari roundbout Sec 18 lagi ! Imaginelah ! Nasib dapat parking. Lepak - lepak sana, meriah sangat! Kul 3 pagi baru sampai rumah. Pagi tadi ku gagahkan jugak bukak mata, untuk sambung lagi projek biskut. Adui...., berat sangat ! Tapi nak taknak... Kena ! Mata kalau dilayan, jawab dia semua kerja tak jalan...



Ni tengah blog ni, tinggal satu tray lagi dalam oven. Alhamdulillah... almost siap. Satu rumah bau coklat. Pasni boleh terus kejutkan hubby dan Malikha untuk sambung shopping raya part Papa - Mama pulak. Dari last week lagi, Papa dah mula  berzikir kat telinga aku,''bila nak shopping raya ni...,'' Oh..., nak jugak dia raya... Yelah, kita ajak dia shopping awal - awal lagi, tapi buat donno.. Lewat sangat, baru dengar ajakan dia untuk bershopping raya, bahagian dia. Malikha kira dah settle. Aku takda benda sangat nak beli, tapi kalau jumpa pape harus grab jugak ! Huuuhu... Agaknya beliau ni memang type suka last minute punya preparation kot.


Plan nak ke Midvalley - Garden. Nak ke OU cancelled coz JJ yang baru kat OU tu esok - 22/8 baru buka. So, ke Mid lah kot weols arini... Phewww...., Its must be so challenging nanti kat Mid, sure sangat .... Paham - pahamlah kan ! Dalam kepala ni dah keluar seolana, ada berani ke nak Mid today ? Tapi takpe.... Amekwaw ! Kita rasakan suasana raya tu !


Oklah, hope ku tak pingsan kat Mid nanti.... Kepala tingtong sangat rasa ! Kes tak cukup tido ! :)


Bye !



Saturday, August 20, 2011

1st Batch Home-made Biskut Raya !


Malam tadi, haaaaaaa semput...... In one hour and half, membeli dan borong segala jenis perkakas untuk buat biskut. Dari hal mixer, scale, papercup, dan turun lak ke bahagian market untk bahan- bahan untuk biskut.... Terkocoh - kocoh rasa, bila kena sopeng secara laju nun di JJ, sebab pastu kena terus shoot ke NZ Wangsa Maju.


Cerita pasal home-made biskut raya ni, hajat dihati nak buat dua jenis jer. Biskut Cornflakes dengan biskut Chocolate Chips. So pagi ni dah siap 1st round biskut Cornflakes. Ni adalah resepi turun temurun family dari dahulu lagi. Ku ingat lah zaman - zaman remaja dulu, selalulah weols adik beradik bersepakat buat kuih raya lepas waktu sahur. Kekadang bersambung malam pas teraweh. Setiap orang ada tugas memasing. Meriah sangat time tu.



Jadi, zaman sekarang ni orang cakap banyak beli kuih raya tunjuk jer. Tak tunjuk, tekan - tekan. Past zasttt bayar. Dah sekarang kut internet pun boleh order kan ?! Sedap tak sedap tu lain kira. Zaman sudah berubah. Tapi yang ku buat ni, sekadar untuk makan sendiri dan family terdekat bolehlah.... Ada jugak 3 - 4 jenis lagi yang dah ku order dengan member.... At least, boleh lah jugak mengimbau balik kenangan zaman budak - budak beraya dengan home-made biskut raya kan? Lagi satu feveret weols, Biskut Arab dan Samperit (Dahlia).. Tapi memandangkan lately ni banyak betul kes minyak sapi yang tidak halal, ku pun tak berani jamin nak buat.... Cukuplah 2 jenis saja. Sebagai permulaan untuk oven baru dan dengan tittle yang kusandang sekarang ni :)


Scale pun yang baru.


1st adunan - tak sememeh lagi.


1st round ku buat cornflakes saja.
Untuk yang second round, ku campurkan jugak dengan almond nut.
So jadilah Biskut Cornflakes Almond.
Kalau ada honey pun okey kan !



Sedia untuk dibakar.






Jeng jeng jeng ~~!






Siap.
Ready to eksport to Kota Bharu.
Ngehngehngeh ~~!
*Tiada dalam gambar, satu lagi balang kecil 



Lebih kurang 6 hari lagi nak lik KB.
Hopefully, sempatlah nak siapkan lagi biskut Cornflakes ni lagi satu round, then Choc Chips pulak !
Kalau tak, habeslah.... Punah impian beraya dengan all - time - feveret - childhood - biskut - raya ni !



Hihi... ~~!
So yuols macam mana ?
Ada yang merajinkan diri jugak untuk buat biskut raya sendiri ?
Cu citer, cu citer !



Ok, bye !
See you soon !
:)




Ku Kotakan Janji !


Assalamualaikum... Diam tak diam, kita dah hampir ke penghujung Ramadhan... 


Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan tahun lepas, tahun ni ku berjaya kotakan janjiku .... Untuk membuat biskut raya secara sendiri ! Yahooo ! Kata dah ada oven kan? Bila lagikan...? Besar harapan ku, untuk memfully-utilizedkan segala function oven tersebut.



First stand - mixer ku setelah bergelar isteri.
Ya Ampun....



Built in oven yang telah berjaya dirasmikan.


Terima kasih tak terhingga untuk hubby yang telah berjaya merealisasikan separuh angan - anganku.
:)


Bye !
Biskut Cornflakes in the making ~~!
Here we go !
:)



Thursday, August 18, 2011

TGV ~ Combo Pack

Ada pembetulan kat sini. Referring to previous entry....


Oleh kerana, banyak komen yang mengatakan tu bekas air Malikha....


Actly, tu bukan botol air minuman Likha... Tapi pada yang kaki wayang sure tahu... Tu adalah combo pack(tak sure nama sintifik dia yang betul) yakni Popcorn + Soft Drinks yang berharga RM16.90.... Kat belah atas popcorn dan kat bawah air.... Sebenarnya, air Coke tu dah kosong, Likha cuma tengah melayan popcorn...


Walaupun dah lama tak menonton muvee, Mama Likha buat koleksi combo pack tu sekarang.... Macam menarik. Hanya boleh didapati di TGV cinemas, kalau GSC rasanya takde ! Confirm ! Ikut season muvee lah..., macam  yang tu untuk cerita Transformer baru - baru. Tak silap, combo pack ni start dengan Kungfu Panda... :)


Peace yo !

Tuesday, August 16, 2011

Orang Lain Sibuk Shopping Raya

Alkisahnya...... last weekend Sabtu dan Ahad, weols terjah menerjah ke kedai perabot or plaza perabot disekitar Puchong dan Subang Bestari. 


Orang lain sibuk berlumba - lumba setelka hal persiapan raya.... kite sibuk shopping nak beli meja makan.... ! Letih wey, naik turun tangga kat plaza perabot tu... Tapi heran betul, dalam berbanyak style dan design, tak semua menepati citarasa.. Taktahulah kat mana silapnya... Dah berkenan mejanya, kerusinya lak tak berkenan. Dah kerusinya berkenan, dok tilikk - tilik meja sampai geleng kepala tak berkenan... Huuuuu. Sedey ! Sampai kakak - adik tanya, meja makan lagu mana lah yang nak dicari ! Beratus - ratus design kat kedai, takde satu yang melekat dihati..... !___!



Antara dining set yang dipilih. Pencarian dining set hampir selesai bila weols dah booking 1 set siap dengan bayaran deposit. Delivery will be within 1 week sebab konon - konon meja makan yang berkenan tadi kena order dulu dan order list pulak amatlah panjang, since dekat nak raya ni kan.. Semua orang nak rumah berwajah baru dengan perabot - perabot baru.


Tapi..... cerita tak habis lagi ni. Balik jer rumah. Bila Mama tengok balik dining hall kat rumah..., campur tambah tolak bahagi balik... Mama tak lena tidur malam.. Esoknya cepat - cepat Mama kejutkan Papa, slow talk dengan Papa... nak cancel balik dining set yang dah di order dan dibayar deposit 1k tu..... Hurmmm.. Lepas gitu gini...., ok... Papa serahkan kat Mama semuanya.... Pagi tu jgak Mama called balik kedai perabot tu dan buat cancel..... ! Deposit tak burn sebab weols ada order sekali dengan working table set.. So duit booking untuk meja tu boleh diganti untuk harga working table tu lah...


Well...., baik ke tak baik Mama buat macam tu ....? Tapi hati kata tak sedap ni..... Nak beli meja makan, yang harga pun bukan murah - murah, then nak pakai bukan sehari dua bukan boleh ditukar - tukar macam baju.... Haruslah buat keputusan paling bijak... ! Penat pun penat lah...


Esok, cuti Nuzul Quran sekali lagi nak ke Puchong..... Kalau setel awal, boleh sambung shopping raya sikit - sikit dulu. Last lah ni ! Kalau tak jugak jumpa yang berkenan, kena tempah khas KIV dulu.... Pas raya baru cari balik.... Persiapan raya untuk Mama - Papa tak complete lagi ni... Tudung tak cari lagi, baju - baju Papa tak beli lagi.. Mektok takpe, setel lama dah. Pastu shopping untuk Papa - Mama, bahagian mektok mesti ada pulak... ! Aduhai.... ! Raya pun dekat dah ! Pheww..... )*-*(




Actually, perangai Mama Likha dari kecil lagi.. Susah benauu kalau nak beli barang..... Tak caya tanya kakak sulung Mama Likha...... Pernah satu hari suntuk ronda bandar Kota Bharu sebab nak beli kasut raya, tapi semua kedai tak berkenan last - last geram sangat terbeli yang kasut macam cikgu besar sekolah rendah hahahaha ! Sampai ke sudah tak pakai kasut tu ! Kikikikih....


Tu yang Mama Likha risau ni.. Dalam berminggu - minggu masa yang diambil untuk beli meja makan, takut at last nanti tersalah beli yang paling tidak berkenan..... Macam kes terbeli kasut tadi lah ! Hahaha.... Muakkkkk okey tengok meja makan !!!


Bye !


Miss Giggle, Made In Malaysia


Mektok memang confirm Made in Malaysia.
Hihi.
Tapi tang baju long sleeve GAP dia ni.
Beriya - iya beli kat Heritage, Bandung baru - baru ni.
Tapi bila tengok balik kat tag, rupanya Made in Malaysia !



Oh, di import from Malaysia eh.
Bangga sat ~~!



Miss Giggle dok skodeng orang try nenen.
Sibuk dok 'nenen - nenen - nenen' kat situ.


Hihihi.. 


Jangan Takut Gelap



Hai kawan jangan takut, jangan resah
Bila lampu kamar mulai dipadamkan
Ku kan slalu menyanyikan lagu ini
Hingga nanti kau tidur berslimut mimpi

Jangan lupa esok kita punya janji
Smakin cepat kita tidur
Smakin cepat kita bertemu kembali

Berdoalah sebelum kita tidur
Jangan takut akan gelap
Karna gelap melindungi diri kita dari kelelahan


Jangan takut akan gelap
Karna gelap melindungi diri kita dari kelelahan


Monday, August 15, 2011

Alif Ba Ta Bersama Mektok


Likha dah boleh lah sikit - sikit baca Alif Ba Ta berkat duk tengok video Sofea & Rayyan kat Youtube tu.
Tapi kot bahasa Arab dia lah.
Hehehe




Ayat pertama dalam video Likha cakap ,''rambuttt ni ! '' haha tahu pun serabut dengan rambut sendiri !
Pastu tengah - tengah video minit ke 46,'' laptoppp Mama....''
Kalau part nak habis, hamzah Ya.... Laju jer !
:D


Setakat ni, percubaan untuk mengajar mengaji Likha tak berjaya lagi...
Dah kalau Mama - Papa sendiri nak mengaji pun, kemain lagi kena bersilat sebab nak protect Al - Quran.
Yelah, mula - mula belek secara halus, pastu makin lama makin tak halus.
Pastu nak mengaji pun tak tenang dan tak senang.
:)


Agak - agak..., anak ni umur berapa dah boleh mula ajar Iqra' yer ?


Ok !
Bye !
:)

Friday, August 12, 2011

Kemaruk Tuttti Fruitti Pulok !


Lepas dah abis zaman CoolBlog, Mama dan Likha kemaruk dengan Tutti Fruitti lak. Hehehe. Yang CoolBlog, Mama ngan Papa jer. Likha mana boley minum, nanti tercekik bubble susah.... Yang Tutti Fruitti, dah sah - sahlah Malikha join dua kaki kemaruk dah memang kesukaan dia kalau benda - benda macam ni. Cuma Papa yang tak suka yogurt.. eh, macam tersuka jugak. Hihihi... Yes !






Bestkan..? Siapa cakap TF outdated ? Belum lagi lah... TF tengah rancak sekarang ni... Mana - mana jer ada TF.... Mentang - mentang sekarang ni dah dekat dengan outlet TF, asyik nak singgah je manjang. Padahal dulu dekat jugak. Sunway Giza ada, The Curve ada tapi tak tersinggah. Huuuuu...



Untuk dia kena ada satu cup.
M&M's + Kiwi Fruit 
Satu cup RM10 untuk dia jadilah.


Jom singgah Tutti Fruitti !
:)

Ramadhan Tahun Ini

Assalamualaikum..


Rasanya sejak puasa 12 hari ni, takder lagi story mory pasal bulan puasa kan. Ntah lah, macam takde cerita sangat nak cerita pun, mood pun takde sangat. Bukanlah tak seronok, tapi ntahlah. Tengok orang lain... macam - macam story dan gelagat dibulan Ramadhan ni. Ada yang siap hari - hari lengkap dengan menu berbuka siap dengan bersahur sekali share dekat blog... Tapi Mama Likha rasa malas pulak nk share - share.. Huhuhu.. Lepas ni taktahu lah kan.


Hari - hari bukan tak masak... Masak untuk berbuka... Sampai dah mati kutu, nak masak apa lagi. Wah, macam lah hari - hari masak grand padahal biasa - biasa jer pun. Tapi keinginan nak memasak sendiri tu wajid ada. Tambah - tambah dah jadi housewife ni, guna jerlah sebaik mungkin peluang yang ada dan fullfill requirements jawatan yang disandang ni. Ye dok...? Selain daripada memasak sendiri, adalah jugak membeli juadah di Param (pasar ramadhan). Kalau weekend memang beli jer, main tunjuk je kat Param. Hehehe.


Setakat ni yang dah menjadi menu sejak awal puasa Sup Ayam, Daging Masak Kicap, Ayam Goreng Berempah, Kari Daging, Sup Sayur, Sayur Goreng Campur, Acar Daging, Telur Mata Sweetsour, Telur Dadar, Sambal Belacan....., tengokkan semua simple - simple.... Apa pun yang simple tu lah tetap melicinkan pinggan dan lebih puas rasanya... Menu semalam pula..., cewahhh taknak kalah nak jugak tayang kihkihkih... Memang ringkasss habesss ~~!

Sup sayur pakchoy + carrot + brocoli + cauliflower ( sudah semestinye febret mektok)
Ayam goreng kunyit
Udang goreng bercili ( tengok Ketuk-Ketuk Ramadhan, Fauzi Nawawi masak Ketam Goreng Bercili)
Ayam Percik dari Param

Zoom Ayam Goreng :)

P/S : Tak reti ambil gambar makanan buat sampai meleleh orang tengok hihi.


Kuih untuk berbuka satu apa tak pernah buat, nak buat macam mana dah tak reti ! Nasiblah ! Air pulak tak tentu, dah bermacam jenis air yang masuk... Tapi yang febret sirap tambah - tambah kalau ada cincau or cendol, soya, air kelapa dan air tebu... :)




Malikha pulak.... aduyai... Time berbuka, sibuk mengalahkan orang puasa... Tu confirm ! Kadang - kadang panjat meja, main bawah meja, hantuk pale ke meja...., ni sekarang kalau Papa - Mama kat meja.., dia duk makan kat bawah beralaskan seproh ngan pinggan dia. Adui, kesian mak tengok ! Kejamkah?! Terpaksa.. Hihihi... Tu Papa dah tanya, tahun ni agak - agak nak berbuka buffet ramadhan kat mana ? Tapi bila memikirkan Malikha, migrain jap ! Huhuhu... Taktahu lah.... Ikutkan hati, nak jugak... Nak berbuka kat hotelll........ Nak makan aiskrim banyak - banyak ! Hehehe. Tengoklah, ada rezeki..ada lah nanti... Kalau jadi, hope Likha well - behave yer !


Bab bersahur pulak, weols selalu bangun sahur. Kalau tidur lambat, makan siap - siap sebelum tidur. Pastu tidur ! Wah molek sangat ! Hihihi. Dah 12 hari berpuasa ni, tak pernah sekali pun Malikha terjaga dan mengacau waktu bersahur dinihari...


Apa- apapun, berbuka dirumah dengan memasak sendiri lebih menguntungkan daripada diluar. Ye kot ?!


Ok, bye !
Selamat berbuka, hari ni simpan periuk belanga, membeli di Param pulak. :)


Thursday, August 11, 2011

Wednesday, August 10, 2011

Sumpah Jangan Dibuat Main

Di akhir2 zaman nie semakin ramai yang lalai... Ikuti amalan-amalan dibawah yang dilakukan dibulan baik ini. Ingatlah akan balasan terhadap orang-orang lalai ini - KISAH BENAR

Sumpah Laknat / @ junjung Al-Quran atas Fitnah yang Direka2 Sendiri - Hukum sila baca dibawah :

Mengikut sejarah Islam, sumpah secara umumnya adalah perkara biasa. Sumpah dibuat bertujuan mendapat kepastian yang lebih tinggi tentang kebenaran sesuatu dakwaan. jika seseorang itu mendakwa sesuatu yang kita tidak pasti, kita boleh memintanya bersumpah. Jika orang tidak meminta kita bersumpah sekalipun, jika kita rasa maklumat yang kita beri tidak dapat diterima dengan baik, kita boleh bersumpah. Ini sumpahan biasa.


Manakala bersumpah dengan menyebut nama Allah. Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi. Ini lafaz-lafaz sumpah. Lafaz ini hanya digunakan pada perkara-perkara untuk mengukuhkan kebenaran dan dakwaan supaya pihak kedua boleh menerimanya.


Apakah balasan-balasan yang boleh berlaku bila Sumpah Laknat dilakukan?


Hanya Allah yang tahu. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar ia merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Allah iaitu dijauhkan daripada rahmat Allah. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan?


Dan ingatlah apabila kita bersumpah bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang-orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan. Takutkan.. tp perkara sebegini ada orang sanggup main2 tambah2 dalam bulan Ramadhan..



Renung - renungkan dan selamat beramal. 





Credit : Cik Wawa Ezril 

Zteesoppaholik Here

Feel free to visit :




 Authentic Victoria's Secret product from US


*
*
*
*
*

Gadis VS ;)


Special promotion untuk member terdekat.
Singah - singgah yer !
Thank Q !


Likha Meminati Shasha !


One of feberet show Likha kat Astro Ceria, Zoo Series.
Yang kisah kat zoo, yang Lisa Surihani, Cat, jadi zoo - keeper then ada Mia Sara dan budak - budak lain tu.


Google

Oh... Mia Sara yang comel - cute tu sebagai Shasha dalam Zoo ni.
Dan Likha sangat kenal dan mengingati Shasha.
Pantang nampak Shasha kat mana - mana.
+________+


FB Fanpage Mia Sara


Ada satu malam ke Uptown, selisih ngan one girl sebaya Shasha kot pakai pulak baju kurung... Kan kat dalam Zoo, Shasha pakai baju kurung jer. Likha ralit tengok budak tu,...''haaa Shasha - Shasha...'' sambil tunjuk - tunjuk, that girl pun macam konfius je eh bila nama aku Shasha, sampailah budak itu hilang dari pandangan.. Hihihi... Likha - Likha..


Nanti Likha jadi secomel dan sepetah Shasha yer ~~!
Tapi taknak lah jadi celebriti. 
Hiks.



Bye ~~!
:)

Tuesday, August 9, 2011

Masih Menyesuaikan Diri Di Tempat Baru


Diam tak diam, dah sebulan pun weols di rumah baru. Memang masa tak payah cakap lah sekarang, pantas berlalu macam tu saja. Kan ? Apa - apa pun, weols masih cuba menyesuaikan diri menjadi orang Shah Alam balik. Yelah dulu masa bujang, Mama Likha dah stay Shah Alam lebih kurang 2 - 3 tahun macam tu jugak dengan Papa then moved to Kota Damansara, then now went back as a Shah Alam'ian.. Hehe Boleh gitu ?


Well, Shah Alam...... Tak susah nk hidup di sini. Shah Alam pun serba serbi ada. Vangga jadi sebahagian warga Shah Alam. Hahaha. Actly, mana - mana pun kita boleh hidup selagi di izinkan olehNya.... Just for Mama, seronok duduk sini sebab kat sini pun macam  - macam facilities yang ada walaupun dah tinggalkan The Curve, Ikea dan OU.... Paling best, nak ke Jusco Bukit Raja tu tak sampai 10 minit pun ! Mama Likha memang kaki JJ, memang sangat sukakan Jusco ! :) Ni Jusco card dah expired 2 minggu, dah lama ajak Papa gi renew sebab nama beliau, tapi tak sempat lagi, bulan - bulan puasa ni masa agak kurang...., Nak tunggu kad renew, Mama Likha dok senyap - senyap takleh gi sopeng hehe. Papa sengaja lambat - lambatkan eh ? T___T


Cuma sekarang masih menyesuaikan keadaan di rumah ini sendiri. Bila kita buat keputusan untuk berpindah dari rumah tinggi like apartment to landed house which is terrace double storey - keadaan pasti berubah ok ! Take time untuk membiasakan diri. Pintu pun bukan saja satu, tapi dari pintu gate, ke grill ke main entrance ke sliding ke pintu dapur pulak... Dah kat belakang rumah ada lagi satu gate. Semua nak kena kontrol, kena setkan mind betul - betul.. Padahlah kalau lupa. Bahagian bawah bahagian atas. Ni pun kena pandai manage. Kalau tak pandai manage, memang kerja turun panjat tangga lah nak ambil apa barang yang tertinggal... Kan dah lelah tu. So dalam sebulan ni..., ada masa masih failed in some perkara... tu normal lah kan ;( ... Tpi mujur jugaklah, Malikha tak excited sangat dengan anak tangga hehe.


Merahnya makngah !


Disadvantage yang paling Mama tak suka bila landed house ni.........adalah banyakkk nyamuk ! Kalau rumah tinggi mana ada nyamuk kan? Paling tidak pun, mungkin ada lah yang terlepas sekor dua... Tapi ni aduhai..., asal petang sebelum maghrib jer kalau ingat spray semua bilik.. Now kalau shopping groceries, perkara paling wajib dalam list, stok Bygon ! Geram wei duk melintas kut depan muka kepala kita., sampai Malikha pun dah pandai tepuk mosquitos.... Tambah -  tambah sini kan tempat baru... Tu yang nyamuk banyak tu... Mintak dijaukan daripada nyamuk yang berpenyakit sudahhh lah ;((


Kawasan rumah pula, depan belakang, orang masih rancak buat renovation.. Pung pang sana sini.... Kat belah sana, banyak lagi projek - projek perumahan yang akan naik... Boleh dikatakan weols macam pioneer kat sini. Jiran sebelah rumah belah kiri dah berkenalan dah hehe, deme buat housewarming sebelum puasa baru - baru.. One family yang berpangkat abang - kakak pada weols...


Yang selebihnya, antara kami lah... Macam Mama masih menyesuaikan keadaan dalam rumah, bila ditinggalkan Papa pergi kerja. Berdua dengan mektok, so far alhamdulillah... ok - ok saja. Setakat sampai kul 8 -  9 malam boleh lagilah, lebih dari time tu Mama tak berani dah. Kalau terpaksa ke mana - mana, berangkutlah sekali Mama dengan Likha hehe. Rumah depan masih buat renovation, ada lah pekerja - pekerja Indon tu duk buat kerja, time Mama dan Likha nak keluar selalulah duk usha - usha tengok.. Kite tak kacau depa, hope depa pun tak kacau kita lah... kan ... ?


Perihal dalam rumah, alhamdulillah semua dah setel kemas walaupun ada lebih kurang 10 % lagi tak siap. Yang 10 % tu, adalah bahagian family area ditingkat atas dan sikit sebanyak hal nak memenuhkan barang dalam rumah.. At first weols ingt nak buat tempat tengok tv, tapi tak jadi, tengok tv kat bawah dan kat atas ni nak dijadikan working area. Mama Likha masih siapkan proposal untuk Papa Likha untuk dapatkan satu working table yang Mama dah berkenan kat kedai perabot baru - baru ni. Hehehe. Tapi tak lulus lagi, sebab Papa punya priority sekarang nak dapatkan meja makan berkerusi 6 atau 8 terlebih dahulu... Nak tukar meja makan yang berkerusi 4 ni, mana cukup dah memandangkan dah pindah rumah besar sikit - alhamdulillah - nak lah cari yang besar sikit. Sesuai untuk tetamu ramai tambah - tambah weols ni adik beradik ramai ;). Dah berapa buah pusat perabot diterjah, tapi takde lagi yang melekat dihati.... Mama nak beli, yang first look tu Mama dah jatuh hati... Haaaaa tu baru niat yang betul hehehe.. Pastu nak beli bookshelves lagi semualah. *Pengsan !!!




Baru berpindah sebulan, rumah banyak lagi bahagian yang kosong sana sini. Ni pun Mama dah beli sikit - sikit benda itu ini... Nak beli karpet lagi 2 - 3 bidang..., adoiii kenapalah karpet mahal sangat eh ??? Sampai beriban - riban harganya ! Beli satu pun boleh jadi kiook... Hmmm slowly - slowly....  Tarik napas !


Oklah itu saja, update anniversary sebulan rumah baru. Kahkakhakah.... Gigih erkkk !


Bye !
:)

Cicawu .... ???


Ok, lagu Satu Malaysia yang budak - budak Limkokwing nyanyi ramai - ramai tu memang lah feveret Malikha since 5 - 6 bulan lepas..
Tapi seminggu dua ni, Malikha ajar Mama satu perkataan baru.
Hahaha.


Nampak jer Jalur Gemilang or logo satu Malaysia, Likha cakap Cicawu....
Cicawu .... ??
Erk, apakah ??
Kadang - kadang Mama salah sebut, Caciwu, tapi Likha betulkan balik, 'Ma, Cicawuuu......, ''
Pastu die gelak.. 
Kihkih...


 Cicawu mektok.... 

Google


Mama tak paham, apatah lagi Papa.
Mama - Papa masih lagi cuba memahami apa relatednya Cicawu dengan Satu Malaysia.
Tak dapat catch - up lagi...
Kan sekarang ni tepi - tepi highway or toll booth or memana banyak jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan ni, haaah penatlah mulut dia.



 Kita satu bangsa kita satu negara kita satu matlamat 


: Kenangan dirumah lama :
Time ni tak kenal lagi Cicawu... 


P/S : erkkk, kenapa youtube ni UP NEXT video tah pape.. sorry, taktahuuu ~~!!!



Bye cicawu~~!
 :)

Monday, August 8, 2011

Petua Wardina Mendidik Anak Solat 5 Waktu

SEKADAR BERKONGSI 


Note yang ditulis oleh Wardina :

BERBALOI PENAT LELAH KU…

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda…

I have to share this with you… because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off…I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday…we had a talk…(check note lama) tapi preparation since 6 la…

tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat….she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that – because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti….But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal – kena make sure – every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together….kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) -lepas solat time tu lah peluk cium, senyum – i always kiss her at the head and say “Barakallahufiha” Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah….make her never miss her solat Ya Allah…..kuat2 bagi dia dengar….

ps:- kalau kena amik cuti ambillah – bukan waktu exam je amik cuti – buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! “mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!”

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us… how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah…..TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat…acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat….itu semua kerja SETAN! Fight them off….! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that….we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat…..

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal – DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember – and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok…but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah….tadi memang datang lambat…i was loking for her..and guess what????
She was actually praying her Asar prayers…sorang je kat dalam surau tu….i wanted to pengsan and cry…she did all by herself…. i pun told her how happy and how proud i was of her…i tanya dia kenapa? dia kata “Amna ingat apa Ummi cakap”…..cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia….and called nenek at Australia…now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is – to start them off right – solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!I love you all!!! Good night….. But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu…anak ketam tak boleh diajar berjalan terus…fahamkan?

P/S : Insya - Allah...., Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Saturday, August 6, 2011

Menyambut Awal Ramadhan di Kampung Halaman


Alhamdulillah.. Ramadhan pertama di rumah MIL... Bersahur dan berbuka di sana. Mama pulak seronok, puas makan rambutan fresh dari ladang mak mertua.. Tapi jangan suruh Papa dan Likha, dua beranak yang memang tak suka makan buah.. Haishh ! Molek sangat lah tu ! Yang tua memang tak reti makan siap kena paksa, yang kecil pulak kegelian dengan bulu rambutan... Sudahnyaaaa dokkk heeeeeee heeeeeeee... Haih ! Apalah..... ~~!


Jom tengok keletah Likha dengan sepupu - sepapat... Sekarang Likha dah boleh kamceng dengan semua orang dah... Mama tak sakit kepala macam dulu - dulu dah... Yelah... dan besar dah kan.... Yang paling die kenal Amad..., Kak Emy.... dan kamceng dia Tok Bah... Hihihi....


Hari pertama di Kota Bharu




Tukang blew the bubbles


Terus ke Pasar Siti Khadijah untuk shopping barang kiriman kawan - kawan dari KL.....


Then, must have singgah every time balik kampung. Warung mee celup terbaik... Yang seronok, Likha tidur sepanjang di sana, tak dapatlah dia merasa mee celup kali ni.. Padahal sekeliling tu bising, dahlah panas tapi boleh dia tidur tak sedar - sedar... Nak buat macam mana, empuk sangat tilam cap Mama hehe. Dah pass ke Papa untuk turn Mama makan, pun tak sedar - sedar.... Haish ! Memang penat tol tu..... :p




Hari kedua di Kota Bharu.... Belah petang, Ciklom buat rumah terbuka makan - makan, so ke sana lah kami smabil tengok rumah ciklong yang dah berwajah baru....








Malikha dok kilik cawan ais kulu kilir...





Last but not least, di airport Kota Bharu. With Ain Nabila dan Ciklong Likha, satu - satunya kakak Mama dalam dunia ini...... Tq sudi hantar weols ke epot, mereka selalu macam tu.




Ok, bye.
Tak sabar nak balik dekat raya nanti pulak.
Sure suasana lagi meriah, dengan Malikha pun dah pandai bawak diri dah.


Selamat berpuasa semua ~~!