SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, September 7, 2011

Persiapan - Kisah Sebelum Raya


Hari ni dah Syawal 9 kan. Betapa laju dan pantasnya.. Kalau boleh, diundur masa mau pusing balik ke munggu lepas. Mau raya lagi, lagi dan lagi... ! Hamboii, kalah anak ! Kihkikihkih ! Dah lah raya tahun ni rasa meriah giler ! Ni nak undur balik masa lah ni.. Nak cerita balik kisah 2 minggu lepas... Wakkkaakak, sabar yer ! Huuuu....  Sehari - dua sebelum balik memang sibuk yang amat - tak habis - habis meronda bersama 'pemandu peribadi' ke situ ke sini buat tu buat ni. Last day sebelum balik, baru ada masa untuk celarkan rumah, frigde, mendobi, packing bag - bag dan segala macam lagi kerja.


Baju - baju casual Likha

Dress Likha yang belum dihabis pakai. Eh raya belum habis kan hehe

Dua jenis biskut raya - homemade ku yang telah berjaya disiapkan ;)
Bawak balik Kelate.



*****************************

Weols bertolak balik Kelantan hari Khamis awal sangat, kali ni dengan kereta. Taknak stucked dalam jem. Memang kalau balik Raya terutamanya Raya Puasa memang no other choices. Mesti balik dengan kereta sebab nanti senang kat sana tak susah - susah nak sewa kereta orang.. Dah balik Raya tentu - tentu lama kan...? Bukan sehari dua macam balik weekend.... Dan seperti biasa, pasal balik kampung dan beraya di mana tidak menjadi masalah kami laki - bini, pasal kami datang dari tempat yang sama yakni di Kota Bharu, kampung jer lain - lain..... Pada yang sedia maklum, dah tahu sangat..., dari rumah parents ku nak ke rumah MIL hanya ambil masa 10 - 15 minit jerr.... Hehehe. Tu memang kelebihan padaku, sebab tak perlu nak beraya tengah jalan ke negeri mana - mana. Yey ! Rasa macam bertuah disitu ;)


Cuma tahun ni, Raya di giliran rumah MIL, sebab tahun lepas dah dirumah parents ku kan...... Oleh kerana raya dirumah MIL, sampai - sampai je Kota Bharu terus ke rumah parents ku, bermalam dulu dua hari di situ, sebelum berangkat ke rumah MIL....


Dah sampai KB, sempat lagi sambung shopping di Parkson. Mama tak lain tak bukan, nak jugak cari purse baru. Bukan apa, yang lama dahlah lama hayatnya, tambah dah koyak dah pun.... Memula tengok yang Carlo Rino dengan Sembonia, pusing - pusing kat Guess.... berkenan yang Guess.. Oh, Guess lagi murah daripada CR dan Sembonia rupanya.. Huuuuu..


Mama punya. Suka sangat ! Banyk compartment. Mesti bertahun lak pakai yang ni ! 

Dah lah banyak betul handbag- handbag Guess yang less 40 %.. Geram tengok !  Dah lah lawa - lawa. Sib baik puasa, boleh tahan nafsu hehehe. Tapi sempat jugak grab satu yang cinonet ni, untuk Malikha ! Buat kutip duit raya ! Hahaha. Cute kan.... Murah jer RM60...... Boleh pakai sampai dah masuk sekolah rendah ! Taktahu lah kenapa dnegan Parkson tu, dengar cerita nak tutup, semua barang diskaun giler - giler.... Ke sale sebab raya kot eh !

Malikha punya

Kekwat tul ok!

Sempat juga ke Pasar Siti Khadijah. Beli kain pelikat dan sarung untuk ipar duai terdekat. Bandar Kota Bharu tak jem sangat macam raya tahun -tahun lepaslah ! Jalan pun smooth jerr.. Orang semua tkaut nak keluar bandar kot !




Masa kat sana, baru sempat Mama luangkan masa isi duit raya dalam sampul..... Alhamdulillah, rezeki masih ada tahun ni. Papa macam biasalah bajet die untuk anak - anak saudara sama dengan tahun lepas. Mama pun tak banyak tapi ada lah sikit.. Yang color hijau tu hehehe.

Mestilah ada tukang sibok kan?

View from inside the bag. Before isi duit raya heeehehe :)

Puasa baru ni jugak, kami sempat berbuka puasa secara ramai dengan adik beradikku....dirumah kakak sulung ku a.k.a Ciklong Likha atas jemputan beliau untuk berkumpul secara berjemaah :)...  Gila havoc dan happening ! Next entry okeh :)


Bye !
See you soon !
 :)



4 comments:

alyyani said...

aww, malikha pakai guess handbag u! aunty yg jeles ni. zte, scroll down nak tgk guess wallet tu suspen gak. ko sama design. nasib tak. :D amboi malikha, jam hello kitty tuh. 1 malaysia, 1 lg negara mana tuh? :D

LydSunshine said...

Amboihhh.. Malikha punya pun ada,,,

Natasha Farina Arifin said...

likha..untie cha nak pinjam henbeg leh?hehehehehehe...

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

jam likha dua2 tu sama ngan jam kak tihah..:)..tp bag likha lg vazzz dr bag kak tihah..