SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, October 18, 2011

Wikend Lepak Di Melaka


Assalamualaikum...


Weekend lepas, sangatlah relax. Pagi setelkan dulu bab deco - deco rumah. Ravi, drillman datang untuk drillkan cermin yang besar berat dan gedabak kat living hall. Even Papa dah makin expert bab kerja - kerja mendrill, Papa  susah kalau nak buat seorang, benda tu sangat berat dan besar. Dah alang - alang si Ravi datang, dia jugak yang tolong drillkan bracket tv. At now, tv dah selamat tergantung di dinding. 


Malam, lepas maghrib bertolak ke Melaka. Sepanjang 1 1/2 hour tu, Malikha baik - baik saja layan DVD Upin Ipin sambil jadi co - pilot Papa, Mama memang kena dok belakang dah. Ada masa die membuas gaklah, dah bosan kan tapi masih under control.


Hang Tuah Walk di malam hari

Sampai je Melaka, dalam kul 930malam macamtu, terus zasssss ke Hjh Mona Asam Pedas kat Kota Laksamana... Tempat feveret Asam Pedas.... Mana lagi..... Kat Kota Laksamana dekat dengan Jonker Walk, macam macam dah ada... Ada satu hotel besar, Papa cakap len kali kita check in situ jer, senang nak makan asam pedas. Kahkah.


Lapar nak makan asam pedas. Hhiihihi

Asam pedas ikan pari. Kuah dia harus hirup sampai licing...

Asam pedas tenggiri dan tetel ( daging )

Si kanda yang punya. Muka tak nampak, sebab muka tak sabar nak ngaappp asam pedas. Hiks.


Alhamdulillah, kenyang perut suka hati. Rasa tetap sama. Tak ingat dah last time makan kat situ... Rasanya lama dah kot tak.... Total makan malam tu RM19....sekali dengan teh o ais limau, sirap bandung dan ais kosong. Giler murah kan ! Mana nak jumpa kalau kat KL ?


Terus balik ke Bukit Katil..., Kalau gi Melaka, mana lagi tempat bermalam kan kalau tak di Ozana Villas... Masa datang Melaka sehelai sepinggan bulan puasa baru - baru ni pun, abg ipar dah macam merajuk. Datang Melaka, tak bawak baju bajan dan kelengkapan lain.. Hukkss... Lagipun, kedatangan ke Melaka kali ni...., Papa ada urusan sikit dengan big brother nya ituu..., untuk satu dokumen yang penting.


Mektok terus suka bila bilik yang di check - in banyak bears.

Ahadnya....., cuma lepak saja dirumah... Dengan aktiviti makan - makan dari breakfast sampailah ke lunch time. Tengahari Papa keluar pulak dengan abangnya, ada hal..... Kebetulan, sepupu sepapat Malikha dari Shah Alam sefamily pun ada datang, bermalam jugak di situ.. So ada jugaklah geng Malikha ;)







Budak mektok ni..., asal ada swing jer... Mula lah menyanyi - nyanyi lagu Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku... Tu yang boleh record tu..... ;p


Petang, Mama keluar gi KK Home Deco kat MITC tu... Hah... Sempat lagi tauuu larik kejap.... Ahernya, soping sikit - sikit dapat jugak jadi member's kat KK... Dulu pernah jadi dah sekali member's masa beli barang - barang kahwin, tapi oleh kerana tak renew membership, at last expired macam tu jer. So ni dah ada member's card ni, pasni boleh lah membeli belah suka hati sebab boleh dapat 20 % tu..... Weeeeewit !


Malam pas, maghrib terus bertolak balik Shah Alam.... Pastu singgah lagi Giant Shah Alam, beli pampers lah apa lah pulak....



Ok bye !
:)

7 comments:

PinKy MoMMa said...

wahh balik kg ai..rindu pulak kat melaka..mek tok comellar skirt kamu hehehe..

eliyaezlinalias said...

hoh! soping di mana2 eh! hehehehe asal sempat aje kannnnn...

Ibu Darwisy said...

mak aih..sodapnyer asampedas tu..kuahnyer pekat melekat..hihihi

Puan Kutu said...

mak oii asam pedas..tp asam pedas johor jugak terbaik..hehe..

gee ryder said...

macam sedap jer asam pedas...lama dah tak gi melaka ni...

mane tv yg tergantung? show off la nak tengok haha

munna said...

murahnya makan kat situ..... ingat nak ke melaka juga cuti weekend ni sebab lama sampai isnin semperna birthday sultan phg

Papa-NtiQ said...

cakap pasal melaka nih...saya baru je pegi kat asam pedas hjh mona 2/3 minggu lepas. OK rasa dan ramai sesak orang. Susah cari parking. First time pegi sana sebab biase nye makan kat asam pedas malinja atau pun asam pedas selera kampung.
Pics dah upload so senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal makan, makan dan makan hehe..takde topik lain.
Kalu sudi follow la yer blog saya TQ