SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, November 22, 2011

Ubi Kayu - Makanan Darurat


Assalamualaikum..


Siapa readers kat sini pernah hidup zaman darurat dolu - dolu. Mesti ramai yang tak kan? Kot takde langsung... Kita ni syukur sangat hidup dizaman moden, tak sempat merasa macam mana susahnya - perit jerih - ketakutan mak - pak - tok - nenek kita dulu masa hidup zaman kena jajah, zaman darurat.


Ni haaa, nak cerita pasal Ubi kayu... Hhihi. Walaupun tak pernah hidup dizaman moden, tak merasa hidup zaman darurat kena jajah dengan Jepun ke Portugis ke..., ku yang masih mempunyai tok - nenek yang pernah merasai zaman penjajah tu...., gemar dengan Ubi Kayu.... Hehehe...


Kan mil ada datang bercuti kat sini kan... Jangan tak tahu, mil bawakkan Ubi Kayu untuk menantu dia ni.. Ubi kayu yang memang ditanam betul - betul belakang rumah. Ingat jugak mil kat I kan... ;)


Memula mil sampai, beliau bukak kotak terkejut jugak bila beliau hulurkan ku bungkusan ubi ! Speechless...! Dan nak tergelak pun ada. Rasanya hubby pun sempat gelakkan aku kot. Hihihi... Sebab tak tahu nak buat apa dengan Ubi tu.... Kalau kat sana, tahu makan jer. Semua dah siap sedia atas meja.... Haaa tulah, bila taknak belajar kan... Tapi mil cepat - cepat cakap, '' takpe..., nak buat apa dari Ubi tu takpe, nanti kita buat sama - sama...'' Terus lega kejap.. Nilah dia menantu yang pandai makan saja..... ;p


Tak tunggu mil buat, petang tu sambil ku layan mektok nak tido... ku duk terbayang - bayangkan ubi kayu yang dah disimpan dalam peti sejuk tu. Oh, ubi kayu kena simpan dalam peti sejuk, kalau letak luar takut rosak sebab masuk angin.. Kalau tknak letak dalam peti sejuk, boleh kupas siap dan rendam dalam air....


Tambah - tambah, hari hujan pulak.... Macam ubi kayu tu memanggil - manggilku untuk lakukan sesuatu.. Hihi... Kalau kat Kelate, musim hujan - hujan macam ni biasa orang layan putu halba yang diperbuat dari ubi kayu ni... Memang berderet lah gerai menjual putu halba di mana - mana... Memang layanlah..., makan panas - panas dalam musim hujan.... 





Hari pertama, ku buat Ubi Kayu rebus tawar jer..... Makan cicah dengan gula... Kata darurat.. Macam ni jerlah.. Kalau ada nyor ( kelapa parut ) pun sedap.. Gaul dengan gula, cicah cam tu saja.. Tapi oleh sebab takde kelapa parut...., ngan gula jer lah. Darurat habesss ~~!





Hari kedua, ku buat ubi kayu Sira.... Pun senang jer.. Kupas kulit, cuci bersih dan rebus sekejap dengan api kecil... Bila dah empuk dalam 10 minit gitu, masukkan gula anggaran dalam 4 - 5 sudu, dan garam sikit.... Pastu angkat, siap untuk dimakan panas - panas. Nak makan sejuk - sejuk pun boleh, simpan dalam frezeer boleh sejam dua.... ;)


Yedda !! Berjaya memproses ubi kayu buat pertama kalinya dalam hidup.... Macamni lah dia..... Kat kampung tak ambil pot pun..., tahu makan jerk. Bila time emergency macamni mulalah kalut.. Sib baik mil memahami hihihi... Yang penting kena bertanya..., jangan malu untuk bertanya... Kena malu kalau tak pandai selama - lamanya sebab malu bertanya.. Okeh :)


*
*
*
*
*
*
*
*


Seronoklanh mektok, ada saja tetamu sepupu - sepapat - makcik - pakcik datang rumah time Tokchek ada ni.. Ada kawan - ada geng melayan dia..... Bila dorang nak balik pun, ajak masuk rumah lagi.. Kesiannn kan ...  ?!






*******************************

Putu halba ! Yang mampu di google saja...




Masa lik raya haji baru ni, tak sempat nak membeli..
Balik kejap saja, cuaca pulak panas time tu.... Sebelum raya haji tu, memang dah mula musim tengkujuh tapi masa raya haji cuaca cerah, jadi walaupun nampak orang menjual tepi jalan merata Putu Halba ni, kita tak terasa teringin nak makan.....
Huuuuu dia nak kena tunggu hujan jugak.. Baru keinginan tu meluap - luap. Hiks.
Tapi bila dah sampai sini, mana mampu nak cari putu halba sebegini ??
* Sedeyyy .... 


Macam veteran pulak ku rasa haha.


Ok, rasa - rasa ada tak yang gemar juga makan Ubi kayu erk...? Ke orang bandar sekarang tak kenal dah dengan ubi kayu ?? Hehehe... Tepuk dada, tanya selera !


P/S : Oh, ada lagi satu benda yang mil bawak yang ku taktahu macam mana nak proses ni... Sudeyyy lahhh! Haru.... ;p


Ok, bye !
:)

Monday, November 21, 2011

Kisah Dongeng VS Kisah Hati

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja





************************



Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu
Hanya sempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Hadir di angkasana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin tidak bersama
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya



Daku suka Kisah Hati. Kanda suka Kisah Dongeng.


Pesanan penaja : Untuk 3 serangkai yang masih mencari kebahagiaan dunia, sila sedar diri sikit.




Ok bye !
:)

Friday, November 18, 2011

I Love You # 1


Dunia bagi mereka yang tiada masalah.




I love you,
You love me,
We're a happy family,
with a great big hug,
and a kiss from me to you,
Won't you say you love me too

I love you,
You love me,
We're best friends like friends should be,
With a great big hug,
And a kiss from me to you,
Won't you say you love me too 


Thursday, November 17, 2011

Spontaneous Thursday # 3



Ibu Mertua ku pula datang bercuti ke sini.
^ ______________^

Yay !



Tempat Paling Best Untuk Meroyan



adalah di Twitter !
My twitter sudah di privatekan atas sebab - sebab tertentu.
Maaflah.
Tak kisah pun orang tak follow, sebab ketidakramaian orang kat sana buat ku sedap jer nak meluah apa.
Hehehe.
Yang mana terlepas memfollow aku, hiks tq bebanyak.
Sabar jer lah erk.
Ada lah yang mana dah kamceng dan selebihnya 2 orang sedarah sedagingku.
Yang best kat Twitter, boleh ikut sesapa saja yang ada di Twitter dan beramah mesra dengan mereka contoh artis dan info tersangatlah lagi laju !
Huhuhu... !
Dan tweeting kat IP lagi tersangat best dari kat lappy.
Hujung jari jer.
Tu yang duk berebut ngan mektok tu.
Sampai kena marah dengan dot dot dot.
:p





Dah 3,219 tweet sehingga 7pm semalam.
Tah apa lah yang ku royankan yer !


Dr Fazley yang request nak follow ku balik lepas ku follow beliau.
Tapi oleh kerana ku ''sombong'', ku tidak approve request beliau lagi.
Huuuuuu ;p

**FB sekarang kenapa macam - macam hal eh ? Unsecure !
Nak buat rombakan kat FB nanti....


Bye !
:)

** Meroyan = meluahkan perasaan

Wednesday, November 16, 2011

Tq Mommy Cha ♥

Assalamualaikum...


Minggu lepas, Papa bawak balik barang kiriman dari Mummy Cha yang dikirim melalui Daddy Erie.
Papa Likha sokmolah ngedet dengan Daddy Erie - to - be - tu senyap - senyap. Ada sajalah kije nyer depa tu berdua hehehe..
Tak sangka, raya Haji pun ada jugak orang buat kuih raya kan.
So, Mummy Cha kirimkan untuk Mama Likha sama jugak macam masa raya puasa baru - baru ni.
Banyak sungguh Mummy Cha kasi.
Jenuh Mama nak perabis. Hiks. Likha makan separuh - separuh jer pastu sua kat Mama jugak.
At last, Mama yang makin gedeboom... !
;p



Sambil - sambil kirim kuih raya tu, rupanya ada jugak benda lain yang terselit.
Tq Mummy Cha, kasik present untuk Malikha.



Jeng jeng jeng. Saspen betul Likha tunggu Mama bukak.
Ohhh. Rupanya tumbler Barbie ni.
Pandai Mummy Cha pilih.
Likha memang takde lagi yang jenis macam ni.




Seronok sangatlah dia.
Sampai terus - terus mintak Mama isikan air strawberry dia.
Air strawberry kotak tu Mummy Ain yang bagi masa singgah Bentong baru - baru ni.
Takdan - dan nak merasa jugak tumbler baru tu.
:)



Tq Mummy Cha !


*************************


Kalau tahun lepas, masa 1st birthday Likha, Mummy Cha hadiahkan Likha lembu sekoq.
Hihihi.
Susah tau nak bela lembu ni. Kikiki.
Dari jauh lagi, dah nampak Mummy Cha duk kendong moo - moo tu.
Comel sangat !


Kenangan di rumah lama. 

Malikha dengan hadiah - hadiah masa 1st b-day. Ohh, moo - moo duk disebalik yellow sport car tu.


Mummy Cha dan Daddy Erie - to - be last year.
Tahun ni, Mummy Cha tak larat dah nak kendong prezzie sebesar moo - moo tu.
Sebab Mummy Cha duk carry Baby M yay !
Sebab tu Mummy Cha hadiahkan Likha, tumbler yang comel tu.
Tq Mummy Cha !



******
Saja mengimbau kenangan :




******


Ni masa last month, ngedate dengan Mummy Cha kat Tutti Puti Sec 7.
Banyak betul kisah malam tu.
;)
Dan ni saja gambar yang sempat ditangkap pada malam tu hehehe.



Tq Mummy Cha blog this entry ;)


Ok, Mummy Cha... Tq banyak - banyak.. Jangan lupa jaga diri okeh. Tak lama lagi Baby M bakal menjengah dunia dan selamat menjadi mummy yang hot dan sporting :)


P/S utk Mummy Cha: Apa cerita gula nise ni ? Kang baby M kuar dulu kang... Dan jgn lupa 28/11 yerrr ;)


Ok bye !
:)

Tuesday, November 15, 2011

Ke KLCC kita *unhappy


Assalamualaikum...


Orang lain seronok kot kalau dapat ke KLCC. Aku ni biasalah, orang kampung..... *jebek mulut. KLCC bukan tanah jajahan ku. Hiks. So bila Ahad semalam kuar, tak decided nak gi mana. tetiba dalam kereta baru  orang tu decided nak g KLCC... Wohhh. terus *keciwa diam - diam. Hihihi.... Ingatkan nak ke OU jer. Kalau dapat g OU, terus riang gumbira hati ini. Lalalalalallalalalalallla ~~!


Tapi takpelah, sebab taknak derhaka, kita ikut jerlah. Lagipun, beliau yang nak shopping sebenarnya.. Haruslah beliau memilih mana tempat yang beliau ingin kan..Hehehehe....



Ada Purple Day kat KLCC. Ada sapa tah buat show nyanyi lagu Air Supply. Terbahek !





Tengah posing kat makcik Indon mana tah yang tangkap gambar dia. Suka suki die jer ambik gambar anak orang ! #%$$>^>*&#$@..... burrrrrr.... !


 



Nursing room yang sangat cozy, spacious dan best bagi budak - budak besar ni. Sebab ada tempat bermain jugak...



Masuk Isetan sebab dari jauh Mama nampak barang Hello Kitty.. Sekali terbeli ni untuk mektok.... Nilah untung jadi budak kecik kan.... Semua nak, dapat. Kalau dia taknak sekalipun, mak - pak yang nak tolong belikan. Hihihi..


Seminggu yang lepas, pantang nampak gitar Likha kat TV dia buat satu isyarat main gitar. Nak tergelak pun ya..., kelakar sangat. Pastu bila tengok AIM 18 malam tu tengok orang main keyboard, tengok Najwa Latiff, habis bantal carrot dia, dijadikan keyboard dan guitar... Kesyiaaan ! So dah macam rezeki terpijak lah yer mektok ni dapat prezzie ni dari Papa... ;)



 Menggedik nak pakai seatbelt sebab tengok Abang Sally dalam Upin Ipin. Hihihi.



******************************



Dapat kat Watson... Baru je tahu ada botol air mineral saiz kecil. Cute sangat ! Sekali kanda teguk, ku telan air liur jer. Kehkehkeh...


Ok, bye. Cerita orang darak pergi KLCC hahaha ! *KLCC not my favourite place. Sorry.
:)

Monday, November 14, 2011

Sabtu Lepas Jumpa Pengantin Baru


Assalamualaikum....

Korang ke mana weekend lepas, mesti banyak agenda kan. Macam tulah masing - masing kita hidup ni, ada saja benda yang nak dibuat.... Macam weols, Sabtu Ahad memang lah hari untuk berkepit. Walaupun ku tak kerja, tapi ku tetap ada Monday Blues macam orang lain yang kerja... Hihihi. Malas betul kalau dah nak masuk Isnin, malas nak berpisah dengan kanda. Rindu sokmolah dengan kanda. Walaupun die pergi kerja, balik kul 6 ke 7 ke, rasa macam lama tak jumpa. Tah lah kenapa. So, kalau nak masuk Ahad aku pun dah mula - mula kena feeling Monday Blues.... Kalau nak masuk Jumaat pulak, seronok bukan main, Walaupun weekend takde pergi mana, tapi as long as dapat luangkan masa bersama... ;)


Ku selalu terpk - pk, kalau ku selalu jugak pun dapat monday blues, kanda ku sorang ni ada monday blues tak ? Ke beliau hari - hari blues... Orang jantan ni takde lah monday2 blues ku rasa... Biasa pempuan je kecoh monday blues kan. Tapi memanglah ku rasa sebenarnya beliau ni everyday yang bluesnya... Hehehe. Sebab musababnyer, hanya ku mampu simpan sorang.... Rasia laki - bini yang berkongsi makan, pakai, katil dan segala - galanya.... Lebiu sayang Abang, walaupun apa jadi, akan kupertahankan cintaku.
Kerna cintaku adalah cinta Mati.
*sila dengar lagu Dewa yer.
Teringat kisah di raya haji baru - baru ni.
Ku rela tempuhi segalanya walaupun selut dan lumpur demi Mu, asalkan bersamamu
walaupun ku tahu kau akan marahkan aku kerana aku dah kotorkan laintai keretamu dengan kasut ku yang berlumpur.
Kasih sayang aku bukan hanya kerana Mu, tapi kerana melebihi segala-galanya.
Ku rela. !



- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Jom cerita weekend lepas. Banyak jugak urusan kanda. Teman ke sana ke mari ;p



Singgah lunch di Wong Solo.


Gambar takda motip. Walau apapun, Mama akan tetap rebut tempat pertama disisi Papa, wahai Malikha. * happy dapat duk seat depan ;p



Dengar nasihat Opah dan Upin & Ipin tu.





Lepas urusan penting itu ini kanda, terus shoot ke Kota Damansara. Kembali dirumah ini, untuk bersua muka dengan makcik sepupu ku yang telah melansungkan pernikahan pada pagi Sabtu. Oleh kerana, majlis persandingan dia dan suami pada Ahad malam di satu dewan di Bangsar dan kami tak dapat menghadiri oleh sebab - sebab tertentu, kami pergi awal.....


Mak sepupu yang sama umur dan sangat kamceng masa zaman - zaman kecil dulu, sebelum beliau dan keluarga berhijrah ke Kuala Lumpur. Sampai arini, masih ingat momen childhood dulu dengan dia :)



Bersama pengantin baru, pengantin lelaki yang dah tukar uniform. Pengantin lama yang ingin nak menjadi pengantin baru sokmo... Boleh ?



Selamat Pengantin Baru buat Wan Nor Aniza dan suami.
Semoga berbahagia ke akhir hayat hendaknya.
Amin.



Tu jer kisahnya. Mukadimah takyah lah nak ingat sangat pun. Tak penting !


Ok bye !
 :)