SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, December 23, 2011

Cara Malikha Syampu Rambut dan Gosok Gigi

Assalamualaikum... Salam pagi Jumaat yang mulia....


Ok, honestly cakap, kalau sebelum ni ku buntu macam mana cara nak cuci atau syampu rambut Mektok Malikha dengan cara yang betul. Since dia dah boleh berdiri, berjalan dan besar ni, time untuk syampu rambut waktu mandi adalah paling mencabar bagi Mama. Dah lah mektok ni kalau boleh tetiap hari Mama kena syampukan rambut dia. Budak kan aktif, cepat sangat masyemmmm nya. Kang lambat - lambat syampu, nanti datang sesiapa cium.... ''mak aiii busuknya rambut budak ni...., mak dia tak reti jaga ke...'' Hiks.. Kan nama mama jugak yang naik....haha.


Tiap kali nak syampu rambut, Mama risau sangat kalau air atau air sabun masuk ke telinga. Boleh jadi demam jugak. Mana dengan dia yang nak melawan lagi bila air mula turun ke bahagian muka, mana lagi dia nak genyeh mata, mana lagi dengan dia yang nak main segala baldi ceboknyer..... Haaaa bila dah start genyeh mata tu, mula lah nak meraung tolong - tolong Mama, pastu tangkap kaki Mama kejab - kejap. Kan dah abis basah Mama? Yang nak cepat - cepat, terus habis basah lenjun. Geram pun ya !


Then, baru - baru ni baru Mama jumpa macam mana cara mudah untuk syampu rambut dia dengan senang hati lallalalallalalalla...... Mama ribakan dia, ala - ala macam baby tu....( macam masa mandikan dia zaman bertub dulu :) ) dan terus semburkan air shower tu... Hati - hatilah jugak, takut ada air yang akan meleleh masuk mata atau telinga... Tapi lagi senang - sangat dari sebelum ni. Sekejap saja terus cuci bersih... Sekali fikir, macam ala - ala kat salun kan ? Haaaa betullah..., kita pun baring macam tu kan time nak cuci rambut :)


Senang sangat tak macam dulu, syampukan dia sambi berdiri. Haih. Sebelum ni tak terfikir tau. Serius. Tapi memang hari kena syampu rambut dia, memang dengan Mama - mama sekali lah mandi nya.... Dah bila siap beriba bagaikan :p


Macam tu jugak cara Mama gosok gigi dia. Ribakan dia. Susah betul nak kasi bersih betul - betul sebijik - bijik gigi dia tu. Kalau tak cuci bersih, sekejap tu nampaklah gigi berdaki hiks.... Kan dah makan macam - macam besar ni....


Sekadar tips untuk dikongsi bersama.
Bye !
:)

8 comments:

Mommy_Cha said...

good tips mama likha =)

Ibu Darwisy said...

darwisy pun same susah sgt nak gosokkan gigi die..bile kite nak gosok, suruh nganga die pegi keluarkan lidah..kelaka..

Mama Likha said...

mommy cha ; hehe.. nti ada baby thu lah susah jgk nk waktu mndi hiks

Mama Likha said...

ibu darwisy : tulah ct.. kena paksa..., kalo tk pksa jwb die tk bergosoklah hehehe

...mommy jue... said...

sama la dgn amal, susah bukan main nak syampoo rambut, nak gosok gigi.. alhamdulillah, skrang dah ok.. sambil gosok gigi dia, kita nanyi untuk dia, dia ddk diam la..

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

dulu nak gosokkan gigi ilham mcm nak berperang, makin besar alhamdulillah, dia dah makin ok..skrg dia dah suka gosok giginya..

alyyani said...

owh tak penah terfikir lak tips ni. mcm kat saloon. tp so far takde masalah nak shampoo niadel. bab masuk telinga tu, lepas mandi mmg hembus kuat2 kiri kanan telinga. amalan dar baby sampai sekarang. masa diriba tu mau tak likha dok diam zte? mau la eh?

Papa, Mama & Azra said...

Good tips mama Likha!

Azra syampoo sambil diri je. Azra guna baby Johnson yg tak pedih mata tu. Bila dah syampoo main jirus je sesekali prektis tahan napas senang esok belajar berenang. Ngagaga...tapi tak plak terfikir masuk telinga ke tak. So far okay.

Bab gosok gigi memang samalah mencabar last2 baru tahu trick paling baik, pelok je dia. Barulah menyerah. Kalau tak, puas nak kena pakai 2 berus satu dia pegang tu pon kadang2 taknak kita beruskan. Sejak tahu trick peluk tu, senang la sikit.