SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, December 1, 2011

Majlis Solat Hajat, Doa Selamat Dan Kesyukuran Sempena Masuk Rumah Baru


Assalamualaikum.


Pada 28/ 11 / 2011, cuti Awal Muharram, alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, kami mampu dan menyelesaikan majlis kesyukuran sempena masuk rumah baru. Rasa seolah terlepas satu beban 'hutang '. Walaupun dah hampir 5 bulan berpindah masuk ke rumah ni, baru ni Allah izinkan. Mula buat perancangan hanya lebih kurang 3 - 4 minggu sebelum. Dalam 2 minggu kemudian, baru mula cari caterer, buat menu list, buat invitation list, cari ustaz, dan kaum kerabat dari Kota Bharu mula mencari masa dan hari untuk bertolak ke Shah Alam.


5 hari sebelum majlis, hubby kena outstation ke Kuantan atas urusan kerja dan berpisah kejap konon aku nak buat persiapan untuk majlis, memandangkan hubby kat Kuantan sampai pagi Sabtu.... Walaupun kami serba salah untuk berpisah, tapi takpelah ku korbankan perasaan kejap. Yang lain, tawakkal dan redho saja :). Rindu resah berpisah kejap, ku sibukkan ke hulu ke hilir dengan aktiviti untuk siapkan majlis pada 28/11 tu..Kebtulan anak buah, Afiq datang ke Shah Alam, dia lah jadi teman dirumah dan Jumaat tu anak buah lagi sorang, Fatin Nabila dari Segamat sampai, dan adik yang 2 orang tu datang bermalam di rumah. Dah mula rasa kemeriahan tak sempat nak sedih rindu, tak sempat nak tunggu Sabtu, abis jer final meeting petang tu, hubby terus gerak balik Shah Alam.... Yay ! 3 hari 2 bermalam berpisah tidur babe, yang mektok tak kisah sangat kat Papa dia, yang Mama ni tidur berlapikkan baju Papa. Haahhaha.. Syhhh malu kat anak oke :)


Petang Ahad, ku sempat lagi ke Shah Alam cari barang lagi... dan dalam hujan orang datang pasang kanopi.... Risau sangat, dan dalam hati tak putus - putus, mintak Allah bagi ruang kat majlis kami esok... Nak hujan pun, hujan belah pagi je ke, or belah petang dah habis majlis pun takpe.... Insya Allah...... Walaupun berkanopi bagai, tapi kalau hujan tetap jugak merenyahkan takut tetamu tak selesa :) Kemudian, rombongan Abah Umi, abang ku dua keluarga, bibik Juli, Yasmin dan Emy ( ciklom tak dapat datang sebab Ain tengah SPM ) - 3 buah kereta ( 1 biji Naza, 1 Harrier, 1 Kia Citra sebenarnya ) sampai dalam kul 8 malam... Alhamdulillah! Terus rumah kecoh, bising dengan anak beranak, sakan berdinner di rumah sambil layan bola Malaysia vs Bahrain... Ramai sangat sampai lauk tak cukup, dan kena tambah last minute.. Hihi takde pengalaman terima kunjungan tetamu yang sebegitu ramai dalam satu masa... :)


Tengah malamnya, terus siap bentangkan karpet besar 2 bidang yang dipinjam khas dari Paksu Piza from Kayangan Heights. Esok, pagi Umi dan anak - anak buah yang lain terus siapkan pasang cover kerusi.... Terima kasih ! Papa sambung susun meja susun kerusi, betulkan itu, betulkan ini... Nampak hari cerah...., ada pun awan mendung tapi awan - awan sarat mengandungi hujan seolah - olah berlalu pergi macam tu saja.


Dalam kul 9 lebih, semua siap sedia... Sambil bersarapan nasi lemak, roti Gardenia cicah sardin, nescafe o, teh o..... Sambil tunggu kedatangan Ustaz yang dijadualkan sampai dalam kul 1030 - 11 pagi... Kul 1030, pihak caterer sampai.... Alhamdulillah, dalam jam 1200 tengahari solat hajat, bacaan doa selamat selesai dan selamat disempurnakan dengan disertai ahli keluarga..... Majlis belah pagi lebih penting dan para tetamu adalah dari adik beradik Papa dan aku. Alhamdulillah selesai dengan sempurna. Bacaan doa selamat adalah untuk kesejahteraan rumah, anak dan rumahtangga kami, tidak lupa untuk bonda Zainab Hj Abd Rahman yang dijadualkan menjalani pembedahan lutut pada 29 Nov ( semalam ).....



















Selepas solat hajat, semua tetamu dan ahli keluarga dijemput makan dahulu.

Menu untuk sepanjang hari majlis :

Nasi putih
Ayam Masak Merah
Kari Daging
Sayur Goreng Campur
Udang Goreng Bercili
Ulam - Ulaman
Sambal Belacan dan Budu
Ikan Panggang
Ikan Masin / Kering
Kuih Seri Muka
Pulut Kuning
Tembikai dan Honeydew
Air Anggur


Alhamdulillah, selesai sesi pagi dengan sempurna.... Jemputan untuk para tetamu lain bermula jam 1 petang sampai 5 petang. Masuk waktu Zohor, aku dan Malikha naik untuk solat dan bersiap untuk sesi petang. At that time, tetamu mula ramai sampai..... Kemeriahan semakin dirasai...


Terima kasih, pada yang sudi hadir terutamanya sanak -  saudara, makcik - pakcik, tok - nenek dari kedua belah pihak, sepupu sepapat belah keluarga Papa, jiran - jiran baru, rakan - rakan Papa dari kolej, Uitm, tempat kerja lama, opis sekarang, rakan - rakan ku yang terdekat.... Tetamu sampai ke Maghrib tak putus - putus datang dan hujan mula membasahi bumi bila majlis dah hampir ke penghujung. Alhamdulillah, syukur sangat pada mu Ya Allah... !


Next entry, untuk celebration b-day Malikha yer ;)


Tq, kerana sudi membaca.
Bye !
:)

18 comments:

Reena said...

mcm bes je hdup akk ni...wish to get life like u after married..hhihihi :))

munna said...

ALHAMDULILLAH.... CANTIK RUMAH..BANYAKNYA MENU ..PASTI TETAMU SEMUA MAKAN DGN GEMBIRA

syafisyifa' said...

waduh waduh besonye umah ztee...cantik sangat.alhamdulillah dah selamat majlisnye

Natasha Farina Arifin said...

alhamdulillah dipermudahkan oleh Nya yer ztee?....malikha pon nampak dah besar dah tu...dah cerdik...insyallah nanti jadi anak yang baik dan solehah nanti, dpt tlg mama& papa dia....amin

ariana said...

Alhamdulillah, tentu lega bila majlis dah selesai dgn baik ye Ztee..
Banyak nya makanan..:) Likha pun nampak baik je masa majlis tu, pandai dia bawak diri..:) dah besar kan..

kakchik@ella said...

lauk sedap2 tp KC tak larat nak makan sbb dah petang. Teringat2 ikan masin, sambal belacan dan ulam ..

Amie said...

oooo...meriah sungguh! selamat masuk rumah baru... tidur lena & sweet dreammmmmm

Fitri Senin said...

Alhamdulillah..semua berjalan dgn lancar

alyyani said...

sabar menunggu next entry sebab nak tumpang glamour kat blog ni. aci tak? ;p

Mama Likha said...

reena : alhmdulillah reena...

Mama Likha said...

munna : rumah biasa2 je kak :) tulah syukur smua ok-ok sja. lega bila dh selesai

Mama Likha said...

syifa : tkdop duk besar2 eh... biasa2 jerrrr pejah :) alhmdulillah dh selesai smuanya..

Mama Likha said...

natasha : tq mummy cha.....

Mama Likha said...

ariana : tq sis... tulah smuanya oke saja :)

Mama Likha said...

kc : hehe tulah kc.. tmbh2 jaga badan hehe

Mama Likha said...

amie : tq kak amie :)

Mama Likha said...

fitri : alhdulillah setel ! :)

Mama Likha said...

alyyani : haha tumpang glemer lah sgt!