SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, December 27, 2011

#OmbakRindu


Assalamualaikum...


Cuti panjang banyak sangat aktiviti. Berjalan ke sana ke mari, bak kata kawan aku..., aku ni jadi tourist guide. Hahhh tourist guide lah sangat ;p... Akibat tak henti rehat since birthday Malikha last month lagi, now aku dah menanggung backpain ! Apa related agaknya backpain dengan tak cukup rehat dan kuat berjalan yer.. Lupakan lah dulu.. 


Malam minggu lepas, girls day outing to TGV... *girls lah sangat, padahal ada jugak mak budak dalam golongan ni hehehe. Semata - mata untuk menonton filem yang semua dan kebanyakan orang dah review. Gila lambat nak tengok Ombak Rindu kan. Sanggup tunggu rombongan dari Kelate dulu. Hehehe. Menonton ramai - ramailah baru meriah kan. Haaaah meriah lah sangat. Tersokseksoksek di balik shawl ada lah !! Hahaha !




Takpelah lambat, janji at last dapat jugak tengok muvee ni kat big screen. Bestnyerrrr popcorn ni,  teringat - ingat pulak. Christmas eve punya. 





Erkk..., ada terselit disitu girl yang berumur 10 tahun. Nak menonton Alvin & The Chipmunk takde geng..., geng tua semua nak tengok Ombak Rindu hahaha... Ombak Rindu  bolehlah dia tengok, lainlah kalau Songlap 18 tahun ke atas. Kehkehkeh....




Review Mama Likha : Novel Ombak Rindu dalam koleksi, walaupun lari sikit dari penulisan dalam novel, story linenya tak jauh beza dari novel...Yelah sebab nak tayang 2 jam jer bukannya berepisod - episod. Berbaloi tinggal Malikha lebih kurang 4 jam. Hahaha ke situ plak erk. Muvee Ombak Rindu ni memang menyentuh jiwa. Tambah - tambah dengan Soundtrack dia. Mak aiii..... Fuh....Kalau nak dibandingkan dengan Nur Kasih the Movie, boleh kasi Ombak Rindu 10/10 gitu. Hah.... Pada sesiapa yang dah menonton pasti tahu lah... Pada yang belum menonton, cepat - cepat terjah cinema yer. Kalau berminat lah... Tak minat takpe = P ... Cuma ku tak paham bila baca ada seorang dua review, ada yang mengatakan '' eh... kenapa tak nangis pun tengok Ombak Rindu....???'' Bagi aku, pada sesiapa yang bagi komen macamni, memang hati batu kot. No feeling as a human. Tak pun saja nak kondem cerita Melayu.




Agak - agak Ombak Rindu ada tak kat Astro First nanti ? Kalau ada, mau aku langgan 4 hari 4 malam. Kahkahkah. Encik Kanda puas cebik mulut....., kita tengok reaksi dia nanti yer ! :D

Okbai !
:)

7 comments:

LiAnA said...

mesti ada tu kat astro first.. sbb astro pun beria promote movie ni kan.. akak tak sabar huhu

teratai said...

teringin juga nak tengok, tapi x kesampaian lagi!

Mama Kyra said...

sgt jeles tk dpt tgk..huhu

Ibu Darwisy said...

kite pun x tgk lagi..entah nape, hati ni x teringin nak pegi..somi kureng skit nak tgk wayang ni..hehehhe

ariana said...

semua yg dh tgk kata best.. Akak nk sgt tgk tp hubby kurang gemar cerita melayu kononnya..tggu harap2 adalah kat astro nanti..:)

Farah Shamsudin said...

wahhh.. dah tgk ekk.. farah tak g juge tgk.. en kanda taknak g... adeii..

ieedaz @ mama_isha said...

harap aderla kat astro first! mama isha x sbr nak langgan..hehe