SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, January 31, 2012

Bilik Malikha # 1


Weekend lepas, banyak acara isi perut secara free.. Dua - dua hari memenuhi undangan dari kawan Papa. Sabtu, one of his oldfren buat majlis masuk rumah baru di Alam Budiman, Puncak Perdana. Lahai... tak sangka rumah dia satu roll jer dengan show unit yang weols gi tengok dulu. Mama Likha menggeletis minat sangat dengan design rumah tu, tapi lepas dicampur tolak bahagi darab semua... Location yang jauh sikit dengan status rumah yang lease hold terus Papa tak jadi. Huhuhu. Ikut jer lah cakap boss... Kalau sekarang dok situ, sure Papa ada geng melepak. Kan kan kan... Tihihiiii...


Lepas makan kenyang - kenyang, terus ke Midvalley. Macam tak percaya, Midvalley takde orang mana sangat pun. Jalan pun tak sesak, parking pun cepat, berpuluh - puluh parking available time tu. Orang bercuti ke mana ehh?? Weols saja pusing - pusing menghabiskan masa bersama. Dah minggu - minggu sebelum ni, masa banyak dihabiskan untuk orang lain.. Hehehe. Bila ramai tetamu dirumah, masa untuk bersama kami satu keluarga kecik kami agak terbatas. So bila dah dapat balik privacy kita, mehlah kita jalan - jalan together - together... Tah apa melalut meraban. Ok-bai...! 


Bos tecit.


Like a boss.


Mama nak beli storage rack ni untuk bilik Malikha. Maklumlah, bilik tak terurus lagi. Tiap kali tetamu datang, tambah - tambah ada tetamu sama umur Malikha ni....haihhh Mama yang sakit mata tengok toys yang bersepah - sepah di bilik dia, dari sekecik - kecik alam size toys sampailah ke besar gebadak. Yelah ada geng kan untuk sepahkan toys... :) So untuk nampak lebih sejuk mata memandang, lebih terurus dan tersusun, dan memudahkan kerja Mama.....

Masuk jer bilik dia, ''Mama bilek Ikha dah cantekkkkan ?..''


Banyak lagi yang Mama nak beli. Nak beli wall shelves kat IKEA tu nak susun segala toys dr McD yang di collect sikit - sikit. Kan lagi elok macam tu. Hih. Mata pun tak sakit. Budak ni tau main, sepahkan pastu nak simpan balik kemain liat. Kalau mood dia baik, oklah. Dia simpan jer terus pas main segala bagai... Habis semua benda nak disumbat dalam drawer, tulah teknik simpan bagi dia hehehehe. Kalau mood tak baik? Mama yang naik hantu tengok hih... Mood dianya banyak yang tak baik, dari yang baik.. Huhh... Standard arrrr tu  ;p .. Takpelah.. at least sekarang, dia pun ada tempat bermain dengan selesa... Kan :)


Ride part I

Ride part  II


Nanti pas dah settle sikit - sikit lagi..., Mama Likha share lak yerr pic bilik Likha. Bilik lah sangat. Padahal malam tidur berhimpitkan Mama - Papa jugekkk :p


Okbai !
:)

Lagu Berhantu Sepanjang Zaman


Orang lain tak tahu lah. Tapi tuan punya blog tak jemu - jemu dengan lagu ni, dari tahun 2011 dah masuk 2012, mungkin sampai 2013 hingga ke 2020 suka lagu ni kot. Tehehhehee..
Lagu berhantu bagi tuan punya blog iyerrr...


Tahniah, Alyah. Menang persembahan terbaik di AJL 26.
Vokal terbaik penyanyi wanita setakat ni * bagi tuan pnya blog jugak.
Walaupun tak menang first prize menang persembahan terbaik pun dah cukop mantop !
Tambah - tambah ada abang #masjoko ehhh buat appearance kejutan last - last masa nak habis tu.
Kihkikihkih... 





Hatiku hatimu
Menjadi satu cinta
Ku rasa hadirmu menyempurnakan aku
Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya

Tapi cinta bukan milik kita
Semua harus berakhir

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini
Mungkin kita bersama
Nanti di atas sana
Biar ku setia menjaga cintamu

Cinta kau dan aku
Takkan mungkin bersatu
Untuk saat ini di dunia ini

Biar ku setia menjaga cintamu
Selamanya



Class !
Syiokkk jerlah sendiri tuan punya blog.
Bye !
:)

 

Monday, January 30, 2012

Day 3 : Gunung Machincang, Oriental Village dan Harbour Park, Langkawi


Assalamualaikum.


Kisah coti - coti ke Pulau Langkawi sempena pre - anniversary weeding yang ke 3 belum habis lagi okeh. Hamboi... cuti cuti sempena enibeseri gitu. Yelah poyos sangatkan. Hehehe.


Meh bersambung hari ketiga pulak. Isnin 16 Januari. Pagi - pagi lagi bangun, demi nak breakfast di coffee house Awana Porto Malai. Nampaknya breakfast dia masih lebih kurang sama dengan semalam, cuma pagi ni ada Pasta Seafood. Nasi lemak ada macam hari pertama. 


Giliran Papa dengan Malikha lak bergambar dekat lifehouse ni :) Kena dukung kalo tak, tah mana - mana dia larinya.


Actually, masa ni Malikha takutkan lubang - lubang gap dekat dek tu. Lahai, sehari sebelum tu dia tak perasan ada gap each pelantar kayu tu. Ngada yerlah sangat.



From seagunn coffehouse, Awana Porto Malai.



Pagi tu, tetiba Langkawi hujan gerimis mengundang. Gerimis jer. Otw nak ke Gunung Machincang untuk ke cable car station, ku ajak Papa singgah di Beras Terbakar. Hihihi kena bebel ke beliau. Buat apa nak pergi situ? Nak tengok beras yang terbakar ke?? Aduhaiii sayang, macam lawatan sekolah dah rupanya. Yelah - yelah.. Ku cuma singgah nak beli minyak gamat dengan souvenier sikit jer... Dah lagi pun, time tu hujan lagi. Sebab kalau hujan, cable car tak jalan. So ku saja lengah - lengahkan masa hehehe.



Ku sorang jer turun di sini. Hehehe. Orang pun takde ramai sangat mana pun. Beli sedozen jer minyak gamat berangin, takde sapa pun ngirimnya. Tapi beli jerlah buat 'ubat' kata orang. Dah alang - alang sampai ke negeri Gamat kan? Macam tak sah kalau tak beli kan. Sempat jugak rembat dan bayar baju tee Langkawi untuk anak buah sorang satu.




Then terus ke Cable Car. Jauh nun di Gunung Machincang. Berdekatan dengan Pantai Kok dan Tanjung Rhu.


Sampai di Oriental Village, Gunung Matchincang. Sungguh nyaman, sedap berlenggang kangkung. Tak sesak dengan orang okeh. Yelah, ari Isnin gak pun kan. Bukan school holiday, weekdays pulak tu. Ni best ni. 



Mendamaikan. Boleh lepak - lepak amek gambar sesuka hati, boleh kasi ikan makan, boleh cuba macam aktiviti dalam air, pony ride etc. Tapi weols terus proceed ke kaunter Cable Car, kebetulan hujan pun dah takde. Tiket untuk adult rm30 seorang and child rm20 seorang ( above 2 years old ). Tapi for Malaysian citizens wajib lah guna Mykad dan Mykid untuk dapat spesel price. Kebetulan pulak Malikha tidur atas bahu papa dia. Sekali tiket weol cuma RM 30 untuk 2 orang. Agaknya pekerja kaunter tu ingat Malikha bawah 2 tahun kot. Padahal dah siap kasi Mykid.. Hehehe rezeki.



Nasib baik sungguh, clear jer. Naik atas tu, terus boleh naik cable car, Ingat masa pergi last 2008 dengan member - member tu, dekat sejam Q nak naik cable car. Untung kan ! Malikha masih lagi tidur haaaaaaa. Sampai kena kejut hehe.



 Hoii.. Tinggi okeh ! Neves rasa !



Berhenti kat pitsop pertama. Takde pun kat sini, melainkan view yang amat cantik sekali. pastu naik lagi sekali cable car untuk ke pitsop paling atas. Cable Car ni dipanggil Panorama Langkawi.



Dah sampai atas tu, kita boleh pilih nak kemana. Ada bahagian south jugak. And weols cuma ke north hanging bridge. Sebab nak ke lain dah tak larat dah kekekkeke.



Sampai - sampai jer atas, mektok lapar. Nasib baik Mama dah prepare awal - awal cookies Oat Quakermeal kegemaran kami sekeluarga. Wah iklan kau !




Hanging bridge ni kita memang rasa dialah bridge dia ni terhayun hayun gtu. Nama lagi hanging kan. Hehehe. Dah tu sejuk okeh kat sini. Angin pun bertiup sepoi sepoi bahasa gitu. Memang nyaman lah. Tah ayat nyaman ke berapa ratus ku sebut masa di Langkawi ni hehehe. Ni tengahari kul 1 gitu ni, tapi tak panas pun. Matahari pun segan nak munculkan diri. Best sangatlah.


Dah dia terhayun hayun, nak lagi lah budak ni main jump - jump yerrr ;p. Seronok tak hingat tu....



Pastu baru perasan, yang hanging bridge ni ada gap lubang - lubang jugak. Mak aiii... menjerit ketakutan lah budak tu mintak didukung.. Penakut eh.. Hehehe. tapi ada masa weols bolayan jer, biar dia jalan sendiri. Hihi.




Cantik sungguh pemandangan diatas tu... Boleh merasai nikmat Tuhan secukupnya, dengan menyucikan mata dengan pemandangan yang indah, merasa angin yang mendamaikan jiwa, hawa kesejukan yang menenangkan hati... Ya Allah betapa besarnya kuasa Allah dan betapa bijaknya otak manusia yang dianugerahkan Allah untuk merekacipta dan menghasilkan benda ini... dan dapat dikongsikan oleh semua.... di Panorama Langkawi.

Cuak tu.

Yang kat atas belakang tu north viewing deck. Paling tinggi.
Sepatut weols naik ke sana kan :)


Masa nak panjat ni balik naik ke platform, Tuhan je tahu mengahnya. Kena slow - slow, tapi tengok makcik pakcik Pak Arab steady jer naik turun celah hutan ni. Malikha pun sama, lebih dari half way, Mama pimpin jer dia, sambil mulut dia bising counting one - twenty. Haih budak ni kuat betul. Kita yang risau kot die penat, kang tak sempat sedut oksigen semput kang. Pastu Papa ambil dukung dia, dah jalan pun makin curam. Mama pun mengah tak hengat ;p



Alhamdulillah. Selamat turun di bawah. Senang jer kerjanya, takyah nak bersesak- sesak dengan orang. Cepat pantas, tak banyak nak buang masa. Masa turun jer dari cable car, ada staff cable car Panorama Langkawi tu berbisnes, sebelum yang kita naik cable car tu, dornag dah siap - siap amek gambar kita. Then masa turun tu, ada lah gambar kita di jaja dengan snowglobe sekali. Dua tu RM 65. Kalau kita taknak, takpe. Tapi dah gambar kita kan, sayang pulak kalau tak ambil. Pandai betul dorang buat bisnes kan :)





Pastu lepak sekejap di Oriental Village tu sambil basahkan tekak dengan ice cream. Nak tunggu cikmektok ni habis, berjanggut hehehe.



Nak balik sudeyy..... Bergambar dulu di depan pintu masuk Oriental Village. Wajib. Kat sebelah pintu gerbang ni, ada kaunter Duck Tours. Hajat dihati nak round pulau dengan Duck Tours tak kesampaian kerana tutup pulak hari Isnin tu. Takdet rezeki. Tahun depan lah pulok yerrr ;p. Alasan dah datang dahhh tu hehehe.





Then Otw balik, singgah di Harbour Park. Orang cakap, tempat wajib singgah kalau turun dari Gunung Machincang, Walaupun panas berketak masa tu, pun tetap wajib bergambar disini hehehe. Bot - bot private orang kaya kot eh... 



Malikha kagum tengok Mama di awangan kaki tak cecah bumi.
Hahaha.



Lunch KFC di Harbour Park tu, tapaued jer makan di bilik hotel :)



Pemandangan Pantai Chenang, otw back to Awana .


Okbye ! Letih tengok gambar banyak sangat !
Nanti sambung lagi yerr..
Stay tuned....
:)


29 Januari 2012


Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Syukur.











*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*




Tqsooomuch - 3 years for everything.
Luvyeahh !
:)