SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, March 6, 2012

Day 2 : Cameron Highlands



Breakfast di coffee house hotel. Makanan not bad. Bestlah hotel ni. Ada wifi free lagi tu..., tapi kat lobby jer lah. Hehehe... 



Bergambar depan hotel.





Sebelum check out, weols ke ladang teh dulu. Dekat Tanah Rata, Tea Bharat Plantation. Takde apa yang menarik pun, melainkan ladang teh yang menghijau. Ada cafe dengan menu macam - macam dan juga souvenier shop. Turun sekejap ke ladang teh tu sekadar untuk bergambar tapi tka boleh pergi jauh sebab tanah licin, hujan malam semalam tu kan...


Heeeeeeeeeeeeeeee dua beranak ni!




Konon lah kalau datang CH ni feeling - feeling Vanilla Coklat lah, Ombak Rindu lah... Takde makna pun ehh? Drama queen tul huhuhu...Malikha dengan Papa jer duk feeling tengah ladang teh tu kissing - hugging hihihi... Lepas dah abis feeling berdrama queen di ladang teh, terus chow.. Tak berhajat pun nak minum sebab perut masih kenyang dan tak beli satu kotak teh Cameron pun...


Balik semula ke hotel untuk check out dan terus mencari strawberry farm. Dah berjanji dengan Mektok dari Shah Alam lagi..., tak abis abis tuntut janji... Hih macam ni lah bila anak dah pandai macam - macam... Kali ni, kita drive kereta pulak. Untuk mengurangkan rasa pening, baik kita drive. Kat CH ni memang jalan berpusing pusing tauuu... Tak sukkeeee.... =p


Tah strawberry farm apa yang kami singgah, but seriously tak best pun tempat tu... Huuuhhuuu tulah rasa macam rushing kan, main singgah jer...


Bagi can kat Malikha.. Untuk petik sendiri. Lepas petik satu, habis dikutis - kutis daun kat strawberry tu jadi botak. Kihkihkih..


Farm ni besar sangat banyak bahagian siap boleh naik jambatan lintas anak sungai cuma sempit ya amat ! Kita ni dahlah besar bas kuwang kuwang kuwang....



Petik lagi. Pakej dia 1/2 kilo RM 20. Dia bagi kita satu bekas, kalau yang kita petik tu lebih baru lah dia akan caj.


*
*
*
*
*
*

Dan lagi


Dan lagi
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Anak seronok mak pun tumpang seronok biarpun pening - pening lalat. Lallalalalallala ~~!


Dalam 30 - 40 minit jugak kot dalam tu, dah puas petik keluar je lah. Timbang - timbang rupanya tak cukup kilo. Huhuhu.



Ada Time Tunnel Cafe yang sangat klasik ! Tapi kita tak singgah minum pun sebab rushing dan masih kenyang.



Momento kat Strawberry Farm - self plucking by Malikha.

*
*
*
*
*
*






Dah setel hutang menyeronokkan anakanda, weols terus proceed ke pekan Kea Market. Ada pasar juga di sini.







Macam - macam yang dijual. Nak dengan taknak jer membeli. Hehehe... Kat sini pun ada barang - barang segar macam sayuran, buahan, madu, bunga hidup, mainan, souveniers, makanan dan serba serbi lah. Kalau cakap pasal souvenier, for sure lah merah - pink mata kita dengan macam - macam benda strawberry nya dari bantal, selipar, keychain, fridge magnets, bag, baju, pen, topi, haih macam - macma sampai tak tersebut. Belikan mektok umbrella strawberry, bantal, fan strawberry, selipar dalam rumah strawberry, headphone strawberry, buah strawberry pun yes... Amekawwww..





Kita shopping jugak sayur - sayur dengan jagung mentah dan memborong strawberry. Beli untuk bagi kat jiran, makcik dan kawan - kawan terdekat. Ingat nak kirim jagung mentah ke Kota Bharu, tengoklah nanti macam mana sampai ke tak ke KB nanti.




Tapikan strawberry CH ni, bila dah turun tak sedap macam makan kat atas. Masyam - masyam manis gitu.. Haiiiiih.


Kul 3 bertolak balik KL. Ku drive sampai ke RnR Tapah, singgah solat jap. Nasib baik Mektok tidur jer sepanjang jalan turun dari CH. Kalau tak, tak tahu lah.. Challenging betul bercuti kali ni. Hihihi. Then kita terus shoot ke Kajang..., memang dah lambat pun untuk menghadiri 1st birthday party Zarif Zarrick, tapi sebab dah janji dengan mummy dia... Kite pergi jugak.. Next entry yer...


Tak puas sangat pergi CH, satu malam. Jalan nak ke sana, dahlah jauh, pening pulak tu nak sampai atas. Lemau jerr rasa. Kalau ajak lagi pergi setahun dua ni, tak kot ! Huhuhu... Tak cekak. Kalau genting pun takdelah lama sangat perjalanan kan. Hihihi. Ngomen jer banyak daku ni !!! Apa - apapun terima kasih daun keladi buat kekanda yang sudi bawa adinda merasa angin sejokkk di CH, dengan ucapan bulan depan projek ehem ehemm bercuti ke satu tempat lagi jadi tak. Lallalalalallalala * pengsan !


Okbai !
Im happy as you are happy.
See ya !
:)







22 cakap pasal kisah mama Malikha:

oshin-jamel said...

suka tgk muka likha yg cute tym petik stoberi tue...gerammm..^_____^

mama tim said...

wah gi cameron...syok sejuk jer..mmg tak puas gi 1 hari kan ztee..

si mek tok comel sgt nih..

shark said...

wuishhh syok berjalan aihh..

amboi bukan buah stoberi ke malikha ke yg comei..mak dia plak nampak terlebey comei ;p

ieedaz @ mama_isha said...

syoknye mama likha berdrama vanilla coklat kat sane!

purple_lav said...

eh eh eh eh (joget makyong skit)

apakah maksud pening2 lalat tu? hahahahah

sila jelaskan next entry huhuhuh

Mama Likha said...

oshin : huhuhu.. gewam eh !

Mama Likha said...

tims : tulah kak tims. dh lah jauh jlnnyer... tk puas nk rest ckup2 kt sana hihi

Mama Likha said...

shark : haha mcm2 lah dia tuuuu

Mama Likha said...

ieedaz : tkde duk berdrama vanilla cekelat ehhh mama ieeda hihihi

Mama Likha said...

purple luv : aihhh.. silap percaturan tu.. tk baca btul2 lah tu.. hiks.. kita kan ckp jln kt ch tu berpusing2..., dr masa mula smpi sana hingga nak balik jalan berpusing2, tu yg kite pening2 lalat tu.. tkde makna nk pening2 lalat lain yerrr :P

munna said...

kak munna baru sekali je naik cameron highlands.... ingat nak ke sana lagi lah bulan 5 nanti

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

ntah ngape, asal ztee pergi memana, dlm masa yg sama linda pun tgh plan... lnda tgh plan g next month.. dah book umah peranginan kerajaan, dah byr pun, tetiba, depa call bg balik duit sbb hotel renove, frust... nak carik yg budget2 jek..peruntukan x cukup, tp still gatal gak nak merayap.. nmpk menarik hotel nih, tp harga dia sure leh tahan gak kan...

Tina Othman said...

nak pergi cameron kena 2 malam baru best, ztee mcm dah kurus ye

Mama Likha said...

munna : ohh nti cuti sekolah bln 5 yer kak munna.. sronoklah bwk anak2 :)

Mama Likha said...

belinda : tulah kebetulan namanya hehehe.. ok je hotel ni linda. linda nk gi weekdays ke weekend.. zte puas hati sgt dgn hotel ni... tp linda blh tgk kat www.cameronhighlands.com..... byk lg info psl hotel kt sna... mne thu, ada yg berkenan ke ?

sue zainun said...

syurga strawberry bila kat CH

RashAtie said...

best kan..nak menyampai tu yg penat sket..atie selalu naik bila balik ipoh..layan pasar malam brinchang..nak apa, sume ada kat situ.....

Mama Likha said...

sue zainun : tu konfirm sue :)

Mama Likha said...

rashatie : ye ke atie.. cekak nyer lah naik.. klo zte tk cekak weh beraso !! mutar gtu tok tehe huhu

syafisyifa' said...

o dah sampai Ch ye...syoknya jln2

Papa, Mama & Azra said...

Bestnyer jalan2 tempat sejuk. Kitorang pun ada plan this year nak gi CH.

alyyani said...

strawberi adalah kegemaran. tapi bila tahun nak sampai ke cameron ntah. tgk mektok dgn mama nye plucking strawberi dlm gmbr je lah. huhu