SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, March 7, 2012

Fresh From Cameron Highlands


Assalamualaikum..


Seminggu ni asyik makan sayur mayur jer lah. Kata baru balik dari Cameron kan. Haruslah banyak stok sayur dalam fridge. Tapi yang menarik ni today kita nak share, one of febret vege kita. Lobak putih atau nama lain adalah lobak cina. Yuols kat sini, suka tak makan lobak putih ?


Kite beli kat CH, besar sungguh size dia. RM 5 untuk 3 batang. Murah kan? Macam dalam gambar kat bawah ni. Satu jer tinggal, lagi dua dah kasi orang :)



Apa yang kita suka dengan lobak putih ni, masak sayur air. Caranya senang saja. Meh nak ajar....  Bawang merah + bawang putih tumbuk dengan isi ikan rebus / udang (sayur) dan black pepper.



Ambil periuk. Masukkan lobak, masukkan bahan yang ditumbuk tadi kemudian letak setengah sudu besar cili boh. Masukkan air, tunggu sekejap kasi lobak lembut kemudian masukkan daunnya (kalau ada, kalau beli kat pasar sini, lobak sesaja, daun takde pulak tehehehee ). Tambahkan garam gula, ikut suka masing - masing.


Mama Likha suka sangat - lahhh dengan sayur air lobak putih ni. Tak caya tanyalah umi. Umi lah selalu buat masakan ni, sebab Umi pun suka. Sekali Mama Likha pun tersuka sama, sejak dari dulu sampailah  sekarang. Kalau Umi masak kat sana, beliau sokmolah teringat kat anakanda beliau yang jauh di mata tapi dekat di hati ni. Makanan kegeraman katakan.



Ratah sesaja pun best. Walaupun rasa dia pahit - pahit, tapi bestlah ! Wallahhhh ! Lobak putih ni pun, salah satu petua untuk memperbanyakkan susu badan bagi ibu - ibu yang menyusukan baby. Tapi Mama Likha taklah... dah lama tutup kilang. Heheheh. Mama Likha pernah makan ni masa lepas lima hari bersalin untuk banyakkan susu badan, tapi bleeding pulak. Agaknya panas, tak sesuai baru jer bersalin kan, terpaksalah stop sempat makan sekali meal jer. Hemm... Mama Likha pernah terbaca di satu forum penyusuan ibu, ramai ibu - ibu tak tahu macam mana cara nak masakkan lobak putih ni jadi sedap untuk dimakan*sebab pahitkan... boleh cuba macam mana cara Mama Likha masak. Sangat mudah dan cepat... :)


 ............................................................................................................................................

Untuk hubby dah sah - sahlah beliau takleh telan lobak putih ni kan, kita masak lain lah untuk beliau.



Semua import dari CH. *ala.... kat sini pun boleh beli... hahaha lallalalalalla.


Untuk hubby, kita buatkan vege + mushroom shitake black pepper. Wah! First time cuba black pepper untuk vegetables, boleh tahan jugak rasanya!  Mektok pun suka.. :)




Ni jerlah lauk lunch today. Lawan dengan ikan kembung goreng jerrr sebagai pelengkap hidangan. Hihihi.. Selamat jamu mata, petang - petang macam ni layan gambar makanan pun best mesti bosan kat ofis tu kan ?? Hehehe..





Okbai !
See you soon !
:)

18 cakap pasal kisah mama Malikha:

~aSFaLiZa~ said...

wah boleh diet gini

akma said...

Lapar........... neenoo neenoo post sikit!!! HikHik.

Seingat kita seumur hidup tak pernah makan lobak putih. Eee teringginnya nak rasa sikit ;p

gee ryder said...

bestnye ztee leh shopping sayur!
kak gee aritu sebab gi penang terus mmg tak dapet ler.
sedap lobak putih tu..lama dah tak makanan..makanan ruji dlm pantang tu heheh

Ummiakid @ lily said...

Thanks share resepi lobak putih tu. Akak suka makan gak cuma selalu masak tumis air bubuh ikan bilis jer...nanti leh try resepi ztee pulak...

Reena said...

nmpak menarik tp slmat x terliur, coz kte x makan syur..hehhe...

Mama Likha said...

asfaliza : dietlah sgt ! hehehe

Mama Likha said...

akma : hihi sila cuba sndiri di rumah yer. nk pos smpi2 dah tkleh mkn kot hehe

Mama Likha said...

gee : haah lah kgee ke png pulakkan mcmne nk soping sayur hihi... tulah mknan wajib kata org ehehee

Mama Likha said...

kak lily : welkam kak lily nti cuba yer :)

wanie md zain said...

zte..nak ilangkan pahit dan bau hamis lobal tu kena rebus dulu lobak tu sebenarnya..baru pahit dan bau tu ilang..sekadar berkongsi..

Mama Likha said...

wanie : tkyh rebus wanie, nti lenyek lobak tu empuk sgt. kite blh je mkn bt mcmni. sedappppp pahit2 pun hehe

Mama Likha said...

reena : lahai... tk mkn sayur rupanya.. rugi tau :)

Cik Rose Cute said...

Woi! bestnya makan sayur...elok untuk diet

Papa, Mama & Azra said...

Dulu tatau makan lobak putih tapi sejak bersalin dah mula amik tahu dah. Memang pahit sikit tapi pandai masak, boleh layan la.

syafisyifa' said...

tak penah cuba.insyaallah nk cuba resepi lobak putih tu nnt.kata org leh cepat kurus kalau amal LP

alyyani said...

sedap eh lobak putih. kat mana boleh rasa eh? *dasar tak mau masak sendiri* :p tapi lauk utk toklaki tu menyelerakan! :D

shark said...

uishhhh sedap..kene try nih :)

eliyaezlinalias said...

cer share resepi sayo blackpepper tuuuu...cam besh!