SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, March 20, 2012

Johor Bahru 17 Mac - 18 Mac 2012


Assalamualaikum...


Last weekend, weols keluarga kecik bercuti - cuti ke Johor Bahru. Bukan bercuti - cuti sangat pun, tapi lebihkan kepada untuk berehat. Cewaaaahh , macam kat rumah takleh berehat kan? Saja jer, percutian bajet pun ya jugak sebab takde pun weols berjalan ke mana kat JB tu melainkan keluar makan dinner dan time nak balik tu singgah di Johor Premium Outlet ( JPO ).


Actually, hubby ada a bit kerja dengan ofis branch kat sana. Hubby nak pergi last week masa hari kerja, tapi lepas tolak campur bahagi darab, beliau nak pergi weekend sambil bawak anak bini jenjalan =) Kerja beliau sekejap sangat.


Otw to JB.... Wajib berkemwor sampaikan anak dah bosan hihi. Sampai jer, terus singgah makan tengahari area Tampoi. Nasi Beriani tengahari buta tu, hubby mestilah lauk kambing, kita nasi beriani ayam sambal. Mektok nasi beriani dengan ikan tengiri goreng.



Sambil tunggu makan sampai kita amek gambar dulu... :)



Luv this pic so much :)
Im with Fareeda Rania


Selesai makan terus ke Hotel Selesa Johor Bahru. Check in disini untuk satu malam.


Hotel bajet yang memang selesa habesssssss :D


Bolehlah untuk 1 malam jer. Lagipun plan datang amek angin Johor ni last minute punya. Lepas check in, golek - golek jap, hubby keluar jumpa ofismet kat area hotel. Mama Likha terus menganyam mimpi ntah ke dunia mana, penat lak rasa... Likha tah main sorang - sorang dengan puzzle ABC dia tu, tengok - tengok time bila tah dia pun sama bergolek sebelah Mama. Kul 7 lebih hubby balik bilik, sambung lagi tidur bangun - bangun dah kul 9 lebih dah. Huhuhu memang rest habesssss dan jaga tu baru rasa lapar. Tengah bersiap - siap nak keluar dinner, tup - tup dapat tahu ada game bola Kelate lawan Perak. Weols kalau Kelate main ada live dalam tv memang tak lepaskan peluang untuk menonton ! Tunggu sampai minit ke 70 jugak tu, baru decided untuk keluar.. Supporter kuat THE RED WARRIORS katakan ! Sapa tak sayang negeri sendirikan...., negeri miskin katakan huks !




Pusing - pusing di Stulang Laut, tengok aktiviti orang Johor dimalam hari.. Oh tu yer aktiviti 'dalam kereta' mengadap Selat Tebrau kikikih.. Then terus ke Taman Perling untuk ke Damai Seafood Village... Tapi weols makan buah langsat sesat..... last - last singgah di kedai Tomyam biasa jer sedeyyyyy.. tak tercapai hajat nak makan ikan bakar malam tu. Huksssss =(



Tanpa rasa bersalah, order air kelapa, nasi goreng kampung, nasi goreng paprik dan sup ayam. Belasah jer lah tak kira time dah kul berapa ! Lallalalalalalla ~~!


Apa yang menarik menu di kedai tu..... haaaa Siakap Samseng ! Kau ada ??!



Day 2 :

Pagi macam biasalah breakfast kat coffee house hotel. Tak sangka ada Dynas jugak stay kat Hotel Selesa ni.... Malam tengok kereta dia, berplate no Nama dia * cunnn sangat, pagi ni tengok - tengok dia pun ada breakfast. Coffee house berdepan dengan swimming pool..., adui meroyan Malikha. Kesian dia....


Masuk bilik, isi air penuh bath tub, Malikha mandi ala - ala kat swimming pool. Haha. Ciannya lah anak daku. Lepas check out, terus blah dari bandar JB... Hajat di hati nak singgah JPO, yang orang duk kalut - kalutkan sekarang ni. Tapi payah betul nak cari jalan ke sana. Serious ! Tak de satu signboard pun tunjukkan jalan ke sana. Kita tngok GPS pun, sibuklah suruh masuk highway.... Dah kita masuk highway ke Kulaijaya, masuk habis dalam kampung Mawi.... tah mana - mana ladang kelapa sawit kita terjah kuikuikuikuii, last - last lagi 1 km nak sampai baru nampak signboard JPO....! Apekehel lah weh !


The Entrance


Kat bahagian luar, masih under construction. Tempat makan pun takde banyak lagi melainkan Starbucks, BR, Absolute Thai, tu yang kita sempat nampak. Banyak lagi benda nak buat tu kita tengok.



JPO ni ok jugaklah dari medium ke high brand ada kat sini. Kira one stop centre. Sama jugak macam kita shopping kat KLCC ke, barang pun lebih kurang sama, takde lah out dated sangat... Tapi yang best, macam GAP tu Gap outlet, Lacoste pun outlet, COACH pun factory kira harga sangah murah berbanding dengan butik biasa. Kalau Padini ke, SEED ke giler murah ! Shoppinglah baju bajan mektok buat pakai basahan tapi comel - comel jugak what ! Hubby pulak seronoklah tengok Lacoste murah - murah. Haih kita sukalah tempat ni, boleh datang lagi ni *kelip - kelip mata.



Cuma masa weols sampai sini, memang panas berketak. Mektok Malikha pun buat perangai, dia dah bangun pagi, pastu masa otw ke JPO ni pun dia tidur, terpaksa kejutkan stroller tak bawak. Pastu sibuk mintak susu..., pastu tengok ada small playground sibuk nak main shlide tengah - tengah panas. Tak pasal - pasal Mama dapat sakit kepala.



Shopping pun secara laju - laju. Masuk setiap butik ala - ala macam amazing race gitu ! Mujur.... Tak dapat nak menikmati sangat kehkekehkeh... Kalau tak, kering poket :D




Tengok fountain ni pun dia kagum. Tengok pool kecik pun sibuk nak swimming. Cian dia... Semua hajat dia tak tertunai.... Nampak sangat Papa - Mama pilih tempat holiday dengan selfish kan. *Tu Mama dah plan pasni nak cuti - cuti untuk Mektok saja.... Kita tunaikan impian dia, biarkan dia swimming puas- puas main tu main ini apa yang dia nak..... Budak ni macam ni lah kalau lama sangat dok perap dan perammmm apa yang dia nak tak dapat, sekali terlepas macam ni mulalah buat perangai.... Pagi tadi kat hotel, tak dapat nak mandi swimming pool sebab weols takut lambat nak balik KL. Hurm cian anak.. Nanti next vacation yer Malikha, cakap kat Papa :)




*
*
*
*
*
*
*
*



Then, kita tengok sekitar dalam JPO yer :)











Tapi kalau kita dari KL, sesaja nak datang ke JPO ni tak payahlah... Jauh wooo KL - JB dekat 3 jam, minyak lagi, tol dekat RM 90 pergi balik..... Baik jer shopping kt KL ni jer. Sama jugak pun, nak murah tunggu time mega sales. Tapi lainlah kalau kita memang ada pergi JB ke pastu nak balik cuma singgah, boleh lah... merasa dan nak tengok macam mana rupa JPO ni... Tak gitu ? Tu pendapat kita lah. Orang lain tak tahu hehe :)


 

Shopping sikit kat Lacoste, Poney, Padini. Yang lain cuma sempat masuk jengah - jengah jer. Tak sempat nak rambang mata sangat. Kikikikihh... Mujur - mujur * sambil hubby usap wallet :)



Last pit stop, Mama bawak dia lari ke BR... Papa masuk lagi dari butik ke butik.... nampak Papa macam tak keruan jer tuu...ahahaha. Mama sejukkan hati Malikha dengan ice cream flavor Cotton Candy... Tu pun dia makan main - main, pastu bila dah masuk kereta mintak lagi nak ice cream. Alohhh lah anak !




Kul 3 lebih bertolak balik KL.... Hujan tengah jalan, kita drive sampai ke RnR Seremban, berhenti kejap untuk fresh up.... Kul 7 sampai rumah..., malam Mama dapat bad head - ache plus PMS lagi. Ayooooo !


Enjoy jer buat shortbreak macam ni... together with love katakan.... This week kita ke Pantai Timur pulekkk yer :p
Okbai !
:)

18 comments:

Papa, Mama & Azra said...

Kitorang pun suka short getaway macam ni. Tak bazir cuti dan boleh lari kejap suasana bukan rumah. Tapi kitorang tak pergi jauh2lah kecuali ada hal kerja macam papa Likha ni.

Zefa NorAsmara said...

Mama likha sesuai jadi model tudung.. :D

sue zainun said...

betul2..xbazir cutii yg ada kan..selalu gak ikut hubby camni..

kakchik@ella said...

KC tak penah lagi ke JPO ni. Nanti lah .. bila2 balik rmh mak johor.. boleh la singgah.

alyyani said...

eh pink jambu tu butik apa zte?

ieda said...

syoknya ikut hubby macam nie
dlm masa yang sama leh jalan2 dan enjoy kan .. bile layie
na tunggu cuti betul2 utk olidays susah juga kan dik ;)

shark said...

haishhh kemain malikha jenjalan..;p

Mama Likha said...

dong : ha kann jrg2 sekali.. tu pun, klu kes ni mcmni kalau org nk bwk kita lah.. hihihi.. klo tk kena tinggal, kena plan cuti2 lain plop hiks

Mama Likha said...

zefa : yelah tu sgt kak zefa :p

Mama Likha said...

sue : kan sue :) tp tk smua blh ikut..., klo ada big meeting tk koser nk ikut hihi

Mama Likha said...

kc : kena singgah ni kc dh alang2 balik johor tu wajib !

Mama Likha said...

alyani : dlm byk2 nmpk pink jambu yer... hihi butik baju klo tk silap.. tah lah jalan laju2 tu gak eh ! :D

Mama Likha said...

ieda: jrg2 sekali je kak ida hehehe :)

Mama Likha said...

shark : heleyyy.. samalah nely pong ! lalalalal =D

ariana said...

Akak tak pernah lg ke JPO, tp mcm Ztee kata kalau sambil ke JB boleh lh singgah, kalau tak, baik shopping kat KL je kan..
Likha nampak dah besar..comey dgn baju merah..:)geram tgk fountain ye..:)

nanakimie said...

bestnya tempat ni sis,huhu...nana bukan takat JPO,jb pun xpenah pergi...hee....


comel sangat malikha:)

mama rifQy said...

alahaiii..geramnye ambe tengok likha..comel sungguh macam sapee ntah!! Nak copp ehh ! awek iqy !!hahahhhhahaaa..tapi awek lagi tua laa dr adik iqy!!

Anonymous said...

There are also available North Confront discounted [url=http://www.northfacecoatsforcheap.net]cheap north face jackets[/url] on line for people who do not have access to a North Confront outlet.The brand is a victim of counterfeiting by small companies who take advantage with the [url=http://www.northfacecoatsforcheap.net]north face coats[/url] popularity. Having said that, an out of doors enthusiast can quickly point out significant differences in quality and performance.