SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, May 31, 2012

Papa Maksu Ja


Ada beberapa malam lepas, Maksu Ja Likha singgah kejap nak amek barang dia. Maksu Ja datang dengan ehem ehem ehem dia, tak masuk pun setakat hi hi bye bye kat luar jer. Lorat katanya...


Lepas dah salam semua, Maksu Ja balik. Likha pun tanya lah Mamanya :


Likha : Maksu Ja datang dengan Papa dia ke, Mama ? "


Kah kah kah !!!


*Aku pun tak sangka anak aku nak tanya soklan macam tu.

Wednesday, May 30, 2012

Malikha, Then and Now # 1


Rindu pulak zaman dia kecik - kecik dulu. 

















*
*
*
*
*
*
*
*







Sama tak ? Cer komen sikit hehe.


*pasni siap lah, sebab nak tempek lagi gambar - gambar Likha masa baby - baby dulu hehe. Imbau kenangan !


:)

Wordless Wednesday # 30


Janganlah KAU rampas boifren dia.
:)



Tuesday, May 29, 2012

Nasi Kerabu For Berbuka Today


Alhamdulillah. Hari ni puasa ganti ke 5. Harap larat sampai ke petang.
Semalam punya puasa terkelepek jer nak tunggu waktu berbuka. Sebab apa ?
Sebabnya dua kali keluar. 
Aduhai... Dah lah penas terik semalam.
Banyak cakap pulak..., banyak marah Malikha.
Tu yang kering kontang rasa tekak.



Juadah berbuka hari ke 5 :
Air cincau, pankek durian dan lauk pauk masak sendiri.


BBQ Honey chicken.
Perap dengan sos BBQ, madu dan garam sikit.
Biarlah 4 - 5 jam dalam fridge.
Baru goreng.




Hari ni teringin nak berbuka dengan nasi kerabu lah..... Mummy cha kata ada kat pasar malam, MIL die memang jual nasi kerabu tapi kat Seksyen 6 nun... Larat kah mau terjah petang nanti ?



Mebeles betul pic nasi kerabu kat atas ni. Complete ! Sapa suh rajin sangat google cari nasi kerabu hehehe..


******************************


Malam tadi jumpa MIL dan kakak, abang ipar... Lepas jumpa MIL, sokmolah rasa macam tersuntik satu semangat positif... I adored sangat dengan MIL... Setiap kali duduk berbual, MIL sokmo bukak cerita macam mana dia membesarkan anak - anaknya.... Macam mana, beratnya hati dia untuk 'lepaskan' anak - anak dia ke sekolah berasrama penuh, selagi ilmu akhirat tak cukup di dada... Bila dia rasa yakin, anak - anak dia dah cukup sembahyang lima waktu, khatam Quran *bukan sekali saja...., cukup didikan dirumah, dapat mengawal diri tak kira apa saja dugaan datang.... barulah lulus dan sedap hati dia nak lepaskan anak - anak dia belajar jauh....


Kagumlah dengan semangat MIL.. Ku akui, ku beruntung jumpa keluarga hubby, kerana ku dapat mengenali dunia lain. Semoga jodohku kekal dan baik - baik saja. Ku mampu untuk ubah diri ku, walaupun masih diperingkat tak seberapa tapi alhamdulillah ku nampak perubahan tu dan yes aku ingin BERUBAH.. Biarlah orang lain nak cakap apa..nak pandang serong kita. Sampai bila kita nak duk di takat lama? Yang dah berlalu memang dah tak boleh diubah, tapi kita mampu mengubah masa depan kita. Pintu taubat sentiasa terbuka utk setiap hambaNYA. Insya Allah....



''Ya Allah, kurniakanlah kami hidayatMU dan janganlah KAU pesongkan kami 
setelah hidayah KAU berikan ''



MIL akan datang hujung minggu ni untuk bermalam dirumah kami... Insya Allah.. 


Oklah. Muthabaqqah ploppp.... ! 
Nanti kurang lak puasa arini hehehe.
Kbai !
:)


Monday, May 28, 2012

Malikha Singing ABC SONG


Dear Malikha...


Video ni Likha belajar ABC since umur 1 tahun lebih. Pastu dah lama tak layan, sebab ada banyak lagi yang lagi menarik hati. Tetiba 2 - 3 hari lepas, minat balik tengok video ni. Mama sempat rakamkan..




Setakat ni ABC Likha dah boleh hafal, nyanyikan dan sebut dari A sampailah Z..., cuma yang Likha kenal baru huruf :

E
F = fish
H = house
I
O..... 1st huruf yang dia kenal
T = Handy Manny



kalau jumpa huruf F... '' Mama, fish Mama ''
kalau jumpa huruf H...'' Mama, house lah Mama...''


yang paling sadis, bila jumpa huruf T... boleh Likha cakap... '' Mama... Handy Manny...'' Kahkahkah...., sebabnya T...kan macam tukul.... LOL.... Imagination tinggi ke langit biru ! Yang lain - lain, asyik tertukar - tukar lagi. Haih... 


Pada sesiapa yang belum jadi mak, mesti tak tahu siapa Handy Manny kan? Kliklah sini :p


Cepat Likha cepat... Banyak lagi awak kena belajar ni sayang....




Bye !
:)

Berstimbot di Restoran Tupai Tupai


Assalamualaikum...


Ni puasa ke tidak? Duk bercerita hal makan saja hehehe. Nasib baik, nikmat makan ada lagi kan...? Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi... Jangan lupa jugak tu untuk bersyukur... Kalau dah sakit, mana lagi nak ada nikmat makan kan??


Malam tadi berdinner ala stimbot dengan BFF sejak dulu sampai kini, Natasha Fareena yakni Mummy Cha tapi membiasakan dirinya ke anak sendiri sebagai Mama. Haaaa camno tu ? Ni lah first time bersua mata dengan Si bujang Mikhail Rifqee yang dah pun berusia 4 bulan lebih.... Tapi Mikhail tak berapa sihat, kesian dia agak meragam... Mama - daddy dia pun makan tak berapa senang, sambil Mama Likha dah bermangkuk - mangkuk hirup sup steambot ! Haihhhh.....


Tak kena pulak, booked tempat ber-aircond. Masa nak wat reservation tu, mintak tepat yang agak comfortable sebab ada baby kan, sekali they all recommendkan bilik aircond. Mama Likha pun oklah. Bila sampai tengok dahlah suram dan makin lama makin ramai pulak dalam bilik. Sure semua berasap dengan stimbot, takde nak sejuk mana dah. Meruap pulak.. Aiseymen ! Mikhail ok saja, cuma taknak duduk lah asik mau dikendong.....


Oklah, jom kite tengok suasana kat sana yang sempat disnap.


Harga stimbot per pax : RM 29
Includes air - ada 6 jenis air, hot drinks, dessert, ice cream, buahan, soup, nasi goreng, mee goreng, stimbot, veges, mushrooms, mee macam - macam jenis ada. Pilihan seafood pun banyak.
Pendek kata, berbaloi jugaklah :)
Panjang pulak kata, oklah not bad :p







Jeng - jeng jeng !
Mikhail bambam bersama mamanya yakni Mummy Cha !




Sup / kuah ada 3 jenis :

Tomyam
Plain sup
Air kelapa ( air kelapa dijadikan sup) - erkk !

Weols amek plain soup dengan tomyam.





Dessert table





Begitulah alkisahnya. Pastu sembang mak - mak, while pak - pak amek turn jaga anak masing - masing hehe. Tu aktiviti macam biasa.... 





Tah bila lak mau jumpa ni. Padahal bukan jauh sangat pun, tapi bab nak berkumpul hurmmm berbulan - bulan plan..... Ok, my dear fren... Sehingga jumpa lagi K... Tak puas jumpa Mikha malam tadi............. Mama Jeti tak sempat nak cubit banyak - banyak tehehehhehe..


Bye !
:)







Weekend Penuhi Dengan Makan Saja


Assalamualaikum.. my dear diary...


Hari ni sambung berpuasa ganti hari ke 4 di bulan Rejab. Weekend tak puasa, banyak aktiviti ke sana ke sinun. Sabtu kite berdua dengan Malikha sebab Papa dia ada persidangan di PWTC.. Huhhh, wat a boring day kan ?? Dahlah persidangan..., on weekend pulak tu... Katanya, banyak masa terhangguk dalam dewan tu. Hiks...


Pagi Sabtu Malikh ada class. Insya Allah later kita share class apa yang dia attend. Abis class, singgah BR. Macam biasalah untuk dia, cotton candy flavor one scoop. Single punya, junior scoop tak main. Kebetulan, ada pulak ice cream choc yang berflavor CANDY COTTON ! Wah menariknyaaa... Otak ni dah imagine, combination choc cake dengan ice cream flavor yang bercolor pepel tu.. Mesti cantik dan for sureeeee sedapppppppppppp yummeah kan !! Apa lagi, sambar terus. * padahal, memang niat asal jejak BR nak beli cake pun. Haha.. Mengidam katanya. 



Pastu singgah tapaued Nasi Ayam sedap di Restoran Zai Sec 7.... Waaaaaaaaaaaaaa * arini puasa lahhh ! Serius sedap. Sama sedap yang kita buat lalallalala.. * taknak kalah :p




Malam berdessert bertiga... Kan bertiga lagi baik :)



RM 55.
size 2 - 4 pax.
Bukan untuk apa - apa occasion, tapi dah nak makan nak tunggu occasion apa tu.
:p

Homaigod.... homaigod !
Melt melting melted !!
Yummeah sangat !
Sekali hadap 3 beranak !
Banyak nauu makan heeeeeeeeeeeeeeee.



*
*
*
*
*
*

Maggi tomyam.
Dah lah pedas buh lagi cili api bebanyak.
Sedapp jugak, walaupun main campak jer. 
",)





Ahad, semalam banyak jugak urusan di Subang. Lepas setel semua, lunch di Asam Pedas Mimpi Muar di Mutiara Damansara.... Nak pergi Melaka semata makan asam pedas, not worth dah sekarang ni hehehe...




Penuhi perut lagi dengan Durian Pancake. Ni dah ke petang dah. Pertama kali try makan, not bad... :)




Mini pavlova pun ada... Nice taste... Tapi for me hurmmmm cannot go kot..., sebab kita bukan penggemar cheesy - cheesy macamni.... Dah try sekali, oklah dah tahu rasa dia macam mana kan? Hiiihihhi... Cheese cake pun kita makan siap uweeekkk uweekkk, taktahu lah buruk tul pangai.




Dan malam disudahi dengan stimbot di Restoran Tupai - Tupai Shah Alam bersama family dan my BFF sefamily.....




Wah, penuh cerita makan.... Makan satu keperluan kan? Hehehe.. Ada yang masih berpuasa ganti atau sunat? Maaf yer, tempek gambar - gambar food lak hehehe..


Oklah, bye !
:)

Saturday, May 26, 2012

Berpuasa Ganti di Bulan Rejab


Alhamdulillah, dah berjaya ganti puasa 3 hari dibulan Rejab ni... Ada lagi balance 3 - 4 hari.. InsyaA llah, tiada masalah untuk perabiskan puasa ganti yang masih berbaki :)


Pastu, kalau rajin kita teruskan dengan puasa sunat bulan Rejab. Tak susah pun, sebab ari - ari kat rumah ni pun bukan makan minum sangat pun. Baik puasa kan, dapat jugak pahala dan ganjarannya amat besar berpuasa sunat di bulan Rejab ni.. Insya Allah :)


Hari pertama, berbuka dengan kurma, mee goreng basah dan air tembikai laici... 



Hari kedua berbuka dengan kurma, nasi kukus ayam berempah section 7 dan air pink guava. 



Mood nak masak takde lah sekarang ni... Hubby pun oke je, tak galakkan masak. Dia terlebih rajin nak siapkan juadah berbuka untuk wife dia. Petang sebelum balik kerja, dapatlah SMS dia tanya nak berbuka apa. Kalau kita takde idea, dia yang bagi suggestion... :)


Hari yang ketiga berpuasa, yakni semalam.. Haaaa amekaw... Meriah meja makan, macam esok dah nak raya. Hiksss... Ikan siakap tiga rasa, sup ayam, kailan ikan masin, daging goreng kunyit dan sambal belacan..... dan air laici.... 




TQ pada Pejah, one of my good fren yang sudi reply SMS kita tentang puasa ganti dibulan Rejab :)


Tengok sekarang, TV duk sibuklah bercountdown nak Euro... ehem bagaimana dengan Ramadhan ? Ada yang countdown tak? Bulan yang dirindukan oleh kita semua. Insya Allah, 55 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan...


Selamat berhujung minggu semua. Weekend tak puasa lah, kang nak gi situ sini hehehe..
Lots of love !
Bye !
:)

Friday, May 25, 2012

Cik Ti Now Is Back


Salam Jumaat :)


17 April 2012 - hubby accident. Save the date...


Alhamdulillah. Lepas hampir 6 minggu, kejadian itu... Cik GTi kita semua sudah kembali ke pangkal jalan tempat sepatutnya dia berada. Ewahhh ! Lepas pung pang pung pang, seminggu sekali gi workshop buat site visit tengok cikTi dioperet, ahernya semalam cikTi kembali. Seperti keadaan sebelum ni, tapi rasanya lebih tip - top hehehe... So all sedih - sedih gone :)


Alhamdulillah. Selama 6 minggu ni, nak kata patah kaki tak jugak, sebab hubby dapat guna keta abg dia, tapi jarang sangat dia guna.. Nak jugak berebut my kekasih gelaptu hehehe... Agaknya lebih selesa kot, daripada pakai keta orang...


So, anw biarlah kejadian ni sekali ni jer berlaku dalam hidup kami. Siapa yang mintak nak accident dan diaccidentkan ? Betul tak. Takde sapa pun nak.. Harapnya lepas ni, hubby drive secara lebih berhemah, fikirkan orang lain dan orang - orang tersayang juga. Walaupun masih berdarah muda, tapi tu kena ingat tu..... Biar semuanya jadi pengajaran :)


Ni nak share sekeping jer gambar yang sempat Mama Likha snap masa kat tempat kejadian. Sipi - sipi sudeh lah. Hubby bukan tak kasi, alasan dia.. ''Takut nak jual nanti, takde orang nak beli keta dia. Hahaha..'' Konon kereta dah bekas accident lah kan... :p



Sipi sudah lah yer.
Kat left side tu, memang rabak habis.
Dah nak jadi Optimus Prime dah gayanya.
:p
Asben next to car yang a bit trauma pagi tu.
Hehe.

Oklah... itu saja.. Yang lain semua ditanggung beres insurans. Hubby terima balik cik Ti dia sebijik segolek macam tu saja tanpa kuarkan duit satu sen. Tu untungnya kan? Till then....., Hope cik Ti kita ni akan terus berjasa untuk kami. Untuk kami.. Untuk kami.... Thank you....


Bye !
:)

Thursday, May 24, 2012

Susahnya Nak Solat Berjemaah


Salam Khamis :)


Rasa macam nak share pulak gelagat MALIKHA waktu solat. Kalau nak ikutkan kiteorang sekarang cuma ada masa solat berjemaah waktu Maghrib - Isyak je. Tupun bukan hari - hari. Susahkan nak dapatkan fadhilat solat berjemaah tu.. Malikha pun time ni lah dia akan join weols solat sama - sama. Time ni lah kita akan suruh dia sarungkan telekung dia dan solat sama - sama.


Tapikan sebenarnya nak cakap rahsia, dah agak jarang aku dapat solat jemaah dengan suami. Kadang - kadang aku solat dulu Maghrib pastu tunggu lah kanda dia nak mandi dulu ke apa, then baru lah nak baca Yassin ke apa. Kadang - kadang lepas tu, aku terus solat Isyak ( bila dah masuk waktu ) dia main dulu dengan anak dia. Pastu bila turn dia solat Isyak, aku paksa lah Likha ikut Papa dia solat.


Kenapa aku dah jarang jemaah dengan suami ? Kena tengok mood Malikha. Aku tak tahan lah tengah berjemaah, macam - macam lah gelagat dia. Mana nya aku dapat kusyuk tu? Aku pernah sampai terkekeh - kekeh duk gelakkan dia, walhal time tu toklaki duk jadi imam ni. Haaaaa. Dulu masa baru pindah rumah baru ni, aku berjemaah dengan toklaki, baru je dalam rakaat kedua, dia dah tinggalkan Iphone die, pastu die boleh g amek air masak, aku memang simpan dalam tupperware * saja standby dalam bilik kot nak minum memalam kan..., silap aku time tu letak kat tempat dia boleh capai... aku yang tengah berjemaah ni duk pasang telinga je apa dia nak buat, aku dengar dia minum air, atas katil ni, pastu agaknya die letak kan tilam senget tak rata, air tu tertumpah... keluar lah dari muncung dia, maybe dia tak sempat nak tutup balik... Dia siap '' Ya Alllah, tumpah...!! '' aku dah cuak dah... *HAAA MANA AKU NAK KUSYUK SOLAT ???..., pastu dah air tu tumpah kan??? Die pergi lagi tumpahkan semua.... dia tuang - tuang semua.. Aku plak aduhaiii terkekek aku gelak, hati pulak cuak kemain sebab Iphone ada dekat dengan dia jugak. Confirm air kena Iphone !! Masya Allah, memang besar betul dugaan nak berjemaah bila ada anak kecik ni... Toklaki aku pun lahai, berhemah sungguh bila berjemaah, bukan nak laju - laju tak hahaha time tu geram lah. Tak cara dah jemaah ke apa. Abis je salam akhir, aku terus terkam dia !! Time tu sebedung air bertakung atas tilam ! Terkam Iphone, seingat aku kena air, aku cepat - cepat sedut air guna hair dryer ! Dengan tilam - tilam sekali aku keringkan !



Haihh.. Memang cobaannn... .!! 


Pokoknya, nak berjemaah kena tengok mood dia. Slow talk dengan dia, sekarang kan dia makin paham dan mudah diajar. Tapi, dah namanya budak ! Tetap budak jugak. Orang baru angkat ALLAHUAKBAR, dia dah tunduk betul - betulkan sejadah. Kalau sejadah tu tak betul, dia marah - marah sekejap. Pastu dah Papa die sujud, dia gi amek kopiah Papa dia gi buh atas pale aku. Haaa macam mana aku nak tahan? Kalau boleh, time tu jugak nak gelak goling ! Tu belum lagi part berebut dan cabaran nak baca Yassin :)



Ni yang aku sempat amek, time aku paksa dia solat dengan Papa dia. Paksa dalam untuk mengajar. Ni mood very good, ikut jer...


Rukuk

Sujud.
Tak pakai kain, sebab telekung besar dan labuh.

Antara dua sujud.
" Gatal kepala lah pulak "

Tengok kaki pulak.

The best part bila berdoa.
Dulu aku ajarkan doa mudah untuk dia.
" Ya Allah, Allah sayang Papa, Allah sayang Mama,
Papa sayang Mama, Mama sayang Papa,
Papa sayang Ikha, Mama sayang Ikha,
Ikha sayang Papa, Ikha sayang Mama
Amin "

Time nak tidur, dia akan baca lepas baca doa tidur.
Berulang - ulang dia baca. Walaupun tunggang langgang dan terbalik pun.
Tapi ada masa kena ingatkan.
Ajar doa yang mudah dan senang.
Dan kerana doa anak kecil dimakbulkan Allah.
Insya Allah.






Ada masa, aku kena cari alternatif lain bila aku memang perlukan masa untuk solat berjemaah, baca Yassin atau mengaji dengan hubby. Ada masa dia terang - terang taknak solat, dia cakap nak main dalam bilik dia, aku cuma bukakkan lampu, kipas then dia main sorang - sorang dalam bilik dia. Kalau dia taknak main, aku siapkan susu. Tengoklah kalau lewat petang tu dia belum minum susu, siapkan susu dan Iphone dia. Pastu apa barang yang boleh attrack attention untuk dia main yang buatkan aku tak kusyuk aku simpan tinggi siap - siap. Contoh : macam bekas air aku lah. Hehehe. Serik dah yang tu !


Ni tak tahu bila.
Siapkan susu, cekodok ( time ni goreng cekodok kot ptg tu ) dengan Aipong dia.
Pesan siap - siap kat dia.
Huuu..

Bukan takat pesan kat Malikha, pesan kat Toklaki sekali... '' By baca cepat - cepat sikit, jangan nak baca surah panjang - panjang..'' Huhuhu tak baik betulkan !! Sebab tu lah, baik aku solat dulu, pastu kau solat pulak. Tehehehehhe....




Dari Abdullah bin Umar, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : "Solat berjamaah itu melebihi fadhilat solat bersendirian dengan dua puluh tujuh (27) darjat" [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]



Nabi bersabda, “Suruhlah anak-anak kamu solat pada umur 7 tahun. Dan pukullah mereka kerana meninggalkan solat pada umur 10 tahun.” (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim) 





Begitulah kisahnya.... Cabaran dan dugaan nak solat berjemaah. Semoga Allah permudahkan urusan kami dalam mengajar anak solat.... Bukan senang, kita yang tua pun kadang - kadang liat nak solat, inikan pulak budak - budak.... Masa sekarang belum wajib lagi, tapi tak salahkan melentur dari kecil.. Insya Allah... Semoga Malikha menjaga solat dia bila besar nanti.... Amin.


#entry BUKAN bajet ustajah!


:)