SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, July 27, 2012

Teraweh Pertama Bersama Malikha


Salam Ramadhan 7.


Tak ingat, puasa ke berapa bawak Likha ke surau As Salam di Setia Damai. Ingatkan nak bergilir - gilir je dengan Papa dia. Kalau Papa tak pergi, Mama nak pergi so Papa boleh jaga Likha. Tapi malam tu, Papa kata bawak je Likha. Kita pergi 3 - 3.


So oklah... Kat rumah pesan siap - siap kat dia. Nak pergi masjid. Kalau dulu - dulu, nampak masjid, dia panggil Insya Allah.. Huuuu taktahu kenapa hahaah. Tapi sekarang dah pandai, panggil MESJID. Huhuhhuu..



Sempat snap pic.
Bawak aipong dia, takut dia bosan kan ?


Nak kata huru hara, tak jugak. Dia berjaya menyudahkan solat jemaah Isyak jer. Tupun, masa berdiri, dia duk joget pusing - pusingkan telekung dia konon - konon like princess. Bila sujud pulak, boleh main ciku cakkkkk dengan Mama dari tepi. Sabau jer lahh......  Nasib baik, jemaah pun tak ramai, sebab surau jer bukan masjid besar.


Dah abis Isya', bukak telekung semua.. Taknak pakai dah. Panas agaknya.


Pastu dia ke hulu ke hilir macam tu ler. Surau tu buat 8 rakaat, baca juzu' besar tapi pendek - pendek. Belum pukul 10 dah siap sekali sunat witir. Tapi bila nak masuk ke rakaat 6, dia dah mula berkenalan dengan sorang kakak tu. Umur dalam 6 tahun kot. Dari awal dah usha, mula - mula jual mahal, lama lama kakak tu melayan dia. Duk main - main, mulut tak berbunyi...... Tapi bila rakaat last ke 8 tu, haaa mula main hide and seek. Duk mengekek - ngekek gelak.. Adoyai...


Mama siapkan witir, dia dah mula main kat tangga dengan kakak tu. Siap - siap pakai selipar nak turun kat padang bawah tu. Cuak dahhh ! Dalam hati dok doa, janganlah anak aku turun dan pergi jauh.. Sebab kat bawah tu, ramai lagi budak - budak duk main kejar - kejar.


Aduh, mencabar betul ! Berpeluh ketiak nak abiskan hihihi. Walaupun banyak cabaran, alhamdulillah berrjaya selesaikan teraweh malam tu.. Pastu tak pergi dah... Tak tahu lah. Rasanya tahun depan, baru dia betul - betul boleh dibawak kot kan ??


Bye !
:)

14 comments:

BeRRy MuMMie said...

thumb up utk ztee n malikha didik ank dr awal

ieedaz @ mama_isha said...

cayalah mama likha berjaya bwk likha gi surau..
mama isha je tak berani lagi nk bawak, nak pulak papa isha bekerja shif kan, lagi la payah...;p

Zefa NorAsmara said...

Malikha baru 3 tahun kan? Ok lah tu dia mahu tgu sampai mamanya habis solat. Ada stgh budak sampai menangis2 sbb lama tgu.. :D

kakchik@ella said...

teringat masa Aiman kecik. bawak dia pi solat tarawikh. Camtu la perangai dia. kdg2 geram. tapi menghiburkan.

Dira said...

sejuk ati tengok malikha..chomel sgt!
Singgah kedai saya
Singgah kampung saya

aTy _faRed~ said...

heheheh..memang mencabar jer..bace pon ley rase..;p tapi ok ar malikha tak lasak n tak bising..cume risau die main kat luar jer kan..:) anak pompuan senang sikit nak control ek.. i ni tak tau ar nanti anak lelaki..tak sabar nak soh ikut pak nyer gi mesjid..tapi kalau main bising2 tu..haaaa...macamane nak control...:)

Mama Likha said...

berrymummy : hurmmm tq hehe

Mama Likha said...

ieedaz : tk berkesempatan terawekh lah yer? tgu lah die besar skit, ni pun pening kepala..

Mama Likha said...

kak zefa : itulah.. rasa mujur dah, sbb die mmg tk nangis pun... suka pulak sbb ada kwn huhu

Mama Likha said...

kc : hihi geram kan ! btullah kata kc, geram tp mhiburkan.. mcuit hati dgn gelagat die tgk org ramai2 berjemaah. pelik heran smua ada, pastu tk kisah dah

Mama Likha said...

dira : tq dira. nti kite singgah :)

Mama Likha said...

aty : itulah aty... risau.. tah kusyuk ke mana dh pergi nyer haha. alah.. qaleef lmbt lagi tuuuuu... huhuks

shark said...

comel :)

syafisyifa' said...

Hehe klaka la likha...