SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, August 31, 2012

Gambar Dan Kisah Raya 2012

Belek - belek album ada lagi gambar - gambar masa raya aritu. Amek suka - suka then tempek pun suka - suka kat sini.



Ni namanya takde kerja, cari kerja.
Pastu Mama jadi mangsa suh amek gambar dia cam gini.



Tengah nyanyi lagu Adele ''someone like you'' kot.




Alhamdulillah. Time orang takde, Malikha boleh lah beramah mesra dengan moyang dia, TokNekWan. Kalau ada ramai orang dia rimas. TokNek nak cuit pun tak boleh.
Duk ajar TokNek main puzzle princess :p
TokNek tak nampak dahhh citttt katanya Toknek Wan.



Orang duk layan lagu raya kita duk pusing lagu Adele.
Later nak share video Mektok nyanyi lagu Someone Like You dengan Set Rain On The Fire.
Huh !!



Fitting baju raya yang Ciklong hadiahkan.
Cantik dan sedang molek dengan dia.



Gambar - gambar di bawah masa hari kejadian Iphone Malikha hilang. Raya ke 4. Mama duk bergelumang melayan PMS on the same day tu.. Dah beranak pinak pun, ada lagi PMS uhhh..



Duk transfer gambar raya dari Iphone tu ke lappy.



Tah Malikha nak apa time ni.
Agaknya dah tahu kot Iphone dia bakal hilang.


Lunch time.
Iphone still ada. Arrow kuning tu. Huhuuuuu.


Pastu duk keluar masuk bilik sambil trasnfer gambar sambil layan sakit perut, dalam lepas Asar gitu family 'pencopek' Iphone tu pun sampai.... Sobsobsobsob....


Ni last day kat rumah my parents. Nak check out dah. Esok paginya nak bertolak lik Shah Alam dah tapi jalan - jalan Tganu dulu... *next entry... Tengah nak isi barang - barang masuk keta, sempat snapped pictures lagi... Kebetulan photographer ada duk junjung kamera ke hulu ke ke hilir... :)





Tu dia photographer kita, Lola @Wan Ainul Ahlam.
Anak buah kesayangan merangkap cousin Malikha.


Sepupu Malikha juga, Kak Emylin Nabila.
Kak Emy suka sangatlah melayan dia.
Sebab kak Emy lah, Malikha panggil Mama dia ni '' Makngah'' hahaha.
Kadang - kadang tu ''Mummy''..
Hih !




TokBah pun ada tyme ni.
Sebelum bersalaman - salaman dengan semua.
Missed them already !
sobbbsobbbbbbbb tskkk tskkk.
Walaupun dah berfamily sendiri, homesick - kampungsick tatap hado !
Lambatnya raya haji, tak sabar nak lik kg !
Ada projek mau bikin kat sana...




Ni kat Bukit Jelutong, beraya rumah Ciklah a.k.a Toknek Lah Malikha.... Ciklah adik my Ummi. Ciklah pun macam mak sendiri dah, sebab sebelum kahwin Mama Likha duk rumah beliau lah. Bujang takde orang nak jaga time tu kan hehehe.. menumpanglah kita rumah orang hehe sebelum moved to Kota Damansara then tak lama tu terus disunting dek kumbang. Kumbang yang sekarang ni lerr, sapa lagi :p




Semperit Cikah sangat perfect !
Terbaik.
Hadap sorang jer hihi...
Tengoklah tangan sapa yang buat kan ?
:)



Ciklah hidangkan nasi dagang dengan laksa penang.
Terbaik. Makan nasi dagang lagi.. 
:)



Otw balik dari Bukit Jelutong. Muka happy dapat makan nasi dagang... Ala knonlah makan sangat ! Time raya aritu Malikha memang takde selera makan nasi... Ada lah sekali dua mintak tu bila mintak tu memang nak makan betul - betul ler. Kalau tak, jenuh dipaksa... Paksa - paksa pun kalau taknak, tak makan jugak. Makan benda ngarut gitu lah dia, maruku ler.. kuih raya lah..., tu pun cubit sikit - sikit jer. Pastu dia macam cerry berry.... . 4 - 5 hari jugak ler duk buat 'kuih cair' hahahaha.. Tettt !! Tapi takde yang membimbangkan, tak bawak gi klinik pun. ToknekWan kata takpe, takde benda nak dirisaukan .. Dia nak beralih bulan tu nak ringankan tubuh die. Huhuhu dah tua - tua macam ni nak beralih bulan lagi erkk?




Jap tu terus ketiduran ! Penat beraya hehehe..




Kenangan tercipta. Bye !
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.
Selamat Hari Merdeka yang ke 55.... Sudah merdekakah kita? Tepuk dada, tanya diri sendiri....
:)

2 comments:

ieda said...

aloor comelnyaa malikha ..
sama comel ngan mak nyeee ;)

syafisyifa' said...

selamat hari kemerdekaan Malaysia