SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, September 28, 2012

Kuning Si Masak Lemak Ketam


Pagi tadi pergi pasar. Dah lama ok tak pergi pasar. Daripada bulan puasa sampai ke bulan Syawal, ni lah baru jejak pasar semula. Keciwa lah kalau pergi Giant, ikan mata merah semuanya. Ada yang longgok bawah ais, macam baru letak tapi bila pilih - pilih belek - belek, ikan dah nak lebu sebenarnya. Pastu duk beli ayam jer sokmo. Kalau nak makan ikan, memang pasar jelah tempat terbaik. Ikan segar - segar, baru lagi.



Nak kata kita pandai sangat pergi pasar, tak jugak. Kalau dulu, tah apa yang diborong kat pasar. Bawak RM 200, RM 200 boleh habis. Duk beli sayur berdaun, semua tu bukan leh tahan lama. Last sekali dah layu masuk tong sampah jugak. Hurm.



Makin lama, makin pandai membeli kat pasar. Ada yang sekali pergi kita habis RM 80. Sikit lah tu bagi kita. Tadi kita bawak RM 150, kite membeli semua dalam RM 120 tu pun sebab beli magazine 2 bijik dekat RM 20 dah. Kite beli serba sedikit. Ayam sikit, daging sikit, udang sikit, ketam sikit, ikan kembung 6 ekor ikan selar sekor *sekali dia tak siang ikan selar haih macam mana lah nak siang ni.., sayur serba sedikit. Boleh lah stok untuk dua minggu. Tapi yang perasannya dalam banyak benda, sayur lah kot yang mahal.



Macam nak beli sayur, kita suka pergi beli kedai lain - lain. Beli kat kedai ni sikit, kedai sebelah sikit. Kongsi - kongsi hehe. Sebab akak - akak tu baik selalu tegur Likha, jadi kite tak tergamak nak beli borong kat satu kedai tu jer. Tadi beli kat kedai pertama, satu plastik RM 15, kedai kedua RM 7.30. Tah apa yang dibeli, nak kata banyak tak jugak.. Tapi tulah hakikat yang sebenarnya..., harga barang bukan macam dulu lagi.



Baby 'lemak' terasa nak makan ketam pula. Ketam kita bukan pandai pilih pun. Kita tengok sama je mr crab ni. Abang tu yang pilihkan 2 ekor. 2 ekor cukuplah kita makan sorang je. Papa Likha tak makan ketam. Mula - mula dia pilih, satu betina satu jantan. Heheh kita pun aikkk speechless... Oh kita nampak yang betina lagi gemuk, pastu dia cakap takyah betina, amek jantan dua- dua deh. Huuuuuhuuu kalau tak cakap kita pun tak tahu lah :))





Dua ekor ketam gemuk ni RM 15 okey. Alhamdulillah, rezeki aku dan rezeki untuk penjual tu arini. Dia siang siap - siap. Manalah reti ku nak proses ketam. Balik tinggal nak cuci - cuci bersih sambil selawat jer hehe.






Tara..... Siap Ketam masak lemak. Gemuk ketam ni, isi dia sedapnyaaaaaaaaaa. Tak reti nak guna ayat yang betul untuk ketam hihi. So far, reti masak lemak je lah. Tengok orang masak sambal berlada ketam tu macam menarik jugak. Nanti - nanti boleh cuba.


Ada lauk lain lagi kita masak arini. Yuols masak apa arini. Surirumah macam ni lah hehe. Time mood rajin masak, maaaaasak je kerjanya. Time boring masak, makan kat luar. Ubah selera kadang - kadang :)


Selamat berhujung minggu. Apa plan ? Macam nak bawak Malikha swimming lah, dah janji dengan dia kalau sihat, Mama bawak swimming tapi tengok sehari dua ni duk hujan jer kan ? Kalau nak swimming kat mana yer best ? Melaka Wonderland ke apa tah namanya kat Ayer Keroh tu best tak ? Kite pergi dekat - dekat dah. Kalau tak minggu ni, insya Allah minggu depan ada lagi. Mama pun rasa nak berendam je ni hehehe.


Ok all.
Bye.
Take care !
XoXo




Alhamdulillah, Back To Normal



Alhamdulillah, semua dah kembali sihat. Malikha lepas sakit mata tu, rupanya sambung buat 'penyakit muntah - muntah'. Minum susu muntah - minum susu muntah. Macam allergic susu. Sampaikan Mamanya nightmare tiap kali nak bagi dia susu. Dianya nightmare sekejap jer. Yang tak tahannya, dia elok jer minum susu, tak sampai 5 minit... blurppppp sendawa sikit... Bussshhhhh abis keluar balik susu yang baru jer minum. Masalahnya bila dia muntah, die macam seolah tak bernyawa gitu, macam kalau baby kecik yang lemas susu kan ? Merah muka - muka, sambil tepuk - tepuk belakang, dah abis muntah tu baru die jerit kuat. Tu yang Mama panik sokmo.


Lepas jer muntah, molek - molek jer dia sambung joget ke apa. Huh !


Ahad tu, bila nampak dia tak stop lagi muntah, bawak gi klinik Dr Toh lagi. Kebetulan Papanya pulak outstation ke Kuching pagi tu untuk satu malam. Terpaksa lah sorang je bawak dia. Cek - cek, rupanya doctor cakap sekarang ada virus apa tah kat Setia Alam ni, merebak melalui udara. Dah banyak kes seminggu dua ni jumpa dia, muntah dan cirit. Malikha pun pagi Ahad tu lah start cirit birit, tapi tak teruk. Doctor suruh stop antibiotik yang Malikha duk makan, masa pergi sebelum tu doc bagi antibiotik sebab tekak dia putih - putih kena jangkitan bakteria. Hmmmm, kalau continue lagi dengan antibiotic, muntah dia getting worst.


So, doc bagi ubat tahan muntah dengan ubat angin. Dia pun asyik mengadu sakit perut. Susu pun doc suh minum dalam kuantiti yang sikit. Mama buat susu die yang botol 2 oz tu je hihi. Sampai sekarang duk nak minum dengan botol tu, botol cute katanya.


Gerun ok, bab - bab muntah ni. Kesian kat dia. Macam orang lemas.


Mata pun dah baik. Tq very much pada yang prihatin bertanyakan khabar Malikha kat komen, whatsapp, SMS. Yang tak prihatin takpe, banyak benda lain lagi nak fikir kan hehe. Ada yang bagi tips, titikkan susu ibu dekat mata. Dan ada jugak yang suruh Mama Likha cari air zam - zam dan titikkan dalam mata. TQ - TQ all... Bab susu ibu tu mana lah Mama Likha nak cari.... Ubat mata yang doc kasi pun sempat pakai tak sampai 2 ari, lepas tu taknak dia, pedih katanya.. Mama pun pedih gak, pedih hati tengok Likha sakit - sakit. So, Mama tahu takkan ada lagi peluang untuk cuba titik - titikkan apa lagi ubat / penawar dalam mata dia. Payah sikit dia tu. Alhamdulillah, tak sampai lima hari, matanya baik sendiri...


Tu belum bab makan ubat. Dengar je nak makan ubat..., hok duk joget riang gembira tup - tup senyap. Cari - cari tak jumpa. Belakang langsir lah jawab dia. Kadang - kadang Mama naik angin, kadang - kadang Mama geram, kadang - kadang Mama sama naik nangis dengan dia. Bukan Mama nak suap sangat pun ubat untuk Likha, tapi Mama nak Likha baikkkk jer. Susahhh bila orang jarang sakit ni.



Seminggu lebih under medicine pun, macam baru first day makan ubat. Sabar je lah Mama.


Papa balik dari Kuching tah bawak penyakit apa, sakit demam pulak. Boleh kira dengan jari kaki tangan, berapa kali jer dia tu sakit demam. Tapi ni siap berMC bagai. Orang tua bila dah sakit demam, lebih daripada anak kecik peelnya. Makan semua tak lalu, loya pening, gastrik, angin dalam badan hurmmm mengalahkan orang pregnant. Bercakap pun taknak, lemahhh ya amat, tengok bola buleh pulak ''GOLLLLLL !!'' Huhhh ! Hihhhi.


But today, alhamdulillah... Semua dah balik macam biasa. Alhamdulillah. Sakit demam adalah ujian dari Allah... Doaku, biar family ku sihat - sihat selalu, jauh dari sakit demam dan Mama sihat sokmo senang nak uruskan family. Kalau tidak, tak tahu lah.....

Thursday, September 27, 2012

Rupanya Tak Hilang

Hai blog.


Rupanya aku kalut betol !
Duk kecoh - kecoh satu barang hok beli kt Guangzhou hilang, rupanya ada lah !
Hahaha.
Ya Allah, syukur sangat rezeki tu masih ada.
Sayang sangat...
Tak kisah lah mahal ke murah, tapi kita sayangkan 'benda' tu..
Tambah - tambah beli nun jauh disana.


Masa kecewa ingatkan hilang tu, asben siap cakap nanti kita beli yang baru.
Bukan masalah nak yang baru. Tapi yang dah 'hilang' tu mana nak cari ganti.
Kita duk sedapkan hati saja.
Takpelah, barang yang hilang boleh dicari ganti.
Bukan hilang benda yang 'tak boleh diganti...'


Alhamdulillah, rezeki ada !
Hih careless lah sangat mata ni hihi.
Kita happy, hubby happy, Malikha pun happy.
Malikha pun duk ingat dia yang buat hilang kihkihkih.


So...? Takyah p Gz lagi lah eh. Huuuu
Tq....
Ya Allah.

Open House - Final Syawal 2012


Sebenarnya entry ni dah lama terperap kat dalam draft. Tah rasa malas nak publish. Tapi dok pk dua kali meh lah publish today. Bukan entry penting pun, sekadar kenangan di kemudian hari. Ye dak? Hehehe.


Dok abis - abis lagi citer Hari Raya. Uh...


Daripada blog kosong, nak menceceh macam orang lain takde modal sangat, tak reti sangat nak karang - karang, sebelum mood terus terjun gaung, maybe untuk 4 - 5 bulan akan datang * who knows kan... so marilah kita update walaupun cerita dah basi :)


Ni open house minggu terakhir Syawal. Yang cuti 3 hari sekali dengan Hari Malaysia 16 September tu. Boleh dikatakan minggu open house untuk kaum keluarga.


Rumah Cik di Ampang.

Cik ni adik beradik tiri my Mil... So merangkap tok nenek Malikha jugak lah... First time Likha dan Mamanya sampai rumah Cik.


Tak suka pakai baju kurung royal blue cotton ni.
Macam baju pinjam.
Rupanya bila amek ukuran balik, my tailor kata kite dah banyak kurang.
Pinggang kurang 2 inci, bumps pun kurang 2 inci., dada kurang 1 inci *eh makin mengecil ke ??? ^____^
So, my tailor dah amek new measurement untuk baju kurung Raya Haji nanti... !
Yay !






Konvoi 3 bijik kereta,kebetulan Mil dan kakak ipar sekeluarga dari Kota Bharu ada. Bila first time pergi open house dan acara makan - makan rumah Cik, macam - macam makanan ada.. Siap nasi kerabu, mihun tomyam, mi kari, yong tau fu, macam - macam kuih, western kambing bakar dengan macam - macam of side dishes, ABC dan sangatlah heaven hehe. Dorang cakap, Cik kalau buat makan - makan, memang style gitu, mewah varities of food :))



Malikha seronoklah ada sepupu sepapat yang melayan dia. Mekap tu, siap ber eye liner bagai hehe. Mekap ( read : Wekap by Malikha huhuuuu )




Malamnya lepak di rumah kakak ipar. Kata Mil datang kan ? Kebetulan esoknya dorang pulak buat open house. So tolong lah dulu apa yang patut. Angkat meja, alih meja, tukar kusi hehe..




Rumah Paksu Piza di Kayangan Heights











My paksu buat kenduri doa selamat dan solat hajat. Majlis start kul 11 pagi lagi, tapi weols kul 1 baru terhegeh - hegeh nak pergi hehe. Kebetulan, my daddy pun ada di Shah Alam, so daddy pun datang jugak. Tapi beliau datang kemudian dengan Maksu Ja Likha.

Daddy, Pakcik Azim dan Ayah Chik.

Kalau tak kerana open house begini, tah bila nak jumpa pakcik makcik semua kan..? Ye lah, memasing bz katakan... Yang bestnya, color theme rumah Paksu sama dengan my baju hari tu. Pink +  silver ! Hahaha. Ada jodoh nampak ???! Kuwangggg - kuwanggg - kuwangggg.




Rumah Eja di Desa Coafield.


Eja buat - buat makan untuk mengeratkan silaturrahim katanya. Bukan open house hihihi... Eja dan family jamu laksa johor, rendang dan nasi impit. Weols jamah serba sedikit, still kenyang lagi. Sedap sangat laksa johor kan. Pertama kali ku cuba...








Rumah SIL di Shah Alam





Takde amek gambar banyak sangat pun. Makanan pun macam - macam SIL cater. Sedap... ! Tahun depan, jamu lagi. Bab makan no 1 hehehe.



Itu je. Tutup kisah raya, insya allah umur panjang tahun depan kita jumpa lagi yer. Tq very much pada sesiapa yang mengundang tahun ni.... Harap tahun depan, jemputlah lagi hehe.
Bye bye.... !

 :)

Friday, September 21, 2012

Demam Selsema dan Sakit Mata


Likha tengah tak sihat sekarang ni. Since weekend ada selsema. Maybe berjangkit dengan ' adik badik' dia, Fiyya dan Yaya. Tak kisah lah bukan orang lain jugak pun. Nanti baik lah tu. Fiyya memang - memang sah sakit mata, kesian tau si kecik tu... Mama Eja satu family pun demam selsema, memang musim sekarang ni. Ni pun duk hujan panas hujan panas, tu yang mudah kena penyakit tu.


Jumaat lepas, bawak si kecik Fiyya ke klinik.
Mama Likha kan suka bergigam dengan anak - anak.
Bihihiiiii...


Semalam pagi baru gi Klinik Dr Toh, bila tengok mata dia dah melarat dan selsema pun tak benti - benti. Dah kasi ubat pun yang beli kat farmasi masa nak raya aritu, tapi tak nampak jalan nak baik. Selsema ni memang lah, kalau dan kena lambat nak stop. Demam pun ada satu malam tu panas badan risau, terus tempek Cool Fever.


Sejak tak sihat, tiap - tiap malam muntah masa tengah tidur. Kesian sungguh, merah muka. Tidur elok je, tup  - tup tersedak, batuk pahtu selambak muntah. Aduhai.... Mama paniklah. Harap - harap malam ni takde muntah - muntah lagi. Dah 3 ari straight Mama cuci blanket, kain alas siap bedsheet semua sayang..


Bab nak makan ubat pulak, payah lah. Dia jarang sakit. Jarang makan ubat. Siap ugut - ugut lagi nak abiskan ubat berjenis - jenis tu. Ni sakit mata, siap kena titik ubat mata lagi. Dah kena infection..... Hurmmm, first time titik ubat dalam mata dia.. :(



Tapi alhamdulillah, walaupun tak sihat dia aktif sokmo. Macam biasa. Takde nak risau sangat.







Semoga cepat sembuh ye sayang. Gerun Mama nak tenung Likha lama - lama kalau macam ni :(



Friday, September 14, 2012

Bye - Bye Guangzhou and Tips Sharing


Hari ke-empat, weols bangun semata - mata untuk terus balik Malaysia. Pagi - pagi lagi okeh. Kul 530 pagi dah bangun termenung, tak tahu nak buat apa sebab barang semua dah setel packed. Berjanji temu kul 6.15 di lobi hotel. Sebab weols amek bus ke Baiyun Airport jam 6.50 pagi. Bayangkan.. Hihihi... Malikha memang tak mandi lah, tukarkan baju diapers dan angkat dia yang tengah syiok lagi tidor.





Lepas setel urusan check out, alhamdulillah all went smooth, terus tunggu shuttle bus kat 7E. Tepi hotel weols saja. Safarah pergi beli tiket bas dekat building depan. Same price masa weols datang aritu iaitu 21 yuen seorang. Malikha free lah.




 Segala bag, barang dan kotak yang weols buat balik Malaysia.
+____=


 Baru jam 6.30 pagi waktu ni.
Dah cerah kan ?
Tapi tak bizi lagi pun.


 Building background my hubby tu shopping mall yang harga dia mahal sikit lah.
Tu pun weols tak sempat nak jejak ke sana.
Tak cukup masa.
Kaunter tiket bas kat dalam bangunan tu lah. 





Time naik bus, budak ni bangun. Makan dulu apa yang patut. Otw ke airport, rupanya kita akan lalu lagi kawasan Leather Centre. Baru nampak jelas dari bus, banyak lagi bangunan - bangunan untuk leather centre. Wahhh !! Menarik....! Next time yer.




Sampai airport awal, maybe sebab pagi kereta tak banyak lagi. Sian Papa Likha, kena angkat semua bag - bag tu. Iyelah, sian jugak dorang kan. Dah lah penat bawak kita jalan huhu. Takpe, Papa Likha gagah perkasa.... Bayangkan angkat naik masuk perut bas, angkat turun dari bas, angkat naik letak atas troli, angkat pulak time nak buat wrapped bag, angkat lagi masa nak drop luggage. Dah sampai Malaysia, tolong lagi pick up dari benda yang evalator tu, sampai kastam Malaysia kena scan lagi, angkat lagi pastu letak balik semula atas troli hiks... Bukan satu bag, tapi bag untuk 4 bijik troli. Kuwang kuwanggggggg kuwanggggg. Gagah sungguh ! Tengok boxes kat belakang tu, giler banyak bersusun kat pintu masuk airport tah lah nak dihantar ke mana tu....







15 yuen untuk satu bag = RM 7.50.
Dia takde plastik macam kat Malaysia, so semua main ikat macam ni.



Weols dah buat web check in siap - siap masa kat Malaysia lagi. Cuma nak dropped bags, ada lah sikit masalah tapi semuanya Ok saja. Banyak masa lagi lepas check in bags, jalan pusing - pusing dulu Baiyun Airport. They all nak minum kopi. Sampai naik flite, ku saut sipar Jepun HAHAHA ade aku kisah ? Hikss. Sling handbag masa ni pun dah larat dah nak bawak, rasa dah bengkak dah bahu sebelah kikikihkih.







 


Mannings = Guardian 


Flite AA, macam yang dijadualkan. Flite tak penuh sangat. Sejam lepas terbang, baru weols boleh makan. Kali ni beli in flight jer. Ni pun Aunty Mun yang belanja, kita bagi duit, dia return balik duit tu. Order 2 nasi lemak, siap kasi lebih lagi satu roasted chicken. Baik sungguh lah dia. Sampai naik segan rasanya.





Alhamdulillah jam 2.30 petang, safely landed at LCCT with safe and sound and smiling... Hehehe lega ! Semuanya baik - baik saja. 




Visa


Ok kat sini, Mama Likha nak share sikit about cost, maybe some errors ( keralatan ) dan tips untuk ke Guangzhou. Ni kita story yang part kita lah ( Mama, Papa & Likha ) tak termasuk dorang lagi yang bertiga tu yer.


Cost :


  • AA tix about RM 1167 untuk 3 orang pergi balik. Cuma Mama Likha ada buat upsize baggage last minute untuk CAN - KUL kot - kot tak cukup, just tambah RM 15. Tiket consider murah untuk harga 3 orang siap pergi balik, sebab amek time promo 21 Sept 2011. Bayangkan, almost a year hikssss. Kalau takde promo, tiket ke Gz cecah RM 600 untuk one - way. 

  • Journey : 4 jam flight

  • Visa RM 68 + RM 10 ( upah runner ) seorang termasuk Malikha. Passport of courselah wajib ada. 

  • Bilik hotel RM 180 per nite. Yuols boleh cari lagi rate yang lagi murah. Kak Noorasiah pernah stay Grand Continental dan Hotel Lido masa dia datang sebelum ni, pun di area walking distance to Beijing Road. Mulanya hotel weols rate RM 150, tapi Kak Noorasiah upgrade ke RM 180 so bilik dapat yang lebih comfort, ada mini fridge. Boleh cari kat agoda.com or booking.com. 

  • Weols jalan free & easy, tak amek mana - mana pakej / trip. So pandai - pandai lah bajet untuk transportation like cab, bus dan subway. But still considered murah.


Tips :


  • Sebelum nak datang Guangzhou, yuols kena tahu MANA TEMPAT YANG YUOLS NAK TUJU. Lets say kata nak gi beli handbags or barangan leather, so yuols kena pandai plan. Buat plan ke 2 - 3 tempat dalam masa sehari. Sebab kat GZ ni, tempatnya lain - lain. Kalau kat leather, semua barang leather lah meaning baju - baju yuols takkan jumpa. Baju - baju tempat lain pulop. Kalau pergi tempat jam, semuaaaaaaaaa jam. Takde lah terselit baju ke selai. Better buat research serba sedikit kat en google. Apa gunanya ada en google kan ?

  • Better belajar serba sedikit simple Mandarin. Contoh, ''di mana, jauh lagi ke, 1 - 10, makan. Kalau lagi banyak lagi bagus. Kita tak sempat pun nak belajar, hiks rugi.. Tapi bagi kita, masalah komunikasi tu bukan masalah yang besar.

  • Bila ada masa lebih, yuols boleh jelajah kedai - kedai yang berdekatan hotel yuols. Boleh cuci - cuci mata dan buat comparison price. 

  • Kena ready mental dan fizikal. Tambah - tambah bila ada anak kecik. Malikha so far ok, dia kuat sebab dah biasa ajar dari kecil berjalan jauh. Orang yang manja -  manja tak sesuai kot nak ke tempat gini. Hiks. Kalau bawak anak, better bawak lightweight stroller.

  • Kalau berani, bawaklah rice cooker macam kak Noorasiah. Hihihi nasib baik lepas kat airport tau. Tapi jangan bawak beras wangi, dia pernah sekali dulu bawak beras wangi, sampai orang hotel sedar hiks. Yu cannot cook. Itu semua pengalaman dan pengajaran yang kita dapat kutip. Betul tak :)

  • Bab restoran makanan halal, kita takleh nak rekemen sangat sebab kebanyakan masa makan dibilik hotel. Sekali saja tu dinner kat Restoran Little Indian Chef. Tak berani jugak nak beli McD ke apa, eventho duk teliur gluppp gluppp ke fries dia. Hiks tunggu lah balik Malaysia kan ?



Ralat :


  • Weols pergi 4 hari 3 malam, tapi weols cuma ada dua ari SAJA yang solid untuk berjalan. Memang masa tak cukup. Kita nak tukar tiket, lambatkan balik sehari  atau pergi awal sehari macam kak Noorasiah buat, tapi bila kira - kira balik cost dekat RM 280 sorang kena tambah, so kalau tiga orang berapa ? Cancel. Stick to original plan.

  • Sepatutnya day 3 tu, tak pergi textiles. Plan asal dengan Kak Noorasiah nak pergi tempat plaza for kids, yang jual segala serba serbi pakaian dengan mainan budak. Dia pun first time nak pergi. So interested sangat nak pergi, kebetulan dia pun nak cari toys untuk cucu dia. Tapi plan berubah bila mana kena pergi textiles market. So kita memang ralat disitu. Tapi takpe, at least boleh kenal Zhongda textiles market kan? Mama cuma sempat beli 2 - 3 jenis  toys ke Malikha kat kedai masa balik dari Beijing Road yang last nite kat sana tu. Tu lah satu - satu kedai toys yang Mama nampak.

  • Menyesal tak shopping banyak. Bila balik Malaysia, baru tahu banyak yang tak cukup. Seriously, Mama Likha buat balik 1800 yuen lagi ke Malaysia. Sampai arini ada lagi duit yuen dalam purse, tak tukar - tukar lagi, Uh ! Nampakkan ? Nafsu Mama Likha terkawal hehehe. Bini sapoooo lah ni :p heeeeeeeeeeeeee nak pergi lagi nak pergi lagi * sambil hentak - hentak kai.... hoh bini sapo lah ni :p

  • Ralat sangat, bila ada barang yang Mama Likha beli kat sana hilang.................. Itu susah nak cerita. Maybe ada TOYOL yang cilok. Barang apa, takyah lah citer. Dan satu plastik cardigans yang di borong untuk anak - anak buah Nabila's siblings tercicir kat Beijing Road. Sampai ke arini masih rasa keralatan tu. Sedih dan redha (dalam terpaksa ) sobbbsoobbsobbb. 


Conclusions :

  • Seronok bila kita pergi tempat yang duit dia lagi murah dari kita, cost of living dia pun rendah. Contoh; mineral water kat 7E harganya 2.70 yuen, 3.50 yuen. Mama Likha duk congak - congak sendiri dalam pale otak, kalau bawak RM 3000 pun untuk shopping SAHAJA, dah terlebih sebab yuols akan dapat 6000yuen. 6000 yuen tu dah boleh beli macam - macam hokey ??? Contoh; cardigan sehelai pun about 39 yuen = RM 18. Kain ok, good kualiti. Kena pandai - pandai pilih dan beli.

  • Bila dah sampai sana, Mama Likha sedar.... Rupanya China is the biggest country yang jadi pengeluar untuk segala macam barang. Pergi Zhongda boleh imagine yang segala jenis textile tu di import ke serata dunia. Weols ternampak material kain - kain yang nak buat inner dan dress NAJJAH tau. Macam tu jugak bila sampai ke tempat lain yang Mama Likha sempat terjah. 

  • Sesiapa yang minat nak buat bisnes, sila - sila lah ke Guangzhou. Sungguh. Tak tipu. Patutlah ada kawan - kawan blogger kita ke sana kan ? Ada jugak orang lain yang Mama Likha dengar cerita, ke China untuk cari barang untuk di jual. Sebab memang macam - macam ada kat sana. Cakaplah, nak apa kat sana???? Semua ada. Nak tempah curtain, wall paper, household, signboard, baju - bajan ishhh tak tersenarai. Tinggal nak cerita, ada modal atau tak saja ? Ada tu yang mana jadi pengedar tiles kat sini, semuanya amek dari sana. Yang mana minat nak beli barang borong untuk bisnes, better buat research cari forwarding company yang boleh ship barang kita ke Malaysia. Mama likha pernah terbaca kat blog sorang kawan, yang mana dia jual toys untuk budak - budak.

  • Pergi 4 hari 3 malam cara Mama Likha ni memang tak cukup masa. Maybe kena tengok time flite tu. Kena plan molek - molek k ? Weols ( kita & hubby ) bila dah pergi sekali ni, dah tahu macam mana cara kat sana. Insya Allah, next time kalau ada rezeki pergi lagi, boleh pergi sendiri... free and easy. Hubby tuuuuu excited tu, masa kat Malaysia cakap macam konon taknak beli apa - apa... Hahaha sekali, macam taknak balik. Tu duk plan nak gi dengan kawan - kawan dia before puasa tahun depan, kita tengoklah macam mana. Mama Likha nak nyelit jugoksss :p

  • Selain dari Jakarta - Bandung, mungkin Vietnam, yuols patut letak Guangzhou one of place must to go pada sesiapa yang kaki suka berjalan plus shopping. Seronok shopping kat tempat yang currency dia murah ni. Tanyalah sesapa pun, sebab kita tak takut nak membeli. Duk convert - convert to RM pun makkkk aii, murahnya ye ke ni? Hehehhe. Tapi kalau tak suka China takpe, yuols boleh pilih lagi tempat lain. Paris, Italy, Singapore... Kot lah China kan tarak ada class, barang pun murah saja hehhe.

  • Maaflah, kalau Mama Likha terlalu excited dan over bercerita tentang cuti - cuti ke Guangzhou ni. Maybe ada yang cakap ALA, TAK HERAN PUN TAKAT PERGI GZ tu. But i don't care, at least weols dapat pengalaman berharga. Banyak yang Mama Likha dapat daripada short trip ni. At least, Mama Likha tahu kat sana dorang tak panggil Guardians tapi panggil Mannings. Hahaha.

  • Last but not least, bila pergi cuti - cuti tempat gini, yang memang challenging habis, beramazing race bagai, rasa nak pergi cuti - cuti tempat yang rilexxxxxx pulak... Macam langkawi ker, pulau - pulau ke hahaha. Dah, jangan nak berangan ! Bercuti kat rumah sudoh ! :p 


Rasanya tu sajalah yang Mama Likha nak share. Kalau ada lagi yang terlupa, nanti kita update je k ? So rasa - rasanya boleh survive tak kalau follow apa yang Mama Likha dah letih - letih story mory ni hehehe? Hidup ni kena berani mencuba...., Hihihi. Insya Allah, kita akan selamat dimana saja. Sesiapa yang nak ajak Mama Likha jadi tourist guide kan sana pun rasa boleyyy aje. Wah, berlagak yer hikssss....


Sambil tu nak ucapkan jutaan terima kasih kat Kak Noorasiah yang sudi bawak kita pergi sana. Kite pun lupa macam mana boleh plan dengan dia ni, maklumlah nak bertahun amek tix kan ? Hehehe, tq tq tq munchie - munchie to her yang snagat sporting. Aunty Mun jugak yang sangat baik hati, belanja itu ini, rajin melayan Malikha. Rasa rindu lakkk kat dorang berdua ni. Ada sumur di ladang boleh ku menumpang mandi, ada umur yang panjang boleh kite bertravel lagi. Hehehe. And tq tq to my beloved hubby yang sudi setuju dan bawak kita pergi sana. Kalau dia tak setuju, tak sampai jugak kita kat sana kan ?


Sungguhlah, tak puas rasa pergi sana. Nak repeat laaaagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.... !! Tapi tunggu lah dulu, ada 2 tempat lagi tunggu turn nak pergi ni. Hurmmmm, setelkan satu - satu dulu k ?



***********************************************


All about story at Guangzhou. Klik kat link yer.




************************************************


Oklah bye lovelies.
Tq sudi membaca. 
xOXo
:)