SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, October 30, 2012

Happy 3rd Birthday, Sayangggg....





Alhamdulillah... Syukur....Pada 25/10.. genap 3 tahun melahirkan Nur Rabiya Malikha bt Mohamed Syahmi... Genap 3 tahun Malikha mewarnai hidup kami. Genap 3 tahun menjadi ibu dan ayah. Bukan senang menjadi ibu dan membesarkan anak bukanlah benda yang mudah. 3 tahun yang penuh cerita. Suka duka masam kelat pahit manis.

 Semoga Malikha sentiasa sihat, jadi anak yang baik walaupun kekadang nakal ya amat, anak yang bijak pandai, anak yang bahagia dan berjaya di dunia akhirat dan semoga Malikha sentiasa didalam lindungan dan jagaan Allah swt dan para Malaikat serta terlindung daripada perkara2 yang tidak baik.... 

Moga - moga Mama dapat jadi Mama yang terbaik yang lebih baik dari semalam, dipanjangkan usia agar dapat melihat Malikha membesar dan harapan agar Papa & Mama mampu memberikan yang terbaik dan sempurna untuk Malikha. Insya Allah, Amin.

           Mama sayang Malikha always. Malikha lah nyawa Mama. Kasih Mama pada Malikha sampai ke Syurga Allah.. Sayang Mama pada Malikha tidak pernah terbelah dunia.
              


                           ♥ ♥ ♥ Happy 3rd Birthday Malikha sayang ♥♥♥

Lamanya Lahai Tenggelam

Assalamualaikum semua.


Ya Allah, lamanya tak hapdet.. Tak menulis, tak membebel - bebel kat sini. Tengoklah entry untuk bulan ni, berapa kerat jer. Bukan berniat nak tinggalkan blog sepi tanpa berita, tapi banyak hal yang jadi.. Sibuk pun satu hal... Tapi Mama sempat singgah blog kekawan, ada yang sempat tinggalkan komen, ada yang tak sempat. Happy baca cerita uols.... :))


Lepas miscarriage aritu, lepas Umi balik.. Kita sambung berpantang sendiri dan berulang sekali dua ke hospital untuk buat further check up. Alhamdulillah, bacaan darah dah ok. Tak perlu buat dnc. Kebetulan minggu tu jugak, pelik betul tetiba badan Likha baik bijik - bijik merah halus penuh kat leher, celah - celah pelipat, atas belakang dan trmasuklah muka. Hati cuak je takut kena chicken pop kan, fikirkan birthday party dia dah dekat.. Tapi esoknya makin berkurang merah spot cuma rasa kulit macam menggerutu. Jenuh fikir, Likha makan apa lagipun so far Likha takde allergic apa - apa. Kulit selalunya licin takde ruam sebijik. Dia jenis tak kisah pakai sabun, bedak cap apa pun, takde masalah so far. Kebetulan Mama nak juma Gyne, tu bawak sekali dia jumpa Paed, Dr Roliza kat DEMC tu. Saspen jugak bila Dr Roliza diagnosed Likha kena enzyma. Aduhhhhh.. Ingatkan anak dah besar macam ni dah bebas penyakit kulit Enzyma tapi tidak yer ? Macam - macam ubat dapat dari sabun, sabun berubat untuk mandian, krim, mosturizer siap ubat makan. Adeh ! Dalam masa allergic kulit ni, Dr Roliza adviced jangan guna sabun, bedak, lotion dna parfume yang dia biasa pakai... Adoyai... Tapi alhamdulillah, tak lama... Syukur sangat, kulit Likha dah kembali normal.. Mama Papa rasa, kalau Likha ada Enzyma sekalipun maybe yang lite - lite saja. Hopefully pun macam tu lah yer.....




Tak lama kemudian, Mama dan Likha balik kampung. Papa hantar balik Kota Bharu dan tinggal kereta sekali. Tapi Mama bukan boleh drive lagi pun, kena pakai driver jugak hehe.. Papa balik Shah Alam semula, kebtulan minggu sebelum Raya Haji tu Papa ada Branch Manager Meeting kat Johor Bahru. Tinggallah Mama dengan Likha kat kampung...


Tapi tinggal bukan sebarang tinggal. Kira Mama bizi jugaklah... menguruskan persiapan birthday party Malikha... Malikha pun dah selamat cecah usia 3 tahun pada 25 Oktober lepas. Entry pasal 3 tahun Likha pun tak sempat Mama nak up. Bila dah balik kampung ni paham - pahamlah kan ? Laptop on jer..., tapi nak mengadap takde masa sangat :)


Sebelum balik kampung, sempat shopping raya kat Setia City Mall.. Shopping untuk Malikha jer. Kebetulan Ciklom sekeluarga datang sini sebab nak shopping kat Ikea hehehe.



Now suka lah posing silang kaki.
Konon dancing like a princess huh !


And till today, weols masih kat kampung. Mama mintak sambung cuti lagi dengan Papa hehe. Papa dah balik flite subuh tadi. Takleh tinggal kerja lama - lama. Yang tu pun tanggungjawab jugak.... Kebetulan Mama nak sambung berubat lagi. Hari tu dah mengurut sekali. Ya Allah Tuhan jer tahu, AZABNYA MASA MENGURUT TU. Mama seolah - olah diserang angin....Ingatkan mati jer masa tu... Nasib umur panjang lagi. Tukang urut Mama pun cuak. Dia lah yang jaga Mama dulu masa pantang bersalinkan Malikha.  Agaknya, urat terkjut kot yang Mama jadi macam tu tu.... Susah nak cerita. Off record saja lah yer ;]


Ok nanti Mama Likha cerita lagi yer. Rasanya still nak buat backdated story... Pasal raya haji, pasal persiapan birthday Malikha, dan of cos pasal 3rd birthday party Malikha...




Dan antara sebab Mama Malikha malas nak hapdet blog sebab G note ni. Baru je pandai nak transfer pic smua. Mama tak suka tulis blog takde gambar hehehe... TQ munchie- munchie to hubby yang sudi menghadiahkan G Note ni. Dah lama Mama survey since Ciklom Likha guna Gnote nampak macam best jer skrin besar. Rasa nak beralih dari Iphone. Curang hehe. Sebelum Iphone Likha hilang lagi dah berkenan ke G Note ni... Pastu kena pulak Iphone Likha hilang, susah tau.. Duk berebut je satu Iphone yang ada. Time die ok - ok lah, time Mama lak urgent ada call ke msg ke apa, haru biru... Nak tak nak, wajib kena cari 2nd phone.... Tapi setiap kali pergi Samsung, Papa bolayan jer... Setiap kali Mama cerita, Papa buat tak tahu jer... Kite bukan nak suruh die beli pun, duit sendiri ada hehehe... Rupa - rupanya beliau nak kasi present. Ada sekali masa dinner kat Setia City Mall, beliau macam hint - hint pasal present G note ni... Tup - tup next week tu Mama miscarriaged and a week after tu Mama dapat present ni. Supposedly, G Note ni a gift of preganancy dah sebab keguguran jadilah a gift of miscarriage. Sobs sobss sobss.. Bila cakap gitu, Papa marah lah... Tak redha lagi ke ? Hurm, sikit banyak sedih selalu ada :((


Bila dah berjauhan macamni, boleh lah bervideo call kan ?



Oklah yuols. Nanti kita sambung story mory k ?
Sekarang ni rasa boring lak kat kampung hehe takde kerja nak buat.
Boleh lah menceceh - ceceh kat sini.
:)
Bye !



Monday, October 15, 2012

Keguguran Dan Berpantang



TQ pada mommie Lina yang sudi share tentang keguguran dengan kita baru - baru ni. Ni kita copy paste pinjam artikel dari blog Kak Engku Bidan Bersalin. Credit dan TQ pada puan punya blog.
Sharing di sini untuk rujukan sesiapa yang pernah mengalami keguguran termasuk lah i... :((



Keguguran Dan Berpantang
Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.

Angin Gugur - ialah angin yang menyerang selepas keguguran, mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.

Bisa Keguguran - ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahagian ari-ari, pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.

Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh. Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah, dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.

Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran, tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.

Kebanyakan wanita hari ini mengambil ringan tentang kejadian keguguran. Ini terjadi kerana ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran, manakala ilmu yang berkaitan tidak disebarkan secara meluas akibat terpengaruh dengan mentaliti perubatan moden. Walaupun kita menghormati ilmu dan sistem perubatan moden, kita percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hukum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi.

Ramai wanita masa kini menganggap rawatan pantang keguguran secara tradisional adalah remeh kerana berpendapat bahawa proses kelahiran lebih teruk daripada proses keguguran. Oleh sebab itu, ilmu penjagaan tentang keguguran semakin ditelan zaman, bahkan hampir berkubur tanpa pengamalnya. Sesungguhnya, ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran", seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, serta bengkak dan bisa otot peranakan. Penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut serta pinggang, kebas-kebas sendi, mudah seram sejuk, demam tidak kebah, dan kalah dalam perjuangan berjimak.


Tempoh Pantang Keguguran

Mengikut petua Melayu, terdapat pelbagai pantang larang ibu keguguran dari segi pemakanan dan cara hidup harian. Berpantang ibu bersalin ditamatkan mengikut jangkamasa keguguran. Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari. Ini adalah kerana angin gugur telah sedia ada untuk menyerang atas kesilapan pantang larang.

Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari. Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari. Namun, untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.


Pantang Larang Keguguran

Masyarakat Melayu tradisional mengenakan pelbagai pantang larang kepada wanita yang keguguran. Dipercayai jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala. Jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam beliau mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil.

Bagaimanapun, pantang larang yang terutama ialah tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.

Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung. Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu. Turut ditegah mengambilnya ialah ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Walaupun, petua pantang larang ini kelihatannya seperti tidak logik atau kejam, telah pun terbukti terjadinya alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih.


Jenis-Jenis Keguguran

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, ada pelbagai jenis keguguran yang dapat dikesan dan dikenali. Antaranya disenaraikan seperti yang berikut ini.

Gugur Ugut

Gugur ugut (threatened abortion) atau dikenali juga sebagai gugur terancam, sering berlaku pada rahim yang lemah, seperti pintu rahim yang mudah terbuka apabila kehamilan berlaku dan kedudukan yang tidak mantap di dinding rahim. Keguguran jenis ini juga berpunca daripada ketidakseimbangan suhu badan, kelemahan darah, muntah yang kronik sehingga memberi tekanan di bahagian ari-ari atau ibu terjatuh dalam posisi yang boleh menyebabkan gugur ugut.

Gugur berlaku dengan keluaran tompokan darah pekat berwarna merah coklat, tanpa rasa sakit. Darah sering keluar setaip kali ibu bergerak. Petua Melayu mengesyorkan ibu hamil mengamalkan air bunga tanjung (lotus) atau herba hiya (artemisia bulgaris) sebagai membantu menghentikan berlakunya gugur ugut. Lazimnya, ibu yang kerap mengalami gugur pada setiap kehamilan disyorkan mengambil air rebusan bunga tanjung sebagai amalan harian untuk memantapkan kedudukan janin dan mencegah berlakunya gugur ugut.

Gugur Bentan

Jikalau gugur berlaku pada kehamilan tiga bulan ke atas, ia dikenali sebagai gugur bentan (inevitable abortion). Keguguran ini akan mengakibatkan tumpah darah. Ibu hamil akan terasa sakit seperti kontraksi di bahagian rahim atau ari-ari sehingga ke cawan muka di bahagian pinggul. Kesakitan ini seakan sakit senggugut yang serius atau sakit bersalin. Kesakitan ini adalah kerana janin telah membentuk dan mengeras, serta disalurkan dengan urat saraf ibu. Tumpah darah yang diikiuti dengan kesakitan ini boleh menyebabkan ibu menjadi lemah sehingga gelap mata atau pengsan. Mengikut ilmu perbidanan Melayu, gugur bentan ini berpunca daripada rahim yang kedudukannya telah lari termasuk ke bawah tulang kajang. Rahim tidak dapat membesar bersama janin. Apabila janin semakin membesar, rahim yang tidak dapat menimbul akan tertekan oleh tulang kajang dan gugur bentan akan berlaku. Perkara tersebut lazimnya berlaku kepada ibu yang biasa jatuh terhempap kuat di bahagian punggung, yang mungkin meyebabkan kecacatan posisi rahim.

Ada juga kejadian gugur gara-gara ibu yang ingin menjarakkan kehamilannya melalui urutan yang tersalah cara. Akibatnya mulut rahim terkalih dari posisi yang bertentangan dengan pintu faraj, sehingga berlakunya posisi yang songsang atau rahim terbenam di dalam salur bawah tulang kajang.

Gugur Sangkut

Dalam gugur sangkut atau gugur tak sepenuhnya (incomplete abortion), tumpah darah yang banyak akan berlaku berlarutan sehingga beberapa hari. Keadaan ini menandakan masih ada baki tisu janin atau tisu uri yang tertinggal di dalam rahim. Rahim akan membengkak dan mulutnya terbuka luas. Keadaan ibu akan kelihatan pucat dan lemah, bahagian ari-ari atau rahimnya tidak boleh disentuh walau dengan cara lembut kerana terlalu sakit.

Jika dibiarkan, lama-kelamaan ibu tidak boleh berjalan lurus kerana terlalu sakit di bahagian tersebut dan sentiasa berbongkok menahan sakit. Adakalanya jika rumah berlantaikan papan, kesan tapak kaki berjalan pun mencetuskan jeritan kesakitan daripada ibu tersebut.

Gugur Sawan Atau Gugur Keracunan

Gugur sawan (septic abortion) berlaku apabila ibu hamil mengeluarkan darah berbau busuk dan mengandungi nanah, yang mana rahimnya dikatakan mengalami keracunan. Keadaan rahim akan membengkak dan mengeras menyebabkan ibu mengalami demam panas yang serius. Demam tersebut boleh membuatkan ibu menggigil sehingga terkancing gigi dan mata berpusar seperti keadaan penyakit tarik.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, disyorkan pelbagai rumusan herba untuk membantu membersihkan angin dan darah yang keracunan dalam sistem peranakan.

Gugur Bangkai Atau Kecacatan Kehamilan

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, kandungan yang tidak membesar serta janin tidak bernadi menandakan kecacatan kehamilan. Tetapi janin yang mati itu disaluti dengan pendarahan dalaman rahim yang merupakan sebentuk gumpalan isi serta darah.

Keguguran ini berlaku apabila terdapat keluaran ketulan darah beku berwarna merah tua, disusuli dengan cebisan-cebisan isi. Kejadian ini dikenali sebagai gugur bangkai (missabortion). Ibu yang mengalami keadaan ini akan sentiasa pening atau sakit kepala dan loya yang serius.

Gugur Badai Atau Gugur Berulang

Mengikut tafsiran perbidanan Melayu, wanita yang sering mengalami keguguran atau gugur berulang kali, dikenali sebagai gugur badai (recurrent abortion). Wanita tersebut dikatakan mengalami kelemahan rahim, terutama di bahagian leher dan mulut rahim, yang mana anggota itu tidak dapat memegang atau memikul kehamilan dengan kuat.

Setiap kali pergerakan kuat berlaku atau mengalami keletihan yang amat sangat, ibu menghadapi risiko keguguran. Akibat kerap gugur, ibu hamil itu walaupun diberi sepenuh rehat tanpa banyak pergerakan termasuk berjimak, keguguran masih juga boleh berlaku. Mengikut kefahaman lama, ibu ini bermasalah penyakit deria rangsang wanita, iaitu ketidakseimbangan hormon. Penyakit deria rangsang wanita ini dapat menyebabkan pelbagai masalah, satu daripadanya ialah gugur badai.

Gugur Paksa

Gugur paksa atau mengeluarkan janin dengan cara paksa dari rahim telah lama dipratikkan oleh masyarakat berbilang bangsa. Perkara yang terkutuk, bercanggah dengan prinsip kemanusiaan dan diharamkan oleh agama ini masih berleluasa dilakukan dengan pelbagai kaedah, asalkan pengguguran itu berjaya.

Gugur paksa merupakan perkara yang amat sensitif dalam kalangan masyarakat. Perbuatan hina ini bukan topik yang dibualkan secara terbuka, terutama pada zaman dahulu. Sebaliknya kebanyakan keguguran semulajadi yang berlaku diterima sebagai suratan takdir.

Gugur paksa pula amat dirahsiakan kerana masyarakat Melayu tidak menerimanya walaupun dilakukan dengan tujuan untuk membantu mangsa rogol atau wanita yang dianiaya. Jikalau gugur paksa diketahui ramai, mangsa rogol itu akan dihina masyarakat dan menjadi buah mulut.


Berpantang Sepanjang Masa

Penyakit atau masalah keguguran akan hilang atau sembuh selepas berlakunya kehamilan kembali. Namun, bagi mereka yang keguguran dan tidak hamil lagi, mereka perlu mengawasi pemakanan dengan menjauhi benda-benda yang dilarang sampai bila-bila.

Ini kerana apabila dimakan, walaupun sedikit, mereka akan mendapat kesan sampingan yang akan melemahkan tubuh atau mengakibatkan penyakit bisa otot dan sendi. Apalagi kalau dimakan secara berlebihan, akan menjadi punca penyakit angin pasang atau barah angin. Sebagai mengatasi penyakit akibat keguguran, rawatan dan pemakanan secara tradisional mesti diamalkan. InsyaAllah mereka yang mengalaminya akan kembali pulih ataupun sekurang-kurangnya kesan penyakit tersebut dapat dikurangkan.

Angin Pasang - ialah angin beracun yang juga dikenali angin jahat.

Barah Angin - ialah kejadian gumpalan angin lendir bertoksik yang mengeras dan berlegar di dalam perut.



p/s : Macam bermimpi pulak rasanya bila diri sendiri mengalami keguguran, Allahuakbar ....



Cerita Tentang 'Kehilangan'

Assalamualaikum wbt.


Mood terus terjun gaung hihi. Alhamdulillah, badan makin sihat. Sudah lebih seminggu benda ni berlaku. Resah, risau, sakit, sedih, rindu berlalu pergi perlahan.


Bercerita tentang miscarriage atau keguguran baru - baru ni, maybe ada rakan - rakan yang agak terkejut. Sebab bila masanya Ztee ni pregnant kan ? Ok, ni nak cerita serba sedikit, berkongsi pengalaman dan kenangan di sini untuk tatapan kawan - kawan dan untuk masa depan.


Ya, zte actually dah pregnant 6 weeks sebelum kejadian tu. Bulan 10 memang bulan yang dah di rancang - rancang untuk tambah baby. Alhamdulillah, rezeki kami murah dan tak perlu tunggu lama. Dua kali buat UPT sendiri. Exicted sangat. Padahal 1st time test, dah keluar double line tapi pergi lagi beli pregnancy test. Nak test lagi. Tersengihhhh sampai hujung telinga. Dah hitung - hitung, by end of May or early June 2013, our second baby akan menjelma kalau takde apa - apa aral.


Jadi bila dah tahu diri ni pregnant, diam - diam jer. Tak berminat lagi nak hebah - hebahkan satu dunia. Bukan tak gembira tapi memang aku ni jenis suka diam, tak suka hebah - hebahkan, kalau hebahkan awal, bayangkan 9 bulan ko nak hadap perhatian dan segala macam serbi nasihat, kata - kata orang. Hehehe. Sory.. Tah lah, ku ni pelik sikit kan... ? Even, sampai ke hari disahkan kehilangan baby dalam kandungan pun, family sorang pun belum tahu. Bayangkan hurmm. Maaf, bukan berniat nak sorokkan berita gembira, cuma sekadar minta sedikit ruang. At least, 3 bulan lebih - lebih gitu, biar baby inside dah betul -betul kuat dan sihat, hajatnya baru nak share berita gembira ni dengan families dan kengkawan....


Tapi, apakan daya... Allah lebih sayangkan dia. Kita makin redha dan makin boleh terima keadaan ni. Walaupun tidak ku sangka, begini nasib ku. Family takde sejarah bab - bab keguguran ni. Tapi, aku.... mengalaminya. Siapa sangka. Allah akan duga tidak kira siapa kan ?


Tapi kita sedihlah - sesangat...!! 1st October, 1st check up di DEMC... kita dah 5 weeks over. Scan time tu janin bersize 1.6cm only. Dr Mazita, my specialist Gyne bagi date next appoinment, 17th October untuk 2nd visit... Tapi sebelum 17 lagi kita dah jumpa balik Dr Mazita untuk cek perut yang dah kosong :(


Petang 6hb, kita mula bleeding macam last - last period. Hati dah cuak. Papa cakap, insya Allah takde pape... Tapi malam dah mula bleeding macam lite period. Dah menangis - nangis dah masa tu. Papa suh sabar lagi. Esoknya bangun pagi, bleeding non stop tapi still in normal flow. Macam period biasa, kita kalau period memang normal saja, tak heavy. Kebetulan pulak Papa ada kerja office yang sangat urgent. Terpaksa tinggalkan kita kat rumah saja dengan Malikha. Perut dah mula rasa contraction. Ahad, specialist kat DEMC takde. So pergi Klinik Dr Siti Specialist kat Bukit Jelutong pkul 6 petang. Masa bersiap - siap nak pergi..., sekali seketul keluar size buah anggur tapi 2 biji. Kita menangis non - stop. Kita rasa janin tu dah keluar... ;((


Siap cepat - cepat, pergi klinik. Dr Siti scan, perut masih ada isi. Means tak jatuh semua lagi. Dr Siti buat referral letter soh kita terus ke hospital untuk cuci. Tapi kita mintak masa lagi biar dia jatuh sendiri. Dr Siti kata ok fine, but within 2 - 3 ari, kalau kita ada heavy/non stop bleeding / pitam / demam, kena terus pergi hospital. Ok, doc !


Balik, malam just rest. Esok pagi 8hb, time mandi pagi.... Kuar lagi seketul size tapak tangan, menangis tak berlagu. Nasib baik Papa tak pergi kerja lagi. Sedih ya amat. Sepanjang hari tu, sedih je dengan perut contraction macam nak beranak. Kepala pun macam nak pitam jer. Badan pun lemah sangat. Time ni, ramai dah tahu. Umi kat kampung pun sibuk dah cari tiket nak datang Shah Alam, pikirkan kita berdua saja dengan Malikha kan ? Papa Likha ulang - alik dari ofis beli makanan hantar makanan. Kite pun dah kena start berpantang dah.


Selasa jam 3 petang, baru dapat jumpa Dr Mazita. Buat scan lagi. Rahim dah kosong, means dah keluar semua Maybe 2nd time tu, kantung baby. Dr Mazita kasi ubat kecutkan rahim dan kena buat blood test. Nak tahu jugak takut kita mengandung luar rahim. Result darah keluar, kandungan darah dalam badan still paras abnormal, tinggi tah kita pun tak paham. Khamis petang kena repeat lagi for second time. Alhamdulillah, hari Jumaat result darah keluar dan sangat baik, back to normal. Tak perlu buat D&C dan next week appoinment untuk follow up dengan Dr Mazita. Alhamdulillah, badan pun makin baik. Kedatangan umi ke sini, bagi semangat sikit.


Hmmmm... Susah nak cakap tentang kehilangan ni. Allah nak menguji sejauh mana kesabaran dan iman kita sebenarnya. Sedih Allah je tahu. Nak luah, nak cakap, nak simpan semua susah.




Walaupun hanya 6 minggu...., aku sempat merasa bahagia dan kasih sayangnya......



Asben tiap hari balik kerja, mesti tak lupa usap perut sambil say hye to baby... :((
Ingat tak, masa Malikha demam tak sihat...., asben pun sakit demam jugak lepas balik dari Kuching. Kita tahu 'penyakit' dia tu. Tulah sindrom bini mengandung. Iyer... seriously Papa Malikha dulu yang kena penyakit alahan tu.... Sian dia... The whole week tu, duk loya - loya, muntah, pedih ulu hati, makan tak lalu, bau itu ini busuk. Kelakar dan comel kan ? Hihihi. Macam tu jugak masa mula - mula dapat tahu mengandungkan Malikha dulu..., dia lah dulu yang kena sindrom bini mengandung. Hahaha.. Kadang - kadang macam pelik kan ? Kenapalah si suami lak yang boleh kena penyakit alahan tu hehehe.. Tapi yessss, weols mengalaminya..


So, akibat miscarriage ni asben banyak bagi kata -  kata semangat.. Takpe, takde rezeki kita. Kita cuba lagi, insyaAllah rezeki masih ada nanti.... Nanti, dia pulak nak hadap sindrom bini mengandung.... Dia dah get ready dah.. Huawarghh huawarghhhh.. Hehehe. Cian dia.


Now, lepas 9 ari benda tu berlaku.... Alhamdulillah badan makin ok. Pantang pun ada lah serba sedikit. Tak makan benda - benda sejuk. Pakai stoking. No driving. Tidur pun asing, duk bilik bawah sebab taknak naik turun tangga. Tq pada yuols yang sudi PM kat FB, SMS, whats app bila kita up status tentang kehilangan ni. Ramai yang sudi sharing tips, rupanya ramai jugak dikalangan rakan yang ada pengalaman miscarriage jugak yer? Tq sangat - sangat. Itulah untungnya bila kita share sesuatu, ramai yang sudi tumpangkan bahu, bagi katak - kata semangat dan berkongsi segala cerita. At least, kita tahu kan masih ada yang sayangkan kita...


At now, kita macam a bit trauma jugak lah. Fobia rasa nak preggy lagi. Harapnya sekejap saja lah.. Ramai yang usik, ala kejap je tu nanti lekat balik hehehe. Pandai yer.... Kita trauma ni tak tahu ke ? Insya Allah, harap - harap dapat lah capai target, nak tambah baby dalam usia 30... Yelah tahun depan dah 30 sen pun kan ? Hurmmm...


Malikha macam tu lah. Budak kan? Ada masa ok, ada masa tak Ok. Ada masa nak berdukung dengan Mama.. Mana boleh dukung dia tu haaa. Bila Mama duk sedih - sedih, dia selalu datang pujuk Mama.. '' Takpe Mama, Ikha kan ada???! ''..... Huuuuuu, Ikha always ada untuk Mama... Ikha lah madu, racun dan penawar Mama... Sian Likha... Lambat lagi lah nak jadi kakak ni kan ???




Masa 1st check up on 1st Oct. Nilah berat ku yang paling ideal sejak berkahwin dan bersalinkan Malikha. Di saat - saat semua orang duk tegur, kita kurus dan makin slim...*sebenarnya heran sebab kita takde diet-diet pun..., kita dah bersedia untuk mengandung. Kita tak kisah bila nanti kita perlukan 2 tahun lagi untuk dapatkan berat yang macam ni... Susah ok, nak dapatkan berat ni. Tapi apakan daya, ingatkan jarum ni akan bertambah sampai 9 bulan nanti.. Tapi............




Tinggal kenangan.. 


Apps : Period Dairy





Harap badan akan terus kuat. Lusa ada appoinment follow up check up dengan Dr Mazita lagi kat DEMC. Harap semuanya baik - baik saja lah. InsyaAllah... Kita redha saja, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap kejadian itu. DIA dah buat yang terbaik untuk kita. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.... Siapa tahu kan? Semuanya rahsia DIA.


Now, Umi dah balik ke kampung. 6 hari 5 malam kat sini sekejap jerr... Sobsobsobsob. Nampak gayanya sambung berpantang sendiri lah. Bakar ikan sendiri, masak nasi sendiri. Adeh ! How i missed my mommmmmm - my angel guardian -....  Takpe takpe... Kuat -kuat ! Alah, dah tua dah kan hehehe. Jaga lah diri sendiri ! Huuuu..


kBye ! Nak g masak ikan.. Nanti kite citer - citer lagi yer.
Tq yer smua darlings for yr concern.. I really appreciated that !
:)
XoXo

Wednesday, October 10, 2012

Kehilangan


Hanya dipinjamkan sekejap sahaja.


Sedih, pedih & keciwa.
REDHA.
Allah swt Maha Mengetahui.

Tuesday, October 2, 2012

Berebut Storage Box


Mula - mula Papa beli storage box besar color merah tu. Nak buat simpan barang - barang dia kat stor belakang. Sampai je rumah, bergaduh dengan Malikha berebutkan box tu. Malikha kata hat dia.   Nak simpan toys katanya. Junjunglah, tolaklah box tu ke sana ke mari.


Mama wat lari dia gi mandi. Dah siap mandi semua, aihh rupanya cari lagi box tu. Ingat dia yer ! Hahaha. Papa dah bawak keluar box tu pergi belakang, nak masukkan barangnya. Tension muka Papa !!! Kena amek wat masuk rumah balik. Uhh !


Nak tak nak, semalam gi beli lagi. 1 yang biru Mama punya nak simpan baju - baju Likha yang dah tak muat. Nak kasi yang merah kecik tu kat dia, tapi nak yang besar merah tu jugak. Tengoklah nanti macam mana.


Eiiii, tak sangka lah. Storage box pun anak boleh berebut dengan ayahnya... Huuuhuu. Bila dah ada anak macam ni lah rupanya yer. Iyelah, takdelah kita terfikir... benda gni pun dia akan suka ! Rasa nak jerr buh die dalam tu !


Beli kat Tesco. Besar RM 9.90 kecil RM 7.90 murah kan? Besar tu malikha muat dok dalam tu... Gi lah beli hehehe..


Bye !
:)