SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Monday, November 12, 2012

Sabtu Takde Keje


Dah seminggu Mama dan Likha balik Shah Alam, dua minggu duk Kota Bharu. Baru - baru sampai rumah, rindu sangatlah kat kampung... Dan of cos lah, ibunda tercinta. Hurmm.. Mesti sunyi jugak beliau, Malikha dah balik kan..? Kalau tak Malikha duk ulang masuk dapur, pot pet pot pet pot pet mulutnya hehehe.. Tah bila lah pulak bercuti lama macam tu kat kampung kan ??? Ikut hati boleh jer extend cuti, tapi kesian lah orang tu kat sini. Lama - lama sorang jer kat rumah, sampaikan baju kerja pun garing dek iron dgn iron board sekali nasib tak rentung huhuhu... 



Hurmm..



Sabtu biasa - biasa je.. Pagi lagi Mama dah bangun tunggu orang Coway datang nak servis water purifier. Sambil tu rajin - rajinkan cuci bunga pelastik yang mana ada kt rumah ni then gubah bunga yang baru. Dah lama beli kat SSF terperapp jer dalam almari kat rumah kat kg. Balik baru ni, wat balik sekali... Hurmm.. Boleh lah daripada tkde kan hihihi.... 


Haha kenapa lah daun daun semua pandang sana erk.
Huuuu. Jap nak g adjust !

Lepas Zohor pergi lunch. Macam tu lah sokmo, time weekend bukan masak pun hehe. Lagipun, barang nak masak takde dalam esbok. Adapun daging korban jer. Ada lagi lebih... Papa ajak makan nasi ayam sedap kat Seksyen 7. Yelah, weols suka nasi ayam kedai ni. Terbaik lah tu sebab Papa boleh makan dan selalu ajak gi makan situ. Dia tu cerewet sikit. So kalau dah berulang makan situ, means sedap lah tu bagi dia. Mama takpe, mana - mana pun sedap hehe. Nasi campur die pun sedap, masakan panas goreng - goreng pun sedap ! 






Pastu takde nak gi mana, singgah JJ Bukit Raya. Lengang je. Takde orang sangat walaupun tu Sabtu... Papa lah beli barang die serba sedikit. Mama cek points JJ dapat rebate RM 90. Simpan jer buat pekasam, kot  - kot beranak ke rebate tu...





Takde kije gi timbang semua. Bukan apa, Malikha lah dok berkenan sangat kat mesin ni. Dah lah 40sen sekali timbang. Berat Mama naiklah... Ramai yang kata kalau lepas miscarriage badan akan naik yer? Mama rasa gitu jugak, macam selera makan bertmbah jer sekarang ni. Aduhai... Tak boleh jadi ni....... Sekarang semua dah langgar pantang dah... Sedap jer oder sirap ais lupa yang masih berpantang sejok - sejok hehehe. Lupa - lupa tu segelas jugak wei...


Tapi rasanya penimbang ni salah ni.... Ngehhh ngeehhh ngehhh... Semua macam naik sekilo lebih ! Huuuuuuuu............ ^___________________________*







6 comments:

alyyani said...

JJ bukit raja kan? typo kot eh? heheh.. oowh baru tau lepas miscarriage badan naik. tp tak nampak naik pun. ok2 aje. btw, esok kemana korang? alya ni sambil2 buat keje ni tgh fikir2 mana nak bawak niadel. :)

shark said...

hehe..
berat naik salahkan penimbang ek mama likha..
ishhh ishhh ;p

ieedaz @ mama_isha said...

Rajinye mama likha gubah2 bunga yer.. :-)

Nory Zoulkefle said...

salam kenal...

oo patutlah badan saya naik lepas miscariiage tahun lepas...hurmmm..

=)

Belinda Adzmi Ibu Ilhamny said...

linda lepas miscarriage, badan makin turun... selera mkn xde lansung.. harap berkekalan la..hehehe

syafisyifa' said...

Lawanya bunga tu...mcm fresh flowers... :)