SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Monday, March 4, 2013

Maksu Ja Engagement Day


Masa cuti chinese new year baru - baru ni, alhamdulillah selesai sudah majlis Maksu Ja Malikha di risik dan dipinang sang kumbang. Cewahh. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar seperti dalam jadual dan yang dirancang berbulan - bulan lamanya.



Rombongan pihak lelaki dari Sg Buloh Selangor seramai 15 orang kami jamu Nasi Dagang Kelate. Pada hari merisik, sehari sebelum majlis bertunang, kami sajikan Nasi Kerabu. Saja ingin buat kelainan, bosan dengan nasi minyak ke nasi tomato ke nasi beriani ke, kita sefamily sepakat untuk menghidangkan juadah orang Kelate. Alhamdulillah mereka suka dan memang dah jadi kegemaran mereka nasi dagang dan nasi kerabu sebenarnya. 



Segala persiapan pelamin, simple dessert corner dan mekap pengantin semua kami buat sendiri. Dengan bantuan KITA KAWEN BRIDAL yang mana ownernya adalah kakak ipar kami. Jadi segala idea kami curahkan untk menghasilkan mini pelamin yang sangat simple yet sweet ! Kami happy tambah - tambah tuan punya badan majlis suka dengan idea - idea kami... :)











Kami berempat 'anak gadis' Tokwan Ajis.
Kisah benarnya, Maksu Ja Likha ni langkah bendul si Acu Suky Likha hehehe.




Nasi dagang mebeles air tangan Umi.
Simple dessert counter ada choc fountains dip fruits, durian crepe, Oreo Cheese Cake, cocktail, dan triffle.





Insya Allah, tahun ni jugak keluarga kami akan menerima ahli baru. 2 orang ahli baru, hehehe insya Allah. Semoga semua dipermudahkan.. Benda yang elok, baik dipercepatkan.. Tak gitu...??




Congrats Maksu Ja !
XoXo
Bye !
:)

5 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

tahniah..

Mommy_Cha said...

tahniah maksu ja..tahniah jugak mama ztee ;p

Nad MamaZN said...

Tahniah :)

Mimy Hamid said...

tahniah...semua cantik...ni belum kawen lg ni

PinKy MoMMa said...

korang adik badik sangat sama kat mata hehehe..tahniah mok su..cantik baju dan pelamin :)