SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Sunday, October 13, 2013

Raaed 1'st Month Check Up



25 September, genap sebulan Muhammad Raaed. Bawa cucuk sebulan di KBMC dengan Dr Rujhan. Berat naik ke 4.5kg... Padanlah bambam sangat.... Alhamdulillah, berkat susu Mama. Setakat ni, Raaed fully breastfeed.... Doa - doa journey breastfeeding Mama dan Raaed dipermudahkan dan rezeki Raaed dipanjangkan.... Bukan senang nak BF, tambah - tambah pengalaman Mama dengan Malikha dulu only 3 - 4 months tu pun on off.. Permudahkan macam mana nak BF at public... dengan baju - baju yang sesuai [read : terasa susah nak melaram] tapi jangan lah bersungut... kerana demi anak kita sanggup bagi yang terbaik kan.. Harap di permudahkan Amin amin amin....








After 1 month, Mama baru kurus tang muka jer kikikih.. Berat timbang masa check up Raaed ni lah 66kg... 6 - 8kg to go !!! Harap BF juga mampu menurunkan berat badan Mama hehehe.... Next check up, kita continue di DEMC Shah Alam.... Sobsobsob... tak lama lagi nak balik Shah Alam, dua bulan lebih stay kat kampung, terasa dah sikit - sikit ni nak tinggalkan family...... Hope kita cekal dan kuat :))


Tata.
Love!
:)

Bertahnik Pada Hari ke 7


Alhamdulillah, pada hari ke 7 Muhammad Raaed di bawa oleh Papa ke rumah Tuan Guru Hj Halim di Pasir Tumboh untuk ditahnik kan, cukur jambur mengikut syarak dan diisytiharkan nama. Masa tu ( sebelum jumpa lagi satu nama gabungan ) nama Muhammad Raaed dipersetujui dan diisytiharkan oleh Tuan Guru...







Pada pagi hari ke 7 juga, tunggul pusat dia tanggal.... Sama macam kes Malikha dulu, hari ke 7 la tanggal pusat, bertahnik & cukur jambul dan di daftarkan nama di JPN. Cuma Muhammad Raaed di daftarkan nama pada hari ke 42 hihihi. Kena la denda RM 5... Betapa lamanya nak cari nama kan? Huuuuu.......




*********

Selingan





Selesai juga satu tanggungjawab... Alhamdulillah...


Tata.
Xoxo.
:)

Thursday, October 10, 2013

Nama Yang Diberi


Masa masih dalam perut, baby boy kita femes dengan panggilan baby M hehehe... Baby M tu actually stand for MUHAMMAD. Bila dah dapat tahu gender masa 16weeks scan, weols terus decided nak letak nama MUHAMMAD... So dipendekkan cerita baby M la... Dah lah mase pergi check up 16 weeks tu, aku pergi sorang jer DEMC. Kebetulan Papa outstation aritu, Malikha lak skul... Dr Mazita straight forward jer cakap gender dia. Takde suprise langsung hihi. Ohhh kalau boy cepat jer nampak kan angry bird die tu :p


Dah tahu gender tu, lama jugak lah ku rahsiakan dari Papa... Once Papa dan Malikha tahu, Papa lah paling excited.. Ala, boy ke girl ke tak kisahlah kan.. Tapi bila dapat boy ni mesti dabel excited bagi Papa... Ku pun tak sangka betul la mengandungkan baby boy, walaupun pada awal - awal tu instict dah rasa BOY. Yang Malikha pulak, bila tanya nak adik apa, of cos lah nak princess.. Tapi bila explain yang adiknya Boy, die nak letak adiknya nama PRINCE EDWARD. LoL... Ni penangan movie Enchanted.... Prince Edward la dia, sampai lah weols called Muhammad :)


Oklah, pendekkan cerita....


Baby boy kami namakan MUHAMMAD RAAED NA'IEL bin Mohamed Syahmi.


MUHAMMAD  bermaksud Yang Terpuji
RAAED  bermaksud ketua / pemimpin
NA'IEL  bermaksud anugerah / pemberian / yang diperolehi



Papa dan anak terunanya, Raaed :)



Ada jugak ceritanya sebelum kami namakan Na'iel... Actually nama Raaed dah lama kami jumpa since tengah - tengah preggy lagi, Papa la yang cari. Aku ok jer.. Cantik dan unik. Dah hujung - hujung preggy tu cari lagi 1 nama.. Jumpa la beberapa nama yang nak dicombinekan dengan Muhammad Raaed tu, tapi semua Papa tak berkenan. Oklah, nama kite cari tak suka kan ? :( sob sobsob... Sampailah 1 nama yang kite dah setuju, tapi bila tanya Tuan Guru Nik Aziz, nama tu tak sesuai bila digabungkan.. Tuan Guru Nik Aziz cadangkan letak Muhammad Mohsi hihi. 



Bla bla bla bla... ahernya terciptalah namanya.....


MUHAMMAD RAAED NA'IEL






Selesai satu tanggungjawab....



Bye!
:)
                                                

Tuesday, October 8, 2013

Perjalanan 9 Bulan



Mengandung kali ketiga ni (yang kedua gugur masa minggu ke 6) rasa macam sekejap jer. Sup sap sup sap...... dah sarat. Rupanya masa weols holiday ke HongKong bulan Januari tu, baby dah mula membenih dalam rahimku... Syukur lah baby ni kuat. Masa gi HongKong tu baby lebih kurang 2-4 minggu, bayangkan sangat lemah lagi.... Tapi semua ketentuan Allah, baby kuat sampai dilahirkan Alhamdulillah. Kemudian gi jalan sana sini, bawak perut.. Alhamdulillah takde masalah pape. Sampailah time dah tak boleh naik flite, masa dah makin sarat, sampailah kes terjatuh tu, badan makin penat. Sakit sana sakit sini. Duduk dalam kereta pun tak boleh... Baring tak selesa, duduk tak sedap, tido pun tak lena.. Semualah tak kena. Makan jer lalu.. Muahaha.. Teruk rasa pengalaman mengandung kali ni bila sampai hujung - hujung tu. Masa awal mengandung ok, syukur dengan kesihatan yang diberikan... Mampulah untuk menguruskan rumahtangga, asben dan Likha macam biasa.... Mungkin faktor umur salah satu sebab kot...



Then selagi tak bersalin selagi tu lah macam - macam dalam fikiran ni. Kadang - kadang rasa macam mengarut je aku ni. Suka fikir bukan - bukan sampai kena tegur dengan asben. Masa dah sarat tu, ya Allah emo nya Tuhan je yang tahu. Nak menangis je rasa. Takut, excited, nervous, happy bercampur aduk. Bayangkan dekat 4 tahun tak beranak, rasa gerun dan takut datang menerjah jer dalam pikiran ni. Tipulah kalau tak langsung rasa takut kan? Pernah tak dengar orang cakap, orang yang dah pernah melahirkan anak, lagi takut nak bersalinkan yang no 2 sebab dah tahu and rasa sakit bersalin tu.. Nak bersalin no 3 lagi takut kot eh hehehe..Yang penting, pengalaman bersalin tiap anak tak sama....



Mengandungkan anak kedua ni, berat badan agak terkawal. Naik tiap bulan pun tak banyak.... oKLAH, kite pun bukanlah cekeding mana kan ? Masa mengandungkan yang kedua 60kg, lepas gugur berat naik sampai 65kg okeh ! Orang cakap, badan boleh mendadak naik lepas keguguran, ye ke tidak fakta tu bergantung pada keadaan badan memasing kot. So stat pregnant yang ketiga ni dengan berat 65 kg la... Sampai lah ke hari nak bersalin, berat ku 77.1kg[giler berat oi]..... Campur tolak 12kg JERLAH naik kali ni. Nak dicomparekan dengan Malikha dulu, dari 60 kg sampailah terbaring dalam labour room tu dengan berat 83 kg, bayangkan 23kg naik ! Tah apa yang ditelan dulu heh ? Jenuh 4 tahun nak diet kikiikih. Pas bersalinkan baby boy ni, timbang balik 70kg saja and after 1 month now berat dah 66kg.. Lagi 6kgs to go ! Chayook ? Mampu kah ???



Alhamdulilah, lepas menunggu hampir 9 bulan.... Penantianku berbaloi.... Yang selama ini ditunggu - tunggu dengan tidak sabar... Tak sabar nak tengok rupanya... Baby boy dilahirkan dengan cukup sifatnya, sempurna kejadiannya, sihat tubuh badan dan comel[baby mana yang tidak comel kan ?] Terima kasih Ya Allah... Ku bersyukur. Tak puas cium haruman syurga dari baby... Ya Allah.. Gomol selagi boleh hihihi..Best !!



Jom nak flashback kenangan mengandungkan baby boy ni.... Maklumlah masa pregnant, blog terabai tak sempat nak share moments preggy hihiks..



Kenangan di Mangga 2, Jakarta 6 Mac 2013.
Masa ni baru nak masuk 3 bulan.
Tengah mabuk lite - lite.
Tapi berjalan tetap berjalan.
:p



Masa ni 16 weeks.
Ber-selfie di dalam toilet Sunway Pyramid.



Nak masuk 5bulan, kenangan di Hotel Mutiara JB.


Phuket 17 May


Di Phuket...



Balik dari Phuket, nak keluar dinnah...
Baby membesar bagai juara :)


Balik dari check up, dating kat Putrajaya jap.
Masa ni weeks 30 tak silap.


3 minggu sebelum Ramadhan.
Bacaan yaasin kat rumah sempena malam Nisfu Syaaban 1434 H.




Sehari sebelum raya. Otw back to MIL's.
36 weeks.
Sendat dan padat hehee..




Malam raya pertama di rumah my parents, bilik pengantin 'selamanya' weols ;)
Awww jgn marah ehhh.








Dan yang terkini
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


Latest pic masa
14 hari dalam pantang.
Wakakakkaka..





Syukur alhamdulillah, walaupun perit sikit melahirkan yang ni tapi tempoh penyembuhan luka bersalin tu mudah. Hari ke 10 tu jalan dah laju dah, duduk pun macam orang tak bersalin, sampai kantoi dengan misi desa yang datang nak buat check up hihi. Bila dah hilang sakit - sakit ni, jadi lupa lak yang kita ni masih dalam pantang kikikih.... Rasa berpantang yang ni lagi senang dari yang masa Malikha dulu. Baby pun tak banyak ragam.. Walaupun macam - macam cerita dari mengandung, bersalin dan berpantang, Insha Allah kita tak serik lagi untuk yang no 3.... 



Ok, jap lagi kita buat entry baby boy lak yer... Kita announce nama dia pulak. Ceececeh.... 


Tata.
Love

Friday, October 4, 2013

Kisah Beranak , Boleh Pilih Tarikh



Alkisahnya, baby boy lahir sama born date dengan kakak Malikha yakni 25hb.... Di mana Malikha 25 Oktober dan adiknya 25 Ogos. Macam mana boleh tersama ? Semuanya ketentuan dari Allah swt hehe..


Sebenarnya, bila buat 1st check up di KBMC masa tu 6hb Ogos, lagi 2 hari nak raya, dengan bawak segala rekod mekod dari DEMC, Dr Lily ( Doc sama yang menyambut Malikha dulu) dah tanya bila awak nak bersalin ni ? Cewahh, siap tanya bila nak bersalin tu... Scan masa tu baby dah lebih dri 3 kilo, around 3.2kg...


2nd visit plak lepas raya 16hb Ogos, scan and check up semua baby ok in good condition at 37 weeks. Doc cadangkan untuk masuk induction labour but we refused. Yelah, kalau boleh nak bersalin normal. Dah Malikha dulu pun kena induce sebab waterbag dah kurang. Ni pun kalau aku nak tunggu bersalin normal, tah ku pndai ke tidak nak agak. Then aku sendiri yang decided date 25 Ogos, Ahad kebetulan date 25hb tu and of cos Papa pun dah tak larat nak tunggu aku bersalin. Tak sabar actually hehe dan tak sanggup dah tengok aku menanggung sakit belakang ya amat. Memang teruk pregnant kali ni, sakit pinggang dan belakang ya ampun Allah je tahu, maybe kesan dari jatuh tu kot. 


Masa check up ni sempat jumpa Oya, kawan sekolah lama di KBMC. Dia datang hantar vitamin Sharklee yang aku order.



Ok, so doc tick 25hb Ogos warded untuk induction labor at 38weeks.... Boleh main - main pilih date erk? Oklah tu, ada masa seminggu lagi untuk makan puas - puas, manja puas - puas dan bla bla bla. Tapi neves kemain lah sebab kita tahu tarikh kita perlu pergi untuk serah diri untuk digodekk oleh doktor kan..? But, doa banyak - banyak n tak putus.... Kejar jugak untuk khatam Quran.


Hospital bag Papa + Mama dan baby M

Pada hari kejadian, 25 Ogos 38 weeks, hari patut aku warded, boleh pulak KBMC full. Bilik penuh, tunggu punya tunggu, masuk check up dulu... doc terus seluk untuk cek jalan. Rupanya jalan dah bukak 5cm ! Bila masa terbukak, ku tak tahu.. Sakit pun tidak... Jadi induction labour tu tak jadi lah... Bersalin lah natural. Tengahari sempat gi lunch dulu dengan Papa. Berdua je, Malikha kat rumah dengan sepupu sepapatnya. Memandangkan jam 1 tengahari tu masih takde bilik, so aku terus kena masuk labour room... Nak tahu ? Labour room yang sama, katil yang sama, jam yang sama masa melahirkan Malikha hampir 4 tahun yang lepas[LINK].... Sayunya rasaaa..... Haih....



Jam 3 - 4petang, contraction makin mnyucuk tapi bukaan jalannya amat slow. Jenuh lah kau kena seluk. Boring ! Dipendekkan cerita, lepas Asar family start datang. MIL datang, dekat Maghrib Umi semua datang bawak Malikha. Salam cium peluk kiss Malikha. Sedihnyaaaa sangat - sangat.... Macam - macam perasaan ada.



Dipendekkan cerita lagi, tepat jam 845 malam alhamdulillah baby boy kami selamat dilahirkan bertemankan Papa dan kakakku ( sama macam menyambut Malikha dulu ) dengan berkali - kali teran. Satu je yang aku boleh cakap, melahirkan baby boy TAK SAMA macam melahirkan Malikha dulu ! Biarlah ku sendiri yang simpan, nak cerita pun tak larat dah. Yang penting, syukur alhamdulillah anak kedua ku selamat dan sihat dilahirkan.....Dan aku pun selamat... Normal tanpa bantuan apa - apa. 




Kain hijau yang menggerunkan !







 1 malam bermalam di KBMC, esoknya dah boleh balik. Sambung berpantang di rumah pulak.



Masa baru sampai rumah, SERAMMMM !



Malikha... pandai.. Tahu adiknya datang dari perut Mama. Sayang adik, jeles sangat bila orang datang kerumun adik. Tak leh dengar soalan - soalan ''sayang adik tak'' '' nak amek adik boleh tak?'' mulalah berdrama swasta yang masya Allah dan mulanya korek mata adik, penyek hidung mancung adik, campak bantal blanket adik.....  tunjuk perasaan agaknya. So 2 - 3 ari lpas adik keluar, memang banyak lah mulut - mulut yang kena berjaga - jaga. Lepas dah abis sindrom baru dapat adik, dia tak cara pun ke adik. Takde pun nak menempek dengan adik 24jam ke, kalau Mama tengah susukan adik, takde pun dia nak jeles - jeles heh.... Cuma perangainya jer yang memang menguji kesabaran Mama sokmo. Itu nak Mama, ini nak Mama... Kesian dia... Nak perhatian jer tu sebenarnya... tapi dalam keadaan Mama berpantang gini, yang masih sakit situ sini, yang masih penat, kekadang emosi kita tak berapa betul..... tu yang asyik nak marah je ke dia.. Ya Allah, tingkatkan lah kesabaran ku.... Sayang anak - anak tiada berbelah bagi. Likha anak Mama no one, adik pun anak Mama.. Dua - dua Mama sayang takde lebih takde kurang....



3 - 3 Mama sayang, tapi anak -  anak Mama tetap no 1.
Papa duk no last pun tak pe k...
:)



Macam mana lah balik Setia Alam nanti. Huru hara kah ? Ya Allah permudahkan lah urusan ku.... Sepanjang 40 hari ni, adik sangat baikkkkk. Satu malam jer berjaga malam tak nak tido agaknya kembung perut, selebihnya alhamdulillah tido molek sampai pagi..Jaga - susu - tido, jaga - susu - tido. Kakak suka buat perangai, tapi adik baik. Allah Maha Adil..... Nak puji adik lebih - lebih pun tak boleh jugak, kang lepas ni start buat perangai berjaga malam, haru lah Mama, tapi doa Mama yang baik - baik je.. Nampaknya adik memang akan kena beralah dan mengalah kot dengan kakak divanya... Hurmmm... Sabar lahh wahai Mama dan Papa.... Weols pun baru nak belajar jadi mak ayah ber-anak dua kan ?



Jadi, born date Malikha dan adiknya sama lah 25hb... Walaupun lain - lain bulan, tapi senang nak ingat hehe.Next baby, kita bajet date pulak la yerrr... eh, next baby ???



Ok, jumpa lagi.
Tata.
:)


Selamat melahirkan baby boy


Alhamdulillah...
Syukur ke hadrat Ilahi dengan izinNYA, ztee dah selamat melahirkan baby boy pada 25 August 2013 bersamaan 19 Syawal pada jam 8.45malam secara normal di KBMC. Baby boy dilahirkan dengan berat 3.4kg dan 51cm panjangnya. Alhamdulillah, baby dilahirkan dengan sihat, sempurna dan comel. Mama pun dalam keadaan baik - baik saja... Terima kasih pada suami, family dan kawan - kawan yang banyak bagi sokongan dan mdoakan keselamatan dan kesihatan baby dan Mama dan doa dipermudahkan segalanya...



**************************



Assalamualaikum... frensss semua. Ya Allah lama betul tinggalkan blog.. Tah masih ada ke tidak yang ingatkan kita ni, Mama Likha hehehe... Sory ye blog frens, lama sangat tinggalkan dunia blog... Hope kite semua masih kawan yerrrp :)) Mama Likha sekarang alhamdulillah dah berstatus ibu kepada dua orang anak... Alhamdulillah, syukur syukur syukur dah dapat sepasang.. Ramai yang cakap macam tu. Yer, syukur kerana dianugerahkan anak lelaki.. Kalau dapat baby girl pun, tetap kena syukur jugak... Betul tak ? Hari ni dah hari ke 40 sebenarnya, dah merdeka dari dunia pantang orang cakap hikhik horay - horay.


Jom nak share sekeping dua gambar di hari kelahiran baby boy... Ceritanya later2 kite story mory yer... (hah, yg later2 tu tk sanggup dengar tu sebab tak tahu bila nak sambung balik.... muahaha)







Cerita pasal kakak Malikha pun nanti kita sambung yer.. Betapa excitednya terima adik baru :)


Tata.
Love