SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Thursday, November 28, 2013

#throwbak Part II : Phuket May 2013



Kemudian lepaking and sambung jalaning cuci mata di Patong Beach. Nasib takde adegan - adegan yang tak sepatut di tengok oleh Malikha. Cuma yg sempat dia tgk, ada 1 couple Mat Saleh jalan depan dia yang pakai bikini, spontan je dia cakap, ''wowww ! why so sexy Mama....Tak baik kan pakai macam tu kan Mama '' itu je la. He he... 



















Pastu sambung jalan kaki jer di kaki lima Patong Beach.. Banyak kedai kedai oh yaaa kat Patong ni banyak kedai Hello Kitty... Penuh satu kedai memang semua barang HK... Rambang mata sat...



Opppppssss!





 





Lepas hantar balik motor yang disewa, weols terus gerak balik ke hotel. Otw back singgah dinner di Surin Beach, tak ingat nama restoren tu.. Dinner tepi lautt bebb.... Tapi tak selera sangat mengenangkan hurmmmmm sesuatu ! Tak bergambar mana pun, sebab takde mood dah plus letih sangat... Nak bummbummm je rasa..







Esok pagi siap - siap untuk balik ke Malaysia. Memang short trip :))











Oklah, sejujurnya pergi cuti - cuti Phuket ni disponsor oleh company Papa. Sepatutnya flight balik Malaysia Isnin, tapi macam mana salah amek Ahad... Actually kisahnya, Papa dapat jemputan untuk bermain golf dengan geng - geng dia tapi apakan daya belum terbukak lagi hati dia untuk bermain golf buat masa lani. Tahun depan, 2,3,4 tahun lagi kita tak tahu. Harapnya takyah terbukak hati pun takpe hehehe takut nanti bila dah terjebak Mama dengan anak - anak selalulah akan kena tinggal kikikihhh tapi memang buat masa ni Papa tak minat lagi pun nak menceburkan diri dalam bidang golfing. Heeeee jangan harap la, dia bukan suka sangat nak berjemur tengah panas semata - mata untuk game yang boring tu hehehe. Itu yang dia cakap, bukan kita cakap,, Manja katakan, putera lilin ! Jadi, Papa ikut ke Phuket cuma masa lebih bersama yang tersayang je lah hehe. Tq Dato, Datin and the rest lagi yang sama ikut ke Phuket. Jadi dinner kami semua together dengan they all tu ler... Ada masa melayan Malikha yang asyiklah potpetpotpet tu :))



Tq Papa sudi bawak Mama dengan Malikha kenal - kenal Phuket. Walaupun short holiday, at least dapat kenal Phuket and passport berchop jugak hahaha. Yelah, kalau setakat nak pergi sendiri takde makna nak gi Phuket kan dengan bawak Malikha hihihi... Tulah, rezeki :)) Mama considered as a mother's day gift kebetulan masa tu musim Hari Ibu *sila muntah.



So, conclusionnyan kita takleh nak sharing berapa harga hotel, tiket flite and makan minum.... Mampu share yang mana kita tahu saja n gambar - gambar pemandangan di Patong :))



Tq for reading !
Bye !
Love.
:)


Wednesday, November 27, 2013

#throwback Part I : Phuket May 2013

Entry trobek okeh hehehe..


Lets story, malas nak mukadimah pepanjang hehehe...


Tanpa dirancang - rancang tup - tup Papa nak bawak bercuti ke Phuket. 17May, Mama baru nak msuk 6bulan masa tu, masih boleh lagi naik flite. Actually, short trip only 3hari 2malam.  Panjang cerita masa nak berlepas tu, sebab Mama dengan Likha je ke KLIA, Papa dari Langkawi masa tu sebab ada kerja, so dari Langkawi transit kat KLIA then terus flight ke Phuket. Tapi nak dijadikan cerita, flight MAS pagi 2x delay sampai nak cecah time yang sepatutnya terbang ke Phuket, tambah penyedap cerita lagi bila passport Papa ada dengan Mama... Kalau ikut dengan masalah delay tu memang Papa dah takde masa dah nak keluar ke terminal untuk dapatkan passport and check in ke Phuket...


Bla bla bla bla bla bla......


And MAS staff ter-sangat-lah helpful ahernya bila problem weols settle... Dapat jugak terbang ke Phuket dengan jayanya... Oklah, holiday bermula.. Penerbangan ke Phuket only 1 hour and masa dia awal sejam. Sampai kat epot Phuket, ada yang menjemput dan terus dibawa ke Laguna Beach Country Golf Club & Resort. Jarak lebih kurang dalam 30 - 40 minit, kebetulan time tu hujan. Hotel ni ala - ala apartment suite ada kitchen siap fridge, microwave, dah perkakas pinggan mangkuk. Kalau datang one big family memang sesuai, boleh siap masak paprikkk, tomyam... he he he...



Lepas check in, fresh up sikit keluar gi dinner dalam kawasan Laguna tu. Laguna tu besar, ada banyak hotel lagi.. Memandangkan ni entry trobek, jadi tak ingat dah nama restoren tu.. Rasanya The Corus Laguna tak silap huhu..





















Second day, pagi bangun, breakfast kat bilik, tak pergi coffee house was was dengan makanan  sure tak halal... then bersiap nak keluar ke Patong City. Weols amek transport macam cab lah ke sana dengan bayaran 700baht. Amek dengan hotel.. 700Baht bersamaan dengan RM70... Rupanya jauh jugak perjalanan ke Patong. Lalu jalan berbukit bukit, tepi laut ada laaa dalam 1jam lebih.... Jalan pusing - pusing, tengok laut teringat kes Tsunami plak.















Terus ke Patong. Kat Patong ni mengikut kefahaman kita, ada dua jalan. Satu Patong main Road lagi satu Patong Beach Road, dia sebelah sebelah jer. So weols decided ke Hard Rock Cafe dulu di Main Road. Tak sempat jalan lagi, kaki Malikha dah melecet, so singgah lah kedai cari sleipar jepun ke dia.














Settle di HRC, weols nak makan. Dah googgle katanya ada kedai makanan Islam di Patong Road, namanya KESUMA SEAFOOD, tanya - tanya orang and driver tuk tuk, ok depa tahu and terus di bawa ke sana.. Tuk tuk 200baht only... Dia pusing je jalan tu. Rupanya KESUMA SEAFOOD tu stall tepi jalan ala ala warung la kalau kat sini... Keciwa lagi bila dia belum bukak masa tu dalam kul 3 petang kot. Tup tup datang tokey KESUMA tu dekat tuk tuk weols katanya dia bukak kul 4... So weols decided untuk jalan jalan sekitar dulu.... Kita pulak menggedik suruh Papa sewa motor. Yelah, baru feeling sikit kan...




















Keadaan kat Phuket terkawal, traffic tak jem, penjual - penjual jalanan macam kat Indonesia takde, bersih dan selamat. Cuma kalau tengok pemandangan kat Patong City ni, wayar letrik yang berselirat, memang tk cantik kan ? Selamat ke tidok eh ?












Lepas makan, weols sewa motorbike kat sebelah KESUMA tu. Seriously, tak ingat lah berapa... Hu huhu... About 300 - 400baht per day maybe.. Teka jer... Tapi ingat yer, masa nak sewa kena tinggalkan passport.. He he but dont worry, semua ok.... Jangan risau... Pastu kite dok ronda laaaa Patong City dengan motor. Nak bukak rahsia, ni lah first time ku naik motor dengan hubby.. Hik hik.. Ala,,,, Papa amek motor kecik, dah pesan nak ala ala skuter, nasib baik mampu menampung berat preggy mom ni kan ?











Singgah - singgah kedai souvenier, wajib shopping sikit kan. Nak cakap kat pHuket ni, barang macam mahal sikit lah, of cos lah bukan macam kat Indon, pastu lagi satu seller - seller kat sini macam tak kisah pun kalau kita tawar - tak dapat - blah sebab macam dorang tak heran sangat... Ala kat sini tourist Mat Saleh kan banyak.., theyols tu pasti membeli...  Tapi satu kedai yang betul murah [ ni pun kita google dulu sebelum datang Phuket ] located di main road Patong sebelah Subway... Kita tak amek full picture kedai ni, cuma kat entrance dia je huhu ingat die dok sebelah Subway, tapi actually banyak jgk Subway kat Patong ni hu hu hu.. Ala jumpa la nanti tu.. Bukan besar mana pun Patong City ni..






Ok stop here. Nanti kita sambung part II lak k... :)


Bye !
Love.
XoXo.