SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, November 22, 2013

#maksujakawen 17 Oktober 2013 : Majlis Nikah dan Resepsi


Alhamdulillah.... Raya haji yang ke 3 slesai sudah majlis nikah dan sanding adik bongsu weols... Moksu Ja Likha. Majlis yang dirancang berbulan - bulan berjalan dengan sederhana, meriah dan lancar walaupun bermacam dugaan, cabaran dan ujian yang timbul sebelum majlis... Biasalah kan, kita hanya manusia biasa. Takde pun nak upah - upah wedding planner ke apa, semua buat sendiri. Bab makan semua catering, termasuklah pelamin, khemah photoghpher dan videographer tu kita upah orang...


Bagi Mama Likha, majlis kali ni lain sikit la.. Sebab dah ada anak sorang lagi. Kelam kabut jugak, bila baju kurung Malikha dan baju Melayu Raaed [ nak jugak berbaju melayu dia tu ] last minute siap. Warna tema yang weols pilih, mint green. Rasanya color ni tengah in sekarang selain dari tiffany blue kan ??


So gambar - gambar yang Mama Likha nak share kat sini, gambar - gambar yang sempat snap sendiri je. Tu pun yang mana sempat amek je lah. Kali ni sibuklah dok kilek baby hihihi... Gambar official belum siap...







Akad nikah dibuat kat rumah saja. Alhamdulillah, menjadi halal sudah dengan sekali lafaz akad... 








Kebetulan, Mama Likha dah abis pantang... So seminggu lepas abis 45 hari tu, terus pindah bilik naik duk tingkat atas... Jadi bilik weols jadi bilik pengantin la. Actually bilik ni bilik pengantin turun temurun sebenarnya he he... Dari zaman ciklom Likha lagi....




Ciklom sefamily :)



Mama Likha tempah dua pasang baju. Ni baju sesi pagi.
Amboihhhh.
 
Once a diva, always a diva





18x dok ulang alik ke ice cream booth


Petang pula, majlis bersanding. Rombongan pengantin lelaki tiba disambut sep - sep mint green :)















Perantin lama.
Baju cantik Mama dari OHALMAREE. Boleh follow kat instagram dia or cari #ohalmaree.
Peplum nursing yang ditempah khas..






Masa kat kg, ni lah teman dan kawan baik - gaduh - baik balik Likha. Sepupunya Likha, Iriisda atau nama manjanya Kak Wan.. Kak Wan selalu lah kena buli kat Ikha. Bukan setakat kak Wan, papa Kak Wan pun sama kna buli dengan Ikha... Sabar jerrr lahhhh !!





Alhamdulillah. Selesai sudah. Eh, belum. Masih ada cerita majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki di Sg Buloh, seminggu kemudian tu. Penat toksah cakaplah. Mental, fizikal, emosi semua jangan cakap. Bercampur gaul. Mixed feeling. Apa - apapun, kami puas hati sebab dah cuba bagi yang terbaik untuk MaksuJa... Buat Maksu Ja dan Paksu Ariff, Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia selalu. Katanya mereka, taknak timang baby lagi... banyak nak kena fokus dulu.. Oklah begitu, tapi jangan lama - lama sangat hehehe. Semoga kekal bahagia hingga ke Jannah Insha Allah. Amin...



Tata.
Love.
XoXo.
:)

2 comments:

mama leen said...

cantik warna ni... like 10 kali

Mommy ZaraZarif said...

alolo..comeynye malikha..bile nkjumpe baby raed ni..