SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, December 17, 2013

#throwback Likha Masuk Hospital

Ini bukanlah berita terkini lagi sensasi tapi adalah berita peram lagi basi ! Mehmehmemeh..


Nak jugak share kat sini sebab ni lah pengalaman paling takleh lupa setakat ni. Maklumlah tak biasa masuk - masuk hospital ni. First time untuk Malikha dan Mama, melainkan Mama masuk hospital masa beranakkan Likha dulu jer. Hehe serius... Kalau orang - orang kampung ni, takut sangatlah dengan hospital. Kalau boleh taknak masuk hospital, nape erk ?


Jadi Likha masuk hospital ni 31 Julai, minggu ke 3 bulan puasa. Memang dugaan jugaklah buat kami. Dengan kita yang sarat, backpain yang sangat teruk, dah la hari tu Likha last day sekolah, lagi seminggu nak raya, dengan kelam kabut nak balik kampung, tup tup on that day Likha muntah non stop..... Start pagi tu dengan pening kepala, haihhh pelik Mama bila dia mengadu sakit kepala or pening kepala.. Tak pernah - pernah sakit kepala, pandai pulak cakap yang dia sakit kepala. Mama picit - picit suruh dia tidur then tak jadi pastu muntah tak berhenti sampai die start lembek..


Terus decide and drive ke DEMC. Dalam kepala dah fikir ni mesti kena admitted ni sebab ku pun taktahu nak buat apa. Sampai DEMC pun dh 3pm macam tu, lengang je kat PAED, terus jumpa Dr Ahmad. He check up then suruh warded, yang Papa pulak tak setuju. Pas bincang - bincang oklah masuk wad. Yelah, Mama tak reti la nak handle, muntah non stop, masa depan Dr Ahmad tu dia dah lembek dah, dah dehydrated, Dr kata kalau lambat datang boleh effect kidney dia. Nurse uruskan pasal kemasukan ke ward. Likha suspect kena viral infection + food poisoning.


2 hari 1 malam weols berkampung di DEMC. Berbuka dan bersahur..  Duk je rest kat DEMC, makanan berbuka Ciklah yang siapkan... hari pertama Ciklah kasi nasi kerabu siap ayam percik dan dessert. Hari kedua nasi putih lauk kampung.. Memang asalnya pagi kejadian tu Ciklah dah called kata nak kasi Nasi Kerabu untuk berbuka puasa alih - alih berbuka di hospital hari tu.. Huuuu...


Bila muntah dah stop, badan pula panas. Demam panas pulak.. So under observation doctor n nurse la.






















Masuk hari ke 2 dah bosan dah. Ikutkan Malikha dah sihat cuma panas still on off. Minta dengan Dr nak discaj, aritu Jumaat kalau ikut plan asal Sabtu nak balik Kelate dah untuk sambut raya. Kita pun dah tak mampu lagi nak duduk  hospital dalam keadaan sarat masa tu... Dr datang cek itu ini bla bla bla.... kalau ikutkan kena warded 3 hari 2 malam, Dr benarkan untuk keluar asalkan Malikha sambung ubat demam di rumah dan monitor dia. Baiklah Dr. Malam tu lepas Isyak weols pun discaj lepas setel bil - bil hospital semua. Luckily, semua under insurance, deposit yang kita bayar sebelum tu pun dah dibayar balik oleh pihak insuran. Untung ada insuran ni, alhamdulillah...




Terima kasih to Ciklah yang sediakan makan weols, Acu, Kak Ely, Maksu Ja, Mama Eja, Yaya, Fiyya, Papa Wan datang melawat Likha aritu siap bawak present semua.... Thanks a lot ! Kurus jap Likha lepas kluar spital he he he..



Kenangan kenangan..


Bye !
Love.
XoXo.


2 comments:

Alyyani Anuar said...

walaupun 2 hari 1 malam tapi terasa panjang sangatkan? hope anak2 kita sihat walafiat je lepas ni. amin...

eliyaezlinalias said...

hope likha sihat2 sentiasa