SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, August 8, 2014

Salam Aidilfitri 1435 H

Assalamualaikum....



Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua... Masih ingatkah korang pada daku.. Huksssss blog ke lautttttttt pppfftttttt....


Raya yuols mcmne? Meriah ke... Alhamdulillah tahun ni weols beraya ber-empat... bersama Muhammad Raaed Naiel yang dah nak masuk setahun 25hb Ogos... Kejap betul masa berlalu.. Tahun lepas raya duk sakit itu ini sarat perut bawak dia dalam kandungan...


Weols tahun ni biasa - biasa saja. Persiapan yang sungguh biasa - biasa. Boleh kata pusing 360'.. Banyak bajet yg dpt di cut wpun tahun ni bertambah lg sorg.. Tapi alhamdulillah semua cukup dan lengkap tambah tambah buat anak dara Malikha dan anak teruna Raaed...


Dgn banyak sgt benda berlaku dalam bulan puasa, sadness and fear... kes MH17, kes MH370 yang masih hilang tak timbul - timbul, dgn kes GAZA.... rasanya berpada - pada la kan...? Hilang mood... terbayang wajah - wajah yg dilanda kesedihan, wajah  saudara - saudara kita di Gaza.... takde aidilfitri buat mereka semua...





Nah! Belanja gambar raya sekeping.. Rasanya ni lah yg paling cantik kot haha payah bila anak dah bertambah ni macam - macam ragam... Malikha susah nk bergambar, Raaed jugak yg cool sokmo macam Papa..



Semoga Aidilfitri kali ni mengeratkan sillaturrahim sesama kita dan memberikan kita seribu satu keinsafan, ingatlah kalau kita susah, setakat mana ada pakai kite, ada lagi org yg lebih susah dr kita.. Contoh paling senang, saudara kita di Gaza. Ya allah, jangan putus doa buat mereka di sana yer... Kite tak mampu nak angkat senjata tp kita mampu untuk mengangkat doa buat mereka kerana doa la senjata umat Islam yg paling ampuh.. Doalah moga2 Zionis cepat lenyap dr bumi Gaza, dan moga mereka saudara saudara kita (bayi, kanak-knak,wanita yang paling menyentuh hati..diseksa dan dibunuh tanpa perikemanusiaan) disana diberikan kekuatan, keselamatan dan perlindungan oleh Allah swt.. Amin.. tak sanggup nak tengok gambar - gambar mereka kt sana... sebak...



Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga.


Love.
Mama Ztee