Bermula pula kisah hari ke 4 di Jakarta.
Waaaaaaaaa, gigih bercerita!
Biar ahh..., kalau tak cerita kat sini, nanti seksok-seksok mesti lupa kan!
So, kalau nak baca-baca jer!
Hehehe.
Pagi, macam hari sebelum-sebelumnya lah. Breakfast dulu!
Tapi breakfast buffet kat Hotel Menara Paninsula ni kurenggg sikit dari Swissbel Hotel.
Bukan kureng dari segi apa, tapi pasla makanannyaaaa terlampau banyak, sampai kami jadi muak!
Muaahhhhaaa..., bukanlah amek banyak dan dengan tamak.
Tapi centulah.
Yang best sikit, ada strobery n yogurt! Yeayyyeye! Mektok suka sangat makan yogurt!
Lepas breakfast terus check out.
Heee alangkah bestnya kalau naik sambung tidur kan!
Hoh rasa rugi pun yer! Check in skejap jer.
Yelah, datang berholiday camtulah. Kalau nak duduk 24jam dalam hotel sebab taknak rugi, buat po datang holiday jauh-jauh nak kenal tempat orang kan..?!!
Kalau tak check in hotel, nak check in mana..?
Pandai-pandailah bawah khemah check in tidur tepi jalan erk!
Hahahhaha.
Pot-pet mak nenek!
Agenda hari ke 4 di Jakarta, sebelum bertolak balik ke Bandung adalah nak ke Tanah Abang.
Tempat tu macam pasarlah. Kalau kat Kelantan, boleh disamakan dengan Bazar Buluh Kubu or Pasar Siti Khadijah. Bangunannya 7 tingkat saja untuk barangan membeli-belah. Dan die ada banyak blok, Pa Karli bawak kami ke Blok A. Katanya Blok A, berhawa dingin dan lebih selamat dari pencopekkk! Dengar pencopeekk pun, aku dah cuakkk! Huhuhu.
Tapi oleh kerana kul 9 weols dah ada kat Tanah Abang, kedai-kedai pun banyak baru dibuka. So orang masih tak ramai dan keadaan terkawal. Last-last bila makin ke tengahari tu, makin ramai makin sesak dan mektok Malikha pun mula lah buat peel. Yelah, kepanasan pun ye, pastu campur nak tidur lagi, bercampur lagi tengok patung MickeyMouse kiri kanan dia, duk hotjok hotjok,,, nak ke patung tu!
Kat situ, ku cuma membeli telekung solat, blouse-blouse sulam, baju batik Pak Sako, kain batik, kain cotton - ni semua adalah untuk ole-ole orang-orang tua kat kampung dan bebudak berdua tu beli bermacam aksesories. Ohhh harga sangatlah murah, sebab tu kalau ada sesapa yang berminat nak berbisnes bolehlah datang shopping kat sana. Memang murah dan kalau balik jual kat Malaysia memang berlipat ganda untungnya.
Tak caya, sila lah pergi!
Hehehe.
Highway Jakarta - Bandung, ternampak satu masjid macam masjid negeri Shah Alam.
Then, tengahari terus proceed balik ke Bandung semula. Sampai jer Bandung terus ke DAGO, pusat factory outlet lagi. Kat sini ok-ok saja, ada Donatello, Gossip, Family, Erward Forrer dan macam-macam yang memang lah syurga shopping betul lah untuk yang kaki shopeng!!
Petronas di Bandung.
Dua beradik kena follow sampai ke sudah oleh peniaga jalanan.
Selagi tak beli selagi tu lah jawab diikutan.
Tapi kalau kita taknak, cakap jer elok-elok. Dorang paham.
=)
Tapi yang ni, cair jugak untuk berbelanja akhirnya.
Lagipun rasa kesian sangat ngan diorang. Tapi jap tu ramai lagi lah yang datang mengepung.
Ni borong lagi key-chain ngan fridge magnet!
Lepas bertungkus lumus menghabiskan ratusan ribu rupiah kat DOGA, yelah kan dah last day kat Bandung, haruslah sopeng sehingga ke titisan
terakhir kan! Hihihi.... Terus ke Swiss-Bel Hotel again, check in kat situ lagi untuk last day.
Kul 7pm keluar balik, for the last guna khidmat Pa Karli ni, beliau bawak weols ke last pitstop.
Paris Van Java.
Ohhh, ni shopping complex lah tapi cantik sangat tempatnya ala-ala resort gitu.
Tengok lantai die pun daripada kayu.
Cantik!
Dan berdinner buat kali terakhir di Bandung dengan makanan Indonesia. Saya order Nasi Ayam Kremes (macam Ayam Penyet), Papa order Nasi Goreng Gila - hahaha jangan gelak, sebab memang kat sana banyak walhal nasi goreng biasa je dan lepas makan tkde pun jadi gila - , Suky order Nasi Ayam Kampung Penyet dan Maksu Ja order Nasi uduk ( macam Nasi Lemak)....... Harga untuk dinner IDR 188,000. Hah kira sendri berapa RM yer :)
Last but not least
Presenting our Supir, Pa Karli.
Yang sangat setia menanti, membawa barang, menepati masa, bagus dan cekap memandu.
Orang Jakarta.
Bayaran untuk dia di Jakarta IDR 100,000 per day dan luar Jakarta ( Bandung ) IDR 150,000 per day.
Try kalkulet sendiri, berapa je kan kalau di convert to RM... RM55 di Bandung dan RM 38 di Jakarta.
Murah kan..?!
Giler banyak gambar dalam entry ni!
Ok, finish sudah al-kisah coti-coti.
Tapi ada 1 day lagi kan sebelum fly back to KL.
Okeh nantikan sekali dengan conclusionnya.
Hahahaha!
Giler gigih hokkay!
Tak kisah, my blog kan..?!
Ok, bye!
Sekian.
:)
TQ kerana sudi membaca.
♥