Salam June.
Dah lama berjanji nak coretkan kisah - kisah Malikha dan sekolahnya kan..? Tapi tertangguh - tangguh benar... Sory blog.
Malikha dah 5 bulan lebih pun bersekolah sejak awal Januari aritu. Dah selamat menempatkan diri di Genius Aulad. Mesti ramai yang kenal dan tahu Genius Aulad kan? Pre school based on islamic and english medium. Till today, Mama rasa puas hati dan tidak buat keputusan yang salah bila ahernya Mama masukkan Likha ke Genius Aulad.
Masa bulan Dec kan Mama kalut, round sana sini area Setia Alam dan Shah Alam konon nak cari skul yang terbest untuk Malikha. Lepas satu skol satu skul Mama naik dan masuk, tapi tetap tak dapat buat pilihan. Ahernya bila Genius Aulad ada buat open day mase last week of Dec, mase tu Mama pun ter-called jer Genius Aulad nak tanya kekosongan then staff situ suruh Mama datang mase open day tu. Tapi bila weols datang, rupanya class semua dah penuh. Open day tu more to parents yang nak buat payment, amek uniforms and so on. Frustrated kat situ. Tapi pengetuanya, ustaz yang muda lagi... cadangkan Mama untuk masukkan Likha mid term yakni bulan June tengah tahun sebab biasanya akan ada kekosongan lagi time tu. Mama taknak lah kan ? Rasa macam dah lewat. Lepas gitu gini, tak lama GA sendiri yang called kita cakap ada kekosongan untuk Malikha tapi sesi petang 1.30. Oklah tu. Masih ada rezeki untuk Malikha horay horay ! Seronoklah. Dia pun seronok jugak tapi apa dia tahu kan ??? Belum mula lagi drama swastanya...
Dipendekkan cerita, awal tahun weols bercuti ke Hong Kong Disneyland. Sepatutnya 1 weeks of Jan tu dah start orientation week selama 2 minggu tapi terpaksa lah ponteng dulu.... 9 Jan 2013 baru Malikha mendaftar untuk 1st day. Masa sampai tu seronoklah, teacher terus pakaikan uniform sebab size XS untuk dia baru ada stok. Pastu Mama keluar lah sebab pesen GA ni parents takleh tunggu. Anak nangis ke meraung jer, tinggal je. Teachers tahu lah macam mana nak calm downkan... Pastu Mama dengar suara dia, cari Mama. Mama memang hati batu lah. Wat donno jer. Kul 430 gi amek, rupanya dia duk menangis meraung di front kaunter teacher. Tengok Mama lagi kuatnya menangis. Huwarghhhhh !!! Dengan Mama - mama sekali rasa situ jugak nak meraung. Parents lain pun ramai lah mase tu kan, sama jugaklah ada jugak kes budak meraung, tapi sebab dorang dah start banyak hari dah dari Likha... Time tu lah Mama rasa aadoiiiii, mula lah bersalah sangat....
Hampir 2 bulan okeh Likha buat perangai taknak g skul. Hampir 2 bulan ! Dah lah bulan 2 tu banyak jugak cuti bila balik kg mase CNY tu. Tu yang dia jadi liat tu.. Tiap kali nak g skul, mandi nak pakai uniform time tu lah dramanya start. Itu ini, menangis mintak belas taknak g skul.. Mama pun heran, tapi bila masa jemput dari sekulah dia ok je, seronok jer. Ticer pun cakap macam tu, Sekejap je dia masuk, pastu terus ok. SUmtimes masa Mama hantar dia nangis, ticer amek wat masuk dalam, mama tunggu luar, tak sampai 3 minit ticer kuar, cakap dia dh OK dah. Tu yang Mama kuatkan semangat jugak, sebab Mama fikir dia ni saja manja, sebab yelah sejak lahir mana pernah berpisah dengan Mama ni kan ? 3jam je sesi sekolah dia ni.... Sampailah hujung bulan 2 tu Mama dah give up rasa, bincang dgn Papa kalau Malikha cam gini lagi bla bla bla, better quit lah skul. Macam kita paksa dia pulak.
Tapi tiba - tiba miracle....... Bila 2/3 ada parents sharing day kat skul dia. Class ticer jumpa parents untuk discuss progress anak - anak. Ticer cakap Malikha ok dalam class cuma banyak masa dia tak join kawan - kawan and tak nak makan. Ala, lite meal jer. Tiap kali masa makan, dia akan dok je dalam class or dalam playhouse. Bila ticer komplen bab makan pun weol believed sebab dia memang susah sikit bab makan, kat rumah pun sama.
Lepas parents sharing day, Malikha cuti lagi sebab weols cuti - cuti ke Jakarta. Ingatkan lepas balik dari Indon tu dia buat hal lagi drama dia, tapi itulah ajaibnya.. Start dari situ, takde masalah dah pergi sekolah. Ari - ari nak pergi sekulah, bersiap pakai baju, semua takde masalah. Syukur sangatlah Mama time tu........ Nasib baik Mama kuatkan semangat lagi, kalau ikutkan peel dia tu dah lama dah benti skolah. Ya ALLAH, hampir 2 bulan Mama bersedih dalam hati, rasa bercampur baur perasaan ni... Sedih fikirkan dia yang seolah - olah kena g skul secara paksa rela, seolah - olah Mama ni kejam sangat. Papa pun asek nak sebelahkan Malikha. Cakap Malikha ni kecik lagi... Abis tu nak tunggu 5 tahun baru g skolah ? Lagi lahhhh liatnya !
Rupanya bukan senang nak hantar anak pertama kali masuk sekolah kan ??? Tambah - tambah Malikha yang memang dari kecik lagi yang dok bawah ketiak Mama ni... Kesian dia.
Tapi hari alhamdulillah, syukurrrrrr...... Apa yang Mama impikan apa yang Mama nak.... Mama dah dapat. Alhamdulillah, arini bulan June ni... Malikha dah fluent baca AL Fatihah, Surah An Nas, Surah Al Ikhlas, Surah Al Falaq, Doa Iftitah, bacaan dalam solat *** yang paling Mama kagum bila dia boleh baca surah - surah Al Quran dengan lancar***..... Tahiyyat pun boleh baca walaupun baru half way, Alif Ba Ta, doa makan siap dengan makna( in english), Khalifah Pledge (in English), Syahadah (mengucap dua kalimah syadadah in English ), lagu - lagu Islam macam bulan - bulan dalam Islam, Nama anak - anak Nabi, 25 rasul, kids songs yang tak pernah dia nyanyi dulu.... and macam - macam lagi lah... Bukan nak riak dan banggakan anak, tapi kegembiraan seorang Mama :)
Ya Allah, tak rugi Mama hantar Likha masuk Genius Aulad. Dengan monthly fees RM 268 sebulan, berbaloi. Biarlah Likha tak pandai bahasa Mandarin dulu pun takper, biarlah Likha takde aktiviti swimming class ke, ballet class ke, asalkan Likha pandai basic agama dulu. Itu yang Mama nak Likha pandai dulu. Itu lagi penting buat masa ni daripada yang lain - lain. Likha still young, time muda fresh macam ni biarlah Likha pandai bab - bab agama dulu. Mama taknak Likha tercicir dalam bab agama.....
Masuk skul dia pun rasa sejukkkkk jerr hati, lapang jer dada nak compared dengan skul - skul lain yang Mama pernah tour dulu.
Memang tak salah pilih.
Kelengkapan sekolah pun pakai yang mana ada jer.
Mama taknak membazir pun beli set - set baru.
Tunggu next year baru beli yang molek - molek sikit.
4 Farabi
Masa parent sharing day, sempat tengok video Ustaz pasang. Ada trip to masjid area setia alam ni. Hihihi. Cian dia naik van ikut kawan - kawan.... :(
*malikha no 2 in line
Arini semua beressss dah. Takde masalah dah. Semua kawan - kawan pun dia kenal, nama - nama ticer... Nasib baik dia dengar kata. Masa gi open day dulu, Papa takutkan dia pasal bawak botol susu gi sekolah, start first day pun dia tak bawak susu. Hahaha. Tapi bila dia balik from skul, ada saja dia citer. Kawan tu bawak susu, kawan ni kencing dalam class, ticer mop lantai, ada yang siap bawak puting hihhihi.. Macam - macam gelagat kan. Yelah baru 3 tahun lebih tu..... Dia kalau nak susu, minum siap - siap kat rumah.
Alhamdulillah, syukur. Allah permudahkan bab Likha ke skulah. Mama risau lah aritu, kalau dia still berterusan buat perangan camtu, kalau Mama stop skul dia... tahun depan pulak macam mana ? Mesti makin liat nak g skul kan ? Tulah, ustaz slow talk dengan Mama ustaz cakap, sabar Puan.... memang dia slowy nak adapt dengan situation.... Ticer - tcer pun selalu bagi semangat kat Mama, suh Mama bersabar.. Katanya ada yang 9 bulan pun still lagi buat drama sampaikan ustaz sapu air yassin pun tak jalan. Huuuuuuuu Cian Ikha.. takpelah, mama hantar gi skul, untuk kebaikan Likha jugak kan ? Kalau tak g skul, belum tentu Likha pandai macam arini..... Sekarang dia pandai melukis... Tak sangka jugaklah...
Oklah nti mama share lagi pics Likha kat skul k...?
Nak sabung citer lain lak.... :)
Tata...
Love.
x0x0