Assalamualaikum...
Last weekend...., keluar pagi - pagi lagi dengan misi mencari basikal untuk Malikha.... Dah umur 2 tahun ni kan.., so harap - harap cepatlah pandai 'gateh' basikal, kata orang Kelate. Hehehe. Kena pandai jugak tu.
Sambil - sambil tunggu panaskan enjin kereta, kita pantau - pantau dulu laman kite yer, nak !
Here, we go ! Budak yang tak tahu pun misi Papa - Mama hari tersebut.
At last, dah pandai buat peace no war.
Pakai sunglass lah pulak..
Memula, ke Giant Batu Caves... Huhuhu pertama kali Mama ke sana.... Papa nak gi tinjau - tinjau kot ada project housing kat Giant sana. Masuklah ke Giant sekali, survey basikal kat sana. Rupanya kat Giant pun boleh tahan harganya yer... Harga mahal, tapi tak serupa dengan kualiti.....
Yang Likha test - cyle ni pun RM 80 lebih.... Padahal simple sangatnyer..... Yelah, sekarang semua harga barang dah mahal....
Tak jadi beli kat Giant, weols terus proceed lunch kat House Of Nasi Kerabu again. Buat kali kedua. Dekat jer pun ngan Giant tu.... Nasi Kerabu lah kita tengah malam hari buta ;p Masa tengah - tengah makan tu, weols decided nak ke Midvalley...., Sebab masa last date dengan they all on birthday Likha tu, Mama dah survey gak pun basikal kat Toys R 'Us.... Mama tunjukkan balik gambar basikal yang Mama sempat tangkap hari tu kat Papa...
So Papa bersetuju untuk ke sana... Sekejap jer pun, semata- mata nak cari basikal untuk Malikha. Bukan nak pusing - jalan - makan angin pun kat sana....
Yang di displayed... Harga lebih kurang yang ada kat Giant tadi.. Tapi nampak lagi lawa... Cap Barbie ada, 3 princess ada, Cars ada, Ben10 pun ada.....
Dua ni yang menjadi pilihan..
Mektok ni tidur... Tiada dalam sesi pemilihan basikal tersebut dan tiada acara test - cycle...
Ahernya lepas dah pilih satu yang berkenan...., tunggu staff Toy R' Us pasang less than 1 hours jugaklah..., Mektok ni bangun.. Sempatlah merenyammm dalam Toy R' Us kejap sementara basikalnya siap dipasang. Dan sempat jugak untuk mencuba- cuba kayuh..... Oklah tu... ;)
Say hello kat cat meow.... Harga RM200 lebih... Boleh gerak siap angkat tangan semua. Haih.. Macam cat alive jer. Sebijik...
Lepas lebih kurang satu jam menunggu..., ahernya basikal yang diidamkan Papa untuk menghadiahkan buat anaknda tercinta sempena 2nd birthday nya..., kami bawak pulang. Hiks.... Pinky habessss ~~!
Memula, budak Toy R' Us tu nak hantar sampai ke kereta..., sekali kat lift ada troli... Jadi takyah susah - susahlah dia nak menghantar kan....? Letak jer dalam troli.. Dan ini budak tak sabar - sabar nak menunggangnya.. Hihihi.. Habis orang kiri kanan tengok tersengih kat Malikha.... Ada tak sesapa juga yang ada kat Mid Sabtu lepas, yang terperasaan budak atas basikal dalam troli erk...? Hah ! Tu Malikha lah tu... :3
Kat rumah, Likha dok belajar mangayuh lahni... Tak berapa nak pandai lagi... Sibuk suruh Mama tolak.. Takpun, sibuk suruh Mama duduk atas seat basikal dia tu... Huhuhu..
*****************************
Tengok... Apa yang Malikha sumbat dalam Golf tu.... Katanya... Abammmmm drive car Papa ! Hihihi Comel..... ~~!
Apa - apapun...., Malikha dan Papa penghibur hati Mama... Moga Allah swt melindungi kami sekeluarga.... Amin....Ya Rabb.. Terima kasih dengan rezeki ini.... Alhamdulillah ....
Ok, bye !
:)




