SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Showing posts with label Jakarta - Bandung 2010. Show all posts
Showing posts with label Jakarta - Bandung 2010. Show all posts

Monday, April 18, 2011

Day 5 : Bandung - KL


Wah! Dah lupa ker...? Alkisah coti-coti ke Bandung belum habiskan..?
Hikhihik.
Gigih ooooh gigih menstory-mory...~
Hahahahaha..






Sebelum kita cabut 12 nama yang bertuah untuk GA saya itu, meh kita selesaikan dulu
cerita-ceriti coti-coti ke sana. Wokeyh??!



Ok, lastday takde ke mana pun, sebab weols punya flight kul 12 tgahari.
So..? Pas breafast kat hotel, terus bersiap untuk check-out. Weols cuma guna khidmat van hotel untuk ke epot.
Free of charge!





Pastu duk hu ha hu ha kat epot lah. Tunggu cek in, cek n cop passport dan tunggu boarding.
Alhamdulillah, kapalterbang tambang murah takde delay-delay.
Oh, sebelum tu ada lagi airport service tax IRD 75,000 - lebih kurang RM20 - seorang yang ni memang tak termasuk dengan harga tiket.
Jadi, jangan berbelanja sakan sampai tak simpan untuk aiport tax ni yer~~!
:)


 

 Melantak maruku-sepahkan 'bigbird' macam 'bigbird' sendiri punyer.
Hekhehkehek.


Bigbird  = Aeroplane


Pemandangan Kota Bandung dari flite.



Selamat tiba di LCCT, seperti dalam jadual.





Okehlah, meh nak cerita. Kalau nak kira, coti-coti weols ke Bandung - Jakarta 5 hari 4 malam. Tapi yang sesungguhnya adalah hanya 3 hari 3 malam saja yang berjalan-jalan-bersiar-siar-ronda-ronda di sana. Huh!
Rugi kan..? Sebenarya tiket flight ni, saya dah beli since last year, mase Airasia buat promo, beli pulak berdua jer ngan Papa. Tak beli pun tiket untuk Malikha, coz masa tu konon-konon nak tinggalkan saja Malikha, tak nak bawak, pos ke kampung! Tapi taktahu la macam tersalah amek time kan..? Sepatutnya ke Bandung, harus amek tiket awal pagi or tenghari so that bila sampai sana, ada lah jugak time untuk berjalan. So tak rugi kat situ! Sama jugak dengan time nak balik, sepatutnya amek lah time lewat-lewat petang, so belah pagi still ada masa untuk meronda sekejap kan..? So dah rugi jugak!! Huhu.. Pengajaran lah orang cakap, lenkali jangan main hambekk jerr tiket hihi.
Dan tiket untuk Malikha, dan berdua makcik dia duorang tu memang last minit - 3 minggu sebelum coti-coti weols amek.



Balance yang di bawa balik.
Rupanya, ai tak berapa kaki shopping lagi lah pasal buat balik lagi IDR 3 juta ++..
Hih!


Then, lagi satu nak cerita. Kenapa weols ke Jakarta dan patah balik ke Bandung..?
Baik jer balik KL dari Jakarta kan..? Hurmm, actly weols tak plan pun nak ke Jakarta. Deswai lah, KL -Bandung -KL... Tapi kami direkemenkan untuk ke Jakarta jugak since kat sana pun dah 5 hari, dah alang-alang sampai Bandung nak ke Jakarta only 2 jam melalui highway so better we shud go.
So, kami dah pun selamat pergi dan balik pun hihi.
Oklah not bad, at least dapat jugak jejak Kota Jakarta kan..??


Pesanan penaja saya : Rancanglah perjalanan dan percutian anda sebaik mungkin.
Hihihi.



Alhamdulillah, setel semua kisah ke Bandung - Jakarta. 
Now tengah nak sort name list yuols yang join my GA oleh-oleh dari Bandung.
Terima kasih pada yang sudi join.
Ada lah sikit, buahtangan yang zte belikan siap-siap untuk yuols, to beloved and lucky blogger!
See, dah sampai Indonesia pun masih ingat yuols okey!
Hihihi..



Dalam masa-masa berjalan tu, ada satu hadiah yang Mama Likha sempat grab untuk Papa Likha.
Nak tahu apa...??


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Hahaha. Cantik tak..??
Comel kan..?
Jambu batu nyer Papa!
Kahkahkah!



Mama sempat beli masa kat Paris Van Java, ada satu booth yang jual segala makniko
barang-barang Hello Kitty.
Dalam banyak-banyak benda, Mama Likha tertarek dengan kalkulator ni untuk dihadiahkan pada Papa..
Hahaha.
 Bolehlah dijadikan hadiah besday beliau yang baru-baru ni.
Kenapa kalkulator..?
Papa lah merungut sebab kalkulator takde kat rumah ni, Yang ada satu beliau punya dah dijahanamkan anak dara beliau. Nak jadi akauntan besar-besar nanti ni gamaknya. Kalkulator satu pun punah ranah dek dia!
Hihihi.
Nah! Mama dah ganti dah!
Pink colorrrr lagi!
Hikssss haaaaaaaaaaaaaaa!



Mama punya hadiah mana?
Takde....! Papa cakap coti-coti ke Bandung - Jakarta ni adalah hadiah Papa dari Mama.
Muahhh!!!
Terima Kasih, Daun Keladi Papa...
Tahun depan nanti nak coti-coti lagi...!!!
Hah! Pingsan Papa!!!
Hahaha.



Yea! Finish!
Now duk diam-diam, memproses duit balik. 
Nanti dah membukit, kite gi bercoti-coti lagi yerrk..!



Sekian, bye!
:)
Thanx for reading!


Thursday, March 31, 2011

Day 4 : Kota Jakarta - Kota Bandung


Bermula pula kisah hari ke 4 di Jakarta.
Waaaaaaaaa, gigih bercerita!
Biar ahh..., kalau tak cerita kat sini, nanti seksok-seksok mesti lupa kan!
So, kalau nak baca-baca jer!
Hehehe.


Pagi, macam hari sebelum-sebelumnya lah. Breakfast dulu!
Tapi breakfast buffet kat Hotel Menara Paninsula ni kurenggg sikit dari Swissbel Hotel.
Bukan kureng dari segi apa, tapi pasla makanannyaaaa terlampau banyak, sampai kami jadi muak!
Muaahhhhaaa..., bukanlah amek banyak dan dengan tamak.
Tapi centulah.
Yang best sikit, ada strobery n yogurt! Yeayyyeye! Mektok suka sangat makan yogurt!


Lepas breakfast terus check out.
Heee alangkah bestnya kalau naik sambung tidur kan!
Hoh rasa rugi pun yer! Check in skejap jer.
Yelah, datang berholiday camtulah. Kalau nak duduk 24jam dalam hotel sebab taknak rugi, buat po datang holiday jauh-jauh nak kenal tempat orang kan..?!!
Kalau tak check in hotel, nak check in mana..?
Pandai-pandailah bawah khemah check in tidur tepi jalan erk!
Hahahhaha.
Pot-pet mak nenek!





 Agenda hari ke 4 di Jakarta, sebelum bertolak balik ke Bandung adalah nak ke Tanah Abang.
Tempat tu macam pasarlah. Kalau kat Kelantan, boleh disamakan dengan Bazar Buluh Kubu or Pasar Siti Khadijah. Bangunannya 7 tingkat saja untuk barangan membeli-belah. Dan die ada banyak blok, Pa Karli bawak kami ke Blok A. Katanya Blok A, berhawa dingin dan lebih selamat dari pencopekkk! Dengar pencopeekk pun, aku dah cuakkk! Huhuhu.






Tapi oleh kerana kul 9 weols dah ada kat Tanah Abang, kedai-kedai pun banyak baru dibuka. So orang masih tak ramai dan keadaan terkawal. Last-last bila makin ke tengahari tu, makin ramai makin sesak dan mektok Malikha pun mula lah buat peel. Yelah, kepanasan pun ye, pastu campur nak tidur lagi, bercampur lagi tengok patung MickeyMouse kiri kanan dia, duk hotjok hotjok,,, nak ke patung tu!





Kat situ, ku cuma membeli telekung solat, blouse-blouse sulam, baju batik Pak Sako, kain batik, kain cotton - ni semua adalah untuk ole-ole orang-orang tua kat kampung dan bebudak berdua tu beli bermacam aksesories. Ohhh harga sangatlah murah, sebab tu kalau ada sesapa yang berminat nak berbisnes bolehlah datang shopping kat sana. Memang murah dan kalau balik jual kat Malaysia memang berlipat ganda untungnya.
Tak caya, sila lah pergi!
Hehehe.



Highway Jakarta - Bandung, ternampak satu masjid macam masjid negeri Shah Alam.



 Then, tengahari terus proceed balik ke Bandung semula. Sampai jer Bandung terus ke DAGO, pusat factory outlet lagi. Kat sini ok-ok saja, ada Donatello, Gossip, Family, Erward Forrer dan macam-macam yang memang lah syurga shopping betul lah untuk yang kaki shopeng!! 
  

 

 Petronas di Bandung.


 Dua beradik kena follow sampai ke sudah oleh peniaga jalanan.
Selagi tak beli selagi tu lah jawab diikutan.
Tapi kalau kita taknak, cakap jer elok-elok. Dorang paham.
=)


Tapi yang ni, cair jugak untuk berbelanja akhirnya.
Lagipun rasa kesian sangat ngan diorang. Tapi jap tu ramai lagi lah yang datang mengepung.
Ni borong lagi key-chain ngan fridge magnet!



Lepas bertungkus lumus menghabiskan ratusan ribu rupiah kat DOGA, yelah kan dah last day kat Bandung, haruslah sopeng sehingga ke titisan 
terakhir kan! Hihihi.... Terus ke Swiss-Bel Hotel again, check in kat situ lagi untuk last day.


Kul 7pm keluar balik, for the last guna khidmat Pa Karli ni, beliau bawak weols ke last pitstop.
Paris Van Java.
Ohhh, ni shopping complex lah tapi cantik sangat tempatnya ala-ala resort gitu.
Tengok lantai die pun daripada kayu.
Cantik!






Dan berdinner buat kali terakhir di Bandung dengan makanan Indonesia. Saya order Nasi Ayam Kremes  (macam Ayam Penyet), Papa order Nasi Goreng Gila - hahaha jangan gelak, sebab memang kat sana banyak walhal nasi goreng biasa je dan lepas makan tkde pun jadi gila - , Suky order Nasi Ayam Kampung Penyet dan Maksu Ja order Nasi uduk ( macam Nasi Lemak)....... Harga untuk dinner IDR 188,000. Hah kira sendri berapa RM yer :)






 Last but not least
Presenting our Supir, Pa Karli.
Yang sangat setia menanti, membawa barang, menepati masa, bagus dan cekap memandu.
Orang Jakarta.
Bayaran untuk dia di Jakarta IDR 100,000 per day dan luar Jakarta ( Bandung ) IDR 150,000 per day.
Try kalkulet sendiri, berapa je kan kalau di convert to RM... RM55 di Bandung dan RM 38 di Jakarta.
Murah kan..?!





 Giler banyak gambar dalam entry ni!
  Ok, finish sudah al-kisah coti-coti.
Tapi ada 1 day lagi kan sebelum fly back to KL.
Okeh nantikan sekali dengan conclusionnya.
Hahahaha!
Giler gigih hokkay!



Tak kisah, my blog kan..?!
Ok, bye!
Sekian.
:)
TQ kerana sudi membaca.




 





Day 3 : Kota Bandung - Kota Jakarta


Hai, berita jam 10 lambat sikit.
Hehehehe.


Ok, jom sambung!
Hari ketiga, bangun pagi terus siap-siap untuk check out.
Lepas breakfast, terus chowww dari hotel Swiss-Bel.
Supir yang taat dan patuh setia menunggu weols.







Lepas check-out, masih ronda-ronda di Kota Bandung.
Lihat gelagat manusia yang kekadang tak tercapai dek akal kita.
Anak-anak kecil berkeliaran tepi jalan seolah tak takutkan apa.
Weols macam terkagum tengok mereka semua.
Seolah mereka dilahirkan menjadi manusia yang tidak takutkan apa-apa dan kuat.
Tabik!





Pa Karli bawak kami ke Toko Tiga. Pusat jeans original yang murah-murah dan femes gak kot.
Ada tersangat murah nak banding dengan harga sini.
Tapi saya tak membeli satu jeans pun.
Yeay! Jimat duit!
Niat di hati nak cari jaket, tapi tak ketemu pulak yang berkenan dihati.



 
   


Then, agenda penting hari ke3 adalah ke Jakarta.
Perjalanan ke Jakarta selama 2 jam melalui jalan highway dan bertol.
Apa tah nama highway nya, tapi jauh cantik highway Malaysia.
Supir tu sendiri cakap, jalan jelek.
Hehehe. Jalannya tidak rata dan melompat-lompat rasa, dua lane saja dan ada masa berkonar, kira tak lurus straight macam highway kita lah.
Dorang semua zzzzzZZZzzZZZzzzz jer masa otw. Mama Likha jer lah melayan Malikha jap tu jap ni.
Dah dekat nak sampai, baru dia pulak tukar shift zzzZZZZZZZzzzZZZzz.

Sampai jer Kota Jakarta (pusat), terus check in kat Hotel Menara Paninsula.
Rest jap, mandi, solat dan bersiap keluar balik.


 


Dinner kat Bumbu Desa, masakan Sunda. Masa ni baru kul 7pm Jakarta, kat Msia 8pm tapi dah gelap macam malam dah.




 Mem tengah buat kira-kira untuk bayar.
Harga dinner kat bumbu desa untuk 5 orang IDR 221,000 bersamaan dalam RM90 ++ .
Huhuhu. Jenuh nak kira. Haha.



Kemudian, pak supir drop kami kat EX Shopping Complex yang bersambung dengan Plaza Indonesia. Weols lah merenyam nak g Hard Rock Cafe, tapi frust betul bila Papa nak collect T-shirt HRC yang kaler putih tu takde size L. So nak buat camne kan, amek jerlah dark blue. Huh. Keciwa datang jauh tapi boleh takde stok erkk! Plaza Indonesia tu macam tempat hi-class, kalau pat kita Pavillion gitu lah.




 Kul 830pm, HRC bergelap support Earth Hour.. Tapi tempat lain takde pun nak bergelap. Siap nyanyi-nyanyi, ada live band situ sini. lagik.




Balik tidur!
Bye!
Terima kasih kerana susah-susah membaca.
:)