Malikha memang suka la posing-posing. Berangan depan cermin, bercakap sorang - sorang, melawa, melaram dan sebagainya lah yang mana anak - anak perempuan lain suka. Sama lah kot sesapa yang ada 'anak dara' ni kan?
Tetiba dapat peluang dari Utusan Karya, untuk buat modelling slot Gaya dalam majalah Ibu & Anak edisi raya ( Ogos 2013 ). Rentetan dari kisah kami masuk 1st edisi yang cerita pergi HongKong tu, wartawannya brminat untuk ambil Malikha menggayakan baju - baju koleksi raya 2013. Terimakasih auntie Fiza yang bagi peluang keemasan untuk Malikha posing - posing sakan dengan baju yang disponsor.
Pic yang di whatsapp oleh reporter.
Keratan dalam Utusan 22 Julai 2013
Banyak cerita jugaklah disebalik tabir photoshoot ni hehe. Mama dengan Likha ke studio Utusan Karya di Bangi dengan Maksu Ja Likha, kebetulan hari kerja Papa Likha takleh nak tinggal ofis sewenang - wenangnya. So Maksu Ja lah teman Likha.... Janji kul 11 pagi, kul 11 pagi kami dah sampai di studio. Wah semangat ! Hehe kebetulan tak makan buah langsat tu yang cepat sampai on time gitu... Likha dah paham nak g photoshoot, sebab pernah 3 - 4 minggu sebelum tu dah buat photoshoot Barbie in the pink shoes, so masih lg dalam mood photoshoot. Tapi sampai je studio dia jadi malu, taknak bagi kerjasama. Pujuk jap, dah panas enjin terus ok. Tengok baju - baju kurung dan peplum yang dia suka lagi lah senang kerja nya. Semua pakat excited tengok gelagat Malikha. Kecoh studio. Mama pun tak sangka Likha akan bagi kerjasama macam tu sekali... Tah dari mana dia belajar posing, takyah nak ajar - ajar. Katanya photographer, kalau artis lagi kaku haha yelah Likha ni budak.. Tak tahu malu nak lompat ke pusing ke tertonggeng ke apa ke.
Masuk je baju ke 5 dan 6, dia mula buat perangai sebab tak suka dengan baju dress yang disponsor tu. Macam - macam cara la pujuk. Abis benda pujuk. Dengan abang - abang photoghrper mati kutu cari cara nak pujuk. Die muncung jer '' tak nak ! Ikha nak baju princess.... !!'' Hahahaha. Kecoh - kecoh, tapi berkat sabar dan pandai ambil hati wartawan Aunty fiza dan abang - abang kat studio tu, alhmdulillah berjaya setel semua untuk 6 - 6 baju tu. 3 baju kurung (sopanla sikit )dan 3 baju kasual.
Baju yang dia tak suka.
Demanding betul.
Memang rambut pun tak sempat nak set untuk baju ke 5 dan 6 tu. Aksesori pun main sarung jer, nak cepat - cepat tarik mood dia. Tah macam mana lah hasilnya. As i blog ni, magazine ni belum lagi ada dalam tangan. Dah banyak kali singgah kedai cari, yang bulan Ogosnya belum lagi keluar. Wartawan pun dah hantar yang free mag dan copy CD tapi belum lagi sampai. Nanti dah sampai, later - later Mama Likha share gambar Likha yang photoshoot ni k :)
Tata.
Love
x0x0






