First pitsop Klinik Ranjit, amek ubat Mama.. Ubat apa... ? Ade larrr hehehe rahsia
Ok, then terus proceed ke OU. Senanglah sikit, kebetulan nak top up stock barang baby n lunch sekali harung... Kite nak g JJ atau nama baru sekarang AEON [rasa kekok nak sebut AEON], kita lagi suka la beli barang budak - budak kat JJ macam bedak, toiletteries, wetwipe, detergen botol susu, detergen basuh baju dorang etc... Lunch kat Chicken Rice Shop... Dapat makan dengan penuh nikmat bila Raaed tidur sepanjang lunch time tu [susah nak menikmati makanan sekarang - harap maklum - sindrom anak dua lagi ;p ]
Cuma nak cerita, sekarang ni sejak anak dua semua kena buat laju - laju. Me as a mother of 2 now, rasa macam tak confident dan tak seronokla nak keluar shopping mall sekarang ni. Taktahu la kenapa... Sindrom anak dua kot. Padahal anak - anak ok jer... Sampai sekarang rasa tak confident, semua kalau boleh nak laju... Tapi Papa nya still dok slow situ ler. Hahaha, papa memang jalan slow, belek barang slow, fitting baju slow pendek kata memang lemah lembut penuh hemah lah haha opsss termengumpat lak... soryy Papa...
Sekarang kalau nak makan, nak kena tengok tempat. Kalau kat mall oklah, boleh pilih tepat makan yang ok, pastu dah masuk tu kena cari tempat - tempat tersorok or tepi - tepi dinding or hujung - hujung so that bila nak BF tu rasa safe and comfortable sikit.... Takde lah open sangat...
Malikha pulak macam tu lah. Diva kan ...? Selalu suruh die behave cuma bila ada la some part bila die insist sabar bila dia nak sesuatu... Bila ada benda yang dia rasa dia tak boleh sabar.. Ada benda dia boleh sabar, ada benda yang tak boleh. Bila tak boleh tu, tu yang ku rasa berpeluh ni.. Terus datang lagi sindrom anak dua haha. Dan - dan tu rasa nak jerit panggil dia ''hoi SABARIAH ! Sabar jap..!''... Huuhuhuuuhuhu... Sometimes rasa adik banyak mengalah dengan dia.
Baby Raaed ok, cuma kita perasaan sekarang dah pandai cepat bosan dok dalam stroller. Takleh stop lama, kena bagi stroller gerak - gerak. Dia macam teruja tengok orang, lampu - lampu, orang ramai. Bila angkat dokong, aduhai liar bijik mata....Bila lepak dalam BF Room pun sibuk nak dengar baby lain menangis... Yelah, bro dah besar kan ! Makin banyak akal, makin pandai ngajor orang !
Kite pulak, setakat ni takde masa lagi nak shop barang - barang kita, even nak belek kasut ke handbag ke even seluar dalam sekali pun hahaha. Tak boleh la, kita rasa kita nak cepat....Sedangkan keluar ni Papa sempat lagi shopping seluar kerja tau. Sob sob sob, yelah kalau baby nangis, bukan Papa dia cari, Mama jugakk.... kan ???
Jadi agaknya sampai bila sindrom ni melekat kat kita yer ????? Bila fikir weeknd nak keluar memana mulalah kite berpeluh, kalut semacam. Rilex rilex rilex.... Anak - anak ok je, so far Raaed senang diurus, balik memana malam elok je tidonya sampai pagi, takde meragam takleh tido, toklaki pun banyak sabar... To myself, just please KEEP CALM and TAKE A BREATH !
Kalut ke tah pape je kita ni.
Bye !
Love.
xOxo



































