Minggu lepas Mama berplay date dengan Malikha di One Utama. OU memang bestlah sekarang, tapi jangan ke Old Wing belah-belah JJ tu yer. Pasal memang straight manjang kedai-kedai ditutup untuk major renovation. Tapi belah New Wing, ok-ok saja. Macam sokmo-sokmo lah.
Mama menghabiskan masa dengan Malikha kat Starship Galactica - satu tempat indoor activities untuk budak-budak. Cuma hari tu, hari Khamis mana lah ada sangat budak-budak kan? Dah lah pagi-pagi lagi sampai situ. Orang pun baru nak bukak kedai. He he he.
Macam biasa, let's picture tell the stories.
| Mulut Papa ada pada Malikha |
Conclusionnya : Mama rasa Starship Galastica ni lebih sesuai untuk boys. Huhuhu. Not worth, dah lah RM18 feesnya. Tapi Mama diam-diam je tak kecoh, takut kena ratib ke Papa pulak. Hehehe. Likha pun take time nak enjoy. Semuanya dia acoottt accoottt ( takut ) at first, sebab bunyi-bunyi benda mesin yang menyedut balls tu dengan big machine gun untuk shot untuk balls sana sini... alah lebih kurang lah tu. Tak tahu apa ke bendanya nama-nama tu semua. Pastu bila dah ngam semua, Mama lak semput dan lembek kaki melayan dia. Dekat 3 jam dalam tu, takmau kuar nak kutip balls masuk basket. He he.
| Buat funny face ya ! |
| Lunch Mama for that day - cantonese kuewtiow + ais cincau |
Ada one place lagi yang Mama plan untuk bawak Likha. Tunggulah seminggu dua lagi ke. Mama pun tengah tak sihat sekarang ni. Adoyai !! Srooootttt tarik hingus
Oklah. Bye!

