SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Showing posts with label Kota Kinabalu 2012. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu 2012. Show all posts

Monday, December 10, 2012

Part 6 : Bye - Bye KK. Till We Meet Again :)


Now dah last day kat Kota Kinabalu. Dah takde aktiviti dah sebab weols nak balik KL sudaaa. Flite 12.30 tengahari so pagi still ada masa untuk berjimba ramba lambat - lambat sikit pun takpe. Pagi dia kan cepat. Hari last, Mama dengan Likha turun together untuk breakfast. Papa cuma duk uruskan nak return kereta sewa. Terjumpa Papa kat lobby yang bawak kotak barangs yang weol beli last nite di KK Town.





Dah dapat necklace princess yang diidam - idamkan, so kilek lah ke sana ke mari +___ +


Lepas breakfast, balik bilik then packing barang - barang semua, mandi dan siap - siap. Dah setel, turun lobi sempat lagi huuu haaaa bergambar hehe.













Kul 11 terus pergi airport. Weols cuma balik berlima. Daku 3 beranak, MIL dan Abg Faizul. Yang lain, stay lagi kat KK sambung cuti - cuti lagi. Best - best, bye all have fun ! Jumpa di Shah Alam yer ! :)





Kat Epot pun ada kedai ikan pekasam. Kalau rasa last minit nak tambah stok wat balik Semenanjung, boleh beli je kat Epot... Souvenier shop pun ada... :)




Rushing sebab weols yang paling lambat hihihi...

















Naik jer bigbird, Malikha tak lama tu terus tidor. Time tidor kot pagi tu bangun awal. Tak sempat makan. Bila Malikha tidur, lagilah rasa lamanyaaaa lahai journey KK to KL. 2 jam lebih okey... Bohsan ! Kali ni lunch Nasi Tomato dan Malikha yang tidor dapat Noodles + Fish. Nak dekat sampai, semua dah siap makan and rilex - rilex, boleh lak dia bangun and nak makan. Adoyai. Lapar lah tu kot. Sempatlah suap, banyak jugak makan. Tak lama tu, nak landing dah....





Alhamdulillah, selamat tiba di KLIA. Good to be home. Rasa sangat lama weh gi coti - coti kali ni. Sebab banyak terperap kat bilik hotel tu yang rasa bosan kot. Tapi still seronok dan best. Kalau tidak bila lagi nak cuti rest kan hihihihi. Singgah di Flying Emporium beli parfumes.




Candid !



Alhamdulillah, tq pada Papa Likha sudi bawak Mama dan Likha cuti - cuti sambil Papa meeting kat sana. Actually, Papa tak pernah bawak Mama pergi budget meeting. 1st year meeting kat Langkawi, 2nd year kat Kuantan dan 3rd year ni kat Sabah harus lah Mama takleh ditinggalkan lagi tauuuu !!! Kalau tak, mahuuuuuuuuu dot dot dot dot sila fill in the blank lah hihi.



At first, Mama pun tak sangka dapat gi cuti - cuti ke Sabah ni. Ingatkan tunggu nak gi cuti - cuti bulan 1 ni je. Tetiba eh Mama dengan Likha, Papa nak angkut sekali. So rezeki janganlah di tolakkan ?



Tq tq a lot. Rasanya KK bestlah. Sesiapa yang belum pernah pergi KK wajib letak KK in your vacation list. Banyak tempat menarik yang boleh kite terjah. Macam Kundasang tu - kaki Gunung Kinabalu - haaa sesapa yang nak honeymoon or babymoon sesuai sangat. Sejukkkk kat situ. Ada lagi tempat yang weols tak sempat nak terjah like Desa Cattle tempat ternak lembu tu....Island Hoping, pasar malam tempat seafood yang femes- femes tu... Heeee nanti nanti boleh pergi cuti - cuti ke KK lagi kan? Tapi tah tahun bilanya... Ngeeeeee....



So berakhirlah sweet escape Mama - Malikha untuk 2012 di Kota Kinabalu.



Tq all for reading.
XoXo.
Bye !
:)


Part 5 : Hari Keempat - Malam Di KK



Weols tiga beranak je keluar malam. Keluar dari hotel je terus ke pusat bandar KK. Alah dekat sangat. Nasib baik lah smooth je takde makan buah langsat ke sesat ke apa. Weols terus cari jalan nak ke Pasar Filipin. Oh rupanya Pasar Filipin tu Pasar Kraftangan namanya. Dipanggil Pasar Filipin sebabnya peniaga - peniaga kat situ adalah orang - orang Philipina atau Philipinos. Oh macam tu, patutlah dalam map takde pun nama Pasar Philipin hihi. Jenuh cari :p



Pasar Filipin ni tepi laut jugak pun, di area KK Waterfront jugak. Memang senang je nak cari. Dekat dengan Central Point KK, shopping mall yang nampak besar jugak. Ada branded outlet nampaknya. Hotel - hotel pun banyak area situ. Ke Pasar Filipin nak beli sesikit buah tangan dari KK untuk rakan - rakan dan keluarga. Tak banyak pun, beli serba sedikit.






Beli kuih cincin, ikan bilis, belacan dan ikan kering yang macam keropok tu bila goreng kruupp kraapp rangup tu.
Ikan bilis murah sangatlah. Yang setengah kilo pun baru RM 5. 
Cuba kalau kat Shah Alam ni, segenggam pun dah RM 5 tau.
Cewahh, orang kan dah pakar membeli belah kat pasar hehe. Tu yang pandai nak banding - banding harga tu :)











Selain daripada makanan kering, ikan terubuk, ikan pekasam yang femes kat Pasar Filipin ni, of cos lah barang - barang cenderamata macam key chain, fridge magnet, bag bag, barangan kraftangan dan mutiara. Beli serba sedikit cenderamata, mutiara tak beli pun sebab tak minat.


Dah siap tu, terus choowww dan singgah di Nite Market Kg Air pulak. Opposite road jer dengan Pasar Filipin ni. Senang jer cari. Oh rupanya, memang jenis pasar malam je lah. Banyak jugak peniaga jual mutiara. Singgah satu stall, carikan mutiara untuk Malikha. Nasib baik ada yang lawa dan sesuai dengan dia...








 Set rantai dan gelang pearl + kristal untuk Malikha.
Verangan very the princess lah mektok !
Mulanya ingatkan loket tu tak cantik, tapi bila dah sampai rumah tengok balik cantik jugaklah.
Sesuai dengan rantai tu.
Sukalah dia haiiiiiiyyhhh..
Sometimes, dia buat rantai tu jadi crown.
>____<



Lepas tu weols terus pergi makan area Waterfront tu. Dah lewat dah pun. Tak sempat nak amek gambar sebab ku takde mood dah. Orang ramai, order lambat sampai, ada yang order takde. 




Nilah kereta yang weols sewa untuk satu hari di KK. New Saga. Merasalah daku naik Saga... Tu yang mengah tu Saga nak kejorr Alphard hihihi. Kiteorang takde choice sebab called company ni pun dah last minute, tupun nasib baik ada kereta Saga ni.... Sewa satu hari RM 160 + RM 18 insurans [ in case kalau accident maybe ].... Murah je kan? Condition kereta pun tip top lagi. Rasa macam lebih kurang harga kereta sewa di Langkawi saja... Lepas dinner, terus balik hotel, lepak kat bilik dorang sampai kul 1 pagi. Pastu balik bilik tidurrr zzzzzzzz..



Tup - tup abis empat hari di KK.. Jap je kan ???


Day 5 nak balik daaaaaaa..
Bye !
:)


Sunday, December 9, 2012

Part 4 : Hari Keempat di KK - Rumah Terbalik,Tamparuli


Di mulakan dengan bismillah hehehe..


Hari keempat, hoyeah hoyeah hari untuk berjalan - jalan. Papa dah abis meeting dahpun. So adalah masa untuk beliau bergolek - golek tayah bangun awal sangat. *ala, padahal time ada meeting, bangun lambat jugak heh*.. So aritu Mama turun breakfast kat coffee house dengan Mil, Kakna dan Abg Yie. Tapi tak lama jugak pun leh lepak, sebab kul 830 orang datang nak hantar kereta yang weols nak sewa tu...







Lepas siap semua, kul 10 30 mula gerak. Dalam jadual, yang penting sekali nak gi Rumah Terbalik kat Tamparuli. Haha jadik isu lak nak gi Rumah Terbalik ni. Ni semua idea Mama Likha lah, semua orang uk gelakkan i sebab nak gi Rumah Terbalik. Mil pun ingatkan semua orang, yang penting kita gi Rumah Terbalik dulu, yang Papa pun masa nak sewa kereta pun nama rumah terbalik jugak  yang naik kat orang tu hahaha. No motif nak kena bitau tokey sewa kereta okeh :p Iyelah, haruslah pergi kan Rumah Terbalik dah alang - alang jejakkan kaki kat KK ni. Rumah Terbalik ni tarikan terbaru di KK yang baru dibuka Februari tahun ni. Jangan ajak i pergi pulau, Island hoping Mama Likha tak berapa minat setakat ni.. Hehehe.



Weols berkonvoi 2 kereta dengan Abg Faizul sekali. Abg Faizul [abang Papa Likha ] pun ada sekali, dia pun hadir meeting budget jugak kan? So they all satu geng dengan Alphard dan weols satu geng dengan kereta yang weols sewa. Laju lah Abg Faizul bawak kereta. Supppp sappp suppp sappppp.... Zasttttttt...



Dari Sutera Harbour nak ke Rumah Terbalik yang terletak di Tamparuli about 40 minit. Tak jauh sangat pun, jalan yang sama nak ke Kinabalu Park dan Kundasang. Boleh lah, sambil - sambil tengok pemandangan KK yang sangatlah cantik. Awan biru jer, hari panas molek.






Muka senyum sampai telinga nak gi Rumah Terbalik.
Kah !






 Ni bukan lah bas yang weols naik. Hihi.
Saja je snap.
Ok, nak masuk Rumah Terbalik ni bukan free tau.

Adult RM 10 sorang.
Kid 3 tahun - 12 tahun RM 5
Kalau yang sekolah menengah tu dapat kupon untuk redeem drinks kat cafe.
Wah, untung.
Yang tak sekolah menengah tu pandai - pandailah beli air sendiri yer.
Hiks. Rasanya ni promosi sempena cuti sekolah lah maybe

  




Kakna dan anak - anak.
Jasmine & Aisyah



Tengah Q nak masuk Rumah Terbalik, mektok ni meragam nak susu. Hihihi.
Tak sabar - sabar sesaat !
Kusyuk tengok tiket masuk Rumah Terbalik tu haaaa.


 



Diberi penerangan.
Dilarang sama sekali ambil gambar di dalam rumah.
Jika anda degil, denda RM100 akan dikenakan untuk sekeping gambar yang diambil curi - curi dan gambar tu semua akan di delete.
Haaa dengar ko !
So, memang takkan ada gambar dalam Rumah Terbalik ni.
Dan ada sejarah dan kisah disebalik kejadian Rumah Terbalik ni.
Sapa yang nak tahu, sila - sila lah singgah Rumah Terbalik yer kalau dah sampai ke KK. Hihihi...





Lebih kurang 10 minit kat dalam, berakhirlah pengembaraan dalam Rumah Terbalik.
3 benda je yang tak terbalik dalam rumah tu iaitu bubu (yang nak tangkap ikan tu), aircond dan CCTV.
Yang lain semua terbalik.
Sofa, tikar,  petisejok, dapur, jamban, katil, frame gambar, mainan smua terbalik.
Kucing pun terbalik.
Hihhihi. 
Leh imagine tak ?
Tengok kat luar rumah pulak.
Basikal, kereta sorong, kain dijemuran pun terbalik !
Cakap kat Malikha tu basikal tu terbalik.
Mana - mana dia cari..
Haha dia tengok kat laman. Mana basikal tak nampak pun Papa.
Dah dia biasa tengok basikal tak terbalik, tu yang tak jumpa basikal hok duk 'sangkut' atas siling wakkakkaka.





Lepas keluar dari Rumah Terbalik, kita akan lalu gift shop dan cafe.
Beli serba sedikit souveniers untuk diri sendiri. Harga mahal lah kan?
Dan singgah cafe untuk redeem drinks dan beli air tin.
RM 3 setin. 







Bukat takat rumah terbalik, kereta pun terbalik !
Hihihi.
Malikha tak habis - habis pelik kenapa semuanya terbalik.






Oh my gagah perkasa man.
Takat kereta boleh angkat macamni, apa lah sangat daku ni kan.
>__<

Hahaha.
Berakhirlah sudah kisah di Rumah Terbalik Tamparuli, Sabah.
Fun and got new experience tambah - tambah buat Malikha.
Seriously, kali ni bawak cuti - cuti dia dah pandai sangat.
Buktinya, bila dia dapat cerita balik pengalaman di Rumah Terbalik satu - satu.
Oh, kagum dengan anak yang semakin membesar dan bijak pot pet pot pet.
Alhamdulillah, ada jugak ilmu baru yang dapat weols share dari cuti - cuti kali ini untuk dia.
+__________^



Souvenier yang sempat dibeli di Tamu Rumah Terbalik.
Tee size Malikha RM 21
Dua ketul fridge magnet - seketul RM 12
Key Chain - seketul RM 12



Then, takde dalam agenda bila tiba - tiba theyols cadangkan nak ke Kinabalu Park. Sebab dah alang  - alang half way kan? Dari Tamparuli nak ke Kinabalu Park dalam 1 jam maybe. Jauh jugak rasanya, jalan pun pusing - pusing macam naik Cameron Highland ikut Simpang Pulai. Nasib baik time tu Malikha tidur. Mama rasa sakit kepala dah lah panas terik.



Jambatan Tamparuli i guess.
Sebab masih di kawasan Tamparuli.


  








Takde apa yang menarik sangat pun kat sini.
Sejuk memang sejuk.
Masuk aritu adalah free saja. Tak tahu lah sempena apa. Oklah tu free hehe.
Ramai jugak orang nampaknya kat situ.
Bagi yang sukakan nature of life, sesuai kot datang sini.
Weols cuma lepak saja.
Ada macam pasar petang, ada orang jual - jual souvenier jugak rasanya.
Ada yang pakai pakaian trasidional kaum Sabah, katanya ada pertunjukan tarian Sumazau tapi weols tak pergi dekat pun.
Kejar masa dah time tu. 
Perut semua dah lapar...


Sepanjang perjalanan naik / turun Kota Kinabalu Park ada sesetenga tempat tu ada gerai jual sesuatu. Kita mulanya tak perasan apa. Tapi besar - besar dia tulis TIDAK HALAL / NON HALAL. Ternyata - tanya jugak apa benda lah yang dijual tu kan...? Buah ke daging ke? Nampak berasap - asap dari tiap gerai tu... Rupanya nak tahu apa ???? Sinalau Bakas ! Apa itu sinalau bakas???? Daging babi hutan panggang / salai ! Erkk...... !!!! Terus rasa sebuuuu perut ni. Mak aii.. Ish ! Eksotik betul. Dahlah bersusun kereta tu singgah nak membeli.. Hihi.. Macam kita - kita singgah nak beli goreng pisanggggg.... :p


Otw turun dari Kinabalu Park, Mama yang drive. Sebab Papa Likha ngantuk + sakit kepala dah. Cuaca panas sangat. Nasib baik ku boleh kereta, so saat - saat emergency gini boleh lah jadi back up. Dah nak sampai bawah dah, tup - tup Malikha muntah berlambak - lambak. Dia time tu beriba dengan Papa dia. Ya Allah, habis semuanya mandi muntah. Yewww.. Kesian dia, sebab jalan pusing - pusing sangat. Time naik dia tidur, so selamat disitu. Time nak turun dia duk main - main dengan sepupu dia yang naik dengan weols, pastu dia beralih ke depan dok dengan Papa. Sekali hurmm !!! Cian dia... Camtulah ada anak ni, pasti ada kejadian - kejadian yang tak disangka.


Sepatutnya weols akan pergi bandar KK nak makan ramai - ramai, tapi terpaksalah tak jadi. Kena balik hotel lah jawab dia. Weols cuma makan di hotel saja. Sobsobsosbsob... Nak buat macam mana kan ??


Malam weols keluar ke bandar KK.


Nanti kita sambung lagi k.


Bye !
:)