SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Friday, January 6, 2012

Dah Lama Malikha Tak Sakit


Malikha tengah tak berapa sihat sekarang. Selsema and a bit demam. Tapi demamnya tak kuat sangat. Yang teruk flu nya. Hidung dia macam non stop pulak berair. Arini dah masuk hari ketiga. Masa memula kena, Rabu lepas, pagi tu dia bersin tak benti. Tidur jer tak bersin. Mama dah syak Likha nak kena selsema, tapi oleh kerana Mama overlook ingatkan ubat selsema dah habis, so Mama tak kasi langsung ubat selsema sampailah Papa balik baru malam tu pergi cari ubat selsema kat farmasi. Then gi McD, dia minum Ribena. Tu yang selsema dia makin worst malam tu, and malam tu langsung tak leh tidur dan badan pun panas sikit. Mama ni tengah pagi buta panik dan risau takut kalau - kalau ada kahak dalam dada dia. Ajak Papa pergi hospital dinihari tu, fikir - fikir takut kena buat neb jer. Mama takpernah ada experience dengan nebulizer ni. Tapi nasib baik Papa cool. Sapu vicks kat dada dia dan tengok dia sambung tidur balik - ok jer sampai pagi terus tak jadi dan Mama pun tidur - tidur ayam jer sambil monitor dia.




Esoknya tengahari, terus bawak ke Klinik Pakar Kanak - Kanak Dr Toh di Setia Alam ni. Oh klinik ni baru jer dibuka November last year. Baguslah. Ada klinik yang bagus dan sangat mesra patient dekat dengan area kami. Klinik pun dah macam rupa nursery dah kekdahnya. Dr pun sangat frenly.






Dia aktif macam biasa. Cuma selera makan kurang. Sehari sebelum dia kena flu, memang dia moody habis. Masa tu Mama bawak dia keluar, ada urusan. Diam jer dalam kereta, takmo bercakap. Dari kat rumah lagi. Dia aktif tetap aktif sepahkan toys tapi mulut diam jer. Mama pelawa itu ini breakfast, layan tak layan jer. Patutlah rupanya dia dah mula tak sedap mulut tak sedap badan. Dr kata throat Malikha merah, kena virus so dari situ punca selsema, demam 37.7 ' dan ada batuk sikit. Suara pun dah serak serak basah sikit.


Dah lama Malikha tak demam sakit ni sebenarnya. Mama pun lupa bila last time. Alhamdulillah, kesihatan dia baik - baik saja sebelum ni. Ni pun nasib baik tak kena demam panas dan tak teruk sangat. Kalau tak, dengan kita - kita pun tak senang duduk.




Waktu nak makan ubat macam tulah. Ada time okey, ada time senang makan pujuk, ada time kena bersilat hiyyahhh hiyyyah..... Sabar jer lah... Yang penting ubat kena ambil. Cepat sembuh yer dear Malikha sayang Mama. Nextweek, nak gi coti coti ni....



Hari ni Mama buat nasi ayam kesukaan dia. Alhamdulillah, dah makan banyak sikit dari semalam.


Babai !
:)

Thursday, January 5, 2012

Mee Celup - Makanan Wajib Bila Balik Kelate


Orang belah - belah luar ni mestilah tak kenal kan dengan Mee Celup ni. Dengar nama pun macam pelik. Mee celup memang femes kat Kelate tapi rasanya mee celup ni asalnya dari Siam. Dah jadi macam makanan tradisi orang Siam / Kelate. Tapi actually ramai jugak my frens yang orang KL ni tahu dengan mee celup. Kalau kat KL tempat paling senang nak cari makanan Kelate adalah di Kg Baru, KL. Hah pergilah sana. Pasti jumpa dengan mee celup dan makanan Kelate angkatan yang lain like nasi kerabu, nasi dagang, segala jenis kuih Kelate dan masakan ala Siam.


Macam Mama Likha memang didedahkan dengan mee celup sejak dari zaman sekolah lagi. Cewaahhh, didedahkan gitu ;p.. Nak buat macam mana, gerai mee celup yang femes dikalangan budak - budak sekolah kami dulu, depan sekolah je. Betul - betul depan pagar sekolah. Haahaha. Gerai mee celup Kakchik, semangkuk 50sen jer. Balik sekolah mesti singgah dengan geng - geng. Dah jadi moment yang manis pulak.


Mee celup ni dia tak masak tumis ke apa, tapi hanya rebusan daging dijadikan sup. Mestilah ditambah dengan segala bahan perencah untuk menyedapkan lagi dan mee hanya dicelupkan kedalam mangkuk dan siap untuk dihidang. So sebab tu bila makan ni takkan rasa muak, macam light meal je tapi tetap mengenyangkan perut. Boleh juga cuba dengan mihun dan kue teow, my feveret forever adalah mihun and sumtimes kue teow :)




Balik baru - baru ni, Kelate hujan tak berhenti. Since weols sampai, turun jer dari firefly... sampai ke balik KL semula hujan tak berhenti - henti. 4 hari 3 malam non stop... Can u all imagine? Hmmmmm. Sedap sungguh lah pekena mee celup kat gerai kegemaran area Kg Chempaka. Hujan - hujan - panas - panas. Tapi kenapa, rasa kali ni macam tak berapa jerr....


Segala jenis penambah rasa, dari kicap cair, gula, garam, cili jeruk, pepper ( Papa panggil bedak ) dan juga chilli pepper ( serbuk cili - one of my old fren panggil Cili Neraka )


Mesti kena lawan dengan air kelapa. Wey hujan - hujan minum air batu kelapa muda... Tak menahan betul lah ! Malam lak tu =p


My mihun celup dengan cili neraka. Nah amek ko, cili neraka tu..buruknya nama. Kalau tak pedas, tak sedap lah kan? Tapi ku rasa kepedasan dia tak berapa dah sekarang ni.... 



Mektok pun kusyuk layan mee celup kosong dia, tak sedar siap ada boifren duk sibuk dok usha lik belakang.
Kikikikiki...


Okbai !
:)

Sunday, January 1, 2012

Terbang Dengan Seat Sendiri :)


Kami bercuti di kampung kebetulan Papa ada kursus apa tah kat Renaissance. Tapi stay kat rumah my parents saja. For the first time, Likha fly with her own seat ! Yahoo ! Dah besar anak Mama - Papa okeh ! Dah lebih dari dua tahun kan ? Flying back to Kota Bharu - perjalanan yang memakan masa 1 jam. Firefly kan only 2 seat - 4 seats in one row. So jadi Papa duk belah sana.


Masa flite baru nak taking off.... berpelukan dengan Papa dulu. Sebelum tu, peliklah dia. Sibuk ajak Papa duk sama dengan dia. Walhal tu dah seat dia. Masa nak take off tu, Mama kena layan dia macam - macam. Bagi dia leka. Ajak draw - tulis -tulis.. Pastu jap - jap jenguk cari Papa dia. Risau Papa hilang. Huhuhu. Lepas isyarat tali pinggang keledar keluar then bila hidangan ringan dihidang, kelam kibut nak bukak meja nak makan. Semalam ada peanuts dengan roti Delifrance. Mama ambil roti untuk dia, tapi dia pilih nak peanut plus guava juice. Minat sangatlah kalau kacang - kacang ni...










Kiri kanan kacang. Tak cukup siap tekan interkom panggil FA nak kacang lagi. Hiks. Kacang buat dia leka sekejap. Bosan sangat kut. Ni baru flite 1 jam perjalanan.... Sambil makan kacang, sambil jalan round ke seat belakang - belakang lagi sebab flite tak penuh.  Flite kul 5 : 20 petang, orang sibuk kerja kat ofis lagi. Semua seat dia main pasangkan seat belt :)




Bila nak touch down, panggil balik duduk kat seat. Bila dengar kapten cakap nak landing, Likha cakap '' haaaa bigbird marah.., bigbird cakap duduk...'' Hihihi tahu pun ! Duduklah dia kat seat dia sampai selamat landing.. Mood dia baik sangat start dari masa nak check in sampailah ke rumah TokBah Tokmi ! Gudgirl..... ! Papa - Mama pun happy.... :)


[ last flite before ]


Kota Bharu hujan jer ni. Sejuk sangat ! Cuaca mendung dan nyaman sekali.... Tidur pun macam nak pakai sweater. Tapi satu sweater or jaket takde bawak balik. Nasiblah ! Tengah nak musim tengkujuh ni. Hope balik kali ni sempat makan putu halba.. Hehehe.


Selamat bercuti to all !
See ya !
:)