SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Tuesday, March 6, 2012

Day 2 : Cameron Highlands



Breakfast di coffee house hotel. Makanan not bad. Bestlah hotel ni. Ada wifi free lagi tu..., tapi kat lobby jer lah. Hehehe... 



Bergambar depan hotel.





Sebelum check out, weols ke ladang teh dulu. Dekat Tanah Rata, Tea Bharat Plantation. Takde apa yang menarik pun, melainkan ladang teh yang menghijau. Ada cafe dengan menu macam - macam dan juga souvenier shop. Turun sekejap ke ladang teh tu sekadar untuk bergambar tapi tka boleh pergi jauh sebab tanah licin, hujan malam semalam tu kan...


Heeeeeeeeeeeeeeee dua beranak ni!




Konon lah kalau datang CH ni feeling - feeling Vanilla Coklat lah, Ombak Rindu lah... Takde makna pun ehh? Drama queen tul huhuhu...Malikha dengan Papa jer duk feeling tengah ladang teh tu kissing - hugging hihihi... Lepas dah abis feeling berdrama queen di ladang teh, terus chow.. Tak berhajat pun nak minum sebab perut masih kenyang dan tak beli satu kotak teh Cameron pun...


Balik semula ke hotel untuk check out dan terus mencari strawberry farm. Dah berjanji dengan Mektok dari Shah Alam lagi..., tak abis abis tuntut janji... Hih macam ni lah bila anak dah pandai macam - macam... Kali ni, kita drive kereta pulak. Untuk mengurangkan rasa pening, baik kita drive. Kat CH ni memang jalan berpusing pusing tauuu... Tak sukkeeee.... =p


Tah strawberry farm apa yang kami singgah, but seriously tak best pun tempat tu... Huuuhhuuu tulah rasa macam rushing kan, main singgah jer...


Bagi can kat Malikha.. Untuk petik sendiri. Lepas petik satu, habis dikutis - kutis daun kat strawberry tu jadi botak. Kihkihkih..


Farm ni besar sangat banyak bahagian siap boleh naik jambatan lintas anak sungai cuma sempit ya amat ! Kita ni dahlah besar bas kuwang kuwang kuwang....



Petik lagi. Pakej dia 1/2 kilo RM 20. Dia bagi kita satu bekas, kalau yang kita petik tu lebih baru lah dia akan caj.


*
*
*
*
*
*

Dan lagi


Dan lagi
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Anak seronok mak pun tumpang seronok biarpun pening - pening lalat. Lallalalalallala ~~!


Dalam 30 - 40 minit jugak kot dalam tu, dah puas petik keluar je lah. Timbang - timbang rupanya tak cukup kilo. Huhuhu.



Ada Time Tunnel Cafe yang sangat klasik ! Tapi kita tak singgah minum pun sebab rushing dan masih kenyang.



Momento kat Strawberry Farm - self plucking by Malikha.

*
*
*
*
*
*






Dah setel hutang menyeronokkan anakanda, weols terus proceed ke pekan Kea Market. Ada pasar juga di sini.







Macam - macam yang dijual. Nak dengan taknak jer membeli. Hehehe... Kat sini pun ada barang - barang segar macam sayuran, buahan, madu, bunga hidup, mainan, souveniers, makanan dan serba serbi lah. Kalau cakap pasal souvenier, for sure lah merah - pink mata kita dengan macam - macam benda strawberry nya dari bantal, selipar, keychain, fridge magnets, bag, baju, pen, topi, haih macam - macma sampai tak tersebut. Belikan mektok umbrella strawberry, bantal, fan strawberry, selipar dalam rumah strawberry, headphone strawberry, buah strawberry pun yes... Amekawwww..





Kita shopping jugak sayur - sayur dengan jagung mentah dan memborong strawberry. Beli untuk bagi kat jiran, makcik dan kawan - kawan terdekat. Ingat nak kirim jagung mentah ke Kota Bharu, tengoklah nanti macam mana sampai ke tak ke KB nanti.




Tapikan strawberry CH ni, bila dah turun tak sedap macam makan kat atas. Masyam - masyam manis gitu.. Haiiiiih.


Kul 3 bertolak balik KL. Ku drive sampai ke RnR Tapah, singgah solat jap. Nasib baik Mektok tidur jer sepanjang jalan turun dari CH. Kalau tak, tak tahu lah.. Challenging betul bercuti kali ni. Hihihi. Then kita terus shoot ke Kajang..., memang dah lambat pun untuk menghadiri 1st birthday party Zarif Zarrick, tapi sebab dah janji dengan mummy dia... Kite pergi jugak.. Next entry yer...


Tak puas sangat pergi CH, satu malam. Jalan nak ke sana, dahlah jauh, pening pulak tu nak sampai atas. Lemau jerr rasa. Kalau ajak lagi pergi setahun dua ni, tak kot ! Huhuhu... Tak cekak. Kalau genting pun takdelah lama sangat perjalanan kan. Hihihi. Ngomen jer banyak daku ni !!! Apa - apapun terima kasih daun keladi buat kekanda yang sudi bawa adinda merasa angin sejokkk di CH, dengan ucapan bulan depan projek ehem ehemm bercuti ke satu tempat lagi jadi tak. Lallalalalallalala * pengsan !


Okbai !
Im happy as you are happy.
See ya !
:)







Monday, March 5, 2012

Day 1 : Cameron Highlands


Assalamualaikum...


Last weekend, weols bercuti - short - trip ke Cameron Highlands. Weols ikut Simpang Pulai, mak aii jauhnyerr.. Dah lah jalan nak naik ke atas macam ular ke palu. Haihh tak tahan pening, macam nak muntah. Malikha pun sempat buat drama muntah dalam kereta.. Satu malam saja ditanah tinggi itu, dengan suhu 20'.. Dah lah musim hujan aduyaii... Tak menahan sejuknyer.


Berkabus jer. Masa ni otw naik ke CH.

Terus ke Hotel De' La Ferns. Booking masa otw tu jer. Tapi daku dah survey - seurvey sebelum pergi. Hotel ni located lepas pekan Brinchang kalo dari Simpang Pulai. Kalau dari Tapah, sebelum pekan Brinchang.


Bestlah hotel ni..... Best sangat. Aku kalau dah best tu, sampai baliklah puji hahaha. Serius !! Ekon takde yer, memang sejuk manjang. Tanah tinggi katakan..

Deluxe Room
View from room 408

Bathroom pun best !

Sesiapa yang plan nak ke CH, highly recommended stay kat sini. Check here for more details : Hotel De' La Ferns in Cameron Highland.


Keluar dinner dekat area hotel... Order air suam, jap jer dah sejokkk hihihi... order nasi goreng cilipadi, nasi goreng seafood, sup ayam + nasi putih ( mektok ) dan telur dadar... :)

Ngantokknyerrrr tunggu Papa - Mama matan :D

Kemudian berjalan - jalan ke Pasar Malam Brinchang....



Shopping souveniers untuk rakan dan semestinya untuk Malikha. Semuanya merah - pink di sekeliling dan dimana - mana. Penuh dengan strawberry tak kira apa benda pun. Haih. Rambang mata. Semua macam nak. Hihihi... Merah - pink kan my feveret colors..... =p



Pastu terus balik hotel. Jadi tak banyak sangat gambar yang sempat diambil. Hujan tak berhenti, tejuk toksah cakap ! Lepak dalam bilik lagi best sambil supper dengan jagung bakar. Jagung sangat manis dan fresh ! :)



Aktiviti sambil lepak - lepak berbungkus atas katil... tu macam biasalah.. Melayan mektok jerlah kerjanya.. Dah ada 'tukang jeles dan tukang kacau' katakan. Hiks. Kali ni dah makin pandai dah...''cantiknyerrrr hotel ni......... urmmmm bestnyerrrr shleep kat hotel Mama....'' Haahahaha ~! Tah paper ! Papa layan jagung bakar, dia layan stobewi.

Untuk mektok.. Dekat sepaket abis makan dia sorang saja.
Suka sangat stobewi !

Ok, nanti kita sambung day 2 yer...
Bye !
:)

Saturday, March 3, 2012

Masakan Ala Thai Feveret All - Time Daku


Assalamualaikum..


Tuan blog adalah peminat masakan thai yang tegar..... Tu kata kalau dah perut Melayu ni..., melayu jugaklah ! Eh, tadi kata Thai hiks... Sekali sekala kita masak ala Thai.. Tapi kalu tomyam tu, selalulah repeat dalam sebulan. Menu berulang orang kata. Jap tomyam ayam, jap tomyam campur, jap tomyam udang. 




Hari tu buat tomyam ayam lawan dengan paprik seafood. Ingat nak buat telur dadar jugak, tapi tak sempat buat.. Lauk banyak sangat dah dalam paprik tu. Nak makan 2 1/2 orang je pun... 1/2 tu mektok.. Kang banyak - banyak lauk tak habis membazir. Mektok tak kisah makan pedas..., biorrr jer dia.. Ku memang nak ajar dia makan pedas.. Sekali sekala kalau die mencerit sebab pedas, ku buat tak tahu, hulur air jelah. Hahaha Kejam tak mak ?







Bahan-bahan
Uudang segar / sotong ( banyak mana terpulang pada anda )
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk
1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
Beberapa helai daun limau purut ( wajib ada - menaikkan bau dan rasa paprik tu )
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
Bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
Sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
Bahan perasa

Cara-cara
Panaskan kuali.
Tumis bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis serta udang. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.




Kacang panjang takde, daku ganti dengan asparagus. Boleh aje...... Layannn............


Selamat mencuba.
Kbai !
:)

Friday, March 2, 2012

Rebate Voucher Jusco RM 90


Assalamualaikum... Salam petang Jumaat yang berkah.. Dengan hujan rahmatnyer, alhamdulillah masih bernafas dibumi Allah ini..


Tengahari tadi lepas lunch weols, sapa lagi tuan punya blog dengan handbag mahalnya yakni Mektok Malikha keluar berjimba ramba di Jusco Bukit Raja. Ada dua kerja, satu pos barang - barang kastemer. Dua adalah shopping. Semalam terima SMS reminder dari Jusco... '' Bulan Mac dah bermula, jangan lupa datang shopping yer....'' Lallalalalala... Oleh itu, ku tak tunggu lama. 2 hb March terus pegi shooppingg hahahaha SMS begitu adalah tipu. Tet ~~!





Sebenarnya, nak beli teats Avent Likha.... Kebetulan boleh redeem voucher, SMS tu cakap suruh redeem voucher lah merangkap suruh gi shopping sekali. Memang betul pun, tak sampai 10 minit lepas redeem tak sempat sejuk dalam purse, voucher RM 90 habis tergadai di kaunter bayaran. Hajat nak beli botol susu 12oz Avent jugak untuk dia, ganti yang dah sedia ada ni. Tapi tkde stok pulak.. Yang ada 9oz jer. Tak syiokk terus rembat 2 pairs teats bersamaan 4 pcs lah... ***Orangkan tengah enjoy botol syusyu lagi katakan +________________________+




Voucher RM 90 abis begitu saja. Takpelah memang dah berhajat nak beli barang dia. Duit saku sekolah Likha merangkap nafkah untuk today dari Papa, Mama gi beli skinny black slack untuk dia kat Poney. Ngengaderrr Mama ni.... weh ! Oh, Poney takde sale langsung pun cuma dapat jelah 15 % discount for member....***Mega Sale start bila ni ??




Poney tengah buat contest sekarang ni. Kena snapped picture Pony yang ada dalam butik dia. Duta Poney mesti tahuuu ni hehehe *you know who you are =p


Tah Doctor Set yang ke berapa dah. Macam tulah budak ni. Jap je elok pastu merata lah dia humban. Sabau jer mak yang jadi tukang kutipnyerr! Menan tu pakai buang jer ! Yang ni dia tertarik sangatlah.., nak dokter.., nak dokter. Tengok nurse pun dia cakap dokter.. ***So far, Malikha dah kenal polis dan doktor... Kasilah kat dia nak suruh duk diam dalam stroller, ingatkan nak tidur, sampai ke sudahnyer tak tidur - tidur dalam Jusco memang berjimba - jimba sungguh jawab nyerlah ! Dalam kereta baru penat ketiduran !


Oklah babai dulu..
Happy great weekend ahead to yuols ~~!
Bye !
:)