SUMTIMES OK TO B A FREN. TQ ;)

Wednesday, August 8, 2012

Shopping Raya 2012 Part I


Salam Ramadhan.


Dimulakan dengan bismillah.... Cuti weekend Ahad aritu berhabisan cari baju raya Malikha dan papanya. Alhamdulillah almost settle, yang dari 20% terus jumped to 80 % boleh dikatakan. Weols ke The Gardens dan Midvalley. Mulanya stress jugak bila pusing - pusing kat Metrojaya takde benda yang dibelek pastu stress bila takde lagi paperbag/plastik bag yang kami bawa. Yelah, tensi jugak kan. Hehehe...


Masuk The Gardens terus shot ke Lacoste. Memang hajat nk ke The Gardens je dulu. Parking kat Valet luar tu. Eh macam tahun lepas jer kikikih. Pastu setel kat Gap, Poney. Haaa bila dah mula satu, yang lain laju jer.






Feveret hubby.
Sib ada yang berjaya menawan hati dia.
Kalau tidak?
Taktahu lah kawe.






Kemain ukur kaki seluar nak alter, sekali manpower tak cukup. Suruh datang esoknya untuk collect. Ahh baik takyah, alter kat Uptown je hehe.
 :p





Malikha pulak... aduhh suka buang masa. Try satu joget, try dua joget. Pastu bila sarung dress, tunggu lak 2-3 minit dia nak joget princess. Pastu taknak kasi bukak baju tu. Perasan sungguh lah !
Kuar dari fitting room menari - nari siap ala - ala cucuk bintang, sume orang sengih - sengih je tengok ke gelagat die. Taktahu mak - paknya gewaammm ! :p




Pastu dah nak kul 5 baru decided nak berbuka kat situ jer. Rushing lak cari tempat berbuka. Chicken Rice Shop dah full house, teringat Secret Recipe nasib ada kosong table lagi. So booked siap - siap kat SR.




Then sambung lagi.. Singgah Clarks. Sambar lagi sepasang kasut untuk Malikha. Behave sangat time ni sebab dah dapat eksrem BR jr. scoop. Taknak lepas, nak suh try kasut pun dukk jer taknak bangkit - bangkit dari stroller. Macam - macam lahhh ye nak oi !




Masuk JJ. Usha - usha lagi kat MIKI, Seed & PDI. Time ni Mama dah terpeleot dahhh.. Loteh bonar dah. Hehehe. Lagi letih sebab Malikha melambatkan masa. Haih ! Gedik sungguh kata Papa huhuhu.


The letih Mama.
[=....=]



Tak cara dah ke orang, siap bersila lagi. Lenguh benar dah time ni.

Try satu action, try satu action.
Drama sungguh !

Nak dekat berbuka tu, memang jalan seret kaki jer. Penat sungguh. Tolak stroller berat dengan Malikha lagi. Rasa bumps pun dah tonggek dah. Huhuhuhu.




Berbuka dengan aman dan makmur. Rehatkan kaki sekejap. Alhamdulillah.





Ralit dengan fish & chips dia tu.
Duk golek benda tu jer lah.


Pas berbuka ingatkan dah nak balik, sekali masa otw nak gi surau kat bawah The Gardens ternampak lak big screen kat Zouk tepi tu tengah tayang badminton LCW final Olimpik. Ramailah berkumpul kat situ. Semangat semua bagi sokongan ! Haaaa bertangga pulak kat situ. Lepas solat tu, Papa suh kita pergi lagi bawak Malikha jalan - jalan. Malikha pun bosan duk situ kan.. Masuk Mid balik.



Dan finally ada jugak kasut raya untuk Mama. Hehehe. Ni bukan untuk raya jer, memang dah kena ganti pun kasut ehhh.. Dah lama duk menjenguk, tapi takde yang berkenan.. Kalau tde berkenan, jangan dipaksa untuk beli yer. Nanti buat perhiasan saja.





Bila dah siap tu, Papa ajak lepak pulak Starbucks tepi tu. Adeh ! Time tu kul 10 lebih dah.  Frust jugak bila badminton kalah, tapi takpe.. Kita tahu Dato LCW dah buat yang terbaik. Bukan senang nak sampai ke peringkat tu kan ?




Flat habis ! Puas hati sebab satu hari dapat setelkan banyak benda. Yang penting, anakanda Malikha dah almost siap dan papanya sekali. Mama nya tumpang - tumpang sikit pun jadi ler.. Tak sempat nak shopping ke diri sendiri selagi tak setel dorang ni..




Eh ye ke ? Mama takpe eh shopping sikit - sikit bak ayat perli hubby. Hehehe.


Yuols macam mana ? Apa - apapun, mesti anak duk depan kan ? Ni baru sorang, kalau 2 - 3 anak mau pengsan kat mall... Itulah dia suka sangat last minute preparation kan =]


Nanti part II lak deh !
Ohhhh, over kau !
Hahaha.
Bye !
:)

Monday, August 6, 2012

Iftar Dengan Geng Hubby


Salam Ahad. 
[sepatut post semalam]


Hehehe. Preparation masih 0 untuk raya. Hish ! Tak senang duduk dah daku. Macam kucing hilang anak dah rasa. Kalau single, dah lama dah. Anytime boleh pergi membeli belah kan hehehe. Tapi takleh pentingkan diri sendiri. Sekarang bukan zaman single lagi, kena fikir banyak benda. Aduyai... Haaa kan suka last minit, last minit betul ler jadinya. 



Semalam, memang belum ada agenda untuk shopping. Keluar petang untuk program berbuka puasa dengan geng - geng kolej dan UITM Papa dulu. Tapi weols pergi Tesco dulu, ke kedai wallpaper. Rumah pun nak beraya jugak katanya. Ni first time nak tempek wallpaper kat rumah, so takde pengalaman sangat. Nak buh pun sikit jer. Bukan semua ruang. Installation die next week haihh lamanya. Yelah... tempahan berderet harus lah ikut Q kan... ?





Oleh kerana awal lagi, singgah ler SetiaCityMall lagi. Ingatkan dah boleh lah shopping seround pulak, sekali Malikha not in a good mood. Sikit - sikit nak nangis pastu mintak dokong. Agaknya petang time die beradu biasanya. So takde beli apa melainkan casing Iphone baru untuk Mama dan Likha kat Parkson.



Kemudian terus ke Bangi. Tak susah pun cari Restoran Ani Ikan Bakar Petai, sebelah balai bomba Bandar Baru Bangi je. Restoran Ikan Bakar ni pun sangat femes kat Kuantan, ni kira macam branch die ler.








Makanan oklah, sedap ! Buffet dalam RM 30 ++ sorang untuk adult. Ramai jugak ler yang datang. Lebih kurang 7 buah family, tak termasuk lagi yang mana datang bujang tak bawak family. Dah biasa jumpa dorang kat mana - mana kalau ada wedding on of them, kira ni geng - geng rapat hubby ler... Success betul reunion berbuka puasa ni. Penuh meja yang ditempah... Hmmmmm geng aku pulekkkk takde reunion berbuka puasa ke tahun ni erkkk ?!




Kebetulan masa Iftar tu ada program misi kemanusiaan Palestin Gaza. Ada program bersama Abby Abadi. Dapat lah berjumpa dia face to face. Nice orangnya.





Alhamdulillah. Malikha dah dapat angpau raya dari pakcik - pakciknyer.. Tq yer... :))




Begitulah kisahnya. Tahun depan pulak lah yer..


Bye !
:)

Saturday, August 4, 2012

Shopping Raya Dulu Seround


Salam hujung minggu.


Konon weekend baru nak mulakan misi shopping raya kan ? Tapi jumaat lepas tu weols yakni Mama dan Malikha dah terlepas ke shopping mall. Huhuhu. Ari - ari penat uruskan kerja, so Jumaat tu Mama rasa nak enjoy kejap lah. Window shopping dan shopping tu kan bapak segala terapi hehehe. Huhhh jangan ler gituuu yer kawan - kawan.. Ingatlah pada sang Pencipta juga yer :) ... Bila jejak ke SetiaCityMall tu rasa huuuuuu sejuk nyer, rasa nyaman nyer..... Penat okeh, tiap ari berkejaran ke situ sini. Aduhai....


Kebetulan, bajet untuk raya dah masuk serba sedikit. Alhamdulillah.









Tapi tak shopping sangat pun. Beli kasut sepasang jer untuk Malikha. Baju bajan tak pun lagi. Belek - belek jer. Pastu benda yang bukan untuk raya pun kita beli. Itulah, mengarut je lebih uhhh !





Kuih raya kita dah borong 10 bekas dengan Kak Nani model 80 an, aritu tetiba rasa alamakkkkkk satu pun takde apa lagi kuih raya. Last minute nasib baik baik Kak Nani sudi lagi terima order. Rasanya tahun ni kita nak buat satu jenis je kuih raya sendiri.... Tupun kalau rajin.. Dah separuh bulan dah puasa ni.... Preparation pun baru 20% kot....... Memang last minute habes ! Semput...... Kalau tak pun, beraya je lah ala kadar janji bab anak setel, tak gitu :)


Oklah, nak belayar dulu.
Jumpa lagi ye !
Bye !
XoXo
:)

Thursday, August 2, 2012

August and Tik Tok Tik Tok


Salam Ramadhan.


Lama sungguh tak hapdet. Mood asyik ke laut jer. Kadang - kadang rasa nak share, kadang - kadang rasa malas. Bila malas datang, mulah berspider web. Tak hapdet pun takpe, takde orang kisah pun heh.


Tup tup dah masuk bulan 8 dah kita. Hari ke hari, bulan ke bulan.. Masa berjalan macam tu jer kan ? Bulan ni kita raya hoyeahhh hoyeahh hehehe. Tapi percaya atau tidak, dah nak 2 minggu puasa ni tak start apa lagi ni untuk raya !! Hahhh pasni siap lahhh... Last minit betul preparation ni. Kita takpe, Papanya Malikha la.... aduhaiii.. Weekend ni nak start shopping habis - habisan. Habis - habisan tu ko ! Bonus berbulan - bulan katanya :p


Oh Isnin ni Selangor cuti Nuzul Quran kan? Tambah satu hari lagi untuk shopping. Yay !


Selain pada excitement of feeling nak beraya, bulan 8 jugak duk menghitung hari nak bercuti. Hujung - hujung raya nanti. Bayangkan ! Tiket dah amek setahun yang lepas huhhuhu. Lepas naik cuti raya, kena buat visa. Sebab nak gi bercuti dan berjalan kenal tempat orang yang memerlukan visa kali ni. First time nak apply visa. Kena ke embassy nya lah agaknya... Aduhai.. Taktahu lah best ke tak nanti ni.. Maklumlahhhhh.... hmmmmm takpelah, biar kita simpan sendiri jer hehehehe... Apa - apapun rasa tak sabar tu tetap ada !



Dua tiga hari lepas punya aktiviti.


Dah siap renew pasport.
Buat 2 tahun jer RM 100.
So tahun 2014 expiry, boleh renew lagi 2 tahun.
Pastu sama - sama renew dengan Malikha dan Papanya 2016.
Insya Allah, kalau umur panjang.



Saja singgah di AEON Bukit Raja, boleh pulak terserempak dengan Isha dan Mamanya. Suprised jugeklah sebab weekdays kan, rupanya dorang baru balik follow up check up Isha kat DEMC. Isha baru baik dari demam last week.. Alhamdulillah, semua dah ok.


Malikha happy dapat jumpa Isha walaupun Isha tak berapa frenly. Malikha dengan semua orang dia frenly sekarang ni. Pastu pergi MPH, siap beli buku coloring princess untuk Isha, siap nak beli untuk Kyra jugak tu. Baik sungguhhh anak aku. Tak lupa kawan - kawan dia ! Ikut perangai sapa lerrr ni :p





Sebelum balik sempat bergambar, ni gambar ihsan mama Isha ler. Cewahh macam retis gtu hahaha.. Bila nak balik, baru nak ngammm Isha dengan Likha. Maklum lerrr Isha kan jarang jumpa Likha, tu yang payah nak mesra sikit tu.... =))



Happy jugak bila terima parcel benda yang menjadi kegemaran sekarang ni. Penat lelat dan dapat hasil dapat lah melaram sikit - sikit hahaha poyosssssssss !




Klasik edition, rainbow.



Dan ari - ari masih lagi sibuk ke Poslaju Ofc. Minggu ni nampaknya Poslaju mula makin bizi. Orang ramai nak pos macam - macam barang, bukan takat kuih raya, baju bajan, yang nak pos motosikal balik kampung pun ada huhuuuhu. Memang happening ! So far, kite puas hati dan puji staff - staff Poslaju kat Pos Office Besar Shah Alam dan Glenmarie, frenly melayan customer. Takde yang stress dan moody. Yelah, puasa kan pastu kita ni nak hantar barang ada tu sampai 15 bungkus... Huuuu sib baikk semua sporting morting :)



Moga rezeki bertambah lagi..... Amin.


Oklah... Jom sambung buat spiderweb :))


Bye !
Selamat berpuasa yer semua.
XoXo